Anda di halaman 1dari 1

Kata Alu-aluan

Pengarah Pendidikan Johor


Jabatan Pelajaran Johor,
Jalan Tun Abdul Razak,
80604 Johor Bahru,
Johor.

Syukur ke hadirat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya berpeluang mengabadikan kata alu-aluan di
dalam majalah sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan Canossian Convent Kluang bagi tahun 2013. Syabas dan
tahniah kerana semua pihak yang terlibat dalam penerbitan majalah ini.
Pendidikan di negara kita sedang mengalami proses perubahan yang pesat dalam segala aspek. Walau
bagaimanapun perubahan tidak dapat memberi kesan yang positif andainya sikap kita tidak selaras dengan agenda
perubahan, Oleh itu, pemimpin sekolah, guru-guru dan para pelajar bertanggungjawab memahami dan
menghayati semua program perubahan yang sedang dan akan dilaksanakan oleh pihak Kementerian Pelajaran.
Para pelajar merupakan modal insan yang bakal menerajui dan meneruskan agenda pembangunan negara.
Hasrat kerajaan ialah membangunkan modal insan bertaraf dunia yang dapat menjadi pemain di peringkat global.
Oleh itu, semua pelajar dikehendaki memiliki ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap yang sesuai dengan
perubahan semasa.
Akhir kata, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh menjayakan pembangunan pendidikan di sekolah,
negeri dan negara agar matlamat kita untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti
menjadi kenyataan.
Sekian, terima kasih.

MOHD NOR BIN A GHANI


Pengarah Pendidikan Johor

Anda mungkin juga menyukai