Anda di halaman 1dari 10

FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

Semester 1 Sesi 2021/2022


EPPD1033 Prinsip Perakaunan
Tutorial 4: Kitaran Lengkap Perakaunan

BAHAGIAN A
SOALAN 1
Berikut adalah imbangan duga terlaras bagi Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) pada 31
Oktober 2019, yang dimiliki oleh Miss Mary:

Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) Imbangan


Duga Terlaras Pada 31 Oktober 2019
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 1,000
Bekalan 300
Insuran Prabayar 2,000
Peralatan 24,000
Susutnilai Terkumpul — Peralatan 4,900
Akaun Belum Bayar 2,400
Sewa Belum Bayar 600
Nota Belum Bayar 4,000
Modal, Miss Mary 15,300
Ambilan, Miss Mary 2,400
Hasil 4,900
Belanja Utiliti 400
Belanja Bekalan 800
Belanja Insurans 200
Belanja Susutnilai 400
Belanja Sewa 600
Jumlah 32,100 32,100

1
Dikehendaki:

a) Sediakan Penyata Pendapatan PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.


b) Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.
c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan PTBB pada 31 Oktober 2019.
d) Sediakan catatan penutup pada 31 Oktober 2019.

SOALAN 2
Encik Firdaus merupakan pemilik Pelangi Color Services yang terlibat dalam menyediakan
perkhidmatan mengecat rumah kediaman dan bangunan komersil. Berikut adalah imbangan
duga pada 30 September 2019 yang disediakan oleh Encik Firdaus sendiri.

PELANGI COLOR SERVICES


Imbangan Duga Pada 30 September 2019
Dt. Kt.
Tunai 28,200
Bekalan mengecat 51,200
Perabot dan peralatan 40,000
Kenderaan 35,000
Susut nilai terkumpul – kenderaan 3,500
Susut nilai terkumpul-perabot dan peralatan 6,000
Pinjaman (12.5% matang 2015) 20,000
Hasil perkhidmatan belum terperoleh 10,000
Modal 47,400
Ambilan 35,000
Hasil Perkhidmatan 164,000
Belanja yuran firma Perakaunan 5,200
Belanja insurans kenderaan 2,300
Belanja faedah atas pinjaman 2,500
Belanja am pejabat 5,800
Belanja upah pekerja 23,000
Belanja telefon 7,900
Belanja pengangkutan 14,800
Jumlah 250,900 250,900

2
PELANGI COLOR SERVICES
Penyata Pendapatan Bagi Tahun Berakhir 30 September 2019
Hasil perkhidmatan 164,000
Tolak:
Yuran firma perakaunan 5,200
Belanja insurans kenderaan 2,300
Belanja faedah atas pinjaman 2,500
Belanja am pejabat 5,800
Belanja upah pekerja 23,000
Belanja telefon 7,900
Belanja pengangkutan 14,800 61,500
Keuntungan Bersih 102,500

Setelah meneliti penyata pendapatan yang disediakan oleh beliau sendiri, Encik Firdaus
raguragu tentang kesahihan penyata tersebut. Anda diminta oleh Encik Firdaus untuk
menyemak penyata di atas dan menyediakan kembali penyata yang betul menurut prinsip
perakaunan diterima umum.

Setelah membuat semakan anda mendapati perkara berikut belum diambil kira:

1. Invois telah dikeluarkan kepada pelanggan pada 3 Oktober 2019 untuk kerja-kerja
mengecat yang telah selesai dalam bulan September berjumlah RM9,000.
2. Insurans untuk perlindungan pekerja sepanjang tahun hadapan berjumlah RM6,000 telah
pun dibayar tetapi belum direkodkan.
3. Upah pekerja untuk kerja-kerja lebih masa bulan September telah dikira sebanyak
RM1,500. Upah ini akan dibayar pada akhir minggu pertama bulan Oktober 2019.
4. Susutnilai atas kenderaan adalah pada kadar 10% setahun ke atas kos.
5. Perabot dan peralatan dijangka dapat digunakan selama 10 tahun dan bernilai sisa
RM10,000.
6. En Firdaus telah menerima bayaran sebanyak RM10,000 untuk tempahan kerja-kerja
mengecat. Walau bagaimanapun sehingga 30 September 2019 hanya ¾ daripada
keseluruhan kerja tersebut telah dilaksanakan.

Dikehendaki:

a) Sediakan catatan jurnal pelarasan.


b) Sediakan Imbangan Duga Terlaras pada 30 September 2019.
c) Sediakan Penyata Pendapatan bagi tahun berakhir 30 September 2019.

3
d) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan pada 30 September 2019.

SOALAN 3
Syarikat Perkhidmatan Nish Kumar memulakan perniagaan pada 1 Januari 2020 dengan modal
RM120,000. Syarikat menguruskan kondominium untuk pemilik (Hasil Perkhidmatan) dan
menyewakan ruang dalam bangunannya (Hasil Sewa). Imbangan Duga dan Imbangan Duga
Terlaras pada akhir tahun pertama adalah seperti berikut:

Syarikat Perkhidmatan Nish Kumar


Lembaran Kerja
Untuk tahun berakhir 31 Disember 2020
Akaun Imbangan Duga Imbangan Duga Terlaras
RM RM RM RM
Tunai 14,500 14,500
Penghutang 23,600 23,600
Insuran Prabayar 3,100 1,400
Tanah 56,000 56,000
Bangunan 106,000 106,000
Peralatan 49,000 49,000
Pemiutang 10,400 10,400
Hasil Sewa Belum Terperoleh 5,000 2,800
Pajakan Belum Bayar 100,000 100,000
Modal, N.Kumar 120,000 120,000
Ambilan, N.Kumar 20,000 20,000
Hasil Perkhidmatan 75,600 75,600
Hasil Sewa 24,000 26,200
Belanja Gaji 30,000 30,000
Belanja Iklan 17,000 17,000
Belanja Utiliti 15,800 15,800
Jumlah 335,000 335,000
Belanja Insuran 1,700
Belanja Susutnilai - Bangunan 2,500
Susutnilai Terkumpul – Bangunan 2,500
Belanja Susutnilai – Peralatan 3,900
Susutnilai Terkumpul – Peralatan 3,900
Belanja Faedah 9,000
Faedah Belum Bayar 9,000
Jumlah 350,400 350,400

4
Dikehendaki:

a) Lengkapkan Lembaran Kerja di atas.


b) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan bertingkat pada 31 Disember 2020 (Nota:
RM10,000 dari Pajakan Belum Bayar perlu dibayar tahun depan).
c) Sediakan catatan jurnal pelarasan.
d) Sediakan catatan penutup pada 31 Disember 2020.
e) Sediakan Imbangan Duga Selepas Penutupan pada 31 Disember 2020.

BAHAGIAN B

1. Maklumat untuk menyediakan imbangan duga diambil daