Anda di halaman 1dari 8

Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012

Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012


15 18 Disember 2012
http://www.ukm.my/confukm/index.php/kpp2012/k2012

Pencapaian Akademik Pelajar Pra-siswazah FTSM


Hazilah Mohd Amin1*, Siti Aishah Hanawi1, Hazura Mohamed1, Zaihosnita Hood1, Noraidah Sahari1
Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 43600, Selangor, Malaysia
1

Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prestasi pencapaian pelajar FTSM berdasarkan tahun pengajian dan kelayakan masuk.Persoalan utama kajian ini ialah bagaimanakah prestasi pencapaian pelajar STPM, Matrikulasi dan Diploma di IPT dan adakah pelajar yang memperolehi PNGK masuk yang rendah mampu bersaing di FTSM.Data diperoleh dianalisis menggunakan statistik perihalan dan statistik pentaabiran; ANOVA.Dapatan kajian ini menunjukkan pelajar yang memperolehi PNGK masuk yang rendah mampu memperolehi PNGK yang setara di FTSM.Pelajar lulusan STPM berjaya meningkatkan PNGK mereka.Pelajar lulusan Matrikulasi yang rendah juga berjaya meningkatkan PNGK mereka.Manakala, pelajar lulusan Matrikulasi yang cemerlang berjaya mengekalkan PNGK mereka.Hanya pelajar lepasan Diploma yang menunjukkan pencapaian yang menurun di FTSM berbanding dengan PNGK masuk.Hasil kajian ini boleh meningkatkan motivasi pelajar lemah untuk terus berusaha dan meningkatkan motivasi pensyarah untuk terus membimbing pelajar walaupun memperolehi pelajar PNGK masuk yang rendah.

Kata Kunci: Pencapaian akademik, PNGK, STPM, Matrikulasi, Diploma.

1.

Pengenalan

Bidang pendidikan menjadi nadi utama dalam menggerakkan pembangunan sesebuah negara. Institusi pendidikan memainkan peranan penting dalam memastikan pelajar mendapat yang terbaik dalam pengajian mereka dengan menyerapkan norma dan nilai yang perlu dijadikan ikutan. Dalam konteks Institut Pendidikan Tinggi (IPT), potensi pelajar atau mahasiswa boleh digilap dan dipertingkatkan sekiranya pelajar sentiasa berusaha bersungguhsungguh, bertanggung jawab dan mempunyai komitmen yang tinggi terhadap pembelajaran di samping bimbingan yang padu daripada tenaga akademik yang berdedikasi (Norhani et al. 2005). Menurut Hall dan Lindzey (dalam Abdul Hamid et al. 1999), ahli psikologi bersependapat bahawa setiap individu boleh dan berpotensi untuk maju dalam segala aspek kehidupan sekiranya mereka dibimbing dengan sempurna. Terdapat banyak kajian terdahulu telah dijalankan dalam mencari punca atau faktor yang mempengaruhi prestasi akademik pelajar.Kajian oleh Zuaini (2008), Todd (2001), Adamson etal. (2000) dan Alexander dan Clifford(2003) mendapati prestasi pelajar di universiti tidak dapat diramalkan berdasarkan prestasi pra-universiti.Kajian di IPT Malaysia oleh Hafizah et al. (2011) mendapati tidak ada kebergantungan antara PNGK masuk dengan pencapaian pelajar di JKEES, UKM.Beliau juga mendapati pencapaian pelajar tahun 3 dan 4 adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar tahun 2 dan tahun 1.Di samping itu beliau mendapati min PNGK masuk pelajar JKEES adalah menurun. 2. Permohonan ke IPTA

Antara syarat kelayakan masuk ke IPT adalah mempunyai keputusan cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi atau Diploma.Sukatan pelajaran bagi Matrikulasi dan STPM adalah hampir sama.

Hazilah Mohd Amin, Siti Aishah Hanawi, Hazura Mohamed, Zaihosnita Hood, Noraidah Sahari

Bagaimanapun, sukatan pelajaran STPM adalah lebih terperinci dan mendalam berbanding Matrikulasi.Ini adalah kerana tempoh pengajian bagi STPM adalah dua tahun berbanding satu tahun bagi Matrikulasi.Sementara itu, majoriti pelajar Matrikulasi adalah Bumiputra dan majoriti pelajar STPM adalah dari etnik Cina. Jika kita lihat kepada pemilihan pelajar yang mengikuti pengajian di UKM, pengagihan dan pembahagian pelajar ke semua IPTA di Malaysia kecuali USM, menggunakan sistem UPU. Kaedah yang digunakan adalah 90% berasaskan merit, manakala 10% adalah berasaskan kokurikulum.Walaupun sistem ini memberi kemudahan kepada pelajar kerana tidak perlu mengisi borang permohonan yang banyak kepada setiap universiti tetapi hanya menggunakan satu borang menerusi sistem UPU, universiti tidak mempunyai autonomi untuk mengambil pelajar yang terbaik. Ini adalah kerana pelajar yang diterima masuk ke UKM atau mana-mana IPTA adalah bergantung kepada lapan IPTA pilihan pelajar semasa mengisi borang permohonan. Setiap IPTA akan menerima senarai nama pelajar dari KPT yang telah melalui proses pemilihan mengikut unjuran bilangan pelajar bagi setiap program yang telah ditetapkan oleh IPTA berkenaan. Dengan erti kata lain, kriteria pemilihan untuk bilangan pelajar Matrikulasi dan STPM adalah dibawah kuasa KPT. Walau bagaimanapun untuk pelajar lepasan diploma, IPTA diberi hak untuk membuat pemilihan dan menentukan tahap kelayakan pelajar yang diterima masuk. 2. Objektif kajian

Prestasi pencapaian pelajar di IPT yang menurun (Hafizah et al. 2011; Norhani et al. 2005) amat merungsingkan kerana ia boleh menjejaskan matlamat Malaysia untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang dan setanding dengan negara membangun yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji prestasi pencapaian pelajar di FTSM berdasarkan tahun pengajian dan kelayakan masuk. Persoalan yang dibina dalam kajian ini adalah seperti berikut: 1. Adakah pelajar berupaya meningkatkan PNGK mereka di IPT? 2. Benarkah kualiti dan pencapaian pelajar yang diterima masuk ke FTSM merosot? 3. Bagaimanakah prestasi pencapaian pelajar STPM, Matrikulasi dan Diploma di IPT? 4. Adakah pelajar berpencapaian rendah ketika STPM, Matrikulasi atau Diploma mampu bersaing di IPT? 3. Metodologi Kajian

Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik untuk mengumpul data.Di samping itu analisis dokumen dijalankan bagi mengumpul data yang berkaitan dengan objektif kajian.Data yang digunakan untuk dianalisis diekstrak dari maklumat PNGK masuk dan aliran setiap pelajar serta keputusan PNGK untuk semester yang dikumpul oleh Bahagian Akademik UKM. Sampel yang digunakan dalam kajian ini meliputi 144 pelajar tahun 1 hingga tahun 3 sesi 2011/2012 yang mengikuti program Multimedia, Sains Komputer, Komputeran Industri dan Pembangunan Sistem di FTSM. 4. 4.1. Hasil dan Perbincangan PNGK Berbanding Tahun Pengajian

Dalam kajian ini, 41% (59 pelajar) daripada responden adalah pelajar Tahun 1, 28.5% (41 pelajar) Tahun 2 dan selebihnya 30.5% (44 pelajar) adalah pelajar Tahun 3. Dalam menjawab persoalan kajian 1, analisis ujian ANOVA digunakan untuk meneliti perbezaan yang bererti di antara min PNGK pelajar Tahun 1, 2 dan 3. Ujian ANOVA melalui Jadual 1b menunjukkan bahawa terdapat perbezaan signifikan PNGK semasa di FTSM antara pelajar berlainan tahun pengajian; [F(2,141)=3.733, p=0.026]. Ujian post hoc Scheffe diJadual 1c menunjukkan terdapat perbezaan signifikan PNGK pelajar Tahun 2 (min=3.0444, s.d.=0.4252) berbanding pelajar Tahun 3 (min=3.2680, s.d.=0.2875); [p=0.026]. Hasil analisis ini menunjukkan PNGK pelajar meningkat ketika di Tahun 3 pengajian.Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh Hafizah et al. (2011) yang mendapati pencapaian pelajar adalah meningkat (pelajar tahun 3 dan 4 lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar tahun 2 dan tahun 1) di JKEES, UKM. Analisis ujian ANOVA digunakan untuk menjawab persoalan kajian 2. Berdasarkan Jadual 1b, analisis perbezaan min PNGK masuk pelajar Tahun 1, 2 dan 3,menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan PNGK prauniversiti antara pelajar berlainan tahun pengajian; [F(2,136)=1.130, p=0.326]. Hasil analisis ini menunjukkan PNGK masuk ke FTSM untuk tiga tahun berturut-turut adalah sama. Ini bermakna promosi yang dilakukan oleh

Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012(2012): 000- 000

FTSM untuk menarik pelajar pra-universiti yang mempunyai PNGK cemerlang adalah tidak berkesan.Hasil dapatan kajian ini berlainan dengan dapatan Hafizah et al. (2011) yang mendapati min PNGK masuk pelajar JKEES menurun dari kohort tahun 4 ke tahun 1.
Jadual 1a. Perbandingan min PNGK berdasarkan Tahun pengajian

N Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Total Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3 Total 58 38 43 139 59 41 44 144

Min 2.9010 2.7761 2.8188 2.8414 3.1861 3.0444 3.2680 3.1708

Sisihan piawai .40855 .37748 .45485 .41586 .40872 .42523 .28753 .38830

PNGK_pra

PNGK_semasa

Jadual 1b. Ujian ANOVA perbandingan min PNGK berdasarkan Tahun pengajian

Antara kumpulan PNGK_pra Dalam kumpulan Jumlah Antara kumpulan PNGK_semasa Dalam kumpulan Jumlah

Jumlah kuasadua .390 23.475 23.865 1.084 20.477 21.561

Darjah Kuasadua min kebebasan 2 .195 136 138 2 141 143 .173 .542 .145

F 1.130

Nilai p .326

3.733

.026

Jadual 1c. Ujian post hoc Scheffeperbandingan min PNGK berdasarkan Tahun pengajian

Pembolehubah bersandar (I) Tahun (J) Tahun Beza min (I-J) Ralat piawai Nilai p 95% Selang keyakinan Had bawah Had atas Tahun 2 .14171 .07748 .191 -.0500 .3334 Tahun 1 Tahun 3 -.08185 .07591 .560 -.2696 .1059 Tahun 1 -.14171 .07748 .191 -.3334 .0500 PNGK_semasa Tahun 2 Tahun 3 -.22356* .08272 .028 -.4282 -.0189 Tahun 1 .08185 .07591 .560 -.1059 .2696 Tahun 3 Tahun 2 .22356* .08272 .028 .0189 .4282 *. Beza min adalah signifikan pada aras 0.05.

4.2.

PNGK Semasa di FTSM BerbandingPNGK Pra-universiti

Antara syarat kelayakan masuk ke FTSM adalah mempunyai keputusan cemerlang dalam STPM, Matrikulasi atau Diploma. Pecahan responden kajian mengikut kelayakan masuk ke FTSM adalah seperti berikut: 52.2% (70 pelajar) adalah pelajar lepasan Matrikulasi, 31.3% (42 pelajar) adalah pelajar lepasan STPM dan 16.4% (22 pelajar) adalah pelajar lepasan Diploma. Seterusnya kajian ini mengkaji kebolehan pelajar STPM, Matrikulasi dan Diploma mensesuaikan diri di IPT.Analisis deskriptif iaitu min digunakan untuk menjawab persoalan kajian 3 dan ujian ANOVA digunakan untuk menjawab persoalan kajian 4.

Hazilah Mohd Amin, Siti Aishah Hanawi, Hazura Mohamed, Zaihosnita Hood, Noraidah Sahari

4.2.1.

PNGK Semasa di FTSM Berbanding PNGK STPM

Kajian terhadap pelajar lepasan STPM mendapati majoriti responden memperolehi PNGK STPM antara 2.502.99 (69%), hanya 16.7% memperolehi PNGK STPM antara 2.00-2.49 dan 14.3% memperolehi PNGK STPM antara 3.00-3.49. Analisis deskriptif min PNGK di FTSM melalui Jadual 2a menunjukkan bahawa pelajar lulusan STPM berjaya meningkatkan PNGK mereka ketika di IPT.Pelajar yang masuk dengan PNGK STPM 2.00-2.49 berjaya meningkatkan min PNGK ke 3.2971 di IPT.Manakala pelajar yang masuk dengan PNGK STPM 2.50-2.99 berjaya meningkatkan min PNGK ke 3.4452 di IPT.Begitu juga dengan pelajar yang masuk dengan PNGK STPM 3.00-3.49 berjaya memperolehi min PNGK 3.5117 di IPT. Analisis ujian ANOVA digunakan untuk meneliti perbezaan yang bererti di antara min PNGK pelajar berlainan PNGK STPM.Ujian ANOVA melalui Jadual 2b menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan PNGK semasa di FTSM antara pelajar berlainan PNGK ketika STPM; [F(2,39)=1.798, p=0.179]. Ini bermakna pelajar yang memperolehi PNGK STPM yang rendah boleh bersaing dan mencapai PNGK semasa di FTSM yang setara dengan pelajar yang memperolehi PNGK STPM yang cemerlang.Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh Hafizah et al. (2011) yang mendapati tidak ada kebergantungan antara PNGK masuk dengan pencapaian pelajar di JKEES, UKM.Hafizah et al. (2011) juga mendapati pelajar dari aliran STPM mempamerkan kosistensi dalam pencapaian mereka semasa masuk dan juga apabila bergraduasi.
Jadual 2a. Perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK STPM PNGK STPM

2.00-2.49 2.50-2.99 3.00-3.49 Jumlah

N 7 29 6 42

Min PNGK FTSM Sisihan piawai 3.2971 .27287 3.4452 .21231 3.5117 .16558 3.4300 .22176

Minimum 2.80 2.91 3.25 2.80

Maksimum 3.65 3.80 3.73 3.80

Jadual 2b. Ujian ANOVA perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK STPM

Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah

Jumlah kuasadua .170 1.846 2.016

Darjah kebebasan Kuasadua min 2 .085 39 .047 41

F 1.798

Nilai p .179

4.2.2.

PNGK Semasa di FTSM Berbanding PNGK Diploma

Kajian terhadap pelajar lepasan Diploma mendapati majoriti responden memperolehi PNGK Diploma antara 3.00-3.49 (63.6%), diikuti dengan 31.8% memperolehi PNGK Diploma antara 3.50-4.00 dan hanya segelintir 4.5% memperolehi PNGK Diploma antara 2.50-2.99. Analisis deskriptif min PNGK di FTSM melalui Jadual 3a menunjukkan hanya pelajar yang masuk dengan PNGK Diploma 2.00-2.49 berjaya meningkatkan PNGK mereka ketika di IPT.Manakala, pelajar yang masuk dengan PNGK Diploma 3.00-3.49 dan 3.50-4.00 tidak berjaya mengekalkan prestasi di IPT.Ini bermakna pencapaian pelajar lepasan Diploma di IPT adalah tidak konsisten. Hasil dapatan ini selaras dengan Hafizah et al. (2011) yang mendapati pelajar dari aliran Diploma menunjukkan pencapaian yang menurun di IPT berbanding dengan PNGK masuk. Analisis ujian ANOVA digunakan untuk meneliti perbezaan yang bererti di antara min PNGK pelajar berlainan PNGK Diploma. Ujian ANOVA melalui Jadual 3b menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan PNGK semasa di FTSM antara pelajar berlainan PNGK ketika Diploma; [F(2,19)=0.700, p=0.509]. Ini bermakna pelajar yang memperolehi PNGK Diploma yang rendah boleh mencapai PNGK semasa di FTSM yang setara dengan pelajar yang memperolehi PNGK Diploma yang cemerlang.Hasil dapatan ini selaras dengan kajian oleh Hafizah et al. (2011) yang mendapati tidak ada kebergantungan antara PNGK masuk dengan pencapaian pelajar di JKEES, UKM.

Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012(2012): 000- 000

Jadual 3a. Perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK Diploma

PNGK Diploma 2.50-2.99 3.00-3.49 3.50-4.00 Jumlah

N 1 14 7 22

MinPNGK FTSM 3.2700 2.9871 3.1814 3.0618

Sisihan piawai . .44608 .26511 .39219

Minimum 3.27 2.00 2.78 2.00

Maksimum 3.27 3.51 3.49 3.51

Jadual 3b. Ujian ANOVA perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK Diploma

Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah

Jumlah kuasadua .222 3.009 3.230

Darjah Kuasadua min kebebasan 2 .111 19 .158 21

F .700

Nilai p .509

4.2.3.

PNGK Semasa di FTSM Berbanding PNGK Matrikulasi

Kajian terhadap pelajar lepasan Matrikulasi mendapati majoriti responden memperolehi PNGK Matrikulasi antara 2.50-2.99 (41.4%), disusuli dengan 31.4% memperolehi PNGK Matrikulasi antara 2.00-2.49, diikuti dengan 24.3% memperolehi PNGK Matrikulasi antara 3.00-3.49 dan hanya segelintir 2.9% memperolehi PNGK Matrikulasi antara 3.50-4.00. Analisis ujian ANOVA digunakan untuk meneliti perbezaan yang bererti di antara min PNGK pelajar berlainan PNGK Matrikulasi. Ujian ANOVA melalui Jadual 4b menunjukkan terdapat perbezaan signifikan PNGK semasa di FTSM antara pelajar berlainan PNGK ketika Matrikulasi; [F(3,66)=6.624, p=0.001]. Ujian post hoc Scheffe di Jadual 4c menunjukkan hanya pelajar yang mempunyai PNGK ketika Matrikulasi 3.00-3.49 yang mencapai PNGK semasa di FTSM yang berbeza. Hasil analisis ini dapat menjelaskan bahawa pelajar yang memperolehi PNGK Matrikulasi antara 2.00-2.49 menunjukkan peningkatan PNGK di IPT (min=2.9114, s.d.=0.3157) yang ketara. Ini bermakna pelajar yang kurang cemerlang ketika Matrikulasi boleh mencapai PNGK di IPT yang setara dengan pelajar yang memperolehi PNGK Matrikulasi antara 2.50-2.99. Bagaimanapun PNGK di IPT mereka masih tidak setanding dengan pelajar yang memperolehi PNGK Matrikulasi antara 3.00-3.49 dan 3.50-4.00. Selain itu, kajian ini mendapati pelajar yang memperolehi PNGK Matrikulasi antara 2.50-2.99 juga menunjukkan sedikit peningkatan PNGK di IPT (min=3.0059, s.d.=0.3815). Kajian ini juga mendapati pelajar yang memperolehi PNGK Matrikulasi antara 3.003.49 dan 3.50-4.00 masih dapat mengekalkan prestasi mereka di IPT.Hasil dapatan ini bercanggah dengan Hafizah et al. (2011) yang mendapati pelajar dari aliran Matrikulasi menunjukkan pencapaian yang menurun di IPT berbanding dengan PNGK masuk.
Jadual 4a. Perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK Matrikulasi

PNGK Matrikulasi
2.00-2.49 2.50-2.99 3.00-3.49 3.50-4.00 Jumlah

N 22 29 17 2 70

Min PNGK FTSM Sisihan piawai 2.9114 .31573 3.0059 .38145 3.3106 .23993 3.5700 .26870 3.0663 .36746

Minimum 2.23 2.10 2.85 3.38 2.10

Maksimum 3.47 3.67 3.69 3.76 3.76

Hazilah Mohd Amin, Siti Aishah Hanawi, Hazura Mohamed, Zaihosnita Hood, Noraidah Sahari

Jadual 4b. Ujian ANOVA perbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK Matrikulasi

Antara kumpulan Dalam kumpulan Jumlah

Jumlah kuasadua 2.156 7.161 9.317

Darjah kebebasan Kuasadua min 3 .719 66 .108 69

F 6.624

Nilai p .001

Jadual 4c. Ujian post hoc Scheffeperbandingan min PNGK FTSM berdasarkan PNGK Matrikulasi

(I) PNGK Matrikulasi 2.00-2.49

(J) PNGK Matrikulasi Beza min (I-J) 2.50-2.99 -.09450 3.00-3.49 -.39922* 3.50-4.00 -.65864 2.50-2.99 2.00-2.49 .09450 3.00-3.49 -.30473* 3.50-4.00 -.56414 3.00-3.49 2.00-2.49 .39922* 2.50-2.99 .30473* 3.50-4.00 -.25941 3.50-4.00 2.00-2.49 .65864 2.50-2.99 .56414 3.00-3.49 .25941 *. Beza min adalah signifikan pada aras 0.05.
dimension3 dimension3 dimension3 dimension3

Ralat piawai .09313 .10637 .24327 .09313 .10062 .24081 .10637 .10062 .24623 .24327 .24081 .24623

Nilai p .794 .005 .072 .794 .034 .150 .005 .034 .775 .072 .150 .775

95% Selang keyakinan Had bawah Had atas -.3617 .1727 -.7044 -.0941 -1.3566 .0393 -.1727 .3617 -.5934 -.0161 -1.2550 .1267 .0941 .7044 .0161 .5934 -.9659 .4470 -.0393 1.3566 -.1267 1.2550 -.4470 .9659

5.

Perbincangan dan Cadangan

Pemilihan pelajar untuk mengikuti pengajian di IPT tidak sepatutnya bergantung kepada PNGK Matrikulasi, STPM atau Diploma sahaja, tetapi pengetahuan dan minat dalam program yang dipilih juga adalah sangat penting.Analisis menunjukkan tidak ada kebergantungan antara PNGK masuk dengan pencapaian pelajar di IPT. PNGK masuk yang rendah tidak akan diterjemahkan kepada PNGK akhir yang sama rendah. Malah pelajar yang memperolehi PNGK masuk rendah masih dapat bergraduasi dengan PNGK yang lebih tinggi. Secara keseluruhan, analisis kuantitatif kajian mendapati bahawa pencapaian pelajar menerusi min PNGK masuk adalah tidak berbeza.Ini bermakna FTSM masih dapat mengekalkan kualiti pelajar yang masuk ke fakulti.Prestasi pencapaian pelajar di FTSM juga tidak menurun.Malah keseluruhan pelajar lulusan STPM berjaya meningkatkan PNGK mereka.Pelajar lulusan Matrikulasi yang rendah juga berjaya meningkatkan PNGK mereka. Manakala, pelajar lulusan Matrikulasi yang cemerlang berjaya mengekalkan PNGK mereka. Hanya pelajar lepasan Diploma yang menunjukkan pencapaian yang menurun di FTSM berbanding dengan PNGK masuk.Pencapaian menurun pelajar lulusan Diploma di IPT perlu diberi perhatian serius.Beberapa langkah drastik perlu diberi perhatian dan dilaksanakan dalam tempoh terdekat supaya kualiti graduan yang dihasilkan oleh FTSM mencapai matlamat pelan transformasi kerajaan dan wawasan universiti penyelidikan. 5. Kesimpulan

Faktor untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam akademik bukanlah satu perkara yang mudah, lebihlebih lagi bagi subjek pengaturcaran.Banyak halangan dan rintangan yang terpaksa ditempuhi untuk mencapai kecemerlangan tersebut.Keputusan analisis ini mendapati bahawa faktor yang perlu diberi perhatian adalah pelajar aliran Diploma tidak mempamerkan kecemerlangan yang konsisten semasa di IPT. Dapatan kajian ini diharapkan dapat membantu pelajar, guru dan pihak pentadbiran IPT membuat perancangan dan sebarang tindakan.Sebagai contoh, pelajar boleh menggunakan faktor seperti prestasi terdahulu untuk membuat perancangan akademik di masa hadapan.Guru pula boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menentukan kaedah pengajaran mereka.Misalnya, kaedah yang digunakan dalam pengajaran bagi pelajar yang telah mempunyai

Prosiding Kongres Pengajaran & Pembelajaran UKM2012(2012): 000- 000

pendedahan awal mungkin berbeza dengan pelajar yang tiada pendedahan awal.Pihak pentadbiran di universiti juga boleh menggunakan dapatan kajian ini untuk menetapkan polisi pengambilan pelajar dan prasyarat kursus yang bersesuaian untuk meningkatkan mutu pencapaian pelajar di samping merangka kurikulum dan kursus motivasi yang boleh membantu meningkatkan prestasi pelajar. Penghargaan
Penulis ingin merakamkan penghargaan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia kerana telah membiayai kajian ini melalui dana Pelan Tindakan Strategik UKM PTS-2011-046.

Rujukan
Abdul Hamid Hamidon, Salbiah Seliman, Mohd Tajudin Hj. Md. Ninggal, Abd. Wahid Kamarulzaman, Yusuf Ahmad, Muhammad Sum Idris, Adnan Ripin, Abd. Saman Abd Kader & Rosdi Ab. Rahman. 1999.Sistem Penasihatan Akademik Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Skudai, Johor: UniversitiTeknologi Malaysia. Adamson, J. &Clifford, H. 2000. An appraisal of a-level and university examination results for engineering undergraduates.International Journal of Mechanical Engineering Education30(3): 265-279. Alexander, S., Amilo, J., Boyle, R., Clark, M., Daniels, M., Laxer, C., Loose, K.& Shinners-Kennedy, D. 2003.Case studies in admissions to and early performance in computer science degrees.ACM SIGCSE Bulletin 35(4):137-147. Hafizah Husain, Norbahiah Misran, Norhana Arshad, Wan Mimi Diyana Wan Zaki & Sarifah Nurhanum Syed Sahuri. 2011. Analisis kuantitatif pencapaian akademik pelajar JKEES. Pascasidang Kongres Pengajaran dan Pembelajaran UKM 2011, hlm. 95-103. Norhani Bakri, Noor Zainab Abd Razak, Hamidah Ab Rahman & Aminah Ahmad Khalid. 2005. Punca prestasi pembelajaran yang lemah di kalangan pelajar Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber Manusia UTM.Jurnal Teknologi UTM 43(E): 29-44 Todd, K.L. 2001.An historical study of the correlation between G.C.E. advanced level grades and the subsequent academic performance of well qualified students in a University Engineering Department.Mathematics TODAY37(5):152-156. Zuaini Ishak, Nor Aziah Abdul Manaf & Rosliza Mat Zin. 2008. Faktor penentu pelajar matrikulasi dalam subjek perakaunan.MJLI 5: 99-115.

Anda mungkin juga menyukai