Anda di halaman 1dari 2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Salam Sejahtera dan Salam Wilayahku Hebat.

A lhamdulillah, bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana  dengan taufik  dan

hidayahNya kita diberi kekuatan untuk terus berdiri teguh dan melangkah
dengan gagah bagi merealisasikan visi sekolah iaitu “Pendidikan Berkualiti, Insan
Terdidik, Negara Sejahtera”.

Sebagai Pentadbir, saya yakin dan percaya seluruh warga pendidik telah
berusaha dan akan terus berusaha menjalankan tugas dengan AMANAH dan
penuh tanggungjawab bekerja sebagai satu pasukan yang kuat dan padu bagi
meningkatkan kecemerlangan akademik, kokurikulum dan sahsiah ke arah
bersatu untuk “BERSAMA MENUJU KECEMERLANGAN” dengan tagline sekolah
“SEPAKAT TOWARDS EXCELLENCE”.

Kesempurnaan pendidikan adalah menjadi tekad kami warga sekolah dengan


semangat kerjasama dan pengemblengan tenaga yang padu di samping
kepakaran yang sedia ada menjayakan  program-program kecemerlangan
sekolah untuk dilaksanakan.  SK Padang Changkat telah berjaya melonjakkan
keputusan yang cemerlang dalam setiap bidang bagi merealisasikan kebolehan
dan bakat murid. Teruskan tekad, gandakan usaha untuk tahun 2022/2023
dengan harapan SK Padang Changkat akan terus menempa kecemerlangan.

Harapan saya, SK Padang Changkat terus menghasilkan  sumber manusia yang


berkualiti dari segi keilmuan, kemahiran serta tinggi sahsiahnya di samping
kemudahan pendidikan yang berkualiti dan InsyaAllah menjadi tunggak untuk
melahirkan insan yang berkualiti yang dapat memenuhi tuntutan dunia dan
akhirat.

“Saya bukanlah orang yang hebat tetapi saya mahu belajar dari orang yang  hebat,
saya adalah orang biasa tetapi saya ingin menjadi orang yang luar biasa dan
saya bukan orang yang istimewa tetapi saya akan jadi orang yang istimewa jika mahu berusaha"

(AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP)

Guru Besar,

SK Padang Changkat Bota Perak.

Anda mungkin juga menyukai