Anda di halaman 1dari 2

1

Nama : Thamaiyanthi A/P Ratnam (9411-08-08-5056)


Opsyen : 2 PPISMP SN
Tajuk : Ulasan Buku

Buku yang berjudul Pengantar Pengajian Profesionalisme, ditulis oleh
Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon. Mereka berdua merupakan berkelulusan
Ijazah Sarjana dalam bidang Padagogi dan dalam bidang Sosiologi. Buku ini mengaundungi
sebanyak 124 muka surat. Buku ini ditulis sebagai sejenis buku rujukan yang diterbitkaan
untuk Siri Pengajian Profesional. Buku ini juga mengandungi 8 bab yang disediakan secara
tersusun ,jelas dan lengkap dan ia ditulis pada tahun 2014. ISBN bagi buku ini ialah 978-967-
374-290-5 dan harga buku ini ialah RM 22.00. Kandungan yang terancang ini mesra pembaca
dan pasti membantu guru pelatih. Selain itu, tema buku ini ialah bagi membantu semua bakal
guru dalam menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran dunia keguruan. Penerbit bagi buku ini
ialah Multimedia Sdn.Bhd.
Dalam buku ini, kesemua bab telah membincangkan kaedah, model dan teknik
mengajar mahupun terkini konsep untuk seseoran guru. Pelbagai cara menggunakan untuk
menyampaikan isi-isi seperti peta minda nota ringkas. Buku ini, menerangkan juga terhadap
tokoh-tokoh pendidikan Negara dan juga kepentingan pendidikan. Fungsi sekolah dan
organisasi juga telah dapat ditekankan dalam buku ini. Seterusnya, buku ini menerangkan cara
dan etika bagi seseoran guru yang baik dan cemerlang. Buku ini banyak membantu guru
mengulang kaji kaedah pedagogi secara umum. Justeru Buku ini juga dapat membantu guru
mengorganisasi semula amalan. Dalam kata lain, guru dapat menjenamakan kaedah pedagogi
yang paling mirip dengan aktiviti p & p yang berlaku di bilik darjah selama ini. Kepada guru
yang bukan pengkhususan bahasa, buku ini sangat berguna sebagai panduan merancang p &
p, selain meningkatkan kualiti penyampaian kepada murid. Buku ini juga boleh menjadi senarai
semak panitia bagi memantapkan p & p supaya dapat membantu murid menyelami degup
jantung kehidupan masyarakat, cabaran, konflik, harapan dan impian mereka dalam mencapai
tahap kesejahteraan yang diinginkan. Secara amnya buku ini tidak mengandungi sebarang
kelemahan dan kesalahan cetak maka keunggulanya ialah buku ini mengandungi bahasa yang
baik dan dapat mudah faham serta menggunakan juga peta konsep dalam menerangkan isi.


2

Justeru , buku ini perlu dibaca kerana dapat dimanfaatkan oleh warga IPG,
pelajar IPGT, masyarakat, pendidik dan masyarakat yang cinta akan ilmu pendidikan. Hal ini
kera agar generasi muda dan yang akan datang terus mencintai ilmu dan mementingkan
pendidikan dalam kehidupan mereka. Oleh itu, buku ini boleh dan sesuai menggunakan
sebagai bahan rujukan dan bacaan tambahan. Akhir sekali, buku ini layak dibaca kerana ia
dapat memberikan semangat atau motivasi pada pembaca untuk terus berjuang dalam
mengarungi kehidupan.

RUJUKAN :
1. Syed Ismail Syed Mustapa.Ahmad Subki Miskon 2014. Pengantar Pengajian
Profesionalisme.
Multimedia Sdn.Bhd.
2. Contoh Resensi.
http://penjabaran.blogspot.com/2013/10/contoh-resensi-novel-edensor-karya.html
Dilayari pada 25 April 2014.

Anda mungkin juga menyukai