Anda di halaman 1dari 6

Perbincangan Kemahiran mendengar dan bertutur

1.Apakah kepentingan kepada seseorang guru untuk menguasai pengajaran kemahiran dan
bertutur
mengenalpasti tahap penguasaan murid terutama bagi kemahiran mendengar dan bertutur
2. Tanda2 yang ditunjukkan oleh murid yang mengalami masalah
pendengaran
Tanda-tanda murid yang mengalami masalah pendengaran
1. Kurang memberi perhatian
2. sukar mengikuti arahan lisan
3. kurang melibatkan diri dalam aktiviti perbincangan
4. memperkatakan sesuatu di luar topik perbincangan
5. suka berangan-angan dalam kelas dan kurang menumpukan perhatian terhadap sesuatu
6. memerlukan bantuan daripada rakan-rakan
7. tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul
8. Kerap kali mengadu sakit telinga ,sakit tekak, selsema
9. Memasang radio dan televisyen dengan kuat
3. Mendengar Interaktif dan tak Interaktif
Mendengar interaktif melibatkan kedua-dua pihak penutut dan perdengaran berperanan secara
aktif semasa seri perbualan. Kedua-dua yea boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk
mendapatkan penjelasan, pengulangan atau pengucapan semula.
Mendengar tidak interaktif lebih merupakan aktiviti mendengar secara sehala di mana
pendengar tidak berpeluang memberi respon, tidak boleh mencelah dan tidak berupaya
mengambil bahagian atau mengemukakan cadangan.Contohnya adalah seperti mendengar Julian,
mendengar radio, menonton televisyen dan sebagainya.
4. Mendengar Interaktif dan tak Interaktif
Pakar bahasa mengkelaskan kemahiran mendengar kepada 2 jenis:
1) Mendengar secara interaktif
@ pendengar dan penutur saling berinteraksi antara satu sama lain
@ boleh mencelah semasa / mengemukakan soalan
@ pendengar dan penutur terlibat secara aktif dalam komunikasi
2) Mendengar secara tak interaktif
@ pendengar tidak berpeluang untuk memberikan respon
@ pendengar tidak boleh mencelah/ bertanya soalan walaupun tidak faham
@ pendengar tidak mengambil bahagian dalam komunikasi tersebut
5. PERBUALAN TERLALU CEPAT
1. Bertanya dan nyatakan yang anda tidak memahami percakapannya
2. Meminta penutur mengulang percakapannya
3.Minta bercakapdengan perlahan sedikit
4. Dapatkan penjelasan lanjut
5. Menyebutkan semula frasa
6. Mengulang ayat yang tidak difahami

