Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Majlis Restu Ilmu

Terima kasih pengerusi majlis,


Selamat sejahtera.

Yang Berbahagia dan dikasihi, Encik Mohamat Adek bin Abdul Rahman,
Pengetua SMK Pusing, guru-guru Penolong Kanan SMK Pusing, guru-guru kanan
mata pelajaran, dan warga pendidik SMK Pusing, dan rakan-rakan serta calon-calon
SPM sekalian.

Bersyukur kerana pada tahun yang cemerlang ini, kami calon SPM SMK
Pusing berpeluang untuk menyambut Majlis Restu Ilmu untuk memohon kemaafan
dan mengharapkan guru-guru menghalalkan segala ilmu yang dicurahkan kepada
kami. Ada antara kami yang berdebar menanti saat peperiksaan, dan ada juga antara
kami yang tersenyum menanti saat peperiksaan dengan tenang. Entah mengapa hiba
sangat hati ini mengenang akan kesilapan yang dilakukan terhadap guru-guru kami.
Kami mengharapkan doa restu yang ada dalam lubuk hati guru-guru yang pernah dan
mendidik kami agar merestui ilmu dan perjalanan kami dalam menghadapi
peperiksaan SPM pada minggu hadapan.

Kami juga berharap guru-guru sekalian memaafkan segala tingkah laku dan
kekasaran tutur kata kami, sepanjang kami menuntut ilmu. Mungkin selama ini kami
ada melawan kata, tidak menyiapkan tugasan yang diberi, dan sering menyakiti hati
guru-guru. Kami tahu, ada dalam kalangan guru-guru yang tersinggung akan sikap
kami yang menyakiti hati guru-guru. Sesungguhnya dengan hanya doa dan restu guru-
guru sajalah akan membantu kami untuk berjuang di dalam dewan peperiksaan itu
nanti.

Jika hari ini seorang perdana menteri berkuasa,


Jika hari ini seorang raja menaiki takhta,
Jika hari ini presiden sebuah Negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini seorang penulis terkemuka,
Jika hari ini siapa sahaja yang dewasa,
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.

Seterusnya, saya dan rakan-rakan, ingin merakamkan setinggi-tinggi


penghargaan kepada guru-guru yang begitu gigih mengajar kami dengan usaha yang
berterusan, penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi
dalam mendidik kami calon-calon SPM umpama lilin membakar diri. Terima kasih
juga kepada guru-guru yang mengajar kami dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan
memberi sokongan kepada kami serta semua guru kerana mengajar, mendidik dan
menegur kami secara langsung atau tidak langsung.  
 Terima kasih yang tak terhingga kepada tuan pengetua dan pihak sekolah
yang sudi menyediakan alat tulis dan makan tengah hari sepanjang kelas tambahan.
Jasa baik pengetua dan pihak sekolah tidak akan kami lupakan. Tidak lupa juga
kepada semua guru kelas tingkatan lima yang telah banyak melayan kerenah kami
dalam segala hal yang melibatkan tingkatan 5. Semoga jasa dan pengorbanan guru-
guru akan menjadi pembakar semangat kami dalam menjawab peperiksaan itu nanti.

Anak haruan berlima-lima,


Mat ditimpa panggur berdaun,
Budi tuan kami terima,
Jadi kenangan bertahun-tahun.

Akhir sekali, sekali lagi saya bagi wakil calon SPM tahun 2021 merakamkan
setinggi-tinggi kesyukuran mengharapkan restu agar kami dapat menghadapi
peperiksaan dengan tenang. Kami sedia menyahut cabaran untuk memberi keputusan
terbaik agar sekolah kita dapat berada pada tahap setanding sekolah-sekolah terbaik di
peringkat kebangsaan. Semoga guru-guru kami sentiasa diberkati, sihat dan sejahtera
dalam usaha mendidik kami.
Gunung pantai tinggi mengawan,
Nampak dari padang tamu,
Sampai di sini tinggallah tuan,
Ada hayat kita bertemu.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai