Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGENALAN

Secara umumnya, penulisan ini akan menjurus kepada persoalan sama ada
pemerintahan dinasti Umaiyyah dan Abbasiyyah itu bercanggah dari sudut prinsip syura dan
falsafah politik Islam berbanding zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W di Madinah.
Melalui penulisan ini, penulis berpendirian bahawa pemerintahan dinasti Umaiyyah dan
Abbasiyyah mempunyai sedikit perbezaan namun tidaklah bercanggah secara keseluruhan
sekiranya dibandingkan dengan pemerintahan Rasulullah S.A.W di Madinah. Hal ini
demikian kerana, tempoh pemerintahan sesetengah khalifah didapati mematuhi kedua-dua
konsep tersebut manakala hanya sebahagiannya lagi yang melanggar konsep tersebut. Dalam
kata lain, masih wujud persamaan dalam pelaksanaan pemerintahan berdasarkan prinsip
syura dan falsafah politik Islam bagi pemerintahan yang dimaksudkan. Justeru, bagi
menjelaskan pendirian penulis mengenai persoalan tersebut, terdapat beberapa aspek yang
didapati bercanggahan dengan prinsip syura dan falsafah politik Islam iaitu aspek pemilihan
khalifah, pemerintahan, perundangan, perbendaharaan negara dan layanan terhadap rakyat.
Namun, sekali lagi ingin ditegaskan bahawa percanggahan tersebut bukanlah bersifat ‘total’
dan menyeluruh.

Selain itu, aspek-aspek yang dipilih dalam penjelasan ini adalah dilihat berdasarkan
penekanan terhadap prinsip syura dan falsafah politik Islam. Secara sepintas lalu, syura
bermaksud perundingan atau perbincangan serta pertukaran pandangan dalam sesuatu
permasalahan manakala falsafah politik Islam pula adalah penekanan terhadap sebuah
pemerintahan Islam yang meng-Esakan Allah dan mengutamakan al-Quran dan al;-Sunnah.
Maka, penjelasan yang dipilih adalah berpandukan perbezaan yang didapati wujud dalam
prinsip tersebut antara pemerintahan yang dibincangkan.

1
2.0 DEFINISI SYURA DAN FALSAFAH POLITIK ISLAM

Syura berasal daripada perkataan Arab, syawara yang bermakna lil musyarakah iaitu
saling memberi pendapat, saranan atau pandangan. Ianya merupakan suatu keputusan yang
diambil hasil perbincangan dengan banyak pihak untuk mendapatkan suatu pandangan yang
lebih baik.1 Sementara itu, musyawarah2 secara etimologi ditafsirkan sebagai nasihat,
perundingan atau fikiran permuafakatan manakala dari segi terminologi adalah majlis yang
dibentuk untuk mendengar saranan dan idea.3 Beberapa orang ulama turut memberikan
pandangan mengenai musyawarah, misalnya Abd al-Hamid Ismail al-Anshari yang
menyifatkannya sebagai eksplorasi pendapat umat atau orang-orang yang mewakili mereka,
tentang persoalan-persoalan yang umum dan berkaitan dengan kemaslahatan umum.4

Syura merupakan lambang suara rakyat melalui pemberian pendapat secara sebulat
suara untuk membuat suatu keputusan yang tepat serta meyakinkan. Syura adalah cara
berfikir tersendiri yang telah didikkan dan disebatikan ke atas mereka yang beragama Islam,
satu nilai yang telah terbukti dalam praktik.5 Konsep syura amat dekat dengan umat Islam,
sehinggakan negara Islam digelar sebagai negara syura manakala umatnya dikenali sebagai
umat syura. Konsep syura diterjemahkan dalam bentuk Majlis Syura yang merupakan
lambang suara rakyat iaitu semua pendapat dan pandangan rakyat mestilah dihormati dan
diambil kira selagi tidak bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.6

Pada pandangan penulis, syura merupakan elemen penting yang memberi


kesempurnaan kepada sesebuah pemerintahan Islam yang berasaskan al-Quran dan al-
Sunnah. Penekanan terhadap dua sumber utama Islam tersebut sebenarnya sudah sempurna,
namun dalam hal tertentu seperti hal kenegaraan, syura telah melengkapkannya. Selain itu,
kewajipan untuk melaksanakan syura juga digambarkan menerusi perintah Allah S.W.T.
Misalnya, firman Allah dalam surah al-Imran ayat 3 yang bermaksud:7

1
Yahaya Jusoh. Sejarah Falsafah Politik dalam Islam. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. 2014. hlm. 72.
2
Kata ‘musyawarah ‘ juga disebut dengan ‘syura’ tetapi kata syura terfokus kepada pembahasan politik Islam
sedangkan musywarah ertinya lebih umum (Azyumandi Azra dalam bukunya Pergolakan Politik Islam: Dari
Fundamentalisme, Modernisme hingga Post-Modernisme, menggunakan kata syura)
3
Dr. H. Artani Hasbi. Musyawarah dan Demokrasi. Jakarta Selatan: Perpustakaan Nasional.2001. hlm. 20.
4
Ulama lain seperti Abd al-Arabi pula mengatakan bahawa musyawarah adalah pertemuan untuk membahas
permasalahan; saling mengemukakan pendapat.
5
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. 1991. hlm. 413.
6
Mustafa Haji Daud. Pengantar Politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994 hlm. 90.
7
Ibid. hlm. 90.

2
“…dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan soal-
soal keduniaan itu)” (Surah al-Imran 3: 159)

Rasulullah juga pernah bersabda mengenai nasihat dan pandangan yang perlu diberikan oleh
rakyat kepada pemerintah melalui syura. Hal ini dijelaskan dalam hadith yang diriwayatkan
oleh Muslim:8

Terjemahan: Agama itu nasihat, para sahabat bertanya, “Kepada siapa wahai
Rasulullah?” Kepada Allah, kitab-Nya, rasul-Nya dan pemimpin kaum Muslimin dan
kepada orang awamnya. (Riwayat Muslim)

Berdasarkan hadith dan firman tersebut, umat Islam sudah diingatkan tentang pentingnya
untuk mewujudkan suasana musyawarah dalam pemerintahan negara. Firman tersebut
misalnya menunjukkan bahawa Allah memerintahkan agar hamba-Nya bermesyuarat dalam
segala urusan termasuklah hal keduniaan seperti peperangan dan pemerintahan. Hal ini
diperkuatkan lagi oleh hadith Rasulullah yang menyarankan agar rakyat sesebuah negara
supaya memberikan pendapat dan sumbangan fikiran terhadap pemerintah dalam
menjalankan tugasnya. Oleh itu, penulis berpendapat bahawa kewajipan untuk melaksanakan
syura ini amatlah mustahak dalam sesuatu urusan kerana menerusinya umat Islam akan saling
bergaul dan bertukar-tukar fikiran, mengemukakan pendapat, menyesuaikan tindakan dan
mengolah cadangan bagi menghasilkan sebuah keputusan yang diyakini lebih tepat untuk
menyelesaikan sesebuah urusan. Maka, jelaslah bahawa konsep syura merupakan suatu
kewajipan yang perlu dilaksanakan dalam pemerintahan Islam berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. dan firman Allah S.W.T.

Falsafah politik Islam pula merupakan sebuah konsep yang sentiasa meletakkan Allah
S.W.T selaku sumber kedaulatan dan kekuasaan serta tidak ada kuasa lain yang boleh
menandingi-Nya. Selain itu, ianya turut menekankan peri pentingnya sebuah pemerintahan
dan pentadbiran yang berasaskan Al-Quran dan Sunah.9 Ringkasnya, falsafah politik Islam
menekankan agar pemerintahan Islam wajib meletakkan Allah sebagai yang teratas dan
menjadikan al-Quran dan al-Sunnah sebagai sumber utama pemerintahan. Maka, gabungan
antara prinsip syura dan falsafah politik Islam telah dijadikan teras utama pemerintahan
Rasulullah S.A.W. di Madinah bagi memastikan keseluruhan pentadbiran adalah
bersandarkan prinsip-prinsip Islam. Penekanan terhadap dua konsep ini juga menyebabkan
pemerintahan yang dilaksanakan adalah didasari oleh segala yang ditetapkan oleh Islam.
8
Ibid.
9
Mohd Mokhtar Shafie. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise. 1993. hlm. 36.

