Anda di halaman 1dari 15

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah
Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu,
Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba
kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur
Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk
mengetahui rahsia kejayaannya.
Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat
kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.
Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki
rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.
Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi
almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira
empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.
UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan
SPM tahun lepas?
NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang
senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat
bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.
Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.
Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?
Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan
belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.
Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak
mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja
tetapi ia berterusan.
Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?
Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan
ini.
Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM
sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka
memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.
Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada
ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.
Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung
dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung
dengannya untuk mendapatkan nasihat.
Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?
Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya
mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.
Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk
makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kirakira RM4 untuk pergi dan balik.
Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda
kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.
Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?
Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua
daripadanya tinggal di asrama.
Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?
Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.
Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf
untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk
telur goreng.
Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?
Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada
gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.
Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guruguru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.
Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak
diajar di sekolah?
Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata
pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas
tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah
mengikuti kelas secara formal.
Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam,
Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.
Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?
Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya
timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata
pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam
bahasa Inggeris?
Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.
Apakah hobi dan cita-cita saudari?
Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani.
Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.
Di mana mahu melanjutkan pelajaran?
Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2009&dt=0314&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_05.htm#ixzz4IDeZukus
Utusan Melayu (M) Bhd

Menyingkap 1001 Rahsia Kejayaan Adik Nik Nur Madihah


Mar 14

Posted by Abu Musaddad


KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH KEJAYAAN :

Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK NUR
MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota Bharu yang
mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang diumumkan baru-baru ini
dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?
Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Ana difahamkan ramai wartawan pergi ke
rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau. Ekoran daripada itu, kalam ini juga
terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu,
Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding pelajar cemerlang SPM
sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah kemiskinan, kesukaran
dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk mengubah nasib ke tahap lebih baik
sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang berada. Ibu
bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya pula bekerja sebagai
nelayan.
Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu belajarnya
juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak ada jadual. Tetapi kata
beliau, Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa atau dipaksa. Itulah rahsia kejayaan beliau.

Cuba anda tengok (gambar di atas), itulah pondok kecil beliau yang menjadi tempat beliau sekeluarga
berteduh daripada hujan dan panas. Rumahnya pula tak semewah rumah orang lain. Ayahnya menyewa
dengan RM90 sebulan. Ruang untuk belajar juga adalah terhad. Malah tidak ada bilik khusus sebagai tempat
beliau mentalaah pelajaran. Ruang tamulah menjadi tempat beliau mengulangkaji pelajaran setiap hari.
Anak sulung daripada empat beradik dari Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa ini bercita-cita
meneruskan pengajian ke Timur Tengah dengan mendalami ilmu fizik. Moga-moga Allah SWT
mempermudahkan segala urusan beliau.
Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda untuk
memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan kemiskinan, kesukaran
dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang untuk anda mencipta kejayaan. KALAU
ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda
mengetahui jawapannya.

Kalam Abu Musaddad/Sabtu 14 Mac 2009


https://ibnismail.wordpress.com

Banglo Bernilai RM 130,000 Untuk Nik Nur Madihah


Aug 18
Posted by Abu Musaddad
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
REZEKI ALLAH SWT. Semua ini rezeki Allah, kata pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
tahun lalu, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sejurus menerima banglo bernilai RM130,000 di Taman
Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa, di sini, semalam.

Dulu

Kini

Nik Nur Madihah berkata, dia tidak menyangka menerima banglo dihadiahkan kerajaan negeri menerusi
Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK), dan menganggapnya seperti bermimpi.
Saya tidak pernah bermimpi memiliki banglo seperti ini. Pada saya, ia pemberian yang begitu besar dan
selesa berbanding tempat tinggal sebelum ini.
Dengan tempat tinggal baru yang begitu selesa ini, saya berharap ia dapat digunakan keluarga untuk
menyambut kedatangan Ramadan dalam suasana lebih ceria lagi, katanya.

Banglo setingkat dilengkapi tiga bilik dan dua bilik air seluas 800 kaki persegi itu mengambil masa lebih
dua bulan untuk disiapkan.
Majlis penyerahan kunci rumah banglo terbabit disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan
Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Hadir sama, bapanya, Nik Mohd Kamal Husin dan ibunya, Mariani Omar, 40, serta Ketua Eksekutif
Kumpulan PKINK, Mohd Sabri Abdullah dan Pengurus Besar Binaraya PKINK Sdn Bhd, Nik Kamil
Amirah Nik Ab Rahman.
Nik Nur Madihah berkata, hadiah rumah baru itu akan menjadi pendorong kepada tiga adiknya untuk turut
mencatatkan kejayaan cemerlang dalam pelajaran selain menjadi inspirasi kepada pelajar lain untuk belajar
bersungguh-sungguh.
Menurutnya, dia begitu bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri dan semua pihak yang
membantu dan memberikan pelbagai sumbangan kepadanya sekeluarga.
Sumber Berita : Harian Metro Online.
Tanjong Manis, Sarawak.
Selasa.
18 Ogos 2009 / 27 Shaban 1430 H
https://ibnismail.wordpress.com

