Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA BERBASIKAL PENGAKAP BANTU RAKYAT

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MACHAANG

Tajuk : PROGRAM BERBASIKAL PENGAKAP BANTU RAKYAT


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MACHANG
Dikemukakan oleh : PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA DAERAH MACHANG

1. LATAR BELAKANG
Program kayuhan ini adalah merupakan satu usaha untuk memperluaskan fungsi Persekutuan
Pengakap Daerah Machang sebagai institusi NGO dalam amalan bermasyarakat yang utama.
Tugas untuk mendekatkan anggota pengakap dengan masyarakat perlu dilakukan untuk
memastikan setiap anggota masyarakat sentiasa sedar akan wujudnya pasukan pengakap
didaerah Machang. Gabungan antara guru, pelajar sekolah dan para belia yang menjadi anggota
pengakap melalui acara berbasikal dirasakan akan menjadi pemangkin kepada ukhwah
masyarakat di daerah Machang khasnya dan di Kelantan amnya.

2. TUJUAN
Program ini adalah diharapkan dapat memberikan peluang kepada anggota masyarakat
terutamanya belia untuk turut serta dalam program anjuran Persekutuan Pengakap Malaysia
Daerah Machang. Disamping itu, ia juga bertujuan untuk menjadikan riadah berbasikal sebagai
salah satu aktiviti ibadah dalam menjaga kesihatan supaya setiap individu akan sentiasa sihat dan
segar. Masyarakat Machang juga diharapkan agar dapat memahami dan membezakan antara
aktiviti riadah yang dibenarkan oleh islam melalui aktiviti berbasikal tanpa melibatkan unsur
judi, membuka aurat dan sebagainya.

3. OBJEKTIF

1. Mengeratkan hubungan JK Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Machang dan para


belia di Machang
2. Menggalakkan aktiviti riadah sebagai satu ibadah seperti membersih kawasan kubur.
3. Menghargai setiap ciptaan dan kurniaan Allah SWT
4. Menghargai kesihatan diri dan alam sekitar.
4. STRATEGI PELAKSANAAN
Tarikh jangkaan ialah 08 Julai 2017 (Sabtu) bermula pukul 7.30 pagi. Para peserta akan
berkayuh bermula dari SMK Hamzah 1(4km), SMK Hamzah 2 (1.5 km), SK Bukit Tiu (1km)
secara serentak ke Pusat Transformasi Daerah Machang. Bermula dari Pusat Transformasi
Daerah Machang para peserta akan dilepaskan oleh Dato` Hj. Ahmad Jazlan ke Tanah
Perkuburan Kg. Bukit Tiu (0.3km)

5. SASARAN PESERTA
Sasaran utama aktiviti berkayuh basikal ini adalah terdiri daripada guru, pelajar sekolah dan
para belia yang menjadi anggota pengakap didaerah Machang.

6. TENTATIF PROGRAM

07.30 pagi Peserta berkumpul di SMK Hamzah 1(4km), SMK Hamzah 2 (1.5 km),
SK Bukit Tiu (1km)
07.45 pagi Peserta akan berkayuh ke Pusat Transformasi Daerah Machang
08.00 pagi Dijangka tiba di Pusat Transformasi Daerah Machang
08.15 pagi Sarapan pagi
09.15 pagi Peserta akan dilepaskan oleh Dato` Hj. Ahmad Jazlan ke
Tanah Perkuburan Kg. Bukit Tiu (0.3km)
09.30 pagi Membersihkan kawasan Tanah Perkuburan Kg. Bukit Tiu
11.00 pagi Berkayuh balik ke destinasi masing-masing
Bersurai

7. ANGGARAN PERBELANJAAN

1. T/Shirt AJK dan peserta 50 helai X RM 15.00 RM 750.00


2. Makanan dan minuman 50 bungkus X RM 5.00 RM 250.00
3. Cat dan Kelengkapan RM 350.00

JUMLAH __________________ RM 1350.00

8. JK PPMDM
BIL NAMA
1 CHE WAN AHMAD ZAMRI BIN CHE WAN MOHAMAD
2 MOHD ROBI BIN MOHAMAD NOR
3 MOHD SABRI BIN YUNUS
4 ROHANI BINTI IBRAHIM
5 RAHIM BIN HUSIN
6 ASMADIZALI BIN SAARI
7 ABDUL HADI BIN CHE HASSAN
8 MOHD WARDI BIN HUSSEIN
9 OSMAN BIN MAT HUSSIN
10 ISKANDAR BIN ISMAIL
11 RUZITA BINTI ABD MUTHALIB
12 NORAZMAN BIN HASAN
13 NORASIAH BINTI DERIS
14 ISMAIL BIN OMAR
15 DOLLAH BIN AWANG KECHIK PENUTUP
16 YAAKUB BIN SULAIMAN
17 EHSHAM BIN MAT HUSSIN Di harapkan
18 HADI BIN SULAIMAN program ini
19 NUR NAJMAH BINTI HAJI ARIFFIN akan dapat
20 RUHAIZAB BIN CHE HARON menjadi
21 HASNIAH BINTI MAMAT penyumbang
kepada
kehidupan bermasyarakat
yang lebih berkat dan harmonis. Kerjasama semua pihak akan memastikan kelancaran
program yang dirancangkan.

KEMPEN BERBASIKAL UNTUK SIHAT, PENGAKAP BANTU RAKYAT

Anda mungkin juga menyukai