Anda di halaman 1dari 6

BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG CHANGKAT

1 Nama Pegawai / Kakitangan AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP

PENGENALAN PEDAGOGI – PENGURUSAN BILIK


2 Judul Buku
DARJAH

3 Nama Pengarang ESAH SULAIMAN 4 Tahun diterbitkan: 2004

Tarikh Hantar
5

6 Bidang / Fokus PENGURUSAN DALAM BILIK DARJAH

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku Pengenalan Pedagogi hasil karya Esah Sulaiman, pensyarah di Fakulti


Pendidikan UTM ini dapat membantu kaum pendidik memahami dan menguasai
kemahiran mengajar di dalam bilik darjah seiring dengan saranan dalam etika
perguruan yang memerlukan guru meningkatkan pengetahuan dan kemahiran.

Buku ini mengandungi 12 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi
untuk membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud pedagogi, kepentingan guru
menguasai ilmu pedagogi, dan elemen dalam P&P. Selanjutnya, perbincangan
mencakupi model pengajaran dan ciri-ciri pengajaran yang berkesan.

Strategi pengajaran di bilik darjah juga dibincangkan dan merangkumi beberapa


pendekatan serta gaya P&P yang diaplikasi pada masa kini. Antaranya strategi
pengajaran KBSM yang menghuraikan pendekatan bersepadu yang meliputi Bahasa
Melayu Merentas Kurikulum (BMMK), nilai merentas kurikulum, dan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif.

Selain itu, penggunaan objektif pengajaran dalam sesi pengajaran, khususnya objektif
tingkah laku turut dibincangkan. Buku ini turut menganalisis komponen dalam
perancangan pengajaran dan menyediakan beberapa contoh perancangan pengajaran
bagi memenuhi keperluan guru pelatih.

Aspek pengurusan bilik darjah, masalah disiplin, dan teknik meningkatkan disiplin di
dalam bilik darjah juga dihuraikan dengan berkesan. Untuk meningkatkan lagi
keberkesanan pengajaran guru, isu berkaitan profesionalisme guru turut dibincangkan.
Buku ini sesuai dijadikan bahan rujukan kepada semua pendidik dan sesiapa sahaja
yang berminat tentang bidang

8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Esah Sulaiman mengatakan bahawa guru perlu memahami dan mempunyai kemahiran
dalam aspek pengurusan bilik darjah, menanangi masalah disiplin di kalangan pelajar
dan juga teknik meningkatkan disiplin di dalam bilik darjah

9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku yang ditulis oleh Esah Sulaiman ini merupakan buku panduan yang khusus
ditujukan bagi pendidik yang berdedikasi yang ingin mempromosikan pengajaran yang
berkesan dikalangan pelajar Dengan menarik perhatian pelajar cerdas pada subjek
yang diajarkan, untuk mendengar lebih dekat apa masalah yang dihadapi pelajar; untuk
lebih menafsirkan keputusan ujian dan memanfaatkan positif dari maklumat yang
mereka kumpulkan, Buku ini juga boleh digunakan untuk meningkatkan kaedah dalam
pembelajaran dan pengajaran dalam bilik darjah serta merupakan bahan tambahan
penting untuk rujukan.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
( AHMAD KAMAL BIN ABD KHALIP ) ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORMA BT MUDA

2 Judul Buku GURU PEMIMPIN 360 DARJAH

Tahun diterbitkan:
3 Nama Pengarang KHUZAIMAH SULAIMAN 4
2010

Tarikh Hantar
5

6 Bidang / Fokus PENDIDIKAN - PENGURUSAN SEKOLAH

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” hasil karya Khuzaimah Sulaiman yang merupakan
Pengetua Cemerlang JUSA C.

Buku ini mengandungi 8 bab yang merangkumi segala aspek berkaitan pedagogi untuk
membantu para pendidik melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan.
Perbincangan awal dimulakan dengan meneroka maksud Prinsip Lead Up, Prinsip Lead
Across dan Prinsip Lead Down.

Bagi memenangi hati sesiapa sahaja, orang itu perlu berpengaruh kerana “Pemimpin
sebenar adalah pemimpin yang berpengaruh – tidak lebih dan tidak kurang.” – Maxwell
Blurb

Pemimpin 360° adalah orang yang mampu mempengaruhi orang di sekelilingnya yang
terdiri daripada orang atasannya (bos), rakan sejawat, dan orang bawahan. Guru
Pemimpin 360 mampu memberikan sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada
semua peringkat guru, dari guru biasa di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan
bagi menjadi pemimpin 360° yang berkesan dan cemerlang.
8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Khuzaimah Sulaiman mengatakan bahawa seseorang itu perlu mempunyai


keistimewaan sendiri untuk menjadi pemimpin yang berkesan dan berkebolehan dalam
menguruskan pegawi-pegawai bawahannya dengan jayanya.

9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku “Guru Pemimpin 360 Darjah” ini sangat sesuai bagi membantu dalam memberikan
sumber inspirasi, motivasi dan bimbingan kepada semua peringkat guru, dari guru biasa
di bilik darjah hingga kepada pemimpin atasan bagi menjadi pemimpin 360° yang
berkesan dan cemerlang.

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
( NORMA BT MUDA ) ( )
BORANG SINOPSIS KAEDAH PEMBACAAN BUKU

NAMA SEKTOR/UNIT/SEKOLAH SEKOLAH KEBANGSAAN SIMPANG RAWAI

1 Nama Pegawai / Kakitangan NORMA BT MUDA

2 Judul Buku MEMBINA IMAGINASI CEMERLANG

DR. HM TUAH Tahun diterbitkan:


3 Nama Pengarang 4
ISKANDAR AL-HAJ 2010

Tarikh Hantar
5

6 Bidang / Fokus KAUNSELING – MOTIVASI DIRI

7 Ringkasan Eksekutif / Sinopsis: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku ”Membina Imaginasi Cemerlang” hasil karya DR. HM Tuah Iskandar al-Haj
mempunyai 320 halaman.

Antara isi menarik yang telah dipaparkan dalam buku ini adalah mengenai penggunaan
otak kita. Yang mana menurut kajian Dr. Roger Sperry dari Institut California dan Dr.
Paul Maclean mengatakan manusia cuma menggunakan potensi otak sebanyak 10%
sahaja, 90% lagi hanya menunggu untuk dikembangkan.

Otak kiri dan otak kanan mempunyai fungsi yang berlainan : yang mana sekiranya kita
ingin menjadi seseorang yang boleh dianggap 'cemerlang' kita perlulah menggunakan
kesepaduan dua bahagian otak ini secara harmoni dan sempurna.

Sebab itulah apabila seseorang yang tidak hanya terlibat dalam bidang yang
diceburinya boleh dianggap hebat dan cemerlang.

Dalam bukunya Dr.Tuah memberi contoh seorang yang meminati seni lukis,
menceburkan bidang dalam perakaunan sebagai kegiatan sampingan.

Macam keadaan sekarang ni, seorang guru boleh menjalankan kegiatan perniagaan
sebagai kegiatan sampingan kerana dia meminati bidang itu.

8 Pembelajaran yang diperolehi: ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

DR. HM Tuah Iskandar al-Haj mengatakan bahawa “Binalah angan-angan yang


cemerlang untuk mencapai kejayaan. Beliau membimbing pembaca menjadikan angan-
angan sesuatu yang berharga dan alat untuk mencapai kecemerlangan hidup.

9 Aplikasi dalam organisasi : ( Jika ruang tidak mencukupi sila gunakan lampiran )

Buku ini merupakan satu-satunya buku motivasi Melayu yang mendapat pengiktirafan
antarabangsa dan sangat sesuai bagi membantu para guru dan pelajar dalam menjadi
insan yang cemerlang

Disediakan oleh : Disahkan oleh:

.............................................. ............................................
( NORMA BT MUDA ) ( )

Anda mungkin juga menyukai