Anda di halaman 1dari 3

BURUNG TERBANG DIPIPISKAN LADA:

AKTIVITI 1:
Lukiskan peta alir berdasarkan jalan cerita prosa tradisional tersebut.
Panduan Maklumat:
1. Penyerangan Raja Siam terhadap Melaka m/s 27
2. Tun Perak membawa orang Kelang dan isteri-isteri mereka ke Melaka m/s
27
3. Pelantikan Seri Amerta sebagai bentara raja m/s 27
4. Dialog antara Seri Amerta dengan Tun Perak (1) m/s 29
5. Peperangan Siam dengan Melaka Tun Perak dilantik sebagai bentara
m/s 30
6. Dialog antara Seri Amerta dengan Tun Perak (2) m/s 30
7. Pelantikan Tun Perak sebagai Paduka Raja m/s 30
8. Siapakah Seri Nara Diraja? m/s 30-31
9. Konflik antara Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja m/s 31
10. Kebijaksanaan Sultan Muzaffar Syah meleraikan konflik Paduka Raja
dilantik sebagai bendahara m/s 33
11. Kebijaksanaan Bendahara Paduka Raja pada zaman itu (Perbandingan
antara Majapahit, Pasai dengan Melaka) m/s 33
12. Serangan Siam terhadap Melaka (2) m/s 34-36
13. Serangan Siam terhadap Melaka (3) m/s 36
14. Sidi Arab memanah Cau Pandan m/s36-37
15. Sultan Muzaffar Syah mangkat dan digantikan oleh anakandanya Raja
Abdullah, iaitu Sultan Mansur Syah m/s 38
AKTIVITI 2
Kenal pasti latar tempat dalam prosa tradisional tersebut.
______________ membawa tenteranya
untuk menyerang Melaka.
________
Tun Umar melanggar perahu __________.

Raja Benua Siam menyuruh paduka


Bubunnya meminta surat sembah dari
Melaka.
LATAR TEMPAT

________
______________ anak Bubunnya mati
dipanah oleh Sidi Arab.

Tempat asal Bendahara Tun Perak


________

Tun Perak mengarahkan rakyatnya


membawa anak dan isteri untuk
berperang.

AKTIVITI 3:
Senaraikan maksud frasa yang digunakan dalam prosa tradisional tersebut.
FRASA
MAKSUD
Tiada terpermanai banyaknya (m/s 131)
Tidak terkira jumlahnya
Jangan kemakanan matanya (m/s 132)
Tidak sumbing/tidak rosak bilahnya
Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan (m/s 134) Sekiranya dibenarkan/dipersetujui oleh raja
Senantiasa beringgit juga (m/s 134)
Selalu bergesel/tidak sehaluan
Keduanya sama orang yang berasal (m/s 134)
Masing-masing berketurunan pembesar

LATIHAN
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soaln-soalan
yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka ada seorang anak Seri Bija Diraja, Tun Umar namanya, terlalu berani,
kelakuannya gila-gila bahasa. Maka disuruhkan oleh Bendahara Paduka Raja suluh
perahu Siam itu. Maka Tun Umar pun pergilah dengan sebuah perahunya yang
olang-oleng.
Telah bertemu dengan perahu Siam yang banyak itu, maka
dilanggarnya sekali, dua tiga buah perahu Siam alah, lalu ia terus ke sebelah; maka
ia berbalik, dilanggarnya pula yang lain, itu pun dua tiga buah perahu Siam alah.
Maka Tun Umar pun kembalilah. Maka orang Siam terlalu hairan melihat kelakuan
Tun Umar itu. Telah hari malam, maka Awi Dicu pun datanglah. Maka oleh
Bendahara Paduka Raja segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu api-api
itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. telah dipandang orang Siam,
api tiada terbilang lagi banyaknya, maka kata hulubalang Siam, Terlalu banyak
kelengkapan perahu Melaka ini, tiada terbilang lagi. Jikalau ia datang apa hal kita?

Sedang sebuah perahunya tadi lagi tiada terlawan oleh kita.


(Dipetik daripada Antologi Sejadah Rindu, Sasbadi Sdn. Bhd. 2015, halaman 35)
(i)
(ii)
(iii)

Berikan maksud segala pohon kayu bakau dan nyirih dan tumpu apiapi itu sekaliannya disuruhnya tambati puntung api. (2 markah)
Apakah tndakan-rindakan berani Tun Umar?
(3 markah)
Bendahara Paduka Raja telah menyuruh Tun Umar menyuluh perahu
Siam. Pada pendapat anda, mengapakah Bendahara Paduka Raja
berbuat demikian?
(3 markah)

Anda mungkin juga menyukai