Anda di halaman 1dari 1

Bismillahirahmannirrahim.

Assalamualaikum wr. Br. Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Pada hari ini, saya berasa sungguh gembira dan bangga kerana dapat bersama-sama hadir di Majlis Anugerah Bestari, majlis yang diadakan bertujuan untuk memberi penghargaan kepada murid-murid SMK Alam . Syukur Alhamdulillah kerana limpah dan kurniaNya, serta berkat usaha dan kegigihan anakanak menuntut ilmu, kejayaan sudah berada dalam genggaman anak-anak. Kecemerlangan itu juga menunjukkan anak-anak sudah melangkah menuju Wawasan 2020. Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia khususnya golongan pelajar. Matlamat Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat bahawa menjelang tahun 2020, Malaysia akan menjadi negara maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Namun begitu, kejayaan sebenar seseorang itu bukanlah hanya kerana kecemerlangan dalam bidang akademik semata-mata. Justeru anak-anak juga perlu memiliki sahsiah yang terpuji agar cabarannya bukanlah menjadi halangan untuk anakanak menempa kejayaan dalam hidup. Tanamkanlah azam untuk menjadi insan yang berilmu dan mempunyai akhlak yang terpuji. Kata bijak pandai, manusia yang paling hebat ialah manusia yang memiliki kekebalan hati yang penuh keazaman. Pada kesempatan ini juga saya ingin melahirkan penghargaan saya kepada guru-guru di sekolah ini kerana telah bertungkus lumus mendidik anak-anak SMK Alam ini. Insyaallah dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh para guru, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat berminda kelas pertama dapat direalisasikan. Tidak lupa juga, pada Majlis Anugerah Bestari ini, saya ingin menyatakan penghargaan saya kepada para ibu bapa. Ibu bapa yang cemerlang akan melahirkan anak-anak yang cemerlang. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Oleh itu, teruskan dorongan dan sokongan tuan puan agar kejayaan anak-anak akan berterusan. Sesungguhnya dorongan dan sokongan daripada ibu bapa merupakan azimat dan senjata bagi anak-anak mengharungi cabaran pada era globalisasi ini. Akhir kata, marilah kita bersama sama mendaki gunung dan menuruni lembah agar visi dan misi SMK Alam , dan seterusnya hasrat negara dapat direalisasikan. Sekian terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai