Anda di halaman 1dari 4

Contoh Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan

SOALAN PMR 2009;


Berdasarkan rajah di bawah, huraikan pendapat anda tentang cara mengatasi kesesakan
jalan raya. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Dalam era pemodenan dan kecanggihan teknologi ini, masalah kesesakan jalan raya
menjadi topik perbincangan orang ramai. Masalah ini harus dibendung dengan segera
untuk mengekalkan kemakmuran negara.
Jabatan Pengangkutan Jalan Raya [JPJ] telah memainkan peranan yang sangat
unggul untuk menyelesaikan masalah tersebut. Kerajaan harus meningkatkan mutu
pengangkutan awam supaya kepentingan pengguna terpelihara.
Sehubungan itu, Jabatan Kerja Raya harus membaiki sistem lalu lintas dan
menambah bilangan jalan raya. Hal ini merupakan langkah yang drastik untuk
menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas.
Pihak media massa harus memainkan peranannya untuk menggalakkan rakyat
menggunakan pengangkutan awam dan mengamalkan amalan berkongsi kereta supaya
dapat mengurangkan bilangan kenderaan di jalan raya.
Tuntasnya, semua pihak tidak harus menunding jari kepada mana-mana pihak,
sebaliknya semua pihak harus berganding bahu menggembleng seluruh tenaga untuk
memerangi masalah tersebut supaya Malaysia kekal cemerlang, gemilang dan terbilang.
[120 patah perkataan]

KARANGAN BERDASARKAN BAHAN RANGSANGAN (TINGKATAN 2)


Langkah untuk menghasilkan karangan bahan rangsangan
Jumlah Perkataan- Tidak melebihi 120 patah perkataan .
(tulis di bahagian bawah sebelah kanan).
Jumlah Perenggan- 5 atau 6 perenggan.
- 1 Perenggan:- Pendahuluan.
- 3 atau 4 Perenggan:- Isi/huraian
- 1 Perenggan:- Penutup.
Jumlah isi- 3 atau 4 isi sahaja.
Sintaksis- ringkas dan padat.
Mesti ada 3 penanda wacana atau lebih
( Selain itu, Sehubungan itu, Seterusnya, Kemudian dan lain-lain.)
Pemarkahan pemeriksaan keseluruhan dan markah karangan akan ditentukan
berdasarkan gred markah yang telah ditetapkan.
Kesalahan tatabahasa akan menyebabkan markah pelajar akan ditolak.
Pembinaan karangan bahan rangsangan
Cara membuat pendahuluan. (2 atau 3 ayat sahaja).
- Tema soalan
- Kehendak soalan
Cara menulis isi karangan.
- Isi Utama + Huraian + Contoh
- Penanda wacana
Cara penulisan penutup.
- Rumusan berserta cadangan, pandangan, bagi keseluruhan isi yang terkandung
dalam dalam tajuk bahan rangsangan.
- Ungkapan menarik

Ciri-ciri karangan yang cemerlang (Peringkat Cemerlang iaitu 16- 20 markah).


- Ayat yang gramatis.
- Kosa kata yang luas dan tepat.
- Tiada kesalahan ejaan dan tanda baca.
- Hanya kesalahan minimum pengunaan kata.
- Isi menepati kehendak soalan.
- Huraian isi matang dan berkembang.
- Pengolahannya yang menarik dan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai