1. PENDAHULUAN
Kejohanan Olahraga sekolah adalah satu aktiviti kokurikulum yang kerap diadakan di sekolah-sekolah di
seluruh Negara. Oleh yang demikian Unit Sukan SK Benut berusaha untuk membentuk Kontingen Olahraga
Sekolah bagi menghadapi persaingan Kejohanan Olahraga Zon Benut yang akan di adakan pada 23 dan 24
Februari 2005
Selaras dengan kejohanan olahraga tahunan yang turut diadakan dapatlah Unit Sukan sekolah memilih dan
menapis peserta yang berkebolehan dalam acara-acara sukan yang dipertandingkan di peringkat zon Benut.
Diharapkan juga dengan adanya program yang dirancang khas ini dapat melahirkan murid-murid yang cergas,
cerdas dari segi mental dan fizikal, berkeyakinan diri, berketrampilan serta mempunyai semangat untuk berjaya
dalam Kejohanan Olahraga Zon Benut
2. TEMPOH PROGRAM
Program Kejohanan Olahraga ini dijalankan mulai dari latihan hingga hari kejohanan selama 1 minggu
iaitu pada 18 Februari hingga 24 Februari 2005.
3. MATLAMAT
3.1 Membentuk semangat juang yang tinggi di kalangan murid SK Benut
3.2 Melahirkan murid-murid yang cergas dan cerdas mental dan fizikal.
3.3 Melahirkan murid-murid yang berkeyakinan diri yang tinggi dan mempunyai daya saing yang mantap.
3.4 Melahirkan murid-murid yang mempunyai daya kepimpinan yang baik
3.5 Melahirkan murid-murid yang mempunyai sikap positif dalam segala bidang yang diceburi
4. OBJEKTIF
4.1 Membentuk semangat kesukanan dan mencungkil bakat murid dalam bidang sukan
4.2 Melahirkan murid yang cerdas dan cergas mental dan fizikal
4.3 Memupuk sikap kepada persekitaran gaya hidup sihat untuk diri dan keluarga
4.4 Memupuk semangat kekitaan murid semasa mengambil bahagian dalam pertandingan sukan
4.5 Mempamerkan semangat kental dalam segala kegiatan yang disertai
4.6 Menanamkan sifat tabah dan menerima hakikat apabila berlaku sesuatu kekecewaan dalam sesuatu
pertandingan
5. SASARAN
Peserta-peserta Kejohanan Olahraga Zon Benut Lelaki dan perempuan dalam kategori bawah 12 tahun dan 10
tahun seramai 50 orang peserta. Peserta yang mendapat tempat pertama dan ke-dua dalam setiap acara.
6. PELAKSANAAN PROGRAM
6.1 Perlantikan guru-guru olahraga sekolah oleh pihak pentadbir
6.2 Membuat kertas kerja Pembentukan Kontingen Olahraga Sekolah
6.3 Mesyuarat jurulatih-jurulatih olahraga sekolah
6.4 Membuat manual latihan olahraga
6.5 Latihan pusat
6.6 Mendapatkan kebenaran penjaga peserta olahraga
6.7 Kejohanan Olahraga Zon Benut
7. JAWATANKUASA INDUK KEJOHANAN OLAHRAGA
8. JADUAL TUGASAN
Ketua Kontingen
En. Baidari Bin Yaacob
GPK Kokurikulum
Pengurus Pasukan
En. Taher Bin Salamat
S/U Sukan
Ketua Jurulatih
En. Haslizam Bin Misran
Pen. S/U sukan
Jurulatih Balingan
Tn. Hj.Mohammad Sufian Bin Bedu
Jurulatih Lompatan
En. Norizam Bin Rahmat
Jurulatih Balapan
En. Mohd Diah Bin Bohani
Pn. Senang Bt Abdullah
Pn.Zainora Bt Abd.Latif
9.1 Latihan dijalankan bermula pada 18 Februari 2005 sehingga 22 Februari 2005, jam 8.00 pagi hingga
10.00 pagi
9.1 Manual latihan adalah seperti di bawah.
13. PENUTUP
Kejohanan Olahraga Zon Benut merupakan lanjutan daripada kejohanan olahraga sekolah dan ini
merupakan aktiviti sukan yang wajib dalam kegiatan kokurikulum Jabatan Pelajaran Johor, Daerah Pontian dan
Zon Benut. Justeru itu program ini memerlukan sokongan dan bantuan serta memerlukan persiapan yang rapi
daripada semua pihak. Pentadbir, Unit Sukan dan jurulatih-jurulatih olahraga yang menjadi pembimbing adalah
terdiri daripada mereka yang berpengalaman dan mengetahui serba sedikit mengenai pengurusan sukan. Murid-
murid yang menyertai kejohanan ini juga haruslah sihat tubuh badan.
…………………………… ……………………………….
(HASLIZAM BIN MISRAN) GURU BESAR
Ketua Jurulatih Olahraga SK.Benut,Pontian
SK Benut