Anda di halaman 1dari 6

.

Bismillaahis samiiil bashiir, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwa bikulli syai-in
alim. Bismillahil khallaqilaliim, alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal fattaahul
aliim. Bismillaahil ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal aliimul khabiir. Bismillaahil
ladzii laisa kamitslihi syai-un wahuwal aliimul qadiir. Bismillaahil aziizil kariim,
alladzii laisa kamits lihii syai-un wahuwal aziizul kariim. Bismillaahil ghafuurir
rohiim, alladzii laisa kamits lihii sya-un wahuwal ghafuurur rahiim. Fallaahu khairun
haafizhan wahuwa arhamar rahimiin.
.

Ertinya :
1. Dengan nama Allah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dialah Allah dengan segala sesuatu itu Maha Mengetahui.
2. Dengan nama Allah Yang Maha Pencipta lagi Maha Mengetahui yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dia Maha Pembuka rahmat lagi Maha Mengetahui.
3. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha
Mengetahui lagi Maha Teliti.
4. Dengan nama Allah yang tiada sesuatu pun yang serupa denganNya dan Dia Maha
Mengetahui lagi Maha Kuasa.
5. Dengan nama Allah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dia Maha Bijaksana lagi Maha Pemurah.

6. Dengan nama Allah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang yang tiada sesuatu pun
yang serupa denganNya dan Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Maka Allah sebaik baik Tuhan yang memelihara dan Dialah Yang Maha Penyayang.
Semoga Allah limpahkan selawat dan salam ke atas junjungan kami Nabi Muhammad SAW,
ke atas keluarganya dan para sahabat Baginda.
.
.

Fadhilat Bismillah 6
.
Berikut ni adalah beberapa kelebihan atau khasiat Bismillah Enam ;
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Penerang hati.
Meluaskan rezeki.
Air laut boleh menjadi tawar.
Terselamat dari karam di laut.
Makbul segala hajat dan cita-cita.
Menghindari dari segala penyakit.
Penawar belbagai jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ikan, kala
jengking dan ular.
8. Penawar segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung,
hempedu katak dan sebagainya.
9. Terpelihara daripada fitnah dan bahaya musuh atau seteru.
10. Beroleh kejayaan dan meraih kemenangan dalam peperangan.
11. Terselamat daripada dibunuh jika dibaca kepada tubuh badan.
12. Jika di tiup kepada perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
13. Menjadi selusuh kepada perempuan beranak.
14. Jika dibaca pada minyak dan air pada malam Jumaat 3 kali, boleh memudahkan
perempuan beranak jika meminumnya.
15. Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selama 7 hari, nescaya mendengar.
16. Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga 3 kali, InsyaAllah lari
iblisnya.
17. Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
18. Dibaca di tempat yang suci, nescaya dapat melihat makhluk halus (jin, syaitan dan
sebagainya)
19. Terselamat daripada binatang buas.
20. Memelihara tanam tanaman daripada binatang-binatang.
21. Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah bendang, nescaya terselamat
daripada ancaman babi, tikus atau burung.
22. Dibaca 70 kali tiap-tiap hari, nescaya akan terselamat dari ancaman raja-raja dan
pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
23. Segera dibebaskan daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
24. Dibaca di malam Jumaat 20 kali boleh melihat orang di dalam kubur.

.
.

Kaedah Merawat
.
Bagi merawat penyakit atau pesakit yang menderita kerana perkara di atas:
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Letakkan tangan di tempat yang sakit.


Baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini.
Membaca dengan keyakinan dan hati yang khusyuk.
Tiup di tangan atau di tempat yang sakit tersebut.
Sapukan di tempat sakit ataupun disapukan ke seluruh badan.
Iktikadkan seperti membuang sesuatu keluar dari badan pesakit.
Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di
minum. Insyaallah, angin akan keluar daripada pesakit dan diikuti oleh muntah.
.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang
dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air
yang telah dibacakan dengan doa di atas.

Berikut merupakan antara amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad Shalallahu alaihi
wasalam dan ia menjadi sunnah buat umatnya yang dikasihi. Amalan ini mampu menjadikan
seseorang itu mencintai baginda dan boleh membawa seseorang itu cenderung ke arah soleh
wa musleh.
.

1.

