Anda di halaman 1dari 31

Kertas Konsep

Garis Panduan Pelaksanaan Program Rintis Disleksia 2004

1.

Latar Belakang

Program Rintis Disleksia merupakan satu program di Malaysia. Ramai di


kalangan para pendidik dan pengurus sekolah masih belum memahami secara
mendalam mentadbir program disleksia di sekolah. Dengan adanya buku
panduan program di jangka dapat memberi kefahaman tentang cara mentabir
program disleksia di sekolah. Buku ini mengandungi beberapa topik yang dapat
dijadikan sebagai panduan.

Program rintis disleksia ini akan dilaksanakan

dibeberapa sekolah yang dipilih di Malaysia. Oleh itu buku ini dapat memberi
panduan kepada pelbagai pihak, terutamanya Guru Disleksia, Guru Penolong
Kanan, Guru Besar, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri
dan semua pihak yang terlibat secara langsung dengan murid disleksia,
memahami prosedur mentadbir dan mengurus program rintis disleksia.

Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 30


September 2003 telah menlancarkan Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)
bagi mengenal pasti murid disleksia.

Murid-murid yang telah dikenal akan

ditempatkan sekolah-sekolah yang dipilih di seluruh negara.

2.

Definisi Istilah

Disleksia adalah kesukaran untuk menguasai kemahiran membaca, mengeja


dan menulis dan dalam keadaan tertentu juga mengira. Walau bagaimana pun,
murid yang menghadapi masalah pembelajaran disleksia mempunyai keupayaan
kognitif yang setara dengan murid-murid biasa dan ada dikalangan murid-murid
yang mempunyai aras kognitif melebihi murid-murid biasa. Murid-murid disleksia
bukannya mengalami kerencatan akal atau mempunyai kecerdasan mental yang
rendah.

Disleksia merupakan masalah pembelajaran yang spesifik dan

memerlukan pendekatan yang khusus untuk menanganinya.

Konsep murid

disleksia yang dipegang oleh Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan


Malaysia ialah:

Murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang


searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi menghadapi
kesukaran yang tinggi dalam menguasai kemahiran mengeja,
membaca, menulis dan mengira

Jesteru, bagi tujuan mengatasi kesukaran belajar yang dihadapi oleh muridmurid disleksia kurikulum perlu digabung jalinkan dengan program disleksia
untuk meminimunkan

kesan utama dan

sampingan disleksia terhadap

pembelajaran, supaya potensi semula jadi murid tersebut dapat dikembangkan.


Ini adalah kerana masalah disleksia yang dialami menjadi penghalang kepada
murid ini untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik seperti yang

sepatutnya. Program menangani masalah disleksia merupakan sesuatu yang


baru bagi Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3.

Falsafah Pendidikan Disleksia

Pengajaran yang bercorak individu direka untuk memenuhi keperluan-keperluan


pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid disleksia.

Pendidikan khas

menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam


kurikulum kebangsaan yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan
sekolah biasa. Pendidikan Disleksia bermaksud menyediakan strategi khusus
dalam kurikulum dan pedagogi untuk menangani masalah yang dihadapi oleh
kanak-kanak disleksia supaya mereka mengenal pasti masalah mereka dan
menyesuaikan diri dengannya. Mereka menggunakan potensi yang ada pada
mereka untuk memperbaharui tekad serta meningkatkan harga dan keyakinan
diri untuk berjaya. Program rintis akan memberi peluang pendidikan yang lebih
sempurna dan menyeluruh kepada murid-murid disleksia belajar seperti muridmurid berkeperluan khas yang lain supaya prestasi pencapaian murid-murid
disleksia dalam akademik dapat ditingkatkan. Jabatan Pendidikan Khas akan
menyediakan kemudahan dan kelengkapan yang diperlukan yang sesuai untuk
murid-murid disleksia untuk melahirkan murid disleksia yang bermahiran,
berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan
kehidupan diri sendiri selari dengan falsafah Pendidikan Negara.

4.

Matlamat

Matlamat program rintis dirancang untuk mengetahui pelbagai aspek keperluan


semasa menangani masalah pembelajaran murid-murid disleksia.

Dalam

program rintis ini, semua Jabatan Pendidikan Negeri dan pihak yang terlibat
secara langsung dengan murid disleksia, supaya memahami prosedur mentadbir
dan mengurus program disleksia.

5.

Objektif Pelaksanaan Program Rintis Disleksia

Program rintis disleksia dilaksanakan untuk :


a)

menilai keberkesanan pengoperasian ISD.

b)

menilai keberkesanan instrumen-instrumen ujian.

c)

Menilai keberkesanan program pemulihan disleksia.

d)

Menilai kesesuaian kurikulum sedia ada dengan murid disleksia.

e)

Menilai pedagogi yang digunakan dalam P & P.

f)

Menilai tahap pencapaian murid disleksia.

g)

Mendapat maklumat tentang peralatan-peralatan yang diperlukan.

h)

Menilai keberkesanan kaedah pelaksanaan kelas dan program

i)

Menilai keberkesanan kaedah penempatan murid.

j)

Menilai keberkesanan organisasi dan pentadbiran kelas atau program


disleksia.

k)

Mendapat maklumat tentang jumlah peruntukan yang diperlukan.

6.

Rasional

a)

Program khas P&P disleksia adalah khusus untuk murid-murid


yang disahkan mempunyai masalah disleksia ringan, sederhana
dan teruk tetapi mempunyai kreativiti tinggi.

b)

Program khas P&P disleksia perlu dilaksanakan supaya selaras


dengan perkembangan pendidikan khas di dunia masa kini.

c)

Bahagian Pendidikan Guru telah menganjurkan latihan dalam


perkhidmatan selama 14 minggu khusus untuk disleksia.

d)

7.

Memperkembangkan lagi bidang pendidikan khas di Malaysia.

Pelaksanaan Program Rintis Disleksia


7.1.

Pengenalan
Program Rintis Disleksia akan dilaksanakan di 29 buah sekolah
rendah di seluruh negara dan satu program kelas khas di sekolah
menengah.

Ia itu dua pusat di setiap negeri

kecuali Wilayah

Persekutuan Labuan yang hanya mempunyai satu pusat sahaja.


Satu lagi pusat ialah di sekolah menengah, ia itu di Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur.

7.2.

Penempatan Guru Disleksia


a)

Guru disleksia yang terpilih dan kini berada di sekolahsekolah tertentu akan diarahkan untuk menjalankan
program P & P bermasalah pembelajaran spesifik disleksia
di sekolah masing-masing.

b)

Jika sekolah yang dicadangkan untuk laksanakan program


tidak ada guru disleksia, guru disleksia yang berada dari
sekolah lain akan diarahkan bertukar ke sekolah yang
berkenaan

7.3.

Peranan guru disleksia adalah :

a)

membantu guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu


menjalankan ISD, sama ada di sekolahnya atau di sekolah
lain.

b) menjalankan Ujian Diagnostik Disleksia kepada murid-murid


yang disahkan oleh pengamal perubatan mengalami
kebarangkalian masalah pembelajaran disleksia untuk tujuan
P & P.

c) Guru Khas Disleksia bertanggung jawab menyimpan


dokumen-dokumen yang berkaitan dengan Ujian-Ujian,
maklumat peribadi murid, RPI dan pencapaian murid.

d) Pembelajaran dan pengajaran murid disleksia.

7.4.

Kaedah Penempatan Murid


a) Penempatan murid disleksia diurus oleh guru khas disleksia
untuk sekolahnya dan Pejabat Pendidikan Daerah atau

b) Jabatan Pendidikan Negeri atau Jabatan Pendidikan Daerah


atau Jabatan Pendidikan Khas, jika penempatan yang
melibatkan sekolah lain.

7.5.

Kaedah Kelas Disleksia


a) Satu kelas khas bermasalah pembelajaran spesifik disleksia
akan dibuka di setiap negeri. Rasionalnya ialah murid
disleksia belajar dalam kumpulan mereka sahaja. Kurikulum
tertentu diubahsuai. Contohnya Bahasa Melayu atau
Matematik digabung jalin dengan program khas disleksia.

b) Satu program berkonsepkan separa inklusif yang


menggunakan satu bilik resos (satu bilik khas untuk

menyediakan kemudahan dan peralatan program) dan


mengamalkan kaedah withdrawalyang memerlukan
seorang guru khas disleksia (membantu pelajar disleksia
semasa belajar di kelas normal dan bilik resos) Rasionalnya
ialah murid boleh bersosialisasi dengan pelajar-pelajar di
aliran perdana, mengikuti kurikulum normal, sambil diaplikasi
program pemulihan khas disleksia.

8.

Startegi Pelaksanaan.
8.1.

Pengopreasian Instrumen Senarai Semak Disleksia (ISD)

Kaedah pengoperasian ISD dilaksanakan dalam dua cara, ia itu pertama


pencalonan daripada guru dan kedua daripada ibu bapa/Penjaga :

a)

Setelah seseorang murid itu mengikuti program pemulihan khas


dari Tahun Satu semester dua dan Tahun Dua, semester satu,
jika murid tersebut masih mengalami kesukaran dalam membaca,
mengeja dan menulis, ISD akan digunakan ke atas murid
berkenaan.

b)

Ibu bapa/penjaga yang mencalonkan supaya anaknya dimasukkan


ke program masalah pembelajaran disleksia. ISD akan digunakan
kepada murid berkenaan.

c)

Murid yang telah disahkan oleh pakar (Pengamal Perubatan)


mengalami masalah pembelajaran spesifik disleksia akan di
tempatkan ke program disleksia, jika ibu bapa membuat
permohonan.

8.2.

Ujian Diagnostik Disleksia


Ujian Diagnostik yang ditadbir dapat mengenal pasti dengan lebih
terperinci daerah-daerah kelemahan dalam membaca, mengeja,
menulis, dan masalah-masalah yang berkaitan dengan disleksia
untuk tujuan Pembelajaran dan Pengajaran.

8.2.1. Objektif Ujian Diagnostik Disleksia ditadbir untuk:


a)

menguji pelajar dengan item-item yang tertentu,


seperti membaca, mengeja dan menulis, melibatkan
dari mengenal huruf hinggalah kefahaman cerita
pendek.

b)

memberi maklumat tentang masalah sebenar dan


daerah kelemahan seseorang murid disleksia.

c)

menguji kebolehan fornologi dan mendiskriminasi


bunyi.

8.3.

Penempatan Murid
Pelajar yang dikenal pasti berkemungkinan mengalami masalah
pembelajaran spesifik disleksia akan ditempatkan sama ada di
kelas khas masalah pembelajaran spesifik atau di program separa
inklusif disleksia.

8.4.

Pembelajaran dan Pengajaran Pemulihan Disleksia


Program ini mengandungi aktiviti-aktiviti pemulihan disleksia yang
bertujuan untuk menangani masalah yang dialami oleh murid-murid
disleksia secara individu.

8.4.1. Program Disleksia


Program disleksia mengandungi aktiviti-aktiviti yang dijalankan
untuk menangani masalah yang dialami oleh murid-murid disleksia.
Bidang masalah pembelajaran spesifik disleksia adalah seperti
berikut:

a)

Bidang Kemahiran Lisan

Mendengar dan memahami arahan berturutan.

Mengingati dan menyatakan semula arahan.

Kemahiran menyatakan sesuatu mengikut turutan.

10

b)

c)

Bidang "Interpersonel"

Mengenali diri sendiri.

Motivasi

Bidang Kefahaman Dalam Bacaan

Memahami perbendaharaan kata.

Memahami petikan cerita pendek.

memahami dan menjawab soalan berdasarkan petikan


karangan.

d)

e)

Bidang Penulisan

Mengeja.

Menyalin semula petikan yang didengar.

Menyalin semula petikan bertulis.

Menyusun Idea-Idea.

Mengarang cerita pendek berasaskan draf-draf tertentu.

Bidang Aktiviti/Latihan Ko-ordinasi Pergerakan

Latihan pergerakan kiri dan kanan

Mengintegrasikan otak kiri dan kanan.

11

8.5.

Senarai sekolah-sekolah untuk Program Rintis Disleksia


8.5.1. Sekolah-sekolah yang dicadangkan melaksanakan Program
Rintis Disleksia.

a)

Perlis

SK (LKTP) Chuping, Perlis


SK Changkat Jawi, Perlis

b)

Kedah

SK Sultan Ahmad Tajuddin,


SK Jalan Datuk Kumbar

c)

Pahang

SK Semambu, Kuantan
SK Batu 8, Jalan Gambang

d)

Terengganu

SK Tg. Mahmud, Besut,


SK Padang Hiliran, Terengganu

e)

Johor

SK Ledang, Tangkak, Johor


SK. Kg. Maju Jaya

f)

Negeri Sembilan

SK Tunku Besar, Tampin.


SK Kelana Makmur, Seremban.

g)

Melaka

SK Bukit Lintang, Melaka


SK. Air Molek, Melaka

h)

Pulau Pinang

SK Kg. To Bedor
SK. Keledang Jaya

i)

Selangor

SK Bukit Cerakah, Selangor


SK. Tasik Puteri Rawang.

12

j)

Sabah

SK Tawau II, Sabah


SK. Sungai Anid 2, Sandakan

k)

Sarawak

SK Laksamana, Kucing, Sarawak


SK. Bandaran Sibu No.2, Sibu

l)

Perak

SK Bukit Kepayang, Perak


SK. Sultan Yusof, Perak.

m)

Kelantan

SK Tanah Merah, Kelantan


SK Kampong Bedal, K. Krai

n)

W. P. Kuala Lumpur

SK Taman Tun Ismail 2,


Kuala Lumpur
SK Taman Maluri, Kuala Lumpur.

o)

W.P. Labuan

SK Pekan 1

8.5.2. Rasional pemilihan sekolah-sekolah


a)

Sekolah-sekolah mempunyai guru khas disleksia.

b)

Kedudukan sekolah dari segi sosio-ekonomi dan latar


belakang pelajar.

c)

Ada di antara sekolah boleh disalur peruntukan.

d)

Sekolah-sekolah dijangka mempunyai murid disleksia.

e)

Keadaan fizikal dan kemudahan sekolah.

f)

Kepimpinan Guru Besar, kebolehan dan dedikasi guru


disleksia.

Tertakluk kepada cadangan Ketua Unit JPN.

13

8.6.

Peralatan dan kemudahan


Peralatan dan kemudahan asas yang diperlukan untuk sebuah
kelas atau bilik resos dalam program rintis.

Bil

Bil
Perkara

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

8.7.

Kerusi murid
Meja murid
Kerusi guru
Meja guru
Papan Hitam
Almari
Rak-Rak Buku

8
8
1
1
1
1
2

Instrumen Senarai Semak Disleksia


(a)

ILUSTRASI ISD

14

PENCALONA
N

ISD
GURU BAHASA
MELAYU

RUMUSAN
GURU
DISLEKSIA

P&P
KELAS
BIASA

GURU BESAR

IBU BAPA

PENGAMAL
PERUBATAN

PROGRAM
DISLEKSIA

b) Carta Ilustrasi (b)

IBU BAPA

15

GURU
BESAR

ISD
GURU
BAHASA
MELAY
U

RUMUSAN
GURU
DISLEKSIA

P&P
KELAS
BIASA

PENGAMAL
PERUBATAN

PROGRAM
DISLEKSIA

8.8.

Perjawatan Guru dan Nisbah Murid

16

Jawatan ini sama dengan perjawatan guru khas disleksia di


sekolah intergrasi dengan nisbah 1 guru : 5 8 orang pelajar dan
mengikut nisbah guru.

Surat Pekeliling Peruntukan guru khas disleksia.

17

Jabatan Pendidikan Khas


Kementerian Pendidikan Malaysia
Paras 3, Blok G Selatan
Pusat Bandar Damansara
50604 Kuala Lumpur
_____________________________________________________
Ruj.Kami: JPK/BPS/
Tarikh
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.B./Datuk/Tuan,

Guru Khas Disleksia

Seperti mana Y.B. Datuk/Tuan sedia maklum, jawatan guru khas disleksia akan
diwujudkan bagi tahun 2004.
1.

Tugas guru khas disleksia di sekolah ialah mengendalikan program P&P


spesifik disleksia bagi murid-murid yang mengalami masalah spesifik
disleksia. Program khusus ini merupakan satu usaha untuk membantu
murid-murid yang mempunyai masalah spesifik disleksia yang melibatkan
masalah kesukaran membaca, mengeja dan menulis.

2.

Bersama-sama ini disertakan Lampiran A mengenai tugas dan jadual


waktu guru khas disleksia untuk diedarkan kepada semua Guru Besar
sekolah rendah di mana ada guru khas disleksia.

18

Sekian.
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

Dtt
(MOHD NORDIN BIN AWANG NGAH)
Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pekeliling Membuka kelas Khas Disleksia


Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia
_______________________________________________________________

19

Ruj.Kami:
Tarikh:
Semua Pengarah Pendidikan Negeri
Y.B./Datuk/Tuan,

Kelas Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia

Berhubung dengan perkara tersebut di atas, adalah dimaklumkan bahawa


semua rendah di negeri Y.B./Datuk/Tuan yang mempunyai guru khas disleksia
adalah dikehendaki melakasanakan program bermasalah pembelajaran spesifik
disleksia di sekolah masing-masing.

2.

Y.B./Datuk/Tuan adalah diminta memberi kerjasama untuk mempastikan

yang guru-guru terlatih khas dalam bidang disleksia diberi keutamaan oleh pihak
sekolah untuk mengendalikan program bermasalah pembelajaran disleksia.
Guru-guru Besar dikehendaki memberi kerjasama dan sokongan sepenuhnya
terhadap pelakasanaan program ini demi kepentingan murid-murid disleksia.
Juga, sebagai tindak ikut, penyeliaan rapi dari pihak Y.B./Datuk/Tuan adalah
perlu untuk menjamin kelancaran program ini.

3.

Unit Pendidikan Khas diperingkat Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat

Pendidikan Daerah hendaklah bertanggung jawab terhadap penyeliaan dan


pengawasan program disleksia di sekolah-sekolah rendah seperti mana

20

diamalkan oleh sesetengah negeri. Ini adalah kerana program disleksia


digabung jalinkan dengan kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah.

4.

Bersama-sama ini dikembarkan 2 Lampiran. Lampiran 1 menunjukkan

bilangan jawatan guru disleksia yang diperuntukkan bagi tiap-tiap negeri untuk
makluman dan tindakan Y.B./Datuk/Tuan. Lampiran 2 ialah mengenai tugas guru
khas disleksia untuk diedarkan kepada semua sekolah rendah di negeri
Y.B./Datuk/Tuan yang mempunyai guru tersebut.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

(MOHD NORDIN BIN AWANG NGAH)


Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Khas

Peruntukan Perjawatan Guru Khas Disleksia

JABATAN PENDIDIKAN KHAS


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PUSAT BANDAR DAMANSARA
KUALA LUMPUR.

21

________________________________________________________________
Ruj.Kami:
Tarikh:
Pengarah Pendidikan Negeri
Y.Bhg./Datuk/Tuan/Puan,

Guru Disleksia Dan Penubuhan Kelas Bermasalah Pembelajaran Spesifik


Disleksia Di Sekolah-Sekolah Rendah

Berhubung dengan perkara tersebut di atas, sukacitanya dimaklumkan bahawa


Kementerian Pendidikan Malaysia telah meluluskan jawatan guru khas disleksia
untuk semua negeri. Jawatan ini sama dengan perjawatan guru khas di sekolah
intergrasi dengan nisbah 1 guru : 5 8 orang pelajar dan mengikut nisbah guru
1:5. Jawatan ini adalah untuk sekolah-sekolah rendah dan menengah biasa.

2.

Y.Bhg.Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta memastikan bahawa semua

jawatan tersebut diisi. Sekolah-sekolah di mana ada guru-guru yang telah


mengikuti kursus disleksia mesti menubuhkan kelas khas bermasalah
pembelajaran spesifik disleksia.

3.

Y.Bhg.Dato/Datuk/Tuan/Puan adalah diminta memberi perhatian kepada

perkara-perkara berikut:
3.1.

Hanya seorang sahaja guru disleksia dilantik.

22

3.2.

Keutamaan hendaklah diberi kepada guru yang telah mengikuti


kursus sekurang-kurangnya 14 minggu.

3.3.

Guru khas disleksia hendaklah ditugaskan melaksanakan program


bermasalah pembelajaran disleksia sepenuh masa.

3.4.

Guru Besar terlibat dan semua guru dikehendaki memberi


sokongan dan kerjasama sepenuhnya bagi menjayakan kelas khas
bermasalah pembelajaran disleksia.

4.

Adalah amat penting Guru_Guru Besar betul-betul memahami akan tugas

dan peranan guru khas disleksia dan memberi perhatian yang kursus terhadap
perkembangan dan kemajuan program khas bermasalah pembelajaran disleksia
di sekolah masing-masing. Oleh hal yang demikian penyeliaan yang rapi perlu
dijalankan oleh pihak Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan
Daerah untuk memastikan program khas bermasalah pembelajaran spesifik
disleksia dilaksanakan dengan teratur dan sempurna demi kepentingan muridmurid disleksia yang mengalami masalah pembelajaran.