3
Sudut pemerintahan yang dimaksudkan adalah meliputi semua aspek sama ada politik dan
pentadbiran, ekonomi, sosial dan sebagainya lantaran Islam itu sendiri adalah “sebuah cara
kehidupan”. Lantaran itu, segala perkara yang tertulis dalam al-Quran seperti hukum-hakam
dan undang-undang Islam hendaklah dipraktikkan oleh seseorang pemerintah Islam melalui
kepimpinannya. Islam telah mengemukakan undang-undang kepada manusia di mana Islam
telah menaskan hukuman-hukuman dan balasan terhadap tindakan seseorang. Segala undang-
undang ini merangkumi kesemua sudut hubungan sesama manusia dan tiada yang terlepas
darinya di mana hukum tersebut dapat dibahagikan kepada empat bahagian iaitu hukum-
hukum aqidah, hukum-hukum akhlak, hukum yang berkaitan denagn hubungan manusia
dengan pencipta-Nya dan hubungan sesama individu.10

Persoalannya, adakah sistem dinasti dalam pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah


bercanggah dengan prinsip syura dan falsafah politik Islam sebagaimana yang diamalkan
oleh Rasulullah S.A.W. di Madinah? Bagi persoalan ini, penulis berpendirian bahawa sistem
dinasti Umaiyyah dan Abbasiyyah tidaklah bercanggah secara keseluruhan kerana hanya
wujud beberapa perbezaan tertentu setelah dikenal pasti dam diteliti sepanjang tempoh
pemerintahannya. Tambahan pula, perbezaan tersebut bukanlah bermakna keseluruhan
pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah benar-benar bercanggah secara ‘total’ sehingga
tidak menampakkan sebarang persamaan denagn pemerintahan Rasulullah S.A.W. dan
Khulafa’ al-Rasyidin. Sekalipun perbezaan tersebut wujud, ianya hanyalah berlaku dalam
tempoh peemrintahan khalifah tertentu yang kebanyakannya tidak melaksanakan
pemerintahan berasaskan Islam secara tepat sedangkan masih ada khalifah zaman Umaiyyah
dan Abbasiyyah yang melaksanakannya menurut syariat Islam.

3.0 SEJARAH RINGKAS PEMERINTAHAN KERAJAAN UMAIYYAH DAN


ABBASIYYAH

3.1 PEMERINTAHAN KERAJAAN UMAIYYAH

Kerajaan ini dinamakan sebagai kerajaan Bani Umaiyyah sempena nama ketua
keluarga mereka iaitu Umaiyyah bin Abd Syams bin Abd Manaf bin Qusai bin Kilab dari
keturunan Quraisy. Umaiyah ialah anak saudara sepupu Hasyim bin Abd Manaf dari sebelah
bapa. Kelahiran kerajaan ini berpunca daripada konflik antara Saidina Ali dan Mu’awiyah.
Mu’awiyah ialah seorang pemimpin berhemah tinggi dan berkaliber yang menguasai Syam.
Pembunuhan Khalifah Uthman iaitu sepupu Mu’awiyyah oleh pemberontak yang dikatakan

10
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 20.

4
dilakukan oleh penyokong Ali dan campur tangan Saidina Ali dalam kawasan pentadbiran
Mu’awiyah di Syam adalah dikatakan sebagai punca konflik. 11 Sengketa antara Saidina Ali
dengan Muawiyah menyebabkan berlauknya Perang Siffin pada 37 H (657 M) yang
menyebabkan Ali disingkirkan dan kemudiannya dibunuh oleh kaum Khawarij. 12 Penyokong
Saidina Ali cuba menaikkan Hassan sebagai Khalifah namun beliau enggan lalu
menyerahkannya kepada Mu’awiyah. Kerajaan Bani Umaiyyah memerintah antara tahun 41
H (661M) hingga 132 H (750) yang berpusat di Damsyik dan sepanjang peemrintahannya,
kerajaan tersebut mempunyai seramai 14 orang khalifah yang berkuasa secara warisan.

3.2 PEMERINTAHAN KERAJAAN ABBASIYYAH

Zaman kegemilangan kerajaan Umaiyyah tidaklah berkekalan dan akhinya digantikan


dengan kerajaan Abbasiyyah. Antara faktor yang menyebabkan runtuhnya kerajaan tersebut
ialah berlakunya pemberontakan dan sikap pemerintah yang dikatakan mengutamakan
keseronokan duniawi. Selain itu, keluarga Abbasiyyah turut mengatur gerakan untuk
mendapatkan kembali tampuk pemerintahan daripada Umaiyyah. Gerakan ini berjaya apabila
terbunuhnya Marwan bin Muhammad sebuah kampung bernama Musair di Mesir di tangan
Saleh bin Ali al-Abbasly pada malam Ahad 27 Zulhijjah 132 H. Dengan itu tamatlah riwayat
kerajaan Umaiyyah dan terbentuklah kerajaan Abbasiyyah dengan Abu Abbas as-Saffah
dilantik sebagai khalifah pertamanya. Pemerintahan Bani Abbasiyah bermula dari tahun 132
H sehingga 656 H. Pemerintahannya selalu dibahagikan kepada kepada dua peringkat iaitu
dari permulaan pembentukan sehinggalah zaman kegemilangan. Zaman kegemilangannya
mula menurun ketika pemerintahan Khalifah al-Wathiq (227 H – 232 H) sehinggalah
runtuhnya kerajaan ini yang menyaksikan Baghdad iaitu ibu kotanya ditawan orang Mongol.
Pada 656 H (1258 M).13 Antara khalifahnya ialah as-Saffah, al-Mansur, al-Mahdi, al-Hadi, al-
Rashid, al-Amin, al-Ma’mun, al-Mu’tasim dan al’Wathiq.

4.0 PERBEZAAN SISTEM DINASTI KERAJAAN UMAIYYAH DAN


ABBASIYYAH BERBANDING PEMERINTAHAN RASULULLAH S.A.W
DARI SUDUT PRINSIP SYURA DAN FALSAFAH POLITIK ISLAM

11
Mahayuddin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. 1991.
hlm. xiv.
12
Ibid.
13
Mokhtar Shafie. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. hlm. 438.

5
4.1 ASPEK PEMILIHAN KHALIFAH

Aspek utama yang membezakan antara sistem pemerintahan Umaiyyah dan


Abbasiyyah berbanding pemerintahan Rasulullah serta Khulafa’ al-Rasyidin ialah aspek
pemilihan khalifah. Hal ini demikian kerana, pemilihan khalifah sewaktu pemerintahan
Umaiyyah dan Abbasiyyah dilaksanakan menerusi sistem dinasti sedangkan sewaktu
pemerintahan Rasulullah serta Khulafa’ al-Rasyidin pula secara umumnya berpandukan
syura. Secara luarannya, perbezaan tersebut sememangnya menampakkan percanggahan
sekiranya dilihat sekali imbas namun harus diingati bahawa ianya sekadar perbezaan dari
sudut sistem, zahir atau lahiriah. Walaubagaimanapun, perbezaan sistem tidak semestinya
menandakan pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah bercanggah secara total dengan
prinsip syura zaman Rasulullah dan Khulafa’ al-Rasyidin kerana secara dalamannya
pelaksanaan pemerintahan bersandarkan prinsip Islam tetap diamalkan. Dalam kata mudah,
sekiranya wujud perbezaan sistem pemerintahan namun kemaslahatan Islam masih
dikekalkan, maka pemerintahan tersebut tidaklah bercanggah dengan prinsip syura dan
falsafah politik Islam. Dalam kata lain, kita harus mengkaji dan meneliti terlebih dahulu
pengisiannya sebelum menjatuhkan sebarang hukum atau penghakiman terhadap sesebuah
pemerintahan itu.

Rasulullah S.A.W adalah Ketua Negara Islam pertama di Madinah yang menjalankan
pemerintahan berasaskan wahyu yang diturunkan Allah S.W.T. dari semasa ke semasa.
Apabila baginda wafat, kepemimpinan negara dan agama Islam wajib diteruskan dan orang
yang menggantikannya dikenali sebagai Khalifah.14 Khalifah dari segi bahasanya ialah
gelaran yang diberikan kepada seseorang yang menduduki tempat seseorang yang lain
semasa ketiadaannya dan juga penguasa, pengganti, generasi penerus, wakil dan pengganti
sesuatu yang ada sebelumnya.15 Menurut al-Quran, khalifah bererti orang Mu’min yang
diwariskan kekuasaan untuk menegakkan keadilan dan kebenaran berdasarkan perintah Allah
S.W.T. Institusi Khalifah wajib ditegakkan oleh umat Islam untuk menruskan kepemimpinan
umat Islam dalam agama dan keduniaan serta melaksanakan perintah Allah S.W.T. Hal ini
berdasarkan penjelasan Abu Bakar al-Siddiq, “Sedarlah bahawa Muhammad telah wafat.
Oleh itu, mesti ada seseorang yang perlu menjalankan perintah agama ini.”

Penulis meletakkan zaman Khulafa’ al-Rasyidin kerana zaman tersebut adalah


kesinambungan daripada pemerintahan Rasulullah S.A.W setelah kewafatan baginda.
14
Ibid. hlm. 97
15
Mustafa Haji Daud. Pengantar Politik Islam. hlm. 98

6
Tambahan pula, pemilihan khalifah ketika itu adalah mengikut konsep syura secara
umumnya. Namun, apa yang pasti, permasalahan memilih khalifah merupakan salah satu
masalah keduniaan yang disarankan oleh Allah S.W.T. untuk bermusyawarah sebagaimana
firman Allah dalam surah al-Syura ayat 36-39 yang bermaksud:

“Maka sesuatu yang diberikan kepadamu, itu adalah kenikmatan hidup di dunia; dan
yang ada di sisi Allah lebih baik dan lebih kekal bagi orang-orang yang beriman dan
hanya kepada Tuhan mereka, mereka bertawakal, dan (bagi) orang-orang yang
menjauhi dosa-dosa besar dan perbuatan-perbuatan keji, dan apabila mereka marah,
mereka memberi maaf. Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan
Tuhannya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan) dengan
mesyuarat antara mereka dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang
Kami berikan kepada mereka. Dan (bagi) orang-orang yang apabila mereka
diperlakukan dengan zalim mereka membela diri.”16

Dalam ayat tersebut pandangan kita dialih kepada satu umat Islam, iaitu “syura”, yakni salah
satu sifat yang membezakannya dengan umat lain ialah “syura”. Dengan menyebutkan
bahawa semua urusan mereka disyurakan antara mereka, ayat ini pada hakikatnya
menjelaskan bahawa syura itu menjadi sifat orang mukmin.17 Apabila mereka menghadapi
sebarang masalah mereka akan berkumpul dan mengadakan syura untuk menyelesaikan
masalah tersebut. Ayat ini turut meletakkan bahawa semua urusan mereka adalah syura
sehingga kehidupan mereka diwarnakan dengan syura.18 Maka, dalam masalah pemilihan
khalifah, Allah menyarankan agar ianya diselesaikan menerusi syura kerana masalah tersebut
dalah salah satu masalah keduniaan yang perlu diselesaikan demi kepentingan umat Islam
dan agama Allah.

Secara umumnya, pemilihan khalifah sewaktu zaman Khulafa’ al-Rasyidin


dilaksanakan berpandukan sistem syura namun jika diperhatikan secara khusus, setiap
pemilihan khalifah adalah berbeza dari segi pelaksanaannya. Namun, apa yang hendak
ditekankan adalah dasar atau asas pemilihan keempat-empat khalifah tersebut adalah
berteraskan konsep syura. Misalnya, pemilihan khalifah pertama iaitu Saidina Abu Bakar
yang telah dipilih secara persepakatan di Thaqifah Bani Sa’adah. Sebelum itu, telah berlaku
perselisihan faham antara kaum Ansar, Muhajirin, Aus dan Khazraj dalam pemilihan khalifah

16
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 414.
17
Ibid. hlm. 416.
18
Ibid.

7
sehingga mendorong campur tangan Saidina Umar. Setelah dibai’ah oleh Saidina Umar,
pencalonan Abu Bakar sebagai khalifah telah dipersetujui dan disokong oleh Abu Ubaidah al-
Jarah, Basyir bin Sa’ad, ketua kaum Aus iaitu Usaid bin Huthair dan sebilangan besar kaum
Khazraj.19 Persepakatan tersebut menandakan wujudnya unsur permesyuaratan dan
perbincangan dalam pemilihan Khalifah Abu Bakar sebagai Khalifah setelah kewafatan
Rasulullah S.A.W.

Pengalaman pahit di Thaqifah Bani Sa’adah menyebabkan Saidina Abu Bakar


menamakan calon penggantinya iaitu Saidina Umar kerana baginya cara ini dapat
memastikan perlantikan khalifah tidak lagi menjadi satu masalah kepada umat Islam. Antara
sebab beliau berbuat demikian adalah kerana ingin memastikan perpaduan umat Islam tetap
utuh tambahan pula ketika itu umat Islam sedang berperang dengan Parsi dan Rom, dua buah
kuasa yang kuat.20 Maka, Saidina Umar adalah orang yang selayaknya lantaran
keperibadiannya yang tegas, gagah dan berani untuk memimpin umat Islam. Akhirnya, Umar
telah dibai’ah dan disokong sebagai khalifah setelah dilantik oleh Abu Bakar melalui wasiat
secara bertulis oleh Saidina Uthman sebelum beliau meninggal dunia. 21 Pemilihan Saidina
Uthman sebagai khalifah bagi menggantikan Saidina Umar pula diserahkan kepada Majlis
Syura yang menyenaraikan beberapa nama antaranya ialah Ali bin Abi Talib, Zubair bin al-
Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Abdullah dan Saad bin Abi Waqas. Khalifah
Ali pula dilantik setelah kematian Uthman yang dibunuh oleh pemberontak. Berdasarkan
kenyataan tersebut, dapat disimpulkan bahawa khalifah ialah gelaran Ketua Negara Islam
yang menggantikan Rasulullah S.A.W. Cara pemilihannya ialah melalui permesyuaratan
sama ada secara rasmi (Majlis Syura) seperti pelantikan Uthman atau secara tidak rasmi
seperti pelantikan Ali di Masjid Madinah, juga melalui wasiat seperti pelantikan Umar yang
dicadangkan oleh Abu Bakar.22

Walaubagaimanapun, pelantikan khalifah semasa pemerintahan Umaiyyah dan


Abbasiyyah didapati berbeza kerana mengamalkan sistem dinasti atau perwarisan. Pertama
sekali, perlu difahami terlebih dahulu bahawa dinasti bermaksud pemerintahan yang
dijalankan secara monarki atau keturunan untuk memastikan kekuasaan tetap berada dalam
lingkungan keluarga.23 Politik dinasti pula diertikan sebagai sebuah kekuasaan politik yang
dijalankan oleh sekelompok pemerintah yang berkait rapat dengan hubungan kekeluargaan
19
Ibid. hlm. 108.
20
Mustafa Hj Daud. Pengantar Politik Islam. hlm. 109.
21
Ibid. hlm. 111.
22
Ibid. hlm. 114.
23
Mokhtar Shafie. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. hlm 98.

8
atau jurai keturunan.24 Ianya merupakan pemerintahan yang diwariskan secara turun-temurun
dari ayah kepada anak lelaki atau saudara lelaki terdekat. Berdasarkan definisi tersebut, kita
sudah dapat membayangkan dengan jelas perbezaan antara kedua-duanya di mana sebuah
sistem adalah secara persepakatan manakala satu lagi secara pilihan.

