Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan dua situasi yang menyayat hati

anda sebagai pembaca.

Novel yang saya kaji ialah Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul
Latip Talib.Terdapat banyak situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam
novel ini.Antara, situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ini
ialah situasi yang berpisah antara Leftenan Adnan dengan Sophia. Contohnya,
sebelum kemaraan tentera Jepun ke Singapura, Leftenan Adnan menghantar Sophia
balik ke kampungnya, Sungai Ramal. Leftenan Adnan berasa sedih kerana hendak
berpisah dengan Sophia. Hubungan mereka tidak dipengaruhi walaupun mereka
tinggal di dua tempat yang lain. Perpisahan antara mereka menyayat hati pembaca
kerana Leftenan Adnan amat sayang akan Sophia. Malangnya, kemaraan tentera
Jepun memaksa mereka berpisah.

Selain itu, situasi yang menyayat hati saya sebagai pembaca dalam novel ialah
situasi kematian Leftenan Adnan. Contohnya, Leftenan Adnan ditangkap dan diserkup
dengan guni. Tentara Jepun kemudiannya menggantungkan Leftenan Adnan yang
cedera parah pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun
dengan bayonet sehingga mayatnya hancur. Akhirnya, Leftenan Adnan berjuang
sehingga titisan darah terakhir demi pertengahan tanah air walaupun senjata sudah
habis. Situasi ini menyayat hati saya kerana semangat patriotisme Leftenan Adnan
yang amat tinggi berkorban dan berusaha banyak untuk menjaga kedaulatan tanah air.
Malangnya, beliau mayat pada akhirnya.

Anda mungkin juga menyukai