7.

Kerjasama Y.Bhg./Dato/Datuk/Tuan/Puan untuk menjayakan kelas khas

bermasalah pembelajaran spesifik sangat dihargai.

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

23

(MOHD NORDIN BIN AWANG NGAH)


Timbalan Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Khas
Kementerian Pendidikan Malaysia.

Penempatan Pelajar Oleh Pejabat Pendidikan Daerah/Jabatan Pendidikan


Negeri/ Jabatan Pendidikan Khas.

Jabatan Pendidikan Negeri..


Alamat:
Tel:
Fax

24

Ruj.Kami:
Tarikh:

Nama Ibu Bapa/Penjaga:


Alamat: ..
.

Tuan/Puan,

Penempatan Murid ke Program Masalah Pembelajaran Spesifik Disleksia

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.

Sukacita dimaklumkan bahawa murid (Nama..) No. Sijil Lahir

() ditempatkan di sekolah (Nama Sekolah.).

3.

Adalah diharapkan Ibu bapa/Penjaga dapat menghantar anak tuan/puan

bersekolah di sekolah tersebut di atas. Sila bawa bersama-sama dokumen


berikut:
Salinan Sijil Lahir
Surat Penempatan
Salinan Kad Pengenalan ibu bapa/Penjaga

25

Sekian, terima kasih.


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

Nama:
Pengarah Pendidikan Negeri
s.k.

1.

Pegawai Pendidikan Daerah ..

2. Guru Besar, Sekolah , Alamat:.

Permohonan Ibu Bapa/Penjaga ke Program Bermasalah Pembelajaran


Spesifik Disleksia.

Nama: (Ibu bapa/Penjaga)


Alamat:
No. Tel:
______________________________________________________________

26

Tarikh:

Pengarah Pendidikan Negeri


Alamat:

Tuan/Puan,
Permohonan Memasuki Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik
Disleksia
Saya memohon untuk menempatkan anak saya : (Nama:.) No. Sijil
Lahir : . Ke Program Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia.

2.

Bersama-sama ini disertakan dokumen berikut:


2 salinan sijil lahir kanak-kanak
2 salinan kad Pengenalan Ibu Bapa/Penjaga
ISD dan Surat Akuan Doktor

3.

Di harap tuan dapat memberi pertimbangan.

Sekian, terima kasih.


Yang benar

(Nama:.)

27

10.

Carta Aliran Pelaksanaan.

Permohonan ke Program
Disleksia

Pencalonan
Daripada
Ibu Bapa
Pengoperasia
n
Instrumen
ISD

Pencalonan
Daripada
Guru
Bahasa
Melayu

28

Penempata
n
Pelajar

Pelaksanaan Program Disleksia

11.

Pemantauan
Kesalahan yang dilakukan dikira.
Tiap-tiap bahagian mempunyai jumlah skor kesalahan.
Membuat catatan rumusan.

29

10.1. Spesifikasi pemantauan

10.2.

a)

Spesifikasi pemantauan berbentuk senarai semak

b)

Catatan bertulis.

Item-item dalam pemantauan.


a)

menilai keberkesanan pengoperasian ISD.

b)

menilai keberkesanan instrumen-instrumen ujian.

c)

Menilai keberkesanan program pemulihan disleksia.

d)

Menilai kesesuaian kurikulum sedia ada dengan


murid disleksia.

e)

Menilai pedagogi yang digunakan dalam P & P.

f)

Menilai tahap pencapaian murid disleksia.

g)

Mendapat maklumat tentang peralatan-peralatan


yang diperlukan.

10.3.

pegawai-pegawai terlibat.
a)

Pegawai-Pegawai dari Jabatan Pendidikan Khas

b)

Pegawai-Pegawai dari JPN

c)

Pegawai-Pegawai dari Pejabat Pendidikan Daerah

d)

Guru Besar-Guru Besar.

e)

Guru-Guru

30

10.4. laporan-laporan.
a)

Laporan keseluruhan setiap kali pemantauan dibuat


oleh seseorang pegawai.

31

Anda mungkin juga menyukai