Anda di halaman 1dari 2

DEFINISI & ISTILAH DALAM PENDIDIKAN MORAL F4 & F5 KSSM

TINGKATAN 4
BAB ISTILAH DEFINISI
Norma masyarakat Perilaku atau tindakan yang diterima sebagai amalan dalam
1
sesuatu kelompok, komuniti atau budaya.
2 Keperibadian mulia Sifat baik dan terpuji yang dimiliki oleh individu.
Prinsip keadilan Sikap dan tingkah laku individu dalam hubungan antara
manusia untuk menegakkan kesaksamaan dengan
keseimbangan dalam pemikiran, pertuturan, perasaan dan
3
perlakuan.
Prinsip keprihatinan Perlakuan yang memberikan pertimbangan moral dalam
melaksanakan peranan atau kewajipan terhadap orang lain.
Teknologi maklumat dan Sistem yang membolehkan pengumpulan, pengurusan,
komunikasi manipulasi, perolehan dan komunikasi maklumat dalam
4 pelbagai bentuk.
Hak cipta Hak eksklusif bagi seseorang pencipta karya untuk mengawal
penggunaan karya mereka.
Integriti individu Sifat utama yang dapat melahirkan jati diri produktif dan
5
berkualiti dalam setiap perlakuan.
Integriti keluarga Pembinaan keluarga yang bahagia, utuh dan penyayang
6
berlandaskan nilai murni.
Perikemanusiaan Sifat yang wajar bagi manusia seperti bertimbang rasa,
7
tolong-menolong dan mengasihani.
Hak Kuasa atas sesuatu atau kuasa melakukan sesuatu yang
ditentukan mengikut peraturan dan undang-undang negara.
8
Tanggungjawab Kesanggupan warganegara untuk melaksanakan tugas serta
kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.
Perpaduan Penyatuan masyarakat dalam membentuk satu identiti nasional
9
dan nilai bersama.
Polarisasi Keadaan terdapatnya atau proses berlakunya dua pihak yang
11 mempunyai prinsip dan pendapat yang bertentangan sama
sekali.
Negara berdaulat Negara yang bebas daripada penjajahan dan berupaya untuk
menguruskan hal ehwal negara secara bebas tanpa campur
12 tangan daripada mana-mana negara lain.
Subversif Perbuatan yang bertujuan untuk melemahkan atau
memusnahkan sesuatu sistem politik atau kerajaan.
TINGKATAN 5
BAB ISTILAH DEFINISI
Masyarakat global Individu dalam komuniti dunia yang saling berinteraksi dan
berkomunikasi antara satu sama lain.
1 Norma masyarakat global Perlakuan yang ditunjukkan oleh anggota masyarakat dunia
berasaskan peraturan sosial yang diterima dan dikongsi
bersama.
Individu glokal Seseorang yang mampu berdaya saing pada peringkat global
2 tetapi berakar umbi atau berpegang teguh pada jati diri lokal,
iaitu tempat tumpah darah sendiri.
3 Kerohanian Asas dalam kehidupan individu.
Maklumat palsu Maklumat yang disebarkan tanpa kesahihan serta bukti yang
4
sah.
Integriti organisasi Pematuhan amalan terbaik berdasarkan pelaksanaan kod etika,
5
piagam pelanggan, sistem dan proses kerja.
Kesejahteraan global Suasana aman dan makmur dari segi keselamatan, jaminan
7
makanan, kesihatan dan kelestarian global.
Penglibatan diri dalam Tindakan sukarela yang memberikan peluang kepada individu
program komuniti untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan.
Sistem tagal Kaedah pengurusan biosfera di Sabah yang melibatkan
8
masyarakat tempatan dengan pihak kerajaan untuk
pemuliharaan dan perlindungan sungai serta pengurusan
sumber perikanan sungai.
Pengurusan kewangan Tindakan merancang pendapatan dan perbelanjaan secara
10 berhemat dalam kehidupan harian agar segala keperluan dan
kehendak dapat dicapai secara efisien.
Hubungan antarabangsa ‐ Pertalian dan interaksi antara negara di dunia.
‐ Meliputi interaksi antara negara dan organisasi antarabangsa,
syarikat multinasional dan pertubuhan bukan kerajaan.
12
‐ Usaha memupuk kesefahaman antara negara dengan negara
lain untuk memenuhi keperluan dan memelihara kepentingan
negara demi kemakmuran sejagat, dalam konteks Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai