Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN TAHUNAN PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN 2018

1. PENDAHULUAN

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan ditubuhkan bertujuan melahirkan murid-murid yang


seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah selari dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Pendidikan Jasmani sekolah rendah juga bertujuan membina murid
menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan
mengamalkan nilai-nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.
Pendidikan Kesihatan pula merupakan proses membekalkan atau menggunakan pengalaman
bagi mempengaruhi secara mendalam kefahaman, sikap dan amalan berhubung dengan
kesihatan individu, keluarga dan komuniti.

2. OBJEKTIF

1. Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran


aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. pembelajaran dilakukan dengan mengutamakan tiga
perkara utama. Kognitif Mengetahui dan memahami akan aspek kecergasan dan boleh
diamalkan dalam kehidupan seharian.

2. Pendidikan Kesihatan bertujuan membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan,


memupuk sikap positif terhadap kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.

3. SENARAI AHLI PANITIA

Ketua Panitia : En Afandi bin Mohamed

Setiausaha : Cik Safiah Atikhah bt Alang Ahmed

Ahli Panitia : Pn Nurul Amira bt Johari


Pn Nor Amirah bt Mohd Rupiah
En Rosli bin Hassan
En Muhammad Hafiz bin Ismail
En Thanabalan a/l Shanmugam
En Muhammad Hassan Basri bin Abd Aziz
4. MESYUARAT PANITIA

Sepanjang tahun 2018, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah mengadakan
mesyuarat sebanyak dua kali bagi membincangkan perjalananan program yang akan
dilaksanakan oleh panitia. Mesyuarat kali pertama telah diadakan pada 16 Januari 2018
manakala mesyuarat kali kedua adalah pada 02 Mei 2018. Antara perkara yang telah
dibincangkan semasa mesyuarat adalah mengenai perancangan aktiviti Minggu Panitia,
aktiviti Jom Fit, Ujian SEGAK, penggubal soalan PPT dan PAT dan pengisian data dalam
PAJSK.

5. MINGGU PANITIA PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

 Minggu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan pada kali ini dijalankan seperti yang
ditetapkan dalam takwim sekolah iaitu pada 23 hingga 27 Julai 2018. Semua aktiviti
dijalankan semasa sesi pdpc bersama guru-guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Aktiviti yang dijalankan adalah seperti berikut :

Tahun 1 : Kuiz Kesihatan

Tahun 2 : Kuiz Kesihatan

Tahun 3 : Kuiz Kesihatan

Tahun 4 : Futsal dan bola baling

Tahun 5 : Futsal dan bola jaring

Tahun 6 : Futsal dan bola mini hoki

6. AKTIVITI JOM FIT

Aktiviti Jom Fit telah dijalankan bermula minggu keempat persekolahan. Program ini
dilakukan selama 15 minit setiap hari Rabu sebelum bermulanya aktiviti Kokurikulum.
Antara aktiviti yang dilakukan adalah seperti senamrobik dan Zumba. Aktiviti ini diketuai
oleh guru-guru Pendidikan Jasmani secara bergilir-gilir.
7. PENUTUP

Secara keseluruhannya, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan sentiasa memandang


serius mengenai perkembangan dan peningkatan murid dalam pelbagai aspek. Kerjasama
daripada semua guru dan pentadbir sekolah Kebangsaan Seri Setia membolehkan segala
urusan dan program dapat dijalankan dengan jayanya. Diharapkan kerjasama seperti ini akan
dipertingkatkan pada tahun hadapan demi melahirkan insan yang seimbang dari segi
akademik mahupun kokurikulum.

Disediakan oleh,

……………………………..
( AFANDI BIN MOHAMED )
(Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan 2018)
SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SETIA
JALAN KUCHAI LAMA, 58200
KUALA LUMPUR

LAPORAN TAHUNAN

PANITIA PENDIDIKAN JASMANI


DAN KESIHATAN

2018

Anda mungkin juga menyukai