Anda di halaman 1dari 21

BAHAGIAN A

( 60 markah )
Jawab semua soalan.
1.
A
ntara usaha yang dapat dijalankan oleh guru-guru pendidikan khas untuk
membantu murid-murid berkeperluan khas mencapai potensi diri adalah
dengan mengamalkan aktiviti terapi ketika proses pengajaran di dalam
atau di luar bilik darjah.
a

Senaraikan lima keperluan terapi kepada murid-murid berkeperluan khas


bermasalah pembelajaran.
[5 markah]

Huraikan kepentingan terapi yang dilaksanakan kepada murid-murid


berkeperluan khas.
[10 markah]

2.

Terapi pertuturan merupakan salah satu aktiviti untuk membantu murid


yang bermasalah dengan alat artikulasi seperti gagap, sengau, sumbing
dan sebagainya.
a

Kemukakan lima kepentingan terapi pertuturan.


[5 markah]

Rangkakan analisis tugasan aktiviti terapi pertuturan untuk intervensi awal


murid gagap.
[10 markah]

3.

Terapi muzik dilaksanakan dengan tujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan


peningkatan taraf kesihatan mental dan fizikal serta emosi.
a

Bagaimanakah terapi muzik dapat membantu murid-murid berkeperluan


khas?
[5 markah]

Kaitkan penggunaan terapi muzik dalam sesi kaunseling di sekolah.


[10 markah]

4.

Menurut Kraus (1990), bermain secara amnya dapat didefinisikan sebagai aktiviti
yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa mengira
hasil aktiviti itu.
a

Bandingkan antara aktiviti bermain dengan terapi main.


[5 markah]
1

Perincikan peralatan yang sesuai dalam melaksanakan terapi main.


[10 markah]

BAHAGIAN B
( 40 markah )
Jawab dua soalan.

1.

Terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ketidakupayaan pada seseorang individu
dengan menggunakan agen-agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai dengan
pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan dan
pemanasan (termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan
ultrasonic diathermy), terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan
menggunakan cahaya. (Kamus Perubatan Mosby, 2001)
Berikan justifikasi pelaksanaan terapi fisio kepada murid-murid berkeperluan
khas bermasalah pembelajaran di dalam bilik darjah.
[20 markah]

2.

Anda merancang untuk melaksanakan terapi hidro kepada murid-murid


berkeperluan khas bermasalah pembelajaran.
Gubal senarai semak yang berkaitan dengan keperluan kemahiran dan
keselamatan yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas
melaksanakan aktiviti terapi hidro.
[20 markah]

3.

Terapi aroma dapat membantu murid-murid berkeperluan khas bermasalah


pembelajaran menstabilkan emosi dan tingkah laku mereka.

Sediakan satu perancangan aktiviti terapi aroma bersama-sama murid anda.


Perancangan anda hendaklah menyerapkan elemen keusahawanan.
[20 markah]

Carta 1
Carta 2

BAHAGIAN A
( 60 markah )

Jawab semua soalan.


a.
Antara usaha yang dapat dijalankan oleh guru-guru pendidikan khas untuk membantu
murid-murid berkeperluan khas mencapai potensi diri adalah dengan mengamalkan aktiviti
terapi ketika proses pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah.
Senaraikan lima keperluan terapi kepada murid-murid pendidikan khas.
[5 markah]
Jawapan :
Keperluan terapi kepada murid-murid pendidikan khas :
I.

meningkatkan perkembangan fungsi kognitif

II. melatih murid menguasai kemahiran-kemahiran tertentu


III. merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu di
persekitaran mereka
IV. mewujudkan suasana persekitaran pembelajaran yang ceria dan kondusif
V. merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran
VI. sebagai motivasi kepada murid untuk membina konsep kendiri
VII. merangsang pengaliran oksigen dalam badan
VIII.
memberi ketahanan diri kepada murid untuk belajar dalam jangka masa
yang lama.
1 fakta = 1 markah
5 fakta X 1 markah = 5 markah
Jumlah = 5 markah
b

Terapi merupakan kaedah untuk membantu murid bergerak balas terhadap


aktiviti atau kemahiran yang dilakukan.
Huraikan kepentingan terapi dilaksanakan kepada murid-murid pendidikan khas.
[10 markah]

Jawapan :
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut,
namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik)
yang dikepilkan.
Contoh hujah :
4

Antara kepentingan terapi adalah untuk meningkatkan daya pengamatan murid-murid,


merangsang mereka untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu kemahiran serta
meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial, dan psikomotor mereka. Selain itu
melalui terapi juga guru-guru dapat melatih murid-murid menguasai kemahiran tertentu yang
bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian serta mewujudkan suasana
pembelajaran yang kondusif lagi menyeronokkan.
Hujah-hujah lain :

merangsang potensi diri murid-murid berkeperluan khas yang lebih optimum

menerokai minat dan keupayaan murid-murid yang belum diperlihatkan

memudahkan murid-murid menanggap sesuatu konsep dalam pembelajaran

melatih murid menguasai kemahiran khusus dengan terapi yang bersesuaian

membentuk tingkah laku yang diingini


Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

2.

