Anda di halaman 1dari 4

HAZWANI BINTI YUSOF

900521115780

G 6.6

REFLEKSI Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat juga saya siapkan buku skrap yang bertemakan alam sekitar. Penghasilan buku skrap ini adalah secara individu. Temanya adalah bebas. Setiap pelajar dikehendaki menghasilkan buku skrap ini mengikut kreativiti masing-masing dan mempamerkan hasil kerja di pameran yang dijalankan pada minggu kokurikulum. Pelbagai sumber telah menjadi bahan rujukan saya, iaitu internet, majalah dan juga jurnal. Pembacaan juga telah dibuat sebelum penghasilan buku skrap ini dilakukan. Saya telah memilih tema Tumbuh-tumbuhan dalam menghasilkan buku skrap ini. Saya telah menggunakan kaedah melukis dan mewarna tumbuh-tumbuhan bagi menarik minat pembaca dan menunjukkan nilai kreativiti dalam buku skrap yang dihasilkan. Saya menggabungkan elemen melukis dan mewarna bagi menampakkan isi kandungan yang terdapat dalam buku skrap lebih menarik ditonton dan dibaca. Pada awalnya, saya tidak yakin akan lukisan yang dilukis, namun rakan-rakan memuji akan lukisan itu dan memotivasikan saya untuk terus menggunakan elemen-elemen tersebut untuk tajuk yang seterusnya. Walau bagaimanapun, saya juga mendapatkan gambar-gambar yang menarik tentang topik yang hendak ditonjolkan daripada internet. Hal ini demikian kerana terdapat tumbuhtumbuhan yang perlu dijelaskan melalui gambar yang sebenar agar pembaca tidak keliru tentang gambar yang dipaparkan. Hal ini sangat penting bagi seorang guru apabila berada di sekolah kelak yang mana guru haruslah menjelaskan dengan lebih terperinci dibantu dengan bahan-bahan yang sebenar agar murid tidak mudah terkeliru dan mendapat gambaran yang lebih jelas akan sesuatu topik yang diajar. Seterusnya, saya hanya masukkan fakta-fakta yang penting sahaja dalam sesuatu tumbuhan yang dipaparkan. Saya juga hanya memilih beberapa tumbuhan yang unik dan menarik untuk diletakkan dalam buku skrap. Hal ini demikian kerana isi yang terlalu panjang dalam sesuatu penerangan akan menyebabkan pembaca berasa bosan dan tidak berminat untuk membacanya dengan lebih lanjut. Akan tetapi, walaupun hanya fakta yang ringkas dan padat digunakan akan menyebabkan pembaca lebih tertarik dan mengingati fakta yang dibaca.

HAZWANI BINTI YUSOF

900521115780

G 6.6

Selain itu, susunan diagram atau gambar-gambar juga diletakkan secara teratur dan menarik. Pembaca tidak mudah terkeliru dan dapat membacanya satu persatu mengikut urutan yang betul. Bahkan pembaca juga boleh memilih tajuk yang mereka ingin membaca melalui isi kandungan yang disediakan. Walau bagaimanapun, saya dapati tulisan Tarikan dari segi tulisan agak kurang memuaskan. Penerangan yang menggunakan tulisan yang agak kecil. Tulisan tersebut juga tidaklah begitu kreatif dan boleh membuatkan pembaca akan mudah berasa bosan. Setelah penghasilan buku skrap telah selesai, satu pameran telah dijalankan untuk mempamerkan hasil kerja masing-masing. Pameran tersebut telah dijalankan pada 25 September 2013 yang lalu, bersempena Minggu Kokurikulum Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas (IPGKIK). Pameran tersebut telah melibatkan beberapa buah persatuan dan juga badan unit beruniform seperti Pengakap, Kadet Remaja Sekolah, BBSM, Pandu Puteri Kadet, Puteri Islam, Persatuan Matematik dan Persatuan Kemahiran Hidup. Saya merupakan ahli dari Persatuan Pencinta Alam telah terlibat dengan pameran yang diadakan. Sehari sebelum pameran, seramai 26 orang ahli Persatuan Pencinta Alam telah berkumpul di Dewan Dato Razali IPGKIK bagi membincangkan mengenai pameran tersebut. Perkara yang telah dibincangkan adalah mengenai susun atur dan hiasan kawasan pameran. Selain itu, pembahagian tugas oleh pengerusi persatuan juga telah dijalankan agar segala kerja dapat berjalan dengan cepat dan lancar nanti. Saya bersam dua orang rakan lagi telah ditugaskan sebagai jawatankuasa cenderamata. Kami berbincang dan mendapat kata sepakat tentang cenderamata yang hendak dihasilkan. Kemudian, cenderamata tersebut akan diberikan kepada pemenang yang dapat menjawab kuiz dengan betul di tempat pameran persatuan. Daripada penganjuran pameran, banyak manfaat telah dapat saya perolehi. Antaranya adalah semangat kerjasama yang tinggi dalam kalangan ahli dapat dipupukan dan telah memudahkan sebarang kerja sepanjang pameran dijalankan sama ada sebelum dan selepas. Selain itu komitmen yang baik daripada semua ahli menjadikan pameran yang dijalankan berjaya dengan jayanya. Malahan, sikap
4

