Anda di halaman 1dari 1

SOALAN PROTOKOL :

PANDUAN:

1. Soalan-soalan temubual ini direka bentuk mengikut metode temu bual semistruktur
berdasarkan teoritikal kajian dan secara snowball iaitu makluman informan lepas.Oleh yang
demikian, soalan-solan kajian mungkin berubah atau ditambah bergantung kepada maklum
balas informan yang ditemubual.
2. Data yang diperolehi untuk kajian adalah sulit segala kerahsiaan informan akan dilindungi
sebaiknya.segala maklumat yang diterbitkan dalam bahan ilmiah akan menggunakan proksi
yang sesuai.
3. Soalan-soalan ini direka bentuk secara umum bertujuan memberi ruang penjelasan jawapan
yang mendalam daripada informan.

SOALAN PROTOKOL SOALAN YANG DITANYA


Kefahaman Genogram 1. Sejauh manakah kefahaman anda mengenai genogram ?
2. Adakah genogram membantu dalam proses kaunseling?
Aplikasi Genogram 1. Boleh ceritakan berdasarkan pengalaman anda, bagaimanakah
mengendalikan genogram dalam sesi kaunseling?
2. Lazimnya pada tahap mana genogram ini dijalankan?
3. Sejauh manakah anda menguasai genogram dalam
mengendalikan sesi kaunseling?
4. Bagaimanakah jenis klien yang dipilih untuk menjalankan sesi
kaunseling menggunakan genogram?
Pengaruh dan 1. Pada pendapat anda sebagai praktis kaunselor, adakah
keberkesanan penggunaan genogram ini memberikan pengaruh dalam sesi?
penggunaan genogram 2. Berdasarkan pemerhatian anda terhadap klien, bagaimanakah
dalam sesi kaunseling penggunaan genogram ini dapat memberikan kesan kepada isu
permasalahan klien ?
3. Sekiranya genogram ini kurang berkesan dalam menjalankan
sesi kaunseling keluarga, apakah penambahbaikan terhadap isu
tersebut?

Anda mungkin juga menyukai