6.Apakah prinsip yang perlu diambil kira oleh guru apabila mengajar kemahiran mendengar?
Prinsip pengajaran kemahiran mendengar :
1.Guru perlu mengetahui faktor-faktor persekitaran fizikal dan sosial murid,keadaan fizikal
serta psikologi murid dan pengalaman murid yang boleh mempengaruhi murid dapat mendengar
dengan berkesan.
2.Kemahiran mendengar tidak diajar secara terpisah atau bersendirian.Ia hendaklah diajar
secara gabung jalin dengan kemahiran bahasa lain iaitu bertutur,membaca dan menulis.
3.Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah dipelbagaikan supaya
dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.
4.Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong murid
menguasai kemahiran itu.
5.Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini perlu dijalankan
secara berterusan.
6.Memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar yang baik.
7.Melatih mengesan dan menilai idea dan isi penting.
7.Jelaskan Pendekatan Tiga Peringkat dalam pengajaran kemahiran mendengar .
Pendekatan Tiga Peringkat terdiri daripada tiga pendekatan iaitu sebelum Mendengar, semasa
mendengar dan selepas mendengar.
Sebelum mendengar, guru menyediakan murid tentang apa yang akan mereka dengar, apakah
mereka dikehendaki melakukan serta strategi menghadapi tugas. Guru menentukan tujuan
mendengar dan maklumat yang diperlukan . Murid juga diberitahu bagaimana aktiviti atau tugas
pendengaran akan disampaikan.
Semasa mendengar, murid digalakkan memantau tahap kefahaman apa yang didengar serta
strategi yang akan digunakan. Guru pula mengaturkan latihan yang konsisten dan sistematik bagi
melatih murid menggunakan strategi mendengar yang sesuai dengan trujuan mendengar.
Selepas mendengar, murid berpeluang menilai tahap kefahaman tentang apa yang telah didengar.
Mereka juga berpeluang membanding dan membincang strategi yang digunakan. Guru boleh
membahagikan murid kepada kumpulan kecil untuk membincang keberkesanan mereka memahami
apa yang telah didengar.
8.Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk melatih murid ( Sebelum Mendengar
).
Strategi sebelum mendengar
1. Kenal pasti tujuan mendengar - murid tentukan matlamat, merancang dan memberi tumpuan
2. menggunakan pengetahuan sedia ada - membuat inferens dan ramalan
3. focus kpd kosa kata dan perkataan penting
4. memberi sinonim atau antonym perkataan yg didengar
5. gunakan imaginasi - bentuk grafik atau gambar
6. kaitkan dgn pengalaman peribadi yg pernah dialami
9. PERBEZAAN MENDENGAR SECARA INTERAKTIF DAN
TAK INTERAKTIF
Mendengar secara interaktif adalah aktiviti yang melibatkan kedua-dua pihak iaitu penutur dan
pendengar.Kedua-dua pihak berkenaan akan bertindak secara aktif dalam sesi perbualan.Ketika
mendengar,seseorang boleh mencelah dengan mengemukakan soalan untuk mendapatkan
penjelasan.Dalam situasi bilik darjah,guru dan murid-murid merupakan pihak-pihak yang
terlibat.Murid-murid akan berasa puas hati kerana dilibatkan dalam sesi perbincangan dan
mereka dapat mempraktikkan kemahiran mendengar yang telah dipelajari.

Mendengar secara tidak interaktif pula adalah aktiviti sehala kerana pendengar tidak
berpeluang memberikan respons secara verbal.Pendengar tidak berpeluang mencelah dalam
perbualan untuk mendapatkan penjelasan.Dengan perkataan lain,pendengar tidak mengambil
bahagian dan tidak dapat mewujudkan hubungan dua hala yang berkesan.Contoh-contoh
mendengar tidak interaktif ialah ceramah,kuliah,menonton televisyen,video atau siaran langsung.
10. Mengapakah kemahiran mendengar diabai
Kemahiran mendengar sering diabai atas beberapa faktor;
1. masa PdP yang terbatas untuk mengajar PdP kemahiran mendengar.
2. sistem pendidikan yang berorentasikan peperiksaan.
3. peluang untuk menguasai kemahiran mendengar agak terbatas (terhad).
4. memerlukan penglibatan mental murid secara kolektif.
11.Apakah strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk melatih murid ( Selepas
Mendengar ).
Strategi selepas mendengar:
1. memastikan sama ada apa yg diramalkan adalah betul
2. meringkaskan maklumat yg didengar
3. menilai kejayaan
4. mencatatkan apa yg diingat
5. mengulang apa yg didengar
6. menyusun kosa kata baharu
7. menilai strategi mendengar yg digunakan
12.STRATEGI MELATIH MURID MENDENGAR
1 Mengenal pasti tujuan mendengar
2 menggunakan pengetahuan sedia ada
3 fokus kepada suku kata
4 memberi sinonim
5 gunakan imaginasi
6 kaitkan dengan pengalaman peribadi yang telah dilalui.
7
13. PRINSIP PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR
Prinsip-prinsip kemahiran mendengar;

Bahan-bahan yang dipilih dalam aktiviti kemahiran mendengar mestilah dipelbagaikan


supaya dapat menarik minat murid-murid belajar.

Guru perlu merancang pelbagai aktiviti kemahiran mendengar untuk mendorong murid
menguasai kemahiran ini.

Guru perlu memandu dan melatih murid mendengar dengan betul dan aktiviti ini perlu
dijalankan secara berterusan.

memupuk keinginan mendengar dan mengajar tabiat mendengar yang baik.


14. Aktiviti mendengar penting dikuasai disebabkan penggunaannya yang sangat meluas
dalam kehidupan.
KEPENTINGAN MENGUASAI AKTIVITI MENDENGAR ...
1. MEMPELAJARI (LEARNING)-KITA MEMPEROLEHI MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING
UNTUK MENERUSKAN KEHIDUPN SEHARIAN KITA.
2. HUBUNGKAIT(RELATING)-MEMBERI PERHATIAN DAN SOKONGAN SEMASA
MENDENGAR.

3. MEMPENGARUHI(INFLUENCING)-BOLEH BERUBAH SIKAP DENGAN MENDENGAR


NASIHAT DAN MOTIVASI YANG DISAMPAIKAN.
4. HIBURAN(PLAYING)-DAPAT BERHIBUR SAMBIL BELAJAR, MEREHATKAN MINDA DAN
MENENANGKAN FIKIRAN.
5. MEMBANTU(HELPING)-MEMBANTU ORANG DENGAN MEMBERI NASIHAT KEPADA
SESIAPA YANG DATANG UNTK MENDAPAT KHIDMAT KAUNSELOR UNTUK
MENYELESAIKAN MASALAH PERIBADI.
15. Apakah implikasi jika seseorang murid itu gagal menguasai kemahiran bertutur
Kesan jika murid itu tidak menguasai kemahiran bertutur dengan baik ialah maklumat yang
hendak disampaikan tidak dapat diterima dengan jelas oleh pendengar
16. Teknik pengajaran kemahiran bertutur
Teknik Mengajar Kemahiran Bertutur
Bercerita, Berbual, Menyanyi,
Lakonan, Boneka, Main peranan,
Berbincang, Berbahas
Latih tubi bertutur
Aspek sebutan
Aspek struktur
17.Strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur
Strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur yang boleh dipraktikan di dalam bilik
darjah perlu dirancang lebih dahulu sebelum, semasa dan selepas pengajaran dan pembelajaran.
Pemilihan pendekatan, kaedah dan teknik perlulah bersesuaian dengan standard pembelajaran dan
objektif yang ingin dicapai. Guru perlu mengetahui tahap penguasaan murid sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, bagaimana guru mengajar murid membina
beberapa ayat daripada gambar rangsangan. Guru perlu mengajar murid teknik atau pun kaedah
yang sesuai untuk mencapai objektif pengajaran seperti ayat tanya melalui sesi soal jawab.Guru
meminta murid membina ayat tentang aktiviti yang terdapat pada gambar secara lisan.
18 .Apakah strategi yang sesuai dalam p dan p dalam bahasa Melayu murid pemulihan th 1?
Sebelum merangka strategi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur bagi murid
pemulihan, guru terlebih dahulu mengenalpasti daerah kelemahan murid dengan menjalankan ujian
diagnostik dan ujian pengamatan untuk mengesan tahap penguasaan murid. Selepas itu, guru boleh
melaksanakan aktiviti pengajaran dan merancang strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap
penguasaan kemahiran murid.
Salah satu bahan yang boleh digunakan sebagai bahan rangsangan dalam mengajar kemahiran
bertutur ialah gambar dan benda-benda maujud yang terdapat di dalam bilik darjah atau
disekeliling.
Gambar yang besar dan jelas boleh digunakan sebagai BBM bagi mengajar kemahiran bertutur
dalam kelas Tahun 1.
19.Bercerita.
Bercerita merupakan kaedah yang diminati ramai. Ianya menarik kerana berunsur hiburan. Murid
akan tertarik untuk menumpukan perhatian. Lebih berkesan lagi jika murid yang diberi peluang
untuk bercerita. Jangan lupa untuk menyatakan pengajaran dari cerita tersebut.

