Anda di halaman 1dari 8

1 Firma Perundingan Gemilang telah mula beroperasi sejak awal tahun 2018.

Encik Arif,
pemilik Firma Perundingan Gemilan mendapati penyata pendapatan yang telah disediakan oleh
kerani akaun tidak tepat setelah meneliti keuntungan firma yang tidak pernah mencapai
RM25,000 sebelum ini. Beliau telah meminta bantuan anda untuk menyemak penyata
pendapatan yang disediakan untuk firmanya bagi sukuan berakhir 31 Mac 2019. Berikut adalah
penyata pendapatan komprehensif Firma Perundingan Gemilang bagi sukuan berakhir 30
September 2019.

Firma Perundingan Gemilang


Penyata pendapatan Komprehensif bagi sukuan berakhir 31 Mac 2019
RM RM
Hasil
Hasil perundingan 51,000
Belanja operasi
Belanja gaji dan upah 15,400
Belanja utiliti 730
Belanja am 1,420
Belanja pengiklanan 2,300
Belanja susut nilai 250
Belanja penyelenggaraan dan pembaikan 2,000
22,100
Pendapatan bersih
28,900

Berikut adalah maklumat yang belum diambil kira semasa penyediaan penyata
pendapatan komprehensif di atas.
(1) Jumlah hasil perundingan adalah termasuk perkhidmatan yang belum
disempurnakan lagi yang bernilai RM6,000. Perkhidmatan ini dijangka dapat diselesaikan pada
bulan Mei 2019.

(2) Sebanyak RM1,500 telah dibayar pada 25 Januari 2019 untuk sebuah polisi
insurans bagi tempoh setahun bermula 1 Februari 2019. Urus niaga ini belum direkodkan dalam
buku akaun.

(3) Baki bekalan pejabat pada 1 Januari 2019 dan 31 Mac 2019 masing-masing
bernilai RM2,100 dan RM760.

(4) Firma telah menetapkan pembayaran kadar upah harian bagi setiap pekerja
sambilan ialah RM6.50 sejam. Didapati upah bagi tiga orang pekerja sambilan untuk tiga hari
terakhir bulan Mac 2019 belum dijelaskan. Mereka telah bekerja sebanyak 8 jam sehari bagi
ketiga-tiga hari tersebut.

(5) Bil elektrik RM210 dan bil membaiki penghawa dingin RM250 belum dijelaskan
lagi untuk bulan Mac 2019.
(6) Pada 1 Mac 2019, Firma Perundingan Gemilang telah membeli alat pejabat secara
kredit. Untuk pembelian ini, firma telah menerbitkan nota tiga bulan sebanyak RM3,000 dengan
faedah yang dikenakan pada kadar 8% setahun.

Dikehendaki:

i. Perihalkan dua prinsip perakaunan yang tidak dipatuhi dalam penyediaan penyata
pendapatan komprehensif di atas. [3]

ii. Sediakan catatan jurnal pelarasan bagi maklumat (1) hingga (6) di atas. [10]

iii. Sediakan penyata pendapatan komprehensif Firma Perundingan Gemilang bagi


sukuan yang berakhir 31 Mac 2019 seleas mengambil kira pelarasan di atas. [7]

2 1a) Pada 1 Julai 2018, Syarikat Babata Berhad telah membeli sebuah mesin pada
harga RM200,000. Bayaran pendahuluan dibuat memalui cek sebanyak 20%. Bakinya
dengan menerbitkan Nota Belum Bayar yang akan matang pada 31 Disember 2019
dengan kadar faedah 6% setahun.
Mesin tersebut dijangka dapat digunakan selama 10 tahun dengan nilai bakiannya
RM10,000, Syarikat telah menetapkan untuk menggunakan kaedah baki berkurangan
berganda dalam menghitung belanja susut nilai.
Tempoh perakaunan berakhir pada setiap 31 Disember.

Dikehendaki:-
Menyediakan catatan jurnal pada:-
(i) Tarikh perolehan mesin.
[2]

(ii) 31 Disember 2018


[3]

(iii) Tarikh matang Nota Belum Bayar


[2]

(iv) Pada 1 Januari 2020, mesin itu akan dijual dan syarikat akan memperolehi
keuntungan RM12,000 atas pelupusan tersebut.
[3 ]
b) Syarikat Kemilai Berhad menggunakan sistem inventori berterusan dalam mengakaunkan
inventorinya. Semua urus niaga belian dan jualan adalah secara kredit. Maklumat tentang
inventori syarikat untuk bulan Ogos 2018 adalah seperti berikut:
Unit RM

Ogos 1 Baki awal 10 000 @ 10.00

6 Belian 7 500 @ 10.40

13 Jualan 15 000 @ 18.00

22 Belian 12 500 @ 10.50

Dikehendaki:

Kaedah penilaian inventori Masuk Dulu Keluar Dulu digunakan.

i) Hitung nilai inventori akhir [2]

ii) Hitung kos jualan [2]

iii) Sediakan catatan jurnal am [6]

3 a) Jelaskan maksud hasil belum terperoleh dan kesannya terhadap untung bersih bagi
yang menggunakan asas tunai dan asas akruan.
[3]

b) Nyatakan 2 ciri liabiliti.


[2]

c) Berikut adalah sebahagian baki-baki akaun bagi Syarikat Alor Berhad pada 30
November 2018 bagi Perniagaan Mahukaya.

RM
Bank 2,000
Akaun Belum Terima 5,400
Akaun Belum Bayar 8,700
Pinjaman jangka panjang 40,000
Nota Belum Bayar 8% (matang pada 30 Disember 2025) 20,000
Belanja Gaji Terakru 2,400
Hasil Belun Terperoleh 4,300
Urusniaga berikut berlaku sepanjang bulan Disember 2018

Tarikh Urusniaga-urusniaga
Dis Memperolehi sebuah peralatan bernilai RM12,000 melalui Nota Belum
1 Bayar 6% yang akan matang dalam tempoh 9 bulan.
2 Menjelaskan belanja gaji untuk bulan lepas. Gaji bulan semasa akan
dijelaskan pada setiap 2 haribulan pada bulan yang berikutnya.
5 Mengeluarkan cek kepada seorang pembekal yang hutangnya bernilai
RM3,000 dan menerima diskaun 2%.
8 Menghantar barangniaga yang bernilai RM15,000. Bayaran pendahuluan
sebanyak 10% telah diterima pada bulan lepas.
13 Membeli barangniaga secara kredit bernilai RM5,000.
28 Menerima tuntutan gantirugi daripada seorang pelanggan yang bernilai
RM15,000 kerana mendakwa telah dibekalkan dengan barangniaga yang
melepasi tarikh luput.
30 Menerbitkan Debentur 5% sebanyak RM100,000 yang mempunyai tarikh
matang 5 tahun untuk menambahkan dana bagi pembukaan cawangan
baru.

Dikehendaki :

(i) Sediakan catatan jurnal bagi Disember 2018


[10]
(ii) Petikan Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018 bahagian
liabiliti.
[6]

4 a) Nyatakan tiga prinsip asas koperasi?


[3]

b) Imbangan Duga Koperasi Xpress Berhad pada 30 Jun 2018 adalah seperti
yang berikut:
Debit Kredit
RM RM

Modal Saham
120,000
Modal Yuran 314,000
Keuntungan terkumpul 64,660
Jualan 702,740
Kos barang dijual 430,450
Belanja pentadbiran pejabat 11,800
Belanja kadarbayaran 10,928
Belanja mesyuarat agung 9,958
Gaji dan bonus kakitangan 116,950
Elaun Eksekutif dan mesyuarat lembaga 11,350
Faedah pinjaman 10,600
Elaun juruaudit dalam 2,200
Yuran juruaudit luar 6,300
Belanja am 28,562
Pendapatan pelbagai
29,100
Sumbangan diterima
54,300
Sumbangan diberi dan hadiah 9,200
Aset bukan semasa 526,500
Susutnilai terkumpul aset bukan semasa (1 Julai 2017)
105,300
Aset semasa lain 200,600
Pelaburan dan simpanan jangka pendek 129,000
Tunai di bank dan di tangan 70,208
Akaun belum terima 72,800
Peruntukan hutang ragu (30 Jun 2018) 4,302
Akaun Belum bayar 57,400
Pinjaman 65,200
Kumpulan wang rizab berkanun 120,204
Tabung kebajikan ahli
44,900
Akaun Rizab modal 4,200
Kumpulan wang penebusan saham
30,000
Inventori 68,900
1,716,306 1,716,306

Maklumat tambahan:

1) Pada 30 Jun 2018, Koperasi Xpress Berhad telah membuat peruntukan


untuk membayar denda sebanyak RM25,000 kerana melanggar kontrak
perjanjian perniagaan.
2) Aset bukan semasa disusutnilaikan pada kadar 15% setahun
3) Dividen 10% dan 4% dicadangkan masing-masing atas modal saham dan
modal yuran.
4) Faedah simpanan belum terima ialah RM9,600
5) Peruntukan zakat perniagaan bagi tahun berakhir 30 Jun 2018 ialah
RM2,859
6) Peruntukan kepada tabung kebajikan ahli koperasi ialah 5%
7) Sebanyak 40% daripada pinjaman akan matang dalam tempoh 12 bulan
akan datang
8) Peruntukan daripada keuntungan koperasi adalah seperti yang berikut:
a) 12% kepada rizab berkanun
b) 2% kepada Kumpulan Wang Amanah Pendidikan
c) 1% kepada Kumpulan Wang Amanah Pembangunan
d) 8.5% sebagai honorarium lembaga pengarah

Dikehendaki:

Sediakan, bagi Koperasi Xpress Berhad

i. Penyata Pendapatan Komprehensif bagi tahun berakhir 30 Jun 2018


[6]

ii. Penyata Pembahagian untung rugi bagi tahun berakhir 30 Jun 2018
[5]

iii. Penyata kedudukan kewangan pada 30 Jun 2018


[6]

5 (a) Berikan tiga objektif kawalan dalaman [3]

(b) Nyatakan empat batasan kawalan dalaman [4]

(c ) Maklumat di bawah dipetik daripada buku Farmasi Ceria.

SALINAN NO BAUCER:6554

FARMASI CERIA
BANGUNAN ARKED
34 000 TAIPING
PERAK
Tarikh: 31 Disember 2018
Bayar kepada:Syarikat Ubat-Ubatan Sri Seroja

BIL KETERANGAN JUMLAH(RM) TANDATANGAN


PENERIMA
1 Menjelaskan invois A1345 yang 400.00 Zarina
bertarikh 16 Disember 2018

(Ringgit Malaysia: Empat ratus ringgit sahaja)

Tunai/No Cek:RHB 435552

Disediakan oleh: Disemak oleh: Diluluskan oleh:


Nadia Hamzah Rosnan
Kerani Pegawai akaun Pengurus
Dikehendaki:

(i) Nyatakan empat ciri kawalan dalaman yang terdapat dalam dokumen di atas dan
terangkan bagaimana ciri-ciri tersebut merupakan langkah kawalan [8]

(ii) Terangkan tatacara yang betul pembayaran kepada pembekal . [3]

(iii) Berikan dua contoh kawalan elektronik dalam sesebuah farmasi [2]

Anda mungkin juga menyukai