Terapi pertuturan merupakan salah satu aktivti untuk membantu murid yang bermasalah
dengan alat artikulasi seperti gagap, sengau, sumbing dan sebagainya.
a

Kemukakan lima kepentingan terapi pertuturan.


[5 markah]

Jawapan :
Yang berikut adalah kepentingan terapi pertuturan dilaksanakan kepada murid pendidikan khas
terutama semasa intervensi awal. Tujuannya adalah untuk;
1. membantu murid mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa
2. melatih murid yang menghadapi masalah artikulasi melalui pelbagai latihan asas.
3. melatih murid untuk menguasai kemahiran tertentu
4. meningkatkan fungsi kognitif, emosi dan sosial murid-murid
5. merangsang murid untuk bergerak balas secara positif terhadap sesuatu
kemahiran.
6. meningkatkan keupayaan murid dan memperbaiki ketidakupayaan murid.
1 fakta = 1 markah
5 fakta X 1 markah = 5 markah
Jumlah = 5 markah

Rangkakan analisis tugasan aktiviti terapi pertuturan untuk intervensi awal murid
gagap.
[10 markah]

Jawapan :
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut,
namun mutu perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik)
yang dikepilkan.
Contoh Hujah :
Terapi pertuturan merupakan kaedah yang digunakan untuk membantu murid yang
mengalami kesukaran dalam menyebut perkataan dan berkomunikasi. Ia bertujuan
untuk membantu murid menghasilkan bunyi bunyi bahasa dan melatih murid-murid
yang menghadapi masalah artikulasi melalui latihan asas tertentu. Sekiranya murid
gagal membunyikan perkataan, guru boleh memulakan pengajaran dengan melakukan
terapi terlebih dahulu.
Kebiasaannya, guru akan memulakan latihan atau intevensi awal supaya dapat
membantu murid. Antara contoh aktiviti terapi pertuturan yang boleh dilakukan oleh
guru ialah latihan lisan, meniup belon, meniup kertas di atas air dan mengetap bibir.
Hujah-hujah lain :
Cara pelaksanaan terapi pertuturan
Melakukan Latihan Senaman :
1. Lidah
a. Gerakkan lidah ke atas
b. Gerakkan lidah ke bawah
c.
Gerakkan lidah ke kanan
d. Gerakkan lidah ke kiri
2.
a.
b.
c.
d.

Mulut
Buka mulut seluas mungkin
Tutup mulut
Buka dan tutup dengan pelahan-pelahan
Buka dan tutup mulut dari perlahan dan semakin laju.

3.
a.

Muka
Meniru riak muka berdasarkan gambar atau arahan.

4.

Kunyah

Kawalan pernafasan :
Cara pernafasan menggunakan perut
Tarik nafas kemudian tahan dan hembus
Tarik nafas ikut hidung atau mulut dan hembus melalui hidung atau mulut.
Latihan hembus kertas
Hembus bola kertas ke arah gol
Minum,sedut dan buat buih air menggunakan straw
Tiup buih-buih
Meniup peralatan muzik atau peralatan yang mengeluarkan bunyi
Tiup wisel mengikut rentak
Tiup belon mengikut tahap kesukaran

Kawalan suara :
Letak tangan di hadapan mulut
Letak belakang tangan di bahagian leher
Sebut fonem /a/i/u/ dalam masa 5 saat/10 saat/ 15 saat/ 20 saat.

Cara pelaksanaan pada tahap pra-pertuturan


Pandang mata
Letakkan permainan berdekatan dengan mata klien. Ia bertujuan agar klien melihat ke arah
guru. Jika klien tidak memberikan perhatian, berhenti dan panggil namanya sebelum
memulakan aktiviti.
Hentikan aktiviti sebelum klien kepenatan dan berikan ganjaran jika berjaya.
Vokalisasi
Bermain dengan bunyi vokal untuk melatih pergerakan otot mulut yang berkaitan dengan
pertuturan.
Apabila klien mengeluarkan bunyi , ulang semula penghasilan bunyi tersebut atau
memanjangkan bunyi tersebut sehingga menjadi satu perkataan.
Pengendali terapi harus menggunakan nada yang berbeza supaya dapat menarik minat klien
untuk meniru.
Terapi pertuturan akan memberi kesan dengan cepat apabila keyakinan murid-murid pendidikan
khas untuk bertutur itu meningkat. Oleh itu sokongan dan galakan daripada semua pihak perlu
ada agar murid-murid pendidikan khas merasa dihargai dan tidak dipinggirkan. Setiap usaha
mereka perlu dihargai dan bukannya dipandang rendah walaupun objektif yang ditetapkan itu
gagal dicapai.
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

3.

Terapi muzik dilaksanakan dengan tujuan untuk pemulihan, pemeliharaan dan


peningkatan taraf kesihatan mental serta fizikal dan emosi.
7

Bagaimanakah terapi muzik dapat membantu murid-murid berkeperluan khas?


[5 markah]

Jawapan :
Secara umumnya terapi muzik dan nyanyian bagi murid-murid berkeperluan khas adalah
membantu mereka untuk:
mententeramkan murid supaya bersedia untuk belajar. Guru menggunakan
muzik untuk merangsang minda dan menarik perhatian murid.
mengawal emosi dan dijalankan oleh seorang terapis.
melakukan aktiviti
seperti pergerakan bebas mengikut irama muzik,
memainkan alatan muzik mengikut rentak yang diperdengarkan serta
menghayati irama.
murid melakukan gerakan menggunakan alatan untuk menghasilkan bunyi.
Bunyi-bunyi ini apabila digabungkan akan menghasilkan satu irama muzik yang
tersusun.
1 fakta dan huraian = 2.5 markah
2 fakta X 2.5 markah = 5 markah
Jumlah = 5 markah
b

Kaitkan penggunaan terapi muzik dalam sesi kaunseling di sekolah.


[10 markah]

Jawapan :
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun mutu
perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh Hujah:
Sebelum rawatan terapi muzik dijalankan, kaunselor terlebih dahulu perlu mendapatkan
persetujuan dengan klien mengenai rawatan dan etika-etika ketika sesi rawatan atau kaunseling
dijalankan. Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah seperti tentang kerahsiaan masalah
klien. Seterusnya, kaunselor perlu mengatur pertemuan dengan klien sebelum sesi rawatan
sebenar dijalankan. Sesi ini bertujuan untuk membenarkan klien menyelesakan diri dengan
keadaan bilik persekitaran seperti membiasakan diri dengan keadaan bilik rawatan dan juga
kemudahan-kemudahan yang disediakan.
Kaunselor perlu menentukan tempoh masa untuk melakukan penilaian supaya strategi
dan struktur dan terapi yang sesuai dapat dirancang. Contohnya kaunselor perlu merancang
waktu yang sesuai untuk rawatan, peralatan yang perlu disediakan, dan juga pilihan muzik yang
8

akan digunakan. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang sesuai ketika menjalankan rawatan dapat
dirancang dengan teliti. Perancangan yang terperinci dan sesuai akan menghasilkan kesan
rawatan yang optimum.
Ketika sesi rawatan dijalankan, selain menjalankan rawatan terdapat beberapa perkara
yang perlu diberi perhatian oleh kaunselor. Antaranya adalah merekod secara terperinci setiap
aktiviti-aktiviti atau perkara yang berlaku sepanjang sesi rawatan. Kaunselor boleh merekod
dengan menggunakan kaedah rekod anekdot atau catatan. Segala tingkah laku, maklum balas ,
pergerakan, luahan oleh klien perlu dicatatkan supaya mudah untuk kaunselor membuat
analisa.
Selepas setiap kali sesi terapi muzik dijalankan, kaunselor harus mengadakan sesi
refleksi. Kaunselor dapat mengenal pasti masalah-masalah yang dihadapi ketika rawatan.
Dengan cara ini, pengubahsuaian kaedah yang digunakan dapat dilakukan untuk
mempertingkatkan lagi rawatan pada sesi berikutnya. Sebarang penambahbaikan dapat
dilakukan setelah kaunselor membuat refleksi terhadap rawatannya. Kaunselor
bertanggungjawab untuk memaklumkan klien dan penjaganya tentang rancangan serta sesi
rawatan yang berikutnya.
Sejurus tamatnya sesi terapi muzik, kaunselor perlu memastikan sesi tersebut diakhiri
dengan pendekatan dan teknik yang sesuai. Klien juga perlu diberikan masa yang mencukupi
supaya mereka dapat memahami serta menerima kaedah terapi muzik.
Terapi muzik mempunyai teknik rawatan tertentu yang memerlukan seseorang pesakit
itu melalui pentafsiran klinikal khusus. Melalui teknik itu, pakar terapi akan menjalankan
program muzik terapi membabitkan teknik mendengar pilihan muzik tertentu, memainkan alat
muzik, menyanyi, perbincangan lirik muzik, mengarang dan mengubah lagu, membuat
persembahan berkumpulan, hipnosis muzik, menari atau melukis menggunakan muzik.
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

4.

Menurut Kraus (1990), bermain secara amnya dapat didefinisikan sebagai sebarang
aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil aktiviti itu.
a

Bandingkan antara aktiviti bermain dengan terapi main.


[5 markah]

Jawapan :
Aktiviti Main ialah :

untuk keseronokan

memenuhi keperluan fizikal, emosi dan sosial kanak-kanak

kadang kala tidak mempunyai tujuan khusus

kanak-kanak dapat menstimulasi otot-otot mereka


9

memberi kepuasan kepada kanak-kanak

Terapi main dapat ;

Mengurangkan masalah tingkah laku


Meningkatkan komunikasi
Mempu menilai diri sendiri
Meningkatkan keupayaan mempercayai seseorang
Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk membuat pilihan sendiri
Membolehkan melahirkan masalah
Menyediakan tempat yang selamat bagi meluahkan perasaan
Meningkatkan tahap perkembangan kognitif kanak kanak
Mendorong kanak kanak untuk lebih aktif
membantu pembelajaran menjadi lebih konkrit
mendapat sokongan emosi
belajar untuk memahami tentang perasaan dan pemikiran mereka
belajar mengurus perhubungan
1 fakta dan huraian = 2.5 markah
2 fakta X 2.5 markah = 5 markah
Jumlah = 5 markah
b

Perincikan peralatan yang sesuai dalam melaksanakan terapi main.


[10 markah]

Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan


Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun mutu
perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh Hujah :
Dalam melaksanakan terapi main kepada murid-murid pendidikan khas, guru
harus memastikan peralatan yang dipilih bersesuaian dengan murid yang ingin dirawat.
Peralatan terapi main tersebut hendaklah mudah dipegang, selamat digunakan, dan
dapat memberikan rawatan kepada si pesakit. Peralatan yang menjadi terapi main
hendaklah selamat digunakan.
Menurut pandangan psikodinamik, individu (terutama anak-anak) akan terlibat
dengan kekeliruan dan mengalami masalah kecelaruan. Menerusi terapi main boleh
digunakan sebagai mekanisme self-help, terutama apabila diberikan masa untuk
"bermain bebas" atau "bermain secara tidak berstruktur." Dari sudut perkembangan
kanak-kanak akan menjadi komponen penting dalam perkembangan kanak-kanak yang
sihat. Salah satu pendekatan untuk rawatan ialah terapis bermain secara desensitisasi
yang sistematik atau belajar mengenal pasti perubahan tingkah laku atau tatacara
sosial secara sistematik atau secara informal. Proses ini biasanya digunakan dengan
anak-anak sama ada kanak-kanak normal ataupun kanak-kanak berkeperluan khas,

10

namun ia juga boleh diterapkan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah praverbal dan non-verbal.

Hujah-hujah Lain :
Peralatan untuk melaksanakan terapi main
1.

Bilik terapi

2.

Media mainan (kriteria)

3.

Mendorong ekspresi pemikiran dan perasaan kanak-kanak


Peluang untuk menguji realiti kanak-kanak
Membekalkan kanak-kanak dengan cara yang boleh diterima untuk meluahkan
perasaan yang tidak diingini
Mudah dimanipulasi oleh kanak-kanak
Kategori mainan

a.
mainan mencirikan kehidupan sebenar
set permainan pekejaan seperti polis, doktor dan tukang masak
set permainan item rumah seperti seterika, kerusi dan telefon
b.

Kelengkapan bilik terapi bersesuaian bergantung pada kesesuaian kanak-kanak


Disertakan dengan bahan-bahan resos, alatan asas seperti rak buku, cermin, almari dan
lain-lain

mainan bercirikan luahan perasaan agresif


gari
penukul
peralatan militari
topeng

c.
mainan bercirikan luahan perasaan kreatif
crayon
permainan doh
kad
boneka
bekas air
Jumlah = 10 markah
Jumlah keseluruhan = 15 markah

Carta 3
Carta 4

BAHAGIAN B
( 40 markah )
11

Carta 5

2.

Jawab dua soalan.

Terapi fisio atau terapi fizikal ialah rawatan ke atas ketidakupayaan pada seseorang
individu dengan menggunakan agen-agen fizikal dan pelbagai kaedah yang sesuai
dengan pengertian fizikal. Misalnya, mengurut, manipulasi, latihan teraputik, penyejukan
dan pemanasan (termasuk penggunaan gelombang pendek, gelombang mikro dan
'ultrasonic diathermy'), terapi hidro, rangsangan menggunakan elektrik dan
menggunakan cahaya. (Kamus Perubatan Mosby, 2001)
Berikan justifikasi anda sebagai guru pendidikan khas untuk melaksanakan terapi fisio
kepada murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran di dalam bilik darjah.
[20 markah]

Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan


Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun mutu
perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh Hujah:
Terapi fisio sememangnya sangat efektif kepada murid-murid pendidikan khas kerana ia
mampu meningkatkan kemampuan otot-otot iaitu motor kasar dan motor halus termasuk
koordinasi antara keduanya. Aktiviti-aktivti yang melibatkan otot-otot ini memerlukan masa yang
lama dan perlu dilakukan berulang kali sehingga kemampuan otot menjadi matang dan murid
boleh melakukan sendiri tanpa bantuan orang lain. Contohnya murid dapat berjalan , berlari
dan melompat dengan kaedah yang betul. Selain daripada itu juga pemulihan bagi motor halus
adalah sangat penting. Termasuk juga aktiviti aktiviti yang melibatkan motor halus seperti
memotong, menggunting, mencubit , meramas dan sebagainya. Latihan imbangan merupakan
antara aktiviti yang dijalankan bagi membentuk keseimbangan badan seperti berjalan sebelah
kaki, meniti diatas bangku dan sebagainya. Koordinasi kedua motor ini akan mampu
meningkatkan kemampuan otak kiri dan kanan berfungsi dengan baik. Antara aktiviti yang boleh
dijalankan ialah menyambut bola dengan pelbagai saiz , mencantum puzzle dan sebagainya.
Kesimpulannya kematangan kedua dua motor halus dan kasar akan dapat meningkatkan
tahap kefungsian mereka dalam kehidupan seharian.
Aktiviti terapi ini juga dikatakan mampu meningkatkan daya pengamatan murid-murid
pendidikan khas. Mereka memerlukan ketajaman pendengaran , penglihatan dan pemikiran
supaya dapat berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung murid-murid pendidikan khas ini
dapat membuat perbandingan dan mencari persamaan dalam sesuatu aspek. Contohnya boleh
memilih objek yang besar atau kecil, mampu mencari perbezaan dan membuat tafsiran.
Pengamatan memerlukan rangsangan pelbagai deria supaya murid-murid pendidikan khas
dapat membentuk konsep dengan betul. Oleh yang demkian aktiviti-aktiviti dalam terapi fizikal
memberi impak yang besar dalam menghasilkan gerak balas terhadap pengamatan dan daya
kosentrasi murid-murid pendidikan khas.
Terapi fisio mampu membina keupayaan diri dan keyakinan yang tinggi. Murid-murid
akan merasakan sendiri perubahan-perubahan yang mereka alami. Kesabaran dan keinginan
yang kuat untuk menjalani rawatan mampu mengubah persepsi diri dan rakan terhadap
keupayaan dan kebolehan sendiri. Ini memberikan kesedaran dalam diri bahawa mereka juga
12

mampu bersaing dengan rakan sebaya yang lain. Aktiviti-aktiviti yang dilakukan menjadi
pendorong atau motivasi kepada sesuatu yang lebih baik. Keazaman yang tinggi menjalani
proses terapi membantu mereka membentuk kehidupan berdikari yang lebih baik.
Hujah-hujah lain:
Perawatan terapi fisio adalah satu kaedah yang sistematik bagi menilai fungsi tubuh badan
yang tidak sempurna terhadap Sistem Tulang, otot otot dan sendi; Sistem Kardio Vaskular
(Jantung dan Sistem Pengaliran Darah), Sistem Pernafasan serta Sistem Saraf termasuklah
gejala sakit yang dialami oleh pesakit. Kaedah rawatan untuk mengendalikan atau untuk
menyelesaikan gejala atau masalah yang dihadapi oleh pesakit ialah melalui tiga unsur utama
iaitu pergerakan, rawatan manual dan agen-agen fizikal.
Kaedah rawatan yang dijalankan oleh terapis fisio dapat membantu pesakit yang
mangalami masalah-masalah berikut antaranya :

sakit belakang atau leher


sendi dan spinal
kawalan otot
jantung dan paru-paru
kanak-kanak spina bifida dan cerebral palsi
kecederaan semasa bersukan
strok

Terapi fisio adalah penting dilaksanakan terutamanya bagi individu yang


menghadapi masalah-masalah di atas kerana dapat membantu individu tersebut seperti
berikut :

mengajar cara dan tunjukajar kepada penjaga mengenai teknik mudah rawatan
memberi khidmat nasihat penggunaan peralatan sokongan dengan cara yang betul
bersesuaian dengan keadaan masalah fizikal yang dialami oleh pesakit
melatih cara senaman yang bersesuaian untuk:
- kecergasan fizikal
- sakit dan sengal sendi
- kekuatan otot otot
- sakit pinggang
- mengurangkan kekakuan sendi
- membantu kanak-kanak bermasalah untuk berdikari.

Jumlah = 20 markah
2.

Anda merancang untuk melaksanakan terapi hidro kepada murid-murid berkeperluan


khas bermasalah pembelajaran.
Gubal senarai semak yang berkaitan dengan keperluan kemahiran dan keselamatan
yang perlu anda lakukan sebelum, semasa dan selepas melaksanakan aktiviti terapi
hidro.
13

[20 markah]
Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan
Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun mutu
perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh Hujah:
Murid-murid berpendidikan khas perlu diberi peluang untuk menjalani terapi hidro. Hal ini
kerana terapi ini mampu membantu kanak-kanak khas yang melatih fizikal mereka bergerak
dengan betul. Terutamanya pada kanak-kanak cerebral palsy, semasa menjalani terapi hidro,
mereka akan mendapat kebebasan bergerak di dalam air kerana kebanyakan diantara mereka
terbatas pergerakannya di darat.
Sebagai contoh, bagi kanak-kanak cerebaral palsy yang mempunyai masalah
ketegangan otot kaki, semasa berada di dalam air, suhu air yang sesuai akan membantu otot
menjadi lembut. Rintangan yang diberikan oleh air juga akan menjadikan otot mereka lebih
kuat. Mereka yang menjalani terapi hidro juga akan mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan
berasa seronok menjalani terapi ini. Walau bagaimanapun, terapi ini memerlukan nasihat
daripada pakar.
Tanpa nasihat daripada pakar, kanak-kanak ini mungkin akan menghadapi lebih banyak
lagi masalah teruatamanya jika teknik yang salah digunakan. Terdapat beberapa tempat yang
boleh dijadikan sebagai tempat untuk menjalani terapi hidro iaitu seperti kolam renang dan
jakuzi. Guru-guru perlulah mempunyai teknik yang betul sebelum membawa kanak-kanak khas
ini menjalani terapi hidro. Eye contact amatlah penting antara guru dan murid supaya murid
faham apa yang perlu mereka lakukan dan untuk mengelakkan mereka daripada hilang
tumpuan.
Justeru, terapi hidro boleh dijadikan sebagai satu terapi berwajib bagi kanak-kanak
berkeperluan khas sebagai latihan berasaskan fizikal, mental, emosi, intelektual dan sosial
supaya mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih baik kelak.
Senarai semak boleh digubal oleh guru untuk menjalankan terapi hidro kepada muridmurid pendidikan khas.
Contoh senarai semak :
Kemahiran
1. Memanaskan badan dan regangan

Ya

2. Meratakan air pada permukaan badan


3. Merendamkan kaki ke dalam air
4.
5.

14

Tidak

Catatan
Supaya otot-otot
badan dapat
disesuaikan
dengan suhu
kolam

Hujah-hujah lain:
Pelbagai aktiviti yang boleh dirancang oleh guru pendidikan khas dalam melaksanakan terapi
hidro tetapi ia melibatkan :
kawasan yang bersesuaian dan selamat
alatan , tanpa alatan dan alat yang diubah suai
keselamatan di air
teknik-teknik seperti :
apungan
berenang
pernafasan
Pertimbangan lain menggunakan kolam renang :

Di dalam bilik kolam renang itu boleh menjadi interaktif dengan menggunakan kaedah
ganjaran.

Ahli terapi boleh menukar warna bilik atau mengisi bilik dengan imej yang bergerak
menggunakan suis terapung denganmengenakan tekanan ringan.

Bilik tersebut seharusnya putih atau magnolia supaya ia bertindak sebagai skrin unjuran
untuk imej yang dijangka di sekitar bilik.

Kolam renang hidroterapi ini juga dapat menukar warna hanya dengan membuat bising.

Pesakit yang hanya boleh terapung di atas belakang mereka juga boleh melihat imej
yang ditunjukkan pada siling.

Jumlah = 20 markah
3.

Terapi aroma dapat membantu murid-murid berkeperluan


pembelajaran menstabilkan emosi dan tingkah laku mereka.

khas

bermasalah

Sediakan satu perancangan aktiviti terapi aroma bersama-sama murid anda.


Perancangan anda hendaklah menyerapkan elemen keusahawanan.
[20 markah]

Rujuk kepada Rubrik Pemarkahan yang dilampirkan


Perbincangan seharusnya mengandungi sebahagian isi kandungan berikut, namun mutu
perbincangan adalah dinilai berdasarkan kriteria penilaian (rubrik) yang dikepilkan.
Contoh Hujah:
15