Senyuman

Abdullah bin Al-Harist Radliyallahuanhu menuturkan, yang artinya, Tidak pernah aku
melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu alaihi
wasalam. (Riwayat At-Tirmidzi)
.

2.

Dahulukan Kanan

Daripada Aisyah, katanya: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam lebih suka mendahulukan
yang kanan dalam segala hal (perbuatan) seperti memakai terompah, bersikat, berwuduk dan
mandi. (Hadis riwayat Muslim)
.

3.

Berpakaian

Ummu Salamah meriwayatkan: Pakaian yang paling disukai oleh Baginda Shalallahu
alaihi wasalam ialah pakaian Qamis). (Riwayat Tarmizi dan Abu Daud)
.

4.

Bercelak

Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam bersabda:


Hendaklah kamu bercelak dengan menggunakan batu celak (Al-Itsmid) kerana celak dapat
memperjelaskan penglihatan dan menumbuhkan bulu (mata). (Riwayat Tarmizi dan Abu
Daud)
.

5.

Memakai Cincin

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam memakai cincin di
jari tangan kanan Baginda. (Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Nasai dan Ibnu Hibban.).

6.

Makan

Kaab bin Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam makan
menggunakan ketiga jari Baginda. Selepas makan Baginda menjilati ketiga-tiganya.
(Riwayat Tarmizi, Muslim, Abu Daud dan Ahmad)

7.

Minum

Ibnu Abbas r.a. meriwayatkan: Ketika Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam minum,
Baginda menarik nafas (menghela) dua kali. (Riwayat Tarmizi dan Abu Syaikh)
.

8.

Bersilaturrahim

Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu tentang sesuatu yang paling cepat mendatangkan
kebaikan ataupun keburukan? Sesuatu yang paling cepat mendatangkan kebaikan, adalah
balasan (pahala) orang yang berbuat kebaikan dan menghubungkan tali silaturahmi,
sedangkan yang paling cepat mendatangkan keburukan ialah balasan bagi orang yang
berbuat jahat dan yang memutuskan persaudaraan. (Riwayat Ibnu Majah).
.

9.

Berjalan

Ali bin Abi Talib meriwayatkan: Apabila Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam berjalan,
tubuh Baginda tegak seperti sedang menuruni tanah yang landai. (Riwayat Tarmizi dan
Hakim)
.

10. Berkata
Anas Ibnu Malik r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam
mengulangi perkataan Baginda tiga kali supaya lebih difahami (oleh pendengarnya).
(Riwayat Tarmizi dan Hakim)
.

11. Tertawa
Abdullah bin Harith r.a. meriwayatkan: Tawa Nabi Muhammad Shalallahu alaihi wasalam
hanyalah senyuman. (Riwayat Tarmizi )
.

12. Bergurau
Anas bin Malik r.a. meriwayatkan: Betapa baiknya Nabi Shalallahu alaihi wasalam
menggauli kami. Baginda berkata kepada saudaraku yang masih kecil, Wahai Abu Umair,
apa yang sedang dilakukan oleh burung nughair? (Riwayat Tarmizi, Bukhari, Abu Daud,
Nasai dan Ahmad)

.
13. Tidur
Aisyah r.ha. meriwayatkan: Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah
Shalallahu alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah
al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut.
Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah
lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali. (Riwayat
Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasai dan Ahmad)
.
14. Membaca al-Quran
Yala bin Mamlak bertanya kepada Ummu Salamah tentang cara Rasulullah Shalallahu
alaihi wasalam membaca al-Quran. Menurut Ummu Salamah, Rasulullah Shalallahu alaihi
wasalam membaca al-Quran dengan sangat jelas kalimah demi kalimah. (Riwayat Tarmizi,
Bukhari, Abu Daud dan Nasai)
.
15. Ibadah
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: Rasulullah Shalallahu alaihi wasalam melaksanakan
solat hingga kedua-dua kaki Baginda bengkak. Beliau bertanya, Mengapa engkau
melakukan hal ini padahal engkau mengetahui bahawa Allah SWT telah mengampuni
dosamu yang telah berlalu dan akan datang? Baginda Shalallahu alaihi wasalam
menjawab, Tidakkah aku menjadi hamba yang banyak bersyukur?. (Riwayat Tarmizi dan
Ibnu Khuzaimah)

Anda mungkin juga menyukai