20. Apakah pendekatan yang berkesan untuk kemahiran bertutur?


Pendekatan berkesan untuk mengajar kemahiran bertutur adalah melalui teknik didik hibur
seperti nyayian atau bercerita.
21. Nyatakan aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran
bertutur murid Tahap 1.
Antara aktiviti-aktiviti yang sesuai bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bertutur murid
Tahap 1 ialah :
1. Bercerita dengan menyebut perkataan / frasa dengan betul.
2. Bercerita menggunakan ayat tunggak atau ayat majmuk.
3. Bercerita daripada maklumat yang diakses.
4. Membina dan menulis ayat.
5. Bercerita isi pantun.
6. Berbual menggunakan ayat yang betul.
7. Didik Hibur.

PENGAJARAN KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR DALAM BAHASA MELAYU


Peringkat-peringkat Penguasaan Kemahiran Bertutur
Peringkat Awal
Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-kemahiran seperti berikut:
melafazkan pengucapan bertatasusila, mengajuk perkataan serta ayat-ayat yang didengar
menyoal untuk mendapatkan maklumat
membuat teguran atau kenyataan mengenai sesuatu situasi, mengemukakan soalan-soalan mudah
berdasarkan situasi tertentu.
mengemukakan soalan-soalan mudah berdasarkan situasi yang tertentu,
bertindak terhadap soalan-soalan mudah.
Peringkat Pertengahan
Pada peringkat ini murid menguasai kemahiran-kemahiran berikut:
melakukan deskripsi mengenai objek atau gambar
bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
mendeskripsikan pengalaman atau sesuatu peristiwa serta memberi satu siri arahan untuk
melakukan sesuatu
ah membaca iklan dan peraturan, memberi ucapan pendek dan mudah, menyoal dan menjawab
soalan berkaitan peribadi seseorang , suasana persekolahan, persekitaran, suasana di rumah dan
sebagainya. Di samping itu, kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pada peringkat ini juga ialah
mengambil bahagian dalam perbualan mudah serta dapat membuat ulasan, memberi pendapat atau
pandangan secara mudah.
Peringkat Maju
Pada peringkat yang terakhir iaitu peringkat maju pula dua belas kemahiran yang perlu mereka
kuasai. Kemahiran-kemahiran tersebut adalah dapat mendeskripsikan sesuatu peristiwa, objek,
permainan, proses dan sebagainya. Peringkat maju ini, murid seharusnya dapat bercerita dengan
menggunakan alat pandang atau tanpa menggunakannya. Mengambil bahagian dalamperbincangan,
perbualan ataupun dialog serta bertanya untuk mendapatkan maklumat juga merupakan antara
kemahiran yang biasanya dikuasai pada peringkat maju ini.
Kemahiran seterusnya ialah kemahiran menghuraikan proses, kejadian, prosedur dan peraturan,
memberitahu arah atau hala sesuatu tempat serta memberi ceramah atau syarahan juga adalah
salah satu daripada kemahirannya. Selanjutnya, murid mengambil bahagian dalam perbahasan,

diskusi, forum, perbincangan, seminar, dan sebagainya serta mengambil bahagian dalam drama
atau lakonan juga antara kemahiran peringkat maju. Peringkat maju ini turut menekankan kemahir
Keperluan kemahiran Mendengar:
1.Mendengar dalam interaksi sosial
2.Mendengar untuk tujuan berhibur-riadah
3.Mendengar untuk mendptkan maklumat dan perkara-perkara penting
Kepentingan Mendengar Aktif:i. individu lebih banyak belajar
ii.berpengalaman
iii.lebih bersikap proaktif dan positif
iv.mendpt banyak keuntungan
v.tidak menyentuh perasaan kita.

Anda mungkin juga menyukai