Istilah 'Aroma terapi' sebenarnya terdiri dari dua patah perkataan iaitu Aroma
bermaksud bau atau haruman, dan Teraphy yang bermaksud rawatan. Terapi aroma adalah
gabungan antara aroma iaitu wangian atau bauan yang hadir daripada pati minyak dan bauan
tersebut diaplikasi untuk melegakan dan memulihkan simptom-simptom fizikal serta
meningkatkan kesihatan mental. Cara rawatan penyakit adalah dengan menggunakan aroma
yang dihasilkan dari tumbuhan herba atau bunga-bungaan. Oleh itu, biasanya penggunaan
minyak wangi atau bau-bauan digunakan dengan meluas semasa rawatan. Aroma terapi
adalah kaedah rawatan yang holistik, ia mengambil kira kesan positif yang akan terhasil dari
segi jasmani, minda dan rohani. Terapi ini menggunakan aroma (bau) untuk merangsang
bahagian - bahagian otak yang mengawal fungsi-fungsi anggota badan kita. Terapi aroma juga
merupakan suatu seni penyembuhan yang berasaskan alam semula jadi. Prinsip asas dari
terapi aroma adalah untuk menguatkan proses penyembuhan diri dengan cara merangsang
sistem imunisasi secara tidak langsung dan merangsang bau supaya mempengaruhi emosi dan
hormon di dalam badan kita.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang berunsurkan terapi aroma dapat dilaksanakan
sekiranya guru kreatif dalam mempelbagaikan teknik pengajaran. Namun begitu, mengajar
murid-murid khas lebih mencabar dan guru perlu meningkatkan daya krativitinya bagi
memenuhi keperluan mereka. Oleh itu, perlaksanaan aktiviti seperti murid-murid lain harus
dimodifikasikan bagi mengatasi masalah yang berkemungkinan akan berlaku.
Terapi aroma ini banyak memberi manfaat dan kebaikan terutamanya kepada muridmurid Pendidikan Khas dalam memperbaiki kualiti hidup dari segi mental dan emosi serta dapat
meningkatkan keyakinan diri mereka. Oleh itu, guru-guru dan ibu bapa perlulah menggalakkan
dan melibatkan murid-murid dengan terapi aroma tersebut sama ada dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran(PdP) di sekolah ataupun dalam aktiviti seharian mereka di rumah.
Contoh perancangan aktiviti terapi aroma :
Hiasan Beg Potpouri
Bahan-bahan yang diperlukan :
- beg kecil
- potpouri (hirisan daun pandan, bunga melur, bunga kenanga, bunga ros, bunga cempaka)
1. Setiap murid diberikan satu beg kecil setiap seorang.
2. Selepas itu, guru memberi potpouri kepada setiap murid dan meminta mereka untuk
memasukkannya ke dalam beg kecil tersebut.
3. Kemudian, murid diminta untuk mengikat beg kecil tersebut dan menghiasnya.
Elemen keusahawanan yang diterapkan :
-

kerajinan

kecekapan

kreatif
16

bijak merancang

kebersihan

industrious

tekun

Murid-murid pendidikan khas boleh dididik bersifat keusahawanan dengan


menyediakan perkhidmatan membuat beg potpuri untuk memenuhi permintaan pelanggan.

Hujah-hujah lain:

menyediakan alat terapi lilin wangi

menyediakan bunga rampai

Kepentingan Terapi Aroma Kepada Murid-Murid Berkeperluan Khas


Antara kepentingan terapi aroma untuk murid-murid berkeperluan khas ialah:

meningkatkan kemahiran pengamatan kanak-kanak ketika melakukan aktiviti yang


melibatkan terapi aroma seperti membuat hiasan pada tin atau botol dengan
menggunakan pelbagai herba atau bau-bauan
merangsang pemikiran dan kreativiti murid semasa melakukan aktiviti dalam suasana
yang tenang
memperbaiki kualiti hidup dan keyakinan diri
membantu dan merangsang pertuturan dan komunikasi murid-murid dengan rakan, guru
atau ibu bapa
membantu untuk meningkatkan keupayaan mental dan emosi
meningkatkan kemahiran penumpuan dan pengamatan kanak-kanak ADHD
mengurangkan seizure bagi kanak-kanak yang menghidap epilepsy
menenangkan kanak-kanak yang cenderung tantrum

Perancangan Aktiviti Terapi Aroma


1. Mengenal haruman dan bunga-bungaan
2. Mengumpul dan membezakan bau haruman dan bunga-bungaan
3. Melawat spa aromatik
4. Mewujudkan bilik aromatik

17

PERLAKSANAAN
Doh Wangi
Murid menggunakan
doh yang dititis dengan
aroma yang
menenangkan seperti
lavender untuk
menghasilkan bentukbentuk obejek
berdasarkan imaginasi
masing-masing.

Kraftangan
Guru boleh mengajar
murid menghasilkan
seni tangan dengan
menggunakan daun
pandan seperti
membuat origami ulat
dan kipas.

ALATAN

MASALAH

CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

- Doh
- minyak
pati

Tekstur doh yang lembut,


wangi dan berwarna
menyebabkan murid
cenderung untuk memasukkan
ke dalam mulut.

