Anda di halaman 1dari 4

Latihan KATA GANTI NAMA

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk melengkapkan ayat-ayat di bawah. 

1. “Silalah datang ke rumah ……………..malam ini,” kata Subashini kepada


Malina.

 
A. kami
B. saya
C. kalian
D. kita

2. “…………….semua mesti datang ke sekolah sebelum pukul 8.00 pagi,” 


kata Cikgu Hashim.

 
A. Engkau
B. Awak
C. Mereka
D. Kamu

3. “Saya menjemput…………………ke rumah kerana majlis pertunangan adik


saya,” kata Munirah kepada semua rakan sepejabatnya.

 
A. dia
B. kita
C. kalian
D. mereka

4. Raja Muda itu sangat bijak kerana……………..rajin  membaca.


A. dia
B. beliau
C. beta
D. baginda

5. …………….…. telah berjaya mengalahkan pasukan sepak takraw dari


negeri Kedah.

 
A. Mereka
B. Kamu
C. Dia 
D. Beliau
6. “…………..suka makan mi rebus……..…..pula suka makan apa?” tanya
Farah kepada Zaidah.
A. Saya…….kita   
B. Saya….kamu
C. Kamu …..saya
D. Aku ….dia

7. Pengurus pasukan bola tampar akan menyingkirkan ……………pemainnya


yang culas berlatih.
A. siapa-siapa         
B. mana-mana
C. bila-bila                  
D. apa-apa

8. “Kalau sudi, jemputlah singgah ke teratak buruk ……………,” kata Tun


Mamat kepada Bendahara Tun Perak.
A. saya
B. kita
C. hamba
D. patik

9. “Saya terjumpa akan wang …..…………di ………………,” kata Ranjesh


sambil menunjukkan arah Jalan Satu.
A. itu … sini
B. ini … itu
C. ini … sini
D. ini … situ

10. “Kain sari ini bukan milik …………..tetapi milik ……………,” kata Sonia
kepada Kajol sambil memegang kain sari kepunyaan Pooja.
A. ku  … nya
B. nya …kau
C. ku   …mu
D. mu …ku

11. Para penonton kagum melihat persembahan……………….  bermain


dengan senjata tajam.

 
A. dia
B. nya
C. kau
D. ia

 
12. Tuan Haji Husnan dihormati kerana…………………pemimpin yang jujur.
A. ia
B. beliau
C. nya
D. mereka

13. Yusuf telah menghabiskan kesemua kek itu kerana ……………sangat


lapar.
A. nya
B. saya
C. dia
D. kita

14. …………..…..yang tahu bahawa makanan ini telah tercemar pasti tidak
mahu memakannya.

 
A. Apa-apa
B. Bila-bila
C. Sesiapa
D. Mana-mana

 
15. Hubungilah pihak sekolah jika ada …………………… pertanyaan.
A. mana-mana
B. apa-apa
C. siapa-siapa
D. bila-bila

Anda mungkin juga menyukai