Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN NYANYIAN SEKOLAHSEKOLAH


(SEKOLAH RENDAH / SEKOLAH
MENENGAH)
DAERAH KINTA SELATAN 2012

ANJURAN :
PEJABAT PELAJARAN DAERAH KINTA
SELATAN

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN NYANYIAN PATRIOTIK

1.0

PENDAHULUAN
Muzik sebagai rekreasi atau kesenggangan minda amat sesuai sebagai
satu pilihan dalam aktiviti ko-kurikulum di sekolah-sekolah terutama masa
kini dimana gejala sosial berleluasa khususnya di kalangan generasi muda.
Muzik dapat memberikan penekanan kearah pembentukan kualiti dan
jatidiri serta sahsiah murid merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani,
intelektual serta nilai sosialisasi, estetika dan etika. Dalam pada itu juga,
ia berperanan sebagai pendorong dalam menggerakkan minda untuk
berfikir secara lebih aktif kearah perkembangan kendiri serta penglibatan
dalam aktiviti muzikal yang memerlukan komitmen dan disiplin yang
tinggi.
Selain daripada itu, melalui muzik minat dan bakat murid dapat dicungkil
serta diketengahkan sekaligus dapat membina dan menyerapkan
keyakinan diri dalam menghadapi cabaran hidup masa akan datang.

2.0

LATAR BELAKANG
Nyanyian adalah merupakan salah satu elemen muzik yang telah
diperkenalkan di sekolah-sekolah sejak perlaksanaan Kurikulum Baru
Sekolah Rendah (KBSR). Kini ia telah dikemaskini menjadi sebahagian
kemahiran yang perlu dikuasai oleh para pendidik dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran agar suasana pengajaran menjadi lebih
menarik.
Pengenalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) melalui mata
muridan Dunia Muzik secara tidak langsung telah mengukuhkan
kepentingan pembelajaran muzik terutamanya nyanyian secara formal
didalam kelas.

3.0

MATLAMAT
Membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran terutamanya dari
aspek peraturan dan disiplin dalam sesebuah persembahan serta
keberkesanannya dalam membentuk insan yang seimbang dari segi
emosi, kognitif, kreativiti dan inovatif.

4.0

OBJEKTIF
4.1
Memperkembangkan bakat murid

4.2
4.3
4.4
4.5

Mempertingkatkan daya komunikasi dan interaksi


Memperluaskan pengalaman muzikal dan kesedaran estetik
Memperkukuhkan ketrampilan dan keyakinan diri
Alternatif kearah mengisi masa lapang secara positif

5.0

JENIS PERTANDINGAN
5.1
Pertandingan Nyanyian Solo

6.0

PENYERTAAN
6.1
Pertandingan ini terbuka kepada semua murid SK St Francis Xavier

7.0

JENIS LAGU
7.1
Lagu Patriotik Sahaja

8.0

PERSEMBAHAN
8.1
Setiap peserta hanya mempersembahkan (1) sebuah lagu sahaja
8.2
Lagu mesti disampaikan dengan iringan muzik dari CD secara Minus
One (bukan karaoke)

9.0

MASA
9.1
Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.

10.0 PEMARKAHAN
11.1 Peserta akan dinilai berdasarkan kepada kriteria berikut :
Bil

Kriteria

Markah

a.

Pic (Ketepatan nada)

30 markah

Ton (Mutu suara)

30 markah

c.

Dinamik (Ansur kuat / perlahan)

10 markah

d.

Tempo (Ketepatan mengikut tempo)

10 markah

e.

Attack / Release ( mula & akhir rangkai lagu)

10 markah

f.

Sebutan (Suara dan senikata jelas)

5 markah

g.

Ketrampilan / Keyakinan & pengurusan


pentas

5 markah

11.2

Keputusan hakim adalah muktamad.

11.0 HADIAH
12.1 Tempat Pertama
12.2 Tempat Kedua

Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan


:
Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan

12.3

Tempat Ketiga

Hadiah Iringan dan Sijil Penyertaan

Anda mungkin juga menyukai