Guru perlu membuat


sendiri doh dengan
menggunakan tepung,
garam, air, minyak
masak pewarna
masakan. Elakkan
membeli doh yang
sedia ada di pasaran.

- daun
pandan

Terdapat murid-murid yang


tidak mempunyai koordinasi
mata dan tangan yang baik.
Oleh itu, mereka sukar
membuat origami.
Urutan
Aktiviti urutan dengan
menggunakan minyak
pati yang harum dapat
dilakukan secara
berpasangan seperti
mengurut tapak tangan
dan kaki.Aktiviti ini
boleh dipelbagaikan
dengan kedudukan
murid seperti bermain
kereta api dan dalam
bulatan. Muzik iringan
juga dapat membantu

- minyak
pati
- muzik

Sesetengah murid tidak


menyukai sentuhan seperti
kanak-kanak Autistik dan
terdapat kanak-kanak yang
terlampau menyukai sentuhan
seperti Sindrom Down.

18

Bimbingan guru dari


satu langkah ke satu
langkah amat penting
mengukut tahap
kemampuan murid.
Selain menghasilkan
origami, murid juga
boleh menggunakan
daun pandan untuk
hasil seni yang lain
seperti kolaj dan juga
potpuri.

Bagi kanak-kanak
yang tidak menyukai
sentuhan oleh orang
lain, guru boleh
meminta murid
tersebut melakukan
urutan sendiri atau
menggunakan bahan
bantu yang lain untuk
urutan seperti
penggunaan bola kecil
untuk aktiviti
meramas. Titiskan

aktiviti terapi ini


menjadi lebih menarik.

Bau-bauan
Guru menunjukkan
kepada murid pelbagai
objek yang berbau
seperti kulit kayu
manis, bunga ros,
daun pudina, wangian
bunga kering, tisu yang
disembur pewangi dan
lain-lain. Murid
memegang bahanbahan tersebut dan
menghidu setiap
satunya. Kemudian,
murid menceritakan
bahan yang digemari
dan juga bahan yang
tidak disukai serta
menyatakan
pendapatnya
mengenai bahanbahan tersebut. Ini
akan membantu murid
meluahkan apa yang
dirasai dan mengetahui
kegemarannya.

minyak aromaterapi
pada bola tersebut.
Bagi kanak-kanak
yang terlalu meyukai
sentuhan, gunakan
bau-bauhan yang
merangsangkan
seperti pudina dan
lemon, dan bukannya
menggunakan bauan
yang menenangkan
seperti lavender,vanilla
dan madu. Ini kerana,
bauan yang
merangsangkan akan
mengaktifkan murid
serta tidak terlalu asyik
dengan sentuhan.
- kulit kayu
manis
- bunga ros
- daun
pudina
- wangian
bunga
kering
- tisu
- pewangi

Segelintir murid khas tidak


menyukai bau-bauan yang
dibawa oleh guru.

Tindakan guru adalah


cuba menggunakan
pelbagai jenis bauan
lagi dengan kaedah
yang berbeza seperti
haruman kopi, bau
rumput-rumput hijau,
bau hujan, bau kek
dibakar dan lain-lain
lagi. Guru juga boleh
meminta murid
membawa sendiri
bauan yang diminati
untuk dikongsi
bersama-sama rakan
yang lain.

Kegunaan terapi aroma


i.

Kanak-kanak
menikmati pengalaman dan menghubungkan bau-bauan tertentu dengan
perasaan positif
19

kanak-kanak berasa tenang dan membantu kesihatan pencernaan mereka

ii.

Autisme
membolehkan kanak-kanak berasa tenang dan membantu badan mereka
menyelaraskan apabila perasaan kebimbangan datang dalam diri
membantu mengekalkan setiap perkara seimbang, tenang dan gembira

iii.

Kehidupan Seharian
membantu bayi atau anak kecil tidur dengan aman
untuk melegakan sistem pencernaan
untuk memberi perasaan gembira dan kepuasan
menggalakkan tumpuan dan fokus yang lebih baik

Aroma terapi juga sesuai dijalankan ke atas kanak-kanak pendidikan khas bermasalah:
Terencat akal/ Mental Retardation (MR)
Hiperaktif / Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD)
Autisma / Autism Spectrum Disorder (ASD)
Lembam / Slow Learner
Lewat perkembangan / Global Developmental Delay (GDD)
Sindrom Down / Down Syndrome
Serebral palsi / Cerebral Palsy

Jenis bau-bauan yang digunakan dalam terapi aroma


i.

Lavender

ii.

berfungsi untuk menghilangkan stress


mengawal emosi yang tidak stabil

Jasmin
Dapat menghilangkan stress

Ros
dapat menenangkan emosi

Blossom
dapat meningkatkan tumpuan
dapat mengurangkan sakit kepala

iii.

iv.

Jumlah = 20 markah

20

21

Anda mungkin juga menyukai