Anda di halaman 1dari 6

Isnin 23-08-2021

Kata Kerja

1. Menuntun basikal
Berjalan sambil membawa basikal

2. Menatang dulang
Membawa dulang yang berisi air minuman atau
makanan

3. Mengandar bakul
Membawa barang menggunakan kedua-dua bahu.

4. Mendukung anak
Mengangkat anak dan duduk di bahagian pinggan

5. Mengangkat kotak
Mengangkat sesuatu barang

6. Menggalas beg sekolah


Memakai menggunakan kedua-dua bahu.

7. Memikul guni
Membawa sesuatu di atas bahu.

8. Mengepit fail
Membawa sesuatu di bawah ketiak.

9. Menjunjung bakul
Membawa sesuatu di atas kepala.

10. Menjinjing beg plastik


Membawa sesuatu dengan tangan dan terhulur ke
bawah.

11. Membimbit beg plastik


Membawa sesuatu dengan tangan dan terhulur ke
atas

12. Memimpin tangan


Memegang tangan dan membawa
berjalan menuju ke sesuatu tempat

13. Menyandang beg


Membawa beg di belakang badan.

14. Mendayung sampan


Menggerakkan perahu menggunakan
dayung

15. Menunggang basikal


Menaiki dan duduk secara
mengangkang di atas basikal,kuda,
motosikal.

Ahad 29-8-2021
Bina ayat

Adam menuntun basikal kerana


rantai basikalnya sudah terputus.
Puan Haniza menatang dulang yang
berisi jus oren untuk diberikan kepada
tetamu di majlis hari jadi.

Pak Mazlan mengandar dua bakul


sayur- sayuran untuk dijual di pasar
tani.

Seorang ibu mendukung anaknya untuk


ditidurkan di dalam buaian.

Encik Fazran cuba mengangkat kotak


yang berat itu untuk dialihkan ke
tempat lain.

Pravin menggalas beg sekolahnya


sambil menunggang basikal ke sekolah.
Pak Lee memikul setandan pisang
untuk dibawa ke rumahnya.

Cikgu Ranjit mengepit fail sambil menunggu


bas di perhentian bas.

Mak Cik Liana menjunjung sebungkus beras


sambil berjalan ke rumahnya.

Puan Feng Lee menjinjing sebuah beg plastik


yang mengandungi ikan segar yang
baru dibeli dari pasar pagi.

Encik Michael membimbit sebuah beg kulit


komputer riba ke pejabatnya.
Feng Chong memimpin tangan neneknya untuk
membantu melintas jalan raya dengan berhati-hati.

Cik Jacklin menyandang


sebuah beg yang berjenama
‘Cotton:On’ ke pejabatnya.

Fernandaz dan Ruby


sedang mendayung sampan di Tasik
Titiwangsa.

Encik Arif menunggang motosikal ke


pasar raya yang berhampiran dengan
rumahnya.

Anda mungkin juga menyukai