HAZWANI BINTI YUSOF

900521115780

G 6.6

bertanggungjawab dengan tugas yang telah diamanahkan juga dapat ditunjukkan oleh setiap ahli melalui hasil tugasan yang diberikan kepada setiap ahli yang dapat menyiapkannya tepat pada masanya. Seterusnya, pensyarah pembimbing kami, iaitu Encik Teo Kian Joo dan Encik Chia Chiow Ming juga turut sama hadir untuk membantu dan memantau kami semasa pembahagian tugas serta taklimat ringkas oleh pengerusi mengenai perjalanan pameran yang dijalankan. Bagi saya, kehadiran kedua-dua orang pensyarah telah banyak membantu kami dan menjadikan pameran persatuan kami berjalan dengan baik. Di samping itu, buku skrap yang kami pamerkan juga berjaya menarik minat para pelajar dan pensyarah untuk menjengah serta membaca hasil pelajar ahli persatuan kami. Walau bagaimanapun, kekangan masa menjadi masalah kepada ahli persatuan untuk menyiapkan tempat pameran bagi persatuan dengan baik. Kesibukan ahli dengan kuliah ganti dan tugasan kursus menyebabkan tidak semua ahli dapat berkumpul sebelum pameran itu dijalankan. Oleh itu, suasana untuk memulakan pameran kelihatan sedikit kelam kabut untuk menguruskan pameran itu. Tambahan, pameran yang berlangsung dalam waktu kuliah menyebabkan tidak ramai pelajar yang dapat mengunjungi pameran tersebut. Tambahan, tempoh masa yang diberikan untuk mengadakan pameran terlalu singkat masih ramai pelajar yang tidak berkesempatan untuk datang mengunjunginya. Seterusnya, pameran ini juga kurang mendapat sambutan dari seluruh warga kampus. Hal ini mungkin disebabkan oleh kurangnya hebahan oleh jawatankuasa yang terlibat mengenai pameran yang akan berlangsung sempena Minggu Kokurikulum IPGKIK ataupun kelewatan dalam membuat hebahan kepada semua warga institut. Oleh yang demikian, segala masalah perlulah ditangani dengan segera agar masalah yang sama tidak berulang pada program yang akan datang. Antaranya, lawatan bagi setiap kelas boleh dilakukan secara bergilir-gilir ke pameran tersebut bagi mengelakkan suasana pameran kelihatan suram tanpa pelajar mengunjunginya. Seterusnya, pihak institut juga hendaklah memberikan masa yang lebih panjang bagi sesuatu program yang hendak dijalankan agar semua pelajar
4

HAZWANI BINTI YUSOF

900521115780

G 6.6

berkesempatan mengunjungi pameran tersebut dan pelaksanaan pameran juga mendapat sambutan yang lebih baik. Manakala dari segi masalah kurang mendapat sambutan daripada pelajar, sudah menjadi senario di institut jika sesuatu aktiviti institut tidak mewajibkan kehadirannya pasti hambar. Oleh itu, pihak penganjur seharusnya mewajibkan dan mencatatkan nama pelajar yang hadir ke tempat pameran walaupun hanya satu kali sahaja sepanjang pameran tersebut. Penyediaan kehadiran juga boleh dijadikan sebagai bahan bukti mengenai bilangan kehadiran pelajar dan pensyarah ke tapak pameran yang diadakan. Seterusnya, hebahan tentang sesuatu program yang dijalankan hendaklah dilakukan lebih awal dan merata-rata dalam institut bagi mewawarkan semua pelajar dan pensyarah datang ke pameran. Hebahan tersebut bukanlah hanya sekadar hebahan tetapi mestilah menarik agar dapat menarik minat pelajar untuk datang ke tapak pameran. Selain itu, kerjasama daripada pensyarah untuk mewawarkan kepada warga institut juga akan memberi impak yang besar tentang kehadiran semua ke tapak pameran. Oleh itu, kerjasama daripada dua pihak amatlah penting dan sangat membantu bagi memastikan setiap program dapat dijalankan dengan baik dan lancar.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai