Anda di halaman 1dari 1

KATA ALU-ALUAN

PENGETUA SMK CHIKU 2

Warga Pendidik,

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat kembali menjalankan tugas tahun 2021. Semoga
dapat menjalankan tugas dengan lebih cemerlang dan penuh dedikasi setelah bercuti panjang.

Dalam era globalisasi ini, ditambah dengan bahang kepesatan di bidang pendidikan yang pelbagai,
menuntut kita sebagai pendidik untuk lebih peka dan menguasai teknologi dan pengetahuan baharu
sesuai dengan perkembangan semasa. Selari dengan aspirasi dan harapan ibu bapa, murid-murid,
masyarakat dan negara pada zaman Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0) terhadap institusi sekolah,
memerlukan kita banyak berkorban dalam pelbagai aspek.

Guru masing-masing dengan tanggungjawab melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan penuh
tulus dan bekerjasama dalam menentukan hala tuju dan kecemerlangan SMK Chiku 2.

Kejujuran, keikhlasan menjadi tunjang kepada guru melaksanakan PdPc dalam suasana ceria dan
gembira sehingga menimbulkan keseronokan pelajar menimba ilmu dan menjadikan sekolah sebagai
rumah kedua.

Saya percaya, kita ada peranan masing-masing dalam membentuk dan melahirkan pelajar cemerlang
yang seimbang, terutama sahsiah dan tingkah laku insan bertakwa dan berbudi luhur.

Saya berdoa dan yakin, semoga segala inspirasi murni ini dapat direalisasikan dengan adanya sifat-
sifat kebertanggungjawaban, jujur, ikhlas, amanah dan sabar yang tertanam dalam sanubari setiap
pendidik warga SMK Chiku 2. InsyaAllah.

THIS IS CHIKU 2

“ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”

(ZAINUDIN BIN YUSOFF)


Pengetua,
SMK Chiku 2, Gua Musang, Kelantan.

Anda mungkin juga menyukai