Anda di halaman 1dari 7

Format Terbaharu PT3

RINGKASAN
TIP-TIP MENGHASILKAN
RINGKASAN YANG BAIK
1. Ringkasan disoal dalam Bahagian C ( Kertas 1 Bahasa Melayu PT3 )
2. Apa itu meringkaskan karangan /petikan/ berita / rencana atau cerita ?

Bermaksud memendekkan sesuatu petikan dengan


mengekalkan isi-isi penting berdasarkan kata kunci
yang diberi.

3. Baca soalan dan garis kata kunci yang diberi dan fahami maksud kata kunci tersebut.
Contoh kata kunci yang dikemukakan
dalam soalan ringkasan.

• sebab-sebab/faktor-faktor/punca-punca
• kesan-kesan/ implikasi/impak
• kepentingan /kebaikan/faedah
• kekangan/masalah/halangan
• tugas/peranan/tanggungjawab/fungsi/sumbangan
• langkah-langkah/usaha-usaha/cara-cara/kaedah/tindakan
4. 15 markah diperuntukkan untuk ringkasan :
- 10 markah untuk isi 5 isi ( min ).
- Setiap isi 2 markah.
- 5 markah untuk Bahasa

5. Senaraikan isi mengikut turutan


( langkah ini memudahkan tugasan pemeriksa
untuk memeriksa kertas anda ) .
6. Gunakan penanda wacana yang sesuai . Contohnya , ‘seterusnya’ ,

‘selain itu’ , ‘di samping itu’ dan sebagainya .

7. Gunakan sekurang-kurangnya dua penanda wacana.

8. Pelajar tidak perlu menulis isi tersirat.

9. Tulis ringkasan anda dalam satu perenggan sahaja dan panjangnya

ringkasan anda hendaklah antara 80-100 patah perkataan.

10. Dalam setiap petikan yang diberi terdapat lebih kurang 8 – 10isi.

Anda hanya perlu menulis 5 isi tersurat ( min ) .


11. Perkataan yang dikira sebagai satu patah perkataan dalam ringkasan.

 Nama Khas / Tarikh / Kata ganda


 Angka yang ditulis dalam perkataan [dua ratus lima puluh]
 Gelaran atau [ Profesor Dr. Wan Zahid ]
 Penanda wacana yang dieja berasingan dikira sebagai dua perkataan.
Contohnya, ‘Selain itu’, ‘Tambahan pula’

Gantikan kata bilangan penggandaan bagi menjimatkan jumlah perkataan.


Contohnya, ‘para pelajar’ ( dua perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-
pelajar’ (satu perkataan).
TAMAT

MARI KITA CUBA MENJAWAB SOALAN


RINGKASAN

Anda mungkin juga menyukai