Buktinya, pemerintahan dinasti Umaiyyah antara tahun 41 H (661 M) hingga 132 H


(750 M) yang berpusat di Damsyik telah menyaksikan pelantikan pemimpinnya hanyalah
dipilih dalam kalangan keluarga Bani Umaiyyah sendiri. Dalam senarai 14 orang khalifah
tersebut, kesemuanya diwariskan secara keturunan bermula dengan khalifah pertamanya iaitu
Mu’awiyah bin Abi Sufyan yang telah mengamanahkan tampuk pemerintahan kepada
anaknya iaitu Yazid bin Mu’awiyah.25 Akhirnya, setiap kali khalifah bertukar ganti,
penggantinya dipilih dalam kalangan waris terdekat terutamanya anak lelaki sehinggalah
pemerintahan terakhir oleh Marwan II bin Muhammad pada 127 H (744 M) hingga 132 H
(759 M). Pemerintahan dinasti Abbasiyyah turut menampilkan corak sama apabila keluarga
Bani Abbas telah berkuasa dari tahun 132 H sehingga 656 H iaitu apabila Baghdad
dijatuhkan oleh orang Mongol.26 Bermula dari khalifah pertamanya iaitu Abu al-Abbas as-
Saffah pada 132 H sehinggalah pewaris terakhirnya iaitu khalifah Al-Mu’tasim pada 232 H.
Maka, jelaslah bahawa kedua-dua pemerintahan tersebut memilih khalifahnya secara warisan
dan bertentangan dengan sistem syura yang menyaksikan pemilihan khalifah dijalankan
secara permuafakatan oleh umat Islam.

Di sini, penulis ingin menekankan bahawa percanggahan hanyalah berkisar mengenai


pemilihan khalifah dan bukannya secara keseluruhan. Pada pandangan penulis, perbezaan
dari sudut medium atau wadah pelaksanaan bukanlah suatu masalah utama asalkan pengisian
ajaran Islam dipraktikkan dalam pemerintahan. Hal ini demikian kerana, Islam tidak
meletakkan syarat atau undang-undang tetap mengenai sistem berkerajaan atau sistem
pemerintahan yang harus dilaksanakan. Dalam kata mudah, Islam itu tidak bersifat ‘rigid’.
Sebaliknya, selagi sesebuah pemerintahan yang diamalkan berteraskan al-Quran dan al-
Sunnah, ianya dianggap menuruti kehendak Islam dan berada di landasan yang benar. Selain
itu, penulis juga ingin menekankan satu titik tolak penting dalam aspek ini bahawa pelantikan
Yazid sebagai khalifah oleh bapanya iaitu Mu’awiyah menandakan buat pertama kalinya,
pemerintahan Islam dilaksanakan secara warisan. Signifikannya peristiwa ini adalah kaedah

24
Ibid.
25
Mahayuddin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. hlm. xvi.
26
Mokhtar Shafie. Keagungan Kerajaan Islam. hlm. 437.

9
pemilihan khalifah ini telah diteruskan bukan sahaja oleh pemmerintahan Bani Umaiyyah
bahkan diteruskan oleh pemerintahan empayar Islam yang seterusnya.

4.2 ASPEK PENTADBIRAN DAN PEMERINTAHAN NEGARA

Aspek seterusnya yang membezakan sistem dinasti Umaiyyah dan Abbasiyyah


berbanding pemerintahan Rasulullah S.A.W. serta Khulafa’ al-Rasyidin merupakan hal ehwal
pentadbiran dan pemerintahan negara. Rasulullah S.A.W telah mengutamakan
permesyuaratan dalam sebarang hal yang berkaitan dengan pentadbiran negara. Hal ini
dibuktikan menerusi riwayat Abu Hurairah yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W.
adalah orang yang selalu melakukan permesyuaratan dengan para sahabat walaupun baginda
dibimbing oleh wahyu.27 Hal ini demikian kerana, wahyu yang diturunkan oleh Allah S.W.T
lebih banyak berkaitan dengan aqidah, syarak dan akhlak yang tidak dapat dicapai oleh
manusia tetapi dalam hal kenegaraan dan pemerintahan, Rasulullah S.A.W. banyak
bergantung terhadap pendapat para sahabat terutamanya dalam hal teknikal atau pelaksanaan
sesuatu prinsip yang ditetapkan oleh al-Quran.28

Hal ini diperkuatkan lagi oleh sabda Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh al-
Tabarani dalam kitab al-Awsat oleh Anas:

Terjemahan: Orang yang beristikharah itu tidak pernah kecewa dan tidak sesal orang
yang bermesyuarat…29

Menerusi sabda Rasulullah S.A.W. tersebut, dapat difahami bahawa banyak manfaatnya
sekiranya seseorang itu bermusyawarah malahan tidak sedikit pun merugikannya. Dalam
melaksanakan hukum Allah, apabila menghadapi masalah yang tidak jelas hukumnya dalam
al-Quran dan al-Sunnah khususnya dalam soal-soal teknikal, Rasulullah dan Khulafa’ al-
Rasyidin akan merujuk kepada Majlis Syura iaitu para sahabat. 30 Penulis berpendapat bahawa
prinsip baginda yang sentiasa melakukan permesyuaratan dalam hal kenegaraan bukan sahaja
telah memastikan kelancaran pentadbirannya malahan mencerminkan keperibadiannya yang
bersifat amanah dan merendah diri sekaligus berjaya mendapatkan kepercayaan rakyat yang
berbilang kaum di Madinah. Hal ini juga turut membuktikan kewibawaannya sebagai seorang
pemimpin yang ditakdirkan untuk semua golongan di Madinah. Bagi penulis, baginda telah

27
Mustafa Haji Daud. Pengantar Politik Islam. hlm. 91.
28
Ibid.
29
Ibid. hlm. 92.
30
Cara pelaksanaan dasar-dasar al-Quran dan tafsirannya (al-Sunnah) dinamakan fiqh.

10
mempamerkan contoh tauladan yang sangat baik apabila tetap melakukan musyawarah
meskipun mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Antara bukti konsep syura yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W adalah sewaktu
Perang Badar yang menyaksikan kemenangan umat Islam meskipun mempunyai angkatan
tentera yang sedikit iaitu 313 orang berbanding kaum Quraisy Makkah seramai 950 orang.
Dalam Perang Badar sahaja umpamanya, Rasulullah telah bermesyuarat dengan para sahabat
tentang beberapa perkara antaranya ialah baginda meminta pandangan al-Ansar mengenai
peperangan itu sendiri dan menerima cadangan al-Khabbab bin Munzir bin Jamuh yang
mencadangkan supaya tentera Islam berkhemah di tempat lain berhampian telaga. 31 Dalam
pengendalian tawanan perang, baginda juga meminta pandangan para sahabat. Seramai 70
orang Quraisy telah ditawan anataranya ialah Walid bin al-Walid iaitu saudara Khalid bin al-
Walid, Suhail bin Amru dan Abbas bin Abdul Muttalib. Saidina Umar al-Khattab
mencadangkan agar mereka dihukum bunuh sebagai bentuk balasan kepada mereka manakala
Saidina Abu Bakar mencadangkan agar mereka dibebaskan dengan syarat membayar
fidyah.32

Cadangan Saidina Abu Bakar dipersetujui oleh Rasulullah S.A.W. kerana dianggap
mampu mendatangkan manfaat kepada umat Islam. Menurutnya, kebanyakan tawanan
tersebut merupakan mereka yang terdiri daripada kaum keluarga orang Islam yang sangat
berpengaruh di Makkah. Sekiranya mereka dibebaskan, mereka akan tertarik dengan sikap
toleransi Islam sekaligus diharapkan dapat menarik lebih banyak kaum Quraisy Makkah
untuk kembali kepada Islam. Menerusi peristiwa ini, kita dapat menilaikan bahawa
Rasulullah S.A.W. telah menjalankan prinsip syura bagi memastikan keputusan yang lebih
tepat dan berhikmah dapat diambil. Sekiranya keputusan terburu-buru diambil,
berkemungkinan penyebaran Islam sukar untuk dilaksanakan kepada kaum Quraisy Makkah.
Bagi penulis, situasi ini memperlihatkan betapa pentingnya syura yang bukan sekadar
menentukan sesebuah keputusan bahkan kepentingannya sebagai penentu masa depan dan
survival Islam ketika itu. Hal ini demikian kerana, Perang Badar merupakan penentu
kelangsungan Islam ketika itu yang sedang berkembang dan membina asasnya.

