Anda di halaman 1dari 3

Aku Sebuah Kereta Proton

Aku sebuah kereta. Namaku Saga. Aku dilahirkan di kilang Proton di Shah Alam. Tubuh
badanku direka khas untuk memenuhi cita rasa pengguna di Malaysia. Setelah siap
diproses menjadi sebuah kereta, aku dan rakan-rakan telah ditempatkan di bilik pameran
kereta.
Sempena pelancaran kereta baru ini, aku dan rakan-rakan telah mendapat sambutan
hangat daripada para pengunjung. Mereka memandu ujiku dan rakan-rakan. Para pengunjung
yang datang ke majlis pelancaran kereta itu sangat berpuas hati dengan kehebatan kami.
Aku dan rakan-rakan umpama pisang goreng kerana kami telah habis ditempah oleh
para pembeli. Seorang guru sekolah bernama Ali telah menjadi tuan aku. Aku berjanji memberi
perkhidmatan yang terbaik buat tuanku.
Setiap pagi,akan membawa Ali ke sekolahnya. Dia sangat bangga dengan reka bentuk
aku. Rakan-rakan juga sering memujiku. Selain ke sekolah, aku juga membawa isterinya ke
pejabat di Putrajaya.
Aku selalu dicuci dan dibersihkan pada hujung minggu. Selepas dikilatkan, aku
menjadi seperti baru semula. Ini membuat aku semakin lama semakin disayangi oleh tuanku.
Pada suatu hari,tuanku telah terlewat bangun. Dia tergesa-gesa pergi ke sekolah. Dia
memanduku dengan laju sekali. Malang tidak berbau aku telah terbabit dalam kemalangan
ngeri dengan sebuah lori. Aku rosak teruk dan tuanku meninggal dunia. Aku bukan sahaja sedih
akan diriku tetapi meratapi akan nasib tuanku.

Karangan Jenis Autobiografi

1. Karangan jenis ini biasanya memerlukan kamu membayangkan diri anda sebagai
sesuatu benda secara terperinci.
2. Ada yang mengisahkan riwayat hidup penulis sendiri dari awal hingga akhir.
3. boleh ditulis dalam bentuk cerita atau penerangan / rencana
4. Aturan membina karangan
tempat asal - nama - dilahirkan di mana
- proses pembuatan - dibungkus perjalanan dari kilang hingga ke tempat pameran
- di mana dipamerkan - bertukar milik
proses penggunaan dengan tuan baru - akhir hayat
perasaan - sedih atau gembira
5. boleh gunakan dialog untuk bercakap sesama rakan , bukan dengan manusia.
6. paparkan nilai-nilai murni

Aku sebuah Jam

Aku sebuah jam. Mataku cuma bilah tajam penunjuk angka. Aku terpaksa melakukan
pekerjaan ini dengan niat yang jujur dan hati yang ikhlas. Segala kesilapanku akan
mendatangkan padah nasibku. Aku tetap ingin hidup sampai bila-bila, sampai melebihi usia
dunia dan kehendak manusia. Aku hanya terpaksa memberanikan diri untuk hidup mendiamkan
diri apabila manusia sudah lupa mengunci nyawa dan hatiku.
Sarafku terikat pada denyut nadi yang tersimpan di celah kuasa bateri dan elektrik.aku
lebih senang hidup begini, menjadi penunjuk kepada manusia daripada mengikut telunjuk
manusia. Aku boleh disembunyikan tetapi aku tidak dapat menyembunyikan dunia ini dengan
nyanyian tik tok, tik tok, tik tok.
Disiplin sentiasa mengajar aku berjalan dengan tertib, teratur, tepat dan sempurna.
Sebagai makhluk kehidupan, keinginanku menjadi setia, menjadi teman kepada penghuni
dunia. Meskipun kesilapanku cuma waktu yang terlanjur dan tidak tepat. Aku tetap aku yang
tidak jemu-jemu memuntahkan denyut waktu di bumi ini.
Dunia semakin sesak. Aku diberi kepercayaan sepenuhnya oleh manusia. Namun,
manusia yang susah benci akan kehidupan membentuk waktu yang membazir.

.
Aku Sebuah Layang-layang
Layang layang adalah sejenis permainan tradisional yang digemari oleh kanak-kanak
dan orang dewasa. Biasanya layang-layang dimainkan semasa angin bertiup.
Aku ialah sebuah layang-layang diperbuat buluh dan kertas warna. Aku dimiliki oleh
seorang budak yang bernama Beng Kong.
Pada suatu hari, angin bertiup agak kencang. Aku dibawa ke padang dan dinaikkan ke
udara. Aku berasa sangat seronok kerana dapat terbang tinggi seperti burung sambil menikmati
permandangan yang indah. Beng Kong berasa sangat bangga dengan aku.
Tiba-tiba angin bertiup terlalu kencang. Aku berasa sungguh takut dan cemas kerana
aku terbang tidak tentu arah. Dengan tidak disangka-sangka, tali yang mengikatku terputus. Aku
terus terbang melayang tidak tentu arah. Beng Kong tidak dapat berbuat apa-apa kecuali
menjerit kesedihan.
Setelah lama melayang-layang, akhirnya aku tersangkut pada sebatang pokok yang
sangat tinggi. Aku tidak dapat turun. Aku terpisah dengan tuan aku. Aku terbiar di situ sehingga
kini. Badanku telah rosak dan koyak-rabak. Aku amat sedih dengan keadaan diriku.

Anda mungkin juga menyukai