Anda di halaman 1dari 2

asalamualaikum wbth,

Yang Berusaha Guru Penolong Kanan 1

Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Berusaha Guru Penolong Kanan Ko-kurikulum

Yang Dipertua PIBG

Yang diraikan Yang Berbahagia Pn. Hjh Anis Sobah B Zakaria

Seterusnya guru-guru dan murid-murid yang dikasihi sekalian.

Pertamanya, saya ingin memanjatkan sepenuh kesyukuran kehadrat Allah SWT kerana dengan
limpah dan izin-Nya kita dapat bertemu dalam Majlis Persaraan Cikgu Pn. Hajjah Anis Sobah

Majlis persaraan yang diadakan pada pagi ini amat bermakna, bukan sahaja kepada guru-guru
bahkan juga kepada murid-murid Sek. Keb. Padang Changkat . Sesungguhnya seluruh warga sekolah
amat menghargai segala jasa bakti serta keringat yang dicurahkan oleh cikgu Anis Sobah .
Perkhidmatan, pengorbanan dan sumbangan cikgu Anis Sobah yang tidak pernah mengenal erti
penat lelah telah membawa SK Padang Changkat ke satu tahap yang lebih baik dan membanggakan
pada hari ini. Dalam hal ini, kita amat terhutang budi terhadap perkhidmatan , pengorbanan dan
kejayaan yang telah disumbangkan oleh cikgu Anis Sobah sepanjang berkhidmat di sini.

Percayalah, bahawa ini akan menjadi dorongan kepada kita yang masih berkhidmat untuk terus
mengejar kejayaan dan seterusnya meningkatkan ketahanan serta kecekalan untuk mengharungi
cabaran pada masa hadapan. Setiap kebaikan yang ditinggalkan pastinya akan menjadi ikutan dan
pendorong semangat kepada kita.

Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan
menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik
kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini kita akan merasa terharu kerana
perpisahan cikgu Anis Sobah yang kita amat sayangi. Bagi saya, cikgu Anis Sobah bukan saja sebagai
guru bahkan juga sebagai bonda kita dalam keluarga SK Padang Changkat.

Begitulah perasaan yang kita rasai sekarang. Berat sungguh bagi kita untuk melepaskan pemergian
cikgu Anis Sobah , sepanjang tempoh perkhidmatan telah banyak menyumbangkan jasa terhadap
kemajuan dan perkembangan SK Padang Changkat .

Marilah sama-sama kita berdoa, semoga Allah SWT akan melimpah rahmat dan peliharaan kepada
cikgu Rogayah dan seisi keluarga agar dipanjangkan usia diberikan kesihatantubuh badan dan
ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama dan bangsa.

Sekian, assalamualaikum wbth.

Limau manis dimakan manis

Manis sekali rasa isinya

Dilihat manis dipandang manis

Manis sekali hati budinya

Kalau ada pauh di daik


Bawa sebiji ke Tanah seberang

Kalau ada budi yang baik

Sampai mati dikenang orang

Tuai padi antara masak

Esok jangan layu-layuan

Intai kami antara Nampak

Esok jangan layu-layuan

Ayam itik di pinggir hutan

Nampak dari tepi telaga

Nama yang baik jadi kenangan

Seribu tahun terkenang juga.

Anda mungkin juga menyukai