Selain itu, peristiwa Perang Uhud turut memaparkan unsur syura ketika
membincangkan strategi peperangan apabila Rasulullah S.A.W. telah menerima cadangan
para sahabat untuk keluar dari Kota Madinah dan bertempur di Uhud dan bukannya tinggal
31
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 420.
32
Ibid.

11
dan bertahan dari serangan musyrikin di dalam kota. 33 Dalam Perang Khandak pula,
Rasulullah S.A.W. telah menerima cadangan Salman al-Farisi, seorang hamba berketurunan
Parsi supaya mengorek parit yang luas di sekeliling mereka berdasarkan pengalamannya di
Parsi.34 Akhirnya, strategi tersebut berhasil dan memberikan kemenangan kepada umat Islam
sekaligus menampilkan kesediaan Rasulullah untuk memberikan kebebasan kepada sesiapa
sahaja untuk memberikan pandangan yang bermanfaat untuk Islam. Selain itu, menerusi
perang ini juga Rasulullah menerima cadangan Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz yang
berpendapat bahawa umat Islam tidak wajar berbaik-baik dengan Bani Ghassan kerana bagi
mereka, hanya mata pedang yang layak bagi mereka atas tindakan mereka.35

Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin juga turut memaparkan unsur syura dalam


pelaksanaan pentadbirannya. Misalnya, Khalifah Abu Bakar telah berbalas pandangan
dengan Saidina Umar mengenai golongan murtad dan yang enggan membayar zakat. 36Abu
Bakar membuat keputusan untuk memerangi mereka namun tidak dipersetujui oleh Umar
dengan alasan mereka telah mengucap dua kalimah syahadah yang telah memelihara darah
mereka. Namun, Abu Bakar berhujah bahawa mereka ini telah membezakan antara solat dan
zakat lalu dipersetujui oleh Umar dan sahabat yang lain. Abu Hurairah menyebutkan, “kami
pun berperang bersama-samanya, kami berpendapat pandangannya itu satu kebijaksanan.” 37
Semasa Khalifah Umar memimpin pula, beliau telah bermusyawarah dengan para sahabat
tentang usaha pengumpulan hadis Rasulullah S.A.W. dan cadanagnnya dipersetujui namun
akhirnya dibatalkan kerana bimbang umat Islam akan mencampuradukkannya dengan al-
Quran.

Sementara itu, sekiranya diteliti pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah, didapati


bahawa terdapat beberapa tempoh atau peristiwa yang memperlihatkan percanggahannya
dengan prinsip syura. Situasi ketika itu memperlihatkan pemimpin lebih berhak dalam
menentukan sesebuah keputusan dan tidak lagi bergantung sepenuhnya terhadap syura.
Bahkan, dalam sesetengah keputusan, pemimpin tetap berkeras melaksanakan keputusan
yang dirasakannya tepat tanpa perlu mengadakan persepakatan dengan umat Islam yang lain.
Antara yang paling ketara ialah dasar pemerintahan Mu’awiyah yang lebih mengutamakan
keturunan Arab, khususnya keturunan Bani Umaiyyah dalam perlantikan pegawai-

33
Ibid. hlm. 421.
34
Ibid.
35
Ibid.
36
Ibid. hlm. 422.
37
Ibid.

12
pegawainya.38 Selain itu, tindakan beliau melantik anaknya, Yazid bin Mu’awiyah sebagai
Putera Mahkota bagi menggantikannya turut menggambarkan keputusan yang berpihak
kepada pemerintah sahaja tanpa menghiraukan persetujuan rakyat. Menurut Ibn al-Athir, idea
pelantikan Yazid disuarakan oleh al-Mughirah bin Syu’bah, gabenor Mu’awiyah di Kufah
kerana mengharapkan dirinya akan disambung khidmat sebagai gabenor dengan meyakinkan
bahawa hanya Mu’awiyah dan anaknya sahaja yang layak menjawat jawatan Khalifah. 39
Disebabkan itu, Mu’awiyah berkeras untuk melantik Yazid walaupun mendapat bantahan
dari Abdul Rahman bin Abi Bakr, Husain bin Ali dan Abdullah bin al-Zubair ketika
membacakannya di hadapan Masjid Madinah. Pemerintahan Abbasiyyah turut
memperlihatkan khalifah yang tidak menggunakan prinsip syura dalam pemerintahan.
Misalnya, Khalifah al-Mu’tasim yang terlalu mempercayai menterinya iaitu Mu’ayyid al-Din
bin al-Alqami sehingga mengakibatkan Baghdad ditawan tentera Mongol dan keruntuhan
kerjaan Bani Abbasiyyah.

Kesimpulannya, percanggahan dari sudut pemerintahan dan pentadbiran negara telah


menonjolkan akibat buruk sekiranya sesebuah pemerintahan itu tidak mengikut prinsip syura.
Hal ini demikian kerana, pemimpin yang tidak meminta pandangan dan pendapat sesiapa
dalam sesebuah permasalahan akan menyebabkan sebarang keputusan yang diambil
kebiasaannya tidak tepat dan merugikan. Bahkan, sekiranya keputusan tersebut signifikan,
suatu kesilapan dalam membuat keputusan akan mendorong kepada bermulanya bibit
kelemahan dan keruntuhan kerajaan. Maka, jelaslah bahawa aspek peemrintahan dan
pentadbiran zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah tidak menggunakan prinsip syura,
bertentangan dengan zaman pemerintahan Rasulullah S.A.W. dan Khulafa’ al-Rasyidin yang
mengutamakannya.

4.3 ASPEK PENGURUSAN PERBENDAHARAAN DAN HARTA NEGARA

Perbendaharaan negara merupakan nadi kekuatan sesebuah negara Islam. Ketua


Negara berkewajipan untuk menguruskannya, iaitu menguruskan pemungutan hasil negara
seperti zakat, kharaj, fai, jizyah dan sebagainya serta mengawal perbelanjaannya untuk
kepentingan rakyat dan pembangunan negara.40 Pemerintahan Rasulullah menyaksikan
perubahan terhadap landskap ekonomi di Madinah apabila baginda mengubah sistem
38
Mahayudin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. hlm. 17.
39
Ibid. hlm. 15.
40
Mustafa Haji Daud. Pengantar Politik Islam. hlm. 118.

13
ekonomi Jahiliah kepada yang sepatutnya berdasarkan apa yang ditekankan oleh falsafah
politik Islam. Baginda telah mengubah beberapa perkara yang menjadi kebiasaan dalam
zaman Jahiliah kepada suasana ekonomi yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah. Namun,
apa yang hendak ditekankan ialah urusan perbendaharaan negara atau Baitul Mal. Urusan
perbendaharaan negara dikendalikan oleh sebuah institusi yang dikenali sebagai Baitul-mal
yang mula diinstititusikan semasa pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin. Baitul Mal merupakan
amanah dari Allah S.W.T. yang telah dipelihara oleh Rasulullah S.A.W. dan Khulafa’ al-
Rasyidin bagai menatang minyak yang penuh. Ianya dikendalikan dengan penuh keimanan
dan ketaqwaan, diuruskan secara amanah dan mereka yang berhak telah menerima bahagian
masing-masing. Semasa zaman Khulafa’ al-Rasyidin, ianya dikendalikan dengan telus dan
amanah. Buktinya, Khulafa’ al-Rasyidin menjalani cara hidup paling sederhana dan hanya
mengambil sebahagian yang amat kecil daripada harta Baitul Mal untuk keperluan hidup dan
menjadikannya milik rakyat.