Nik Nur Madihah


Tuesday, July 24, 2012
Catatan Hati

Admin at 2:47 AM 2 comments:

Pelajar cemerlang dapat banglow RM130,000

PENGKALAN CHEPA, 17 Ogos: Mungkin Kelantan menjadi negeri pertama di negara ini yang
menghadiahkan seorang pelajar cemerlang SPM sebuah banglow berharga RM130,000.

Sebelum ini hadiah lumayan itu disebut kerajaan negeri memandangkan Nik Nur Madihah Nik
Mohd Kamal, 18 merupakan pelajar cemerlang SPM peringkat negara.
Pencapaian pelajar terbabit iaitu 20A (19A1 dan 1A2) telah melonjatkan nama Kelantan dan
Maahad Muhammadi Perempuan.
Dan hari ini replika kunci rumah banglow itu diserahkan Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah, Datuk Mohd Amar Abdullah kepada Nik Nur
Madihah.
Hadiah berkenaan merupakan projek sosial Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan
(PKINK) melalui anak syarikatnya Binaraya dan Profil Impian yang berganding bahu
membiayai rumah berkenaan dalam tempoh hanya dua bulan.
Rumah berkenaan dibina melalui Syarikat Mekar Mewah Sdn Bhd. Turut hadir pada majlis
bersejarah itu Ketua Eksekutif PKINK, Haji Sabri Abdullah, Pengurus Besar Binaraya PKINK, Nik
Kamil Amirah Nik Abdul Rahman, serta beberapa pegawai kanan PKINK.
Nik Nur Madihah ditemani kedua ibu bapanya, Nik Mohd Kamil Husin dan Mariani Omar serta
adiknya.
Rumah banglo setingkat itu terletak di PT 1352, Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa.
Selain itu, Afza Carpet dan Handycraft Sdn Bhd turut menghadiahkan beberapa kelengkapan
termasuk karpet.
Mohd Amar berkata, rumah berkenaan diberikan sebagai melunaskan janji kerajaan negeri
yang diumumkan Menteri Besar sebelum ini. - Harakahdaily

Thursday, April 16, 2009


Nik Nur Madihah pilih Jordan lanjutkan pelajaran

KUALA LUMPUR Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik
Muhd. Kamal, 18, memilih Jordan untuk melanjutkan pelajaran di bawah biasiswa Bank
Negara Malaysia.
Menurutnya, keputusan itu dibuat setelah melakukan solat Istikharah dengan memilih bidang
Fizik Islam.

Saya akan berlepas ke sana pada bulan Ogos atau September ini.
Buat masa ini saya sedang membuat penyelidikan bersama pihak Bank Negara untuk
memilih universiti terbaik dalam bidang Fizik Islam, katanya.
Nik Nur Madihah berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan buku kisah
hidupnya bertajuk Catatan Hati Nik Nur Madihah terbitan Hijjaz Records Publishing (HRP) di
sini semalam.
Turut hadir pada majlis itu ialah ibu dan bapanya, Mariyani Omar dan Nik Muhd. Kamal Husin.
Nik Nur Madihah yang fasih berbahasa Arab memberitahu, dia masih tidak percaya kisah
hidupnya dibukukan dan berharap pembaca akan mengambil ilmu dalam buku itu sebagai
pengajaran dalam hidup.
Buku berharga RM25.90 itu akan mula dijual hari ini dan ia diterbitkan oleh Pengurus HRP,
Faizal Osman dengan dibantu oleh Ummu Hani Abu Hassan. _ Kosmo
Posted by Admin at 8:29 PM No comments:

Tuesday, April 7, 2009


Buku kisah Nur Madihah

KOTA BHARU - Kisah kejayaan dan pahit manis yang dilalui Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal,
18, sehingga menjadi pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 akan dibukukan.
Buku berbentuk dokumentari bertajuk Permata Parang Puting tulisan Ummu Sakinah
Muhammad itu menceritakan kisah di sebalik kejayaannya.
Ia diterbitkan oleh Yamani Angle Sdn. Bhd. (Yamanie) dan dijangka berada di pasaran tidak
lama lagi.
Ummu Sakinah, 21, berkata, keserasian antara dirinya dan Nik Nur Madihah yang
berlatarbelakangkan pendidikan sekolah agama selain mendapat 20A dalam SPM 2008
menjadi tarikan kepadanya untuk menulis mengenai pelajar cemerlang itu.
Menurutnya, buku setebal 200 muka itu dijangka dapat disiapkan menjelang Pesta Buku

Antarabangsa 17 April ini. Ia akan menceritakan sesuatu yang tidak pernah disiarkan melalui
media sebelum ini.
"Kini 70 peratus kandungan buku ini sudah disiapkan. Saya harap ia dapat sedarkan
masyarakat mengenai sesuatu yang menarik mengenai pelajar dari aliran sekolah agama ini,"
jelasnya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani perjanjian persefahaman bersama
Yamanie dan Nik Nur Madihah di sini semalam.
Sementara itu, Nik Nur Madihah ketika ditemui mengakui sudah memilih universiti pilihannya
untuk melanjutkan pelajaran tetapi masih berahsia mengenainya. _ kosmo
Posted by Admin at 7:53 AM No comments:

Tuesday, March 24, 2009


Madihah putuskan lepas umrah

KOTA BHARU 24 Mac - Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, akan mengambil kesempatan
menunaikan umrah pada 7 Mei ini untuk memohon petunjuk Allah dalam membuat
keputusan berhubung biasiswa dan tawaran melanjutkan pelajaran yang datang mencurahcurah.
Anak nelayan yang memperoleh 20 A pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 itu
akan menunaikan umrah bersama bapanya, Nik Mohd. Kamal Hussin, 41, dan ibunya, Mariani
Omar, 42, dengan pembiayaan Hijaz Trade Corporation.
Nik Nur Madihah berkata, dia masih belum membuat sebarang keputusan beberapa tawaran
yang diterimanya.
"Saya akan membuat solat istikharah, memohon petunjuk untuk mencapai keputusan yang
terbaik. Saya cuma mahu capai cita-cita menjadi ahli fizik, itu saja dalam kepala sekarang,
jadi, harap di sana (Mekah), saya dapat ilham," katanya selepas menerima pasport
antarabangsa di Jabatan Imigresen di sini hari ini. - Utusan

Posted by Admin at 10:03 PM No comments:

Sunday, March 15, 2009


Madihah dapat rumah baru
KOTA BHARU 15 Mac Pencapaian cemerlang pelajar miskin, Nik Nur Madihah Nik Mohd.
Kamal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 ternyata cukup manis untuk dikecapi
bersama keluarga apabila hadiah dan bantuan juga mula datang mencurah.
Selepas menerima lebih RM4,000 daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia dan Yayasan
Nelayan Malaysia (Yanim) semalam, hari ini Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang
mengunjungi keluarganya memberi penghargaan sebanyak RM5,000.
Selain itu, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) menyerahkan seunit
komputer riba dianggarkan bernilai lebih RM2,000.
Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Dali Hussin turut menyampaikan sumbangan
sebanyak RM1,000 manakala Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan
Kebajikan Datuk Husam Musa sebanyak RM500.
Tanpa diduga hari ini, kerajaan negeri membayangkan akan menyediakan rumah baru
dianggarkan bernilai lebih RM100,000 yang akan dibangunkan oleh PKINK.
Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Anual Bakhri Haron memberitahu, ia dijangka
dibangunkan di atas tapak di Taman Perumahan Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa yang akan
dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
Pemberian itu adalah untuk membantu meringankan beban keluarga mereka di samping
sebagai penghargaan kepada kejayaannya yang turut mengharumkan negeri, katanya ketika
ditemui selepas mengiringi Nik Abdul Aziz yang memberi sumbangan peribadi kepada
keluarga terbabit.
Nik Nur Madihah, 18, anak seorang nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Arab
Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh
20A dalam peperiksaan SPM 2008.

Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A
dan satu 2A.
Dia dan keluarga tinggal di sebuah rumah sewa dua bilik yang agak daif dengan bayaran
RM90 sebulan di Kampung Parang Puting dekat sini.
Ketika bercakap kepada pemberita, Nik Abdul Aziz berkata, kejayaan pelajar sekolah di bawah
pentadbiran Yayasan Islam Kelantan itu memperlihatkan bahawa pelajar sekolah agama tidak
terkebelakang.
Katanya, ia telah dibuktikan berulang kali di mana mereka tidak terkebelakang dalam aspek
pengajian moden yang diimbangi dengan agama.
Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Othman Che
Mat berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan
untuk membiayai bayaran sewa rumah keluarga tersebut yang telah tertunggak selama
setahun.
Kami difahamkan keluarga ini gagal membayar sewa rumah selama setahun. Oleh itu
melalui Skim Sewaan Kemiskinan Bandar, tunggakan itu tidak perlu lagi dibayar kerana akan
ditanggung sepenuhnya oleh jabatan.
Bagaimanapun kami perlu berbincang dengan pihak kementerian terlebih dahulu kerana
selain skim tersebut banyak lagi bantuan boleh diberikan termasuk insentif kewangan lain,
katanya ketika ditemui. - Utusan
Mara tawar Madihah belajar di UK
KUALA LUMPUR 15 Mac Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur
Madihah Nik Mohd. Kamal ditawarkan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) untuk melanjutkan
pelajaran ke United Kingdom (UK).
Buat permulaan, pelajar cemerlang itu diberi peluang menyambung pelajaran di peringkat A
Level di negara itu sebelum melanjutkan pengajian dalam bidang yang diminati iaitu fizik.
Tawaran tersebut telah dibincangkan antara Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,
Datuk Noh Omar dan bapa pelajar itu, Nik Mohd. Kamal Hussein, 41, menerusi telefon.
Pegawai Mara akan menghantar surat tawaran Nik Nur Madihah esok, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Satu Keluarga Satu
Perniagaan anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM) di sini hari ini.
Nik Nur Madihah, 18, anak nelayan dari Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Arab
Maahad Muhammadi (Perempuan) di sini mencatat sejarah negeri ini apabila memperoleh 20
A dalam peperiksaan SPM 2008.
Kejayaan itu menjadikan pelajar tersebut antara pelajar cemerlang dengan mendapat 19 1A
dan satu 2A, kurang satu mata pelajaran berbanding pencapaian pelajar terbaik SPM 2007,
Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
Dia juga membuktikan kesusahan keluarga bukan halangan untuk mencapai kecemerlangan.

Nik Nur Madihah mengambil sebanyak mungkin mata pelajaran bagi menguji keupayaan
dirinya dalam menghadapi cabaran hidup sebagai pelajar.
Kesusahan hidup pelajar yang tinggal di rumah sewa kecil di Pengkalan Chepa dipaparkan di
muka depan Utusan Malaysia semalam .
Noh memberitahu, tawaran kepada pelajar itu dibuat tanpa perlu mengisi borang dan tanpa
temuduga kerana Nik Nur Madihah merupakan pelajar cemerlang daripada keluarga miskin.
Pelajar itu juga, katanya, telah membuktikan kemampuannya untuk berjaya walaupun
berhadapan dengan pelbagai rintangan serta cabaran. - Utusan

aily Archives: January 2, 2010


KEMISKINAN DAN KEKURANGAN BUKAN PENGHALANG MERAIH
KEJAYAAN :
Posted on January 2, 2010 by yayasanuniti
Satu hal yang menarik untuk dikongsi bersama di sini ialah tentang KEJAYAAN adik NIK
NUR MADIHAH pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi (Perempuan) Kota
Bharu yang mendapat keputusan CEMERLANG dan PELAJAR TERBAIK SPM 2008 yang
diumumkan baru-baru ini dengan mendapat 20A. Apakah rahsia kejayaan beliau?
Kejayaan adik Nik Nur Madihah menarik perhatian semua pihak. Saya difahamkan ramai
wartawan pergi ke rumah di Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk menemuramah beliau.
Ekoran daripada itu, saya juga terpanggil untuk berbicara tentang rahsia kejayaan beliau.
Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota
Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan berbanding
pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.
Bagi beliau, kemiskinan dan kekurangan bukan penghalang meraih kejayaan. Malah
kemiskinan, kesukaran dan kekurangan itulah yang menjadi pendorong kepada usaha untuk
mengubah nasib ke tahap lebih baik sambil membahagiakan kedua ibu bapanya.
Beliau adalah anak sulung daripada empat adik beradik. Ayah dan ibu beliau bukannya orang
berada. Ibu bekerja sebagai tukang sapu di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) dan ayahnya
pula bekerja sebagai nelayan.
Apa yang menariknya, adik Nik Nur Madihah tidak menganggap dirinya genius, malah waktu
belajarnya juga tidak menentu. Beliau juga tidak mengikuti kelas tambahan, belajar juga tak

ada jadual. Tetapi kata beliau, Saya belajar bila terasa nak belajar tanpa terpaksa
atau dipaksa. Itulah rahsia kejayaan beliau.

Justeru itu, jadilah kejayaan adik Nik Nur Madihah pada hari ini sebagai dorongan untuk anda
untuk memulakan langkah pertama untuk meraih kejayaan pada hari esok. Jangan jadikan
kemiskinan, kesukaran dan kekurangan diri dan keluarga menjadi alasan dan penghalang
untuk anda mencipta kejayaan. KALAU ORANG LAIN BOLEH BERJAYA, KENAPA ANDA
TAK BOLEH ? Tanyalah diri anda pasti anda mengetahui jawapannya.

Anda mungkin juga menyukai