Anda di halaman 1dari 12

Sejarah dan Asal Usul Bola Jaring

Permainan bola jaring merupakan sukan yang dimainkan di kalangan wanita. Perkembangan
dan pembangunannya yang pesat telah meletakkannya sebagai salah satu sukan bertaraf
antarabangsa yang diminati khasnya di negara-negara Komanwel. Permainan bola jaring yang
seakan-akan menyamai bola keranjang, mula dipopularkan oleh orang Amerika. Sejak tahun 1897,
permainan tersebut mengalami banyak perubahan. Perubahan-perubahan ini dilakukan untuk
menyesuaikan peraturan permainan serta peralatan yang digunakan oleh para pemain, yang rata-
ratanya adalah kaum wanita.

Pada tahun 1901, sebuah buku rasmi tentang peraturan permainan bola jaring telah diterbitkan
di England. Peraturan ini dibuat bagi membezakan permainan ini dengan bola keranjang. Skor atau
mata dikira setiap kali jaringan dibuat. Gol ditukar kepada jaring dan saiz bola dikecilkan sebesar
bola sepak. Permainan ini kemudian dipopularkan oleh negara-negara Tanah Jajahan British.
 .        
Sambungan……..

  Pertandingan bola jaring di peringkat antarabangsa pertama kali diadakan pada tahun 1949.
Pada tahun 1960, Persatuan Bola jaring Antarabangsa telah ditubuhkan. Serentak dengan itu,
undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan permainan bola jaring dibuat dengan lebih
terperinci. Pada peringkat awal, permainan bola jaring diperkenalkan di Malaysia oleh guru-guru
Inggeris kepada anak-anak tempatan.
 .        
             Pada asalnya, bola jaring telah diperkenalkan di Tanah Melayu oleh mubaligh-mubaligh
Kristian dari England kepada pelajar-pelajar sekolah rendah Inggeris di negeri-negeri Selat pada
zaman pemerintahan British. Pada lewat 1960an, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia
(MSSM) ditubuhkan dan di bawah kepimpinan Pengerusi Teknik Puan Teh Gin Sooi, bola jaring
mula berkembang dengan meluas. Dari 1970an hingga lewat 1980an, bola jaring di Malaysia telah
dimainkan di kalangan pelajar wanita di sekolah, kolej, universiti serta jabatan kerajaan dan
kelab.      
Kemahiran dan Hantaran
dalam Bola Jaring
1. Hantaran dada 2. Hantaran bahu

Menghantar 3. lob
Gerak Kaki
Bola
4. Hantaran
Lantun
5. Hantaran
sisi
Kemahiran Menjaring
Bola Jaring gol

Kemahiran
Pasukan Menerima
Gol
Alat dan Peralatan
Bola Jaring

bola bibs

Tiang kasut Gelangang


dan kedudukan
jaring

Anda mungkin juga menyukai