Khalifah Abu Bakar misalnya telah menyerahkan tugas perbendaharaan kepada Abu
Ubaidah ibn al-Jarrah. Sepanjang pemerintahannya, beliau telah mengendalikan harta negara
denagn penuh amanah dengan mengikut lunas-lunas Islam. Antaranya ialah beliau
menggunakan wang yang diperuntukkan kepadanya secara sistematik untuk kebaikan umat
Islam. Malahan, beliau masih lagi mahu berniaga di pasar setelah dipilih menjadi khalifah
namun ditahan oleh Umar. Umar telah memintanya agar menemui Abu Ubaidah al-Jarah
untuk mendapatkan sedikit sara hidup. Bagi kakitangan awam yang menjalankan tugas-tugas
umum mengenai urusan negara dan orang-orang Islam, Abu Bakar telah menentukan
bayarannya dari perbendaharaan negara.41 Pengurusan perbendaharaan semasa zaman
Khalifah Umar pula semakin teratur dan sistematik. Sumber pendapatan negara juga datang
daripada pelbagai sumber seperti zakat, jizyah, fay, kharaj dan ghanimah. Keadaan ini
menyebabkan institusi ini dapat menjalankan fungsinya dengan baik untuk umat Islam. Ali
bin Abi Talib juga memperoleh kadar gaji yang sama denagn Abu Bakar dan Ithman sewaktu
menjadi khalifah. Beliau mengenakan pakaian yang hanya sampai separuh kakinya dan
seringkali bajunya penuh dengan tampalan. Pernah beliau didatangi adiknya, Aqil untuk
meminta wang dari Baitul Mal tetapi ditolak, “Adakah engkau mengkehendaki agar Allah
membakar diriku di neraka Jahanam kerana memberimu sesuatu daripada jharta kaum
Muslimin?.” Maka, jelaslah bahawa pengurusan perbendaharaan sewaktu pemerintahan
Khulafa’ al-Rasyidin mematuhi prinsip-prinsip Islam.

41
Ibid.

14
Namun begitu, ada ketikanya sewaktu pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah yang
menyaksikan fungsi Baitul-mal tidak dijalankan secara telus dan amanah. Lebih tepat lagi,
khalifah yang memerintah telah menyalahgunakan kuasa yang menyebabkan berlakunya
penyelewengan harta negara untuk kepentingan mereka. Khalifah Bani Umaiyyah contohnya,
telah memulakan kehidupan mewah sama seperti Raja Parsi dan Rom malahan harta Baitul
Mal seolah-olah telah dijadikan hak milik khalifah yang memerintah. Khalifah boleh
mengambil seberapa banyak harta Baitul Mal sesuka hati tanpa memikirkan nasib rakyat.
Hanya Umar bin Abdul Aziz iaitu khalifah yang kelima sahaja yang meenjalankan
amanahnya dengan mengambil semula semua harta Baitul Mal di Istana Bani Umaiyyah dan
memulangkannya.42 Cara hidup mewah dan penyelewengan tersebut bukan sahaja dilakukan
oleh khalifah malahan dilakukan oleh menteri, gabenor, panglima tentera dan pembesar-
pembesar wilayah. Misalnya, dasar pemerintahan Yazid III dalam menguruskan
perbendaharaan negara yang dilihat sangat cuai dan sekadar berjanji sahaja. Beliau
menyatakan akan menghentikan semua projek atau rancangan pembangunan yang besar yang
tidak begitu diperlukan, tidak akan mengadakan projek pertanian denagn membelanjakan
wang rakyat dan akan memulihkan tanah tandus untuk dikurniakan kepada kaum
keluarganya, membelanjakan semua hasil pendapatan untuk pembangunan wilayah, semua
yang beragama Islam sama ada Arab atau bukan akan menerima gaji yang sama dan semua
rakyatnya dikenakan cukai tanpa pengecualian.43 Kesemua janji tersebut dilakukan sekadar
untuk mengaburi mata rakyat bahkan telah memberi kesan negatif kepada Baitul Mal.

Kesimpulannya, pengurusan perbendaharaan sewaktu zaman pemerintahan Rasulullah


S.A.W. dan Khulafa’ al-Rasyidin berbanding pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah
sememangnya mempunyai perbezaan. Pengurusan yang tidak amanah dan penyelewengan
oleh khalifah akhirnya telah menyaksikan fungsi Baitul-Mal kian merosot sehinggalah
kejatuhan kerajaan Abbasiyyah oleh orang Mongol.

4.4 ASPEK PERUNDANGAN

Seterusnya, aspek yang membezakan antara pemerintahan Rasulullah S.A.W. dan


Khulafa’ al-Rasyidin berbanding pemerintahan Umaiyyah serta Abbasiyyah adalah aspek
perundangan. Secara amnya, asas utama perundangan yang dipraktikkan oleh Rasulullah dan
Khulafa’ al-Rasyidin adalah bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Selaras dengan falsafah
politik Islam, baginda dan para sahabat telah meletakkan kuasa perundangan dan kedaulatan
42
Ibid. hlm. 57.
43
Mahayudin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. hlm. 95.

15
hukum hanya pada Allah S.W.T sebagai yang teratas dan tertinggi. Asas ini selaras dengan
suatu konsep iaitu al-hakimiah yakni kekuasaan juridiksi dan kedaulatan hukum tertinggi di
alam semesta ini hanyalah milik Allah S.W.T.44 Kuasa menentukan hukum tidak dimiliki oleh
sesiapa pun melainkan Allah malah tidak sesiapa pun yang boleh memiliki sebahagian
daripadanya. Konsep ini menunjukkan bahawa Allah sahajalah yang menjadi sumber hukum
yang harus dipatuhi, ditaati dan dilaksanakan oleh manusia. Malahan, al-Quran telah
menyatakan bahawa Allah memiliki kekuasaan tertinggi dalam perundangan yang wajib
dipatuhi sebagaimana firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 229 yang bermaksud:45

“…Itulah hukum-hukum Allah, maka janganlah kamu melanggarnya. Barangsiapa


melanggar hukum-hukum Allah mereka itulah orang-orang yang zalim.”

(al-Baqarah:229)

Berdasarkan kedudukan-Nya yang tertinggi, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat telah
memastikan sistem perundangan yang ditubuhkan di Madinah sentiasa mendaulatkan
kekuasaan Allah S.W.T. dan bukannya meletakkan kuasa pada tangan para khalifah yang
memimpin kerajaan sebagaimana yang terjadi dalam pemerintahan Umaiyyah dan
Abbasiyyah.

Perubahan utama dalam sistem perundangan yang dibawa oleh Islam merupakan
unsur keadilan. Keadilan bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya atau pada haknya.
Dalam memerintah negara, Rasulullah S.A.W. dan para sahabat sentiasa meletakkan keadilan
sebagai keutamaan lantaran wujudnya pelbagai kaum yang tinggal di Madinah. Prinsip
keadilan adalah suatu yang mustahak dan sangat penting bagi mengelakkan bercambahnya
rasa tidak puas hati, ketidakadilan, berat sebelah dan pilih kasih yang boleh mengakibatkan
perpecahan dalam kalangan rakyat Madinah. Lantaran itu, kesemua rakyat Madinah adalah
tertakluk kepada perundangan yang telah ditetapkan oleh pemerintah tanpa mengira kaum,
status sosial mahupun kekayaan. Pendek kata, undang-undang yang dikuatkuasakan adalah
terpakai terhadap semua orang termasuk khalifah dan kaum kerabatnya sendiri. Hal ini bagi
memastikan keadilan dapat ditegakkan selaras dengan falsafah politik Islam. Keadilan yang
diunjurkan juga merangkumi semua perkara sama ada adil dalam perkataan, adil dalam
urusan peribadi, adil dalam memnyelsaikan perselisihan, adil terhadap musuh dan adil dalam

44
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 52.
45
Ibid. hlm. 95.

16
menghukum.46 Antara firman Allah S.W.T yang memeerintahkan supaya umatnya berlaku
adil sewaktu menjatuhkan hukum ialah Surah al-Nisa ayat 58 yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanah kepada yang berhak


menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia
supaya kamu menetapkan dengan adil. SesungguhnyaAllah memberi pengajaran
sebaik-baiknya kepadamu, sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha
Melihat” (An-Nisa: 58)

Sekiranya kita memahami ayat ini, ianya secara amnya ditujukan kepada semua manusia
yang mrangkumi golongan pemerintah dalam perkara yang diserahkan kepada mereka
termasuklah amanah dalam pengagihan harta, mencegah kezaliman dan adil dalam
pemerintahan. Maka, apabila dibandingkan dengan kaedah pemerintahan berpandukan
perundangan yang dilaksanakan oleh Rasulullah S.A.W. didapati bahawa baginda telah
menepati cirinya iaitu mendaulatkan hukumAllah pada tempatnya.

Contoh yang bersesuaian untuk menggambarkan keadilan sistem perundangan


sewaktu pemerintahan Rasulullah S.A.W adalah peristiwa seorang wanita bangsawan Arab
yang ditangkap kerana mencuri dan telah dijatuhkan hukuman setelah terbukti bersalah.
Namun, memandangkan kedudukannya yang tinggi, beberapa orang sahabat meminta agar
wanita ini dikecualikan daripada dikenakan hukuman tersebut.47 Lalu Rasulullah S.A.W.
bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya, telah binasalah umat sebelum kamu kerana apabila golongan


bangsawan melakukan kesalahan dia dibebaskan dan apabila golongan bawahan
melakukan kesalahan maka dia dikenakan hukuman. Demi Allah, kalau Fatimah
mencuri sekalipun, tangannya akan dipotong.” 48 (H.R Bukhari dan
Muslim)

Peristiwa ini jelas menggambarkan bahawa keadilan itu benar-benar dilaksanakan dan bukan
sekadar tertulis pada perundangan sahaja. Hal ini turut memaparkan ketelusan Rasulullah
dalam menjalankan amanah tanpa terpengaruh dengan pandangan yang berat sebelah
sekaligus berjaya meletakkan sesuatu hukum pada tempat yang selayaknya. Bagi mereka
yang terlibat dengan sesuatu pengadilan, proses perbicaraan juga dilaksanakan secara telus

46
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 270-271.
47
Diakses daripada https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinan-
rasulullah-s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/
48
Ibid.

17
untuk mengelakkan sebarang anasir yang boleh mempengaruhi keputusan perbbicaraan.
Pihak plaintif diberikan hak untuk mengemukakan tuduhan dan pihak yang tertuduh
diberikan hak untuk membela dirinya dan hukuman yang dijatuhkan berdasarkan bukti yang
jelas daripada kedua-dua belah pihak.

Walaubagaimanapun, wujud sedikit perbezaan dalam pelaksanaan sistem


perundangan semasa pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah. Tempoh tersebut
menyaksikan pemerintah lebih berkuasa dan berhak untuk menentukan sebarang keputusan
tanpa menghiraukan undang-undang yang ditetapkan. Dalam kata lain, pemerintah kini tidak
lagi mendaulatkan perundangan dengan meletakkan Allah sebagai yang tertinggi apabila
bertindak dengan sesuka hati dalam pemerintahan. Keadaan ini secara tidak langsung telah
menyumbang kepada kelemahan dan keruntuhan kerajaan Umaiyyah yang dikatakan bermula
akibat tindakan Al-Walid II bin Yazid. Beliau merupakan khalifah Bani Umaiyyah ke-11
menggantikan Khalifah Hisyam dan mempunyai keperibadian yang buruk seperti bapanya,
Yazid II. Antara tindakannya yang dilihat telah melebihi kuasa perundangan apabila
menjatuhkan hukuman secara membuta tuli terhadap orang ramai termasuk Khalid al-Qasri
dan Sulaiman bin Hisyam iaitu keluarga dan pegawai tentera Bani Umaiyyah sendiri.49 Sikap
permusuhannya terhadap suku Yaman ditunjukkan secara terang-terangan apabila
mengarahkan gabenornya di Iraq, Yusuf bin Umar untuk menangkap Khalid al-Qasri, bekas
gabenor Iraq dari suku Yaman. Beliau dituduh berkomplot menentang dasar pemerintahan
dan dijatuhkan hukuman dera dan akhirnya meninggal dunia pada 126 H (743 M). 50 Sulaiman
bin Hisyam pula yang merupakan salah seorang keluarga Marwan telah ditangkap, disebat,
disingkirkan ke Uman dan dipenjarakan kearana menentang dasar pemerintahannya iaitu
perluasan kuasa.51 Bagi penulis, keadaan ini sangat penting kerana telah menjadi satu titik
tolak kepada keretakan buat pertama kalinya dalam dalam keluarga Bani Umaiyyah sehingga
mencetuskan penentangan. Mereka yang tidak bersetuju dengan cara al-Walid memerintah,
termasuk kaum Yaman, keluarga Marwan dan puak Qadariyyah telah menyerang al-Walid
menyebabkannya terbunuh di pelabuhan Bukhra’.52

Setelah membuat perbandingan, penulis berpendapat bahawa percanggahan yang


berlaku dalam sudut perundangan ketika pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah ini
sebenarnya berpunca daripada kehendak mereka sendiri. Sehinggakan pada suatu tahap,

49
Mahayudin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. hlm. 93.
50
Ibid. hlm. 92.
51
Ibid.
52
Ibid. hlm. 94.

18
pemerintah telah mewujudkan satu kuasa penentu yang membolehkannya memerintah
mengikut kehendaknya. Penulis juga menganggap bahawa setiap daripada tindakan tersebut
sebenarnya didalangi oleh motif atau matlamat mereka yang tersendiri dalam pemerintahan
yang cenderung terhadap sesuatu sehingga menyebabkan mereka mengetepikan kuasa
perundagan yang sebenar-benarnya. Hal ini sememangnya bertentangan dengan
pemerintahan Rasulullah S.A.W. dan Khulafa’ al-Rasyidin yang sentiasa meletakkan kuasa
perundangan dan hukum pada Allah S.W.T. Menurut Al-Quran, bentuk pemerintahan
manusia yang benar ialah wujudnya pengakuan negara terhadap kepemimpinan dan
kekuasaan Allah dan Rasul-Nya dalam bidang perundangan, menyerahkan segala kekuasaan
legislatif dan kedaulatan hukum tertinggi kepada Allah di samping meyakini bahawa khilafah
itu mewakili Hakim yang sebenarnya iaitu Allah S.W.T.

4.5 ASPEK LAYANAN PEMERINTAH TERHADAP RAKYAT

Layanan pemerintah terhadap rakyat merupakan aspek terakhir yang membezakan


pemerintahan Rasulullah S.A.W. berbanding pemerintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah.
Seperti yang kita sedia maklum, demografi rakyat Madinah sewaktu pemerintahan Rasulullah
S.A.W. adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan golongan tertentu seperti orang Islam,
Yahudi, Quraisy dan sebagainya. Setiap seorang daripada mereka pula mempunyai latar
belakang yang berbeza sama ada dari sudut agama, kepercayaan, status sosial dan
kebudayaan. Kepelbagaian kaum ini sekaligus menandakan bahawa betapa pentingnya
tindakan pemerintah untuk mengamalkan pemerintahan yang adil dan mewujudkan

19
persamaan hak antara sesebuah kaum dengan kaum yang lain. Hal ini penting bagi
memastikan setiap lapisan masyarakat mendapat hak masing-masing yang selayaknya dan
tidak merasakan dirinya tertindas atau dilayan secara tidak adil oleh pemerintah.

Apa yang hendak ditekankan oleh penulis di sini adalah persamaan hak atau layanan
yang sama atau adil yang ditekankan oleh falsafah politik Islam. Hal ini berikutan setiap
manusia yang dicipta adalah berasal dari keturunan yang sama iaitu dari Adam A.S. Malahan,
ayat pertama dan kedua dalam Surah al-Alaq menjelaskan tentang status manusia yang
berasal dari seketul darah, iaitu hakikat kejadian mereka. 53 Malahan, Allah menjelaskan
dengan lebih lanjut tentang penciptaan manusia dan matlamat daripada penciptaan tersebut.
Dijelaskan bahawa Allah telah menciptakan manusia terdiri daripada lelaki dan perempuan
dan dijadikan mereka dalam kabilah-kabilah dan bangsa-bangsa dengan tujuan supaya
mereka saling berkenalan antara satu sama lain. Firman Allah S.W.T. dalam Surah al-Hujurat
ayat 13 yang bermaksud:54

“Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu berbangsa-bangsa dan


bersuku-suku supaya kamu saling kenal menegnal. Sesungguhnya orang yang paling
mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara
kamu…”

(al-Hujurat: 13)

Berdasarkan firman Allah ini, jelas menunjukkan bahawa setiap manusia itu diciptakan
berbeza latar belakangnya bertujuan untuk salning berkenal-kenalan dan bukannya untuk
saling bercakaran. Maka, selaras dengan firman tersebut, situasinya tepat jika dibandingkan
dengan pemerintahan Rasulullah di mana wujudnya pelbagai golongan di Madinah.

Misalnya, semasa pemerintahan baginda, terdapat beberapa golongan yang turut


mendapat layanan sama rata seperti golongan mawali iaitu golongan yang bukan berbangsa
Arab namun telah memeluk Islam dan ahli zimmah iaitu golongan orang bukan Islam yang
tinggal di negara Islam. Kedua-dua golongan ini telah diberikan layanan sama seperti yang
diterima oleh umat Islam di Madinah. Islam telah mewajibkan pemerintahnya melindungi
rumah-rumah ibadat mereka, tidak campur tangan dalam soal akidah mereka, tidak
menghukum mereka dengan zalim, menyamakan mereka denagn orang Islam dari sudut hak
dan kewajipan umum, memelihara kehormatan dan kemuliaan mereka, begitu juga kehidupan

53
Alias Othman. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. hlm. 195.
54

20
dan masa depan mereka sama seperti negara Islam menjaga kehormatan, kehidupan dan masa
depan orang-orang Islam.55 Malah, Rasulullah telah memberikan jaminan akan
mempertahankan mereka iaitu ahli zimmah daripada sebarang bentuk kezaliman. Dalam
hadis Rasulullah ada disebutkan: “Barangsiapa yang menyakiti kafir zimmi bererti beliau
telah memusuhi Rasulullah S.A.W.”56 Pada zaman Khulafa’ al-Rasyidin pula, didapati
bahawa Khalifah Umar berwasiat kepada penggantinya: “Aku berwasiat kepadanya dengan
zimmah (pengakuan) Allah dan zimmah Rasul-Nya; beliau mestilah menunaikan perjanjian
dengan mereka; beliau mestilah memerangi orang yang menentang mereka dan tidak
mewajibkan ke atas mereka sesuatu yang mereka tidak mampu menanggungnhya.”

Perkara yang bertentangan pula berlaku sewaktu pemerintahan Umaiyyah ketika


zaman Abdul Malik dan al-Hajjaj berkuasa. Golongan mawali dikatakan telah diberi layanan
yang tidak sama seperti yang dinikmati oleh golongan Arab. Antara yang paling ketara ialah
mereka diarahkan untuk membayar jizyah meskipun telah memeluk agam Islam. Hal ini
disebabkan al-Hajjaj yang berpendapat bahawa dengan bertambahnya penganut-penganut
Islam dari keturunan bukan Arab (mawali) akan menyukarkan pembangunan ekonomi negara
kerana menurit undang-undang Islam, setiap penganut Islam dikecualikan daripada
membayar jizyah. Ini bermakna semakin ramai yang memeluk Islam maka semakin
57
berkuranganlah peratusan yang membayar jizayah dan memberatkan tanggungan negara.
Mereka juga diarahkan untuk kembali semula ke kampung masing-masing untuk memajukan
semula usaha pertanian mereka.

Maka, jelaslah bahawa wujud suatu jurang perbezaan dalam aspek layanan
pemerintah terhadap rakyat antara pemerintahan Rasulullah S.A.W. dan Khulafa’ al-Rasyidin
dengan zaman Umaiyyah dan Abbasiyyah.

5.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, sekiranya sesebuah pemerintahan itu menepati kehendak yang


ditetapkan dalam Islam, maka secara tidak langsung pemerintahnnya akan sentiasa
berlangsung dengan baik. Perkara ini dapat dilihat berdasarkan pemerintahan Rasulullah
S.A.W dan Khulafa’ al-Rasyidin yang sentiasa meletakkan Allah sebagai yang teratas dan
tertinggi dalam semua aspek pentadbiran. Buktinya, Rasulullah S.A.W. berjaya menubuhkan
sebuah pemerintahan yang masyhur berpandukan prinsip-prinsip Islam sehingga muncul
55
Ibid. hlm. 247.
56
Ibid. hlm. 246.
57
Mahayudin Hj Yahaya. Pemerintahan Bani Umaiyyah. hlm. 115.

21
sebagai sebuah negara yang gemilang. Meskipun wujud pelbagai halangan dan cabaran
seperti ancaman luar, koflik dalaman dan perbezaan kaum, kesemua faktor tersebut berjaya
diketepikan dengan mudah. Hal yang sama turut berlaku dalam pemerintahan Khulafa’ al-
Rasyidin yang terdiri daripada para sahabat yang telah meneruskan kesinambungan
pemerintahan Rasulullah S.A.W. untuk kemaslahatan umum. Khalifah telah memastikan
lunas-lunas pemerintahan emnurut Islam sentiasa diangkat selaridengan yang dialkuakn oleh
Rasulullah S.A.W.

Namun begitu, terdapat sedikit percanggahan sebagaimana yang disebutkan dalam


peemrintahan Umaiyyah dan Abbasiyyah dari sudut prinsip syura dan falsafah politik Islam.
Terdapat sedikit kelompongan dan kelemahan di mana sesetengah khalifah zaman tersebut
tidak mempraktikkan apa yang ditekankan oleh Rasulullah S.A.W. dan Khulafa’ al-Rasyidin.
Serba sedikit, tindakan tersebut telah menyumbang kepada kelemahan pentadbiran dan
seterusnya menggoyahkannya sehingga menyebabkan keruntuhan kedua-dua pemerintahan
Islam tersebut. Walaubagaimanapun, percanggahan tersebut tidaklah bermaksud mereka
secara mutlaknya terkeluar terus dariapda landasan Islam kerana zaman pemerintahantersebut
turut menyaksikan banyak tempoh kegemilangan dan kemajuan yang disumbangkan mereka
kepda umat Islam dan manusia sejagat.

BIBLIOGRAFI

Alias Othman. 1991. Asas-Asas Pemikiran Politik Islam. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

H. Artani Hasbi. 2001. Musyawarah dan Demokrasi. Jakarta Selatan: Perpustakaan Nasional.

Mahayuddin Hj Yahaya. 1991. Pemerintahan Bani Umaiyyah. Kuala Lumpur: Dewan


Bahasa dan Pustaka.

Mokhtar Shafie. 1993. Sejarah Keagungan Kerajaan Islam. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Mustafa Hj Daud. 1994. Pengantar Politik Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

22
Pengajian Islam. Diakses pada 26 November 2019 melalui
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/pemerintahan-dan-kepemimpinan-rasulullah-
s-a-w-dan-khulafa-al-rasyidin/

Yahaya Jusoh. 2014. Sejarah Falsafah Politik dalam Islam. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia.

23

Anda mungkin juga menyukai