Anda di halaman 1dari 5

Assalamualaikum w.b.

t dan salam sejahtera,

Dijemput semua tetamu mengambil tempat kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan Tn. Hj Azeman Bin Sailin dan En Montil b. Ab Hamid
dengan diiringi dif-dif kehormat masuk ke dalam dewan. Dipersilakan mengambil tempat.

Biji selasih boleh dimakan


Menjadi perisa sedap terperi
Selamat datang kami ucapkan
Semoga majlis tambah berseri

Pagi yang indah penuh ceria


Hari yang berbahagia penuh bermakna
Kami bawakan kepada anda Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena pertukaran Tn. Hj
Azeman Bin Sailin dan persaraan En Montil b. Ab Hamid

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t

Yang Berusaha Puan Norliza bt Hanafiah


Guru Besar Sk Sanglang

Yang Diraikan
Tn Hj Azeman b. Sailin dan En Montil b. Ab Hamid

Yang Berusaha En Sariman b Ali


Penolong Kanan Pentadbiran SK Sanglang

Yang Berusaha Tn Hj Amat Ujali b Lan


Penolong Kanan Hal-ehwal Murid Sk Sanglang

Yang Dihormati …………………………..


Yang Dipertua PIBG Sk Sanglang

Para rakan guru, staf sokongan sekolah serta murid-murid yang dikasihi sekalian

Selamat datang ke :
Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” sempena pertukaran yang diraikanTn hj Azeman bin
Sailin Penolong Kanan Kokurikulum dan persaraan En Montil b Ab Hamid Pembantu Operasi
Sekolah kebangsaan Sanglang.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan
kurniaNya maka kita dapat bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk meraikan Tn hj Azeman
bin Sailin dan En Montil b Ab Hamid dalam Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih”

Hadirin yang dimuliakan,

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita
menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al Fadil Ustaz Azhari b.
Gerto. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

*********** (Doa)
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Azhari
b. Gerto atas bacaan doa itu tadi.

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati.

Bagi memeriahkan lagi Majlis kita pada hari ini, marilah sama-sama kita saksikan persembahan
khas daripada murid-murid tahun 4, 5 dan 6 yang berjudul ……………..Dipersilakan.

**** persembahan

Semoga kita terhibur dengan persembahan……………… yang cukup istimewa sebentar tadi. Terima
kasih diucapkan

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian

Tak molek jika ada alu tiada lesungnya


Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya
Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara

Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian

Majlis menjemput Puan Norliza bt Hanafiah Guru besar Sk Sanglang untuk menyampaikan
ucapan. Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan.

………………………………………………………..

Terima kasih diucapkan kepada Puan Norliza bt Hanafiah atas ucapan sebentar tadi.

Para Hadirin yang kami muliakan,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan

Tinggi bukit gilang-gemilang,


Air di laut tenang-tenangan;
Budi sedikit tak akan hilang,
Tetap menjadi kenang-kenangan.

Hadirin yang di hormati sekelian,

Sekolah kita akan kehilangan seorang guru yang berwibawa dan berkaliber dalam
kerjayanya iaitu Tn Hj Azeman b. Sailin Guru Penolong Kanan Kokurikulum yang akan
bertukar ke Sekolah Kebangsaan………….. beberapa hari lagi. Untuk itu mari lah
bersama-sama kita mengenali beliau dari awal lagi. Beliau dilahirkan pada 15 oktober
1971 bertempat di Pontian Johor. Beliau telah berkahwin dengan isteri tercinta iaitu
Puan ZetiZalinda bt yahya pada 1998 dan telah dikurniakan 3 orang cahaya mata yang
comel.Beliau mula mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan Sungai Bunyi
kemudian melanjutkan pendidikan menengahnya di Sekolah menengah Dato Ali Haji
Ahmad pada tingkatan 1 hingga 3 dan Sekolah menengah kebangsaan Dato Penggawa
Barat pada tingkatan 4 hingga 6. Seterusnya beliau mula berkhidmat sebagai guru di
sekolah kebangsaan Kedaik Rompin Pahang pada tahun 1995 hingga 1999, setelah lima
tahun di sekolah tersebut kemudian beliau bertukar ke Sekolah Kebangsaan Sungai
Bunyi pada tahun 2000 hingga 2015. Perkhidmatan beliau di sekolah tersebut adalah
selama 15 tahun sebelum dapat bertukar ke sekolah Kebangsaan Sanglang pada awal
tahun 2016 ini.

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersila yang diraikan
Tn Hj Azeman b Sailin untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
……………………………………
Terima kasih di atas ucapan Tn Hj Azeman b Sailin sebentar tadi...

Buat pengetahuan hadirin semua,

Warga Sanglang juga bakal kehilangan seorang lagi staf sekolah iaitu En Montil b Ab
Hamid. Mari kita soroti perjalanan En Montil b. Ab Hamid ini, beliau dilahirkan pada 29
oktober 1958 bertempat Parit Terus Sanglang. Beliau mula mendapat pendidikan awal
di Sekolah Kebangsaan Sanglang dan menamatkan pengajiannya di Sekolah Menengah
Kebangsaan Benut.Beliau merupakan seorang staf sokongan sekolah yang telah
berkhidmat di sini bermula pada tahun 1979 hingga kini iaitu 2016. Bapa kepada 6
orang anak hasil perkongsian hidup bersama permaisuri hati tercinta Pn Ruzana bt Abd
Rahman ini sangat penyayang dan gigih berusaha. Banyak suka duka yang telah
dilaluinya selama 35 tahun sewaktu menabur keringat di bumi Sanglang ini Segala jasa
dan pengorbanan beliau hanya tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Kini sudah
sampailah detik waktunya beliau bersara dari sektor perkhidmatan awam. 

Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersila yang diraikan
En Montil b Ab Hamid untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.
……………………………………
Terima kasih di atas ucapan En Montil b Ab Hamid sebentar tadi...
Sudah teradat si anak lelaki
Mati berjuang, berundur jangan
Berani kami menjunjung adat
Bukan memberi kata dan puji
Hanya budi dalam ingatan
Buat kenangan sepanjang hayat

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian hadiah dan cenderamata sebagai tanda kenang-
kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaituTn Hj Azeman b Sailin dan En Montil b
Ab Hamid

Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya menjemput dan mempersilakan Puan Norliza bt
hanafiah mengiringi Yang Diraikan  Tn Hj Azeman b. Sailin untuk menerima cenderamata
kenang-kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Azeman b Sailin.

Kemudian majlis menjemput En Montil b Ab hamid ke pentas untuk menerima cenderama dari
pihak sekolah.

Terima kasih diucapkan kepada Encik Montil b Ab Hamid dan Pn Norliza bt hanafiah diatas
penyempurnaan pemberianan cenderamata sebentar tadi.

Umpama memanjat dah sampai ke puncak


Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Raut wajah damai dan tenang,


Tiada terkalam kasih dijunjung,
Jasa baktimu tetap dikenang,
Budi baikmu tetap disanjung.

Tuai padi antara masak


Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini.

Majlis  mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tn Hj Azeman b Sailin dan En
Montil b Ab Hamid kerana sudi untuk bersama kita pada hari yang penuh bermakna ini dan kami
semua mendoakan agar Yang Diraikan bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu dan hadirin yang sudi
meluangkan masa bersama-sama memeriahkan Majlis “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” ini.

Dikesempatan ini juga, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
kami mengacarakan Majlis ini.

Sebelum majlis jamuan makan dan bersurai, marilah bersama-sama guru-guru serta murid
bersalam salaman dan memberikan kata-kata akhir sebelum berpisah

Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu `Alaikum Wa


Rahmatullahi Wa Barakatuh

Anda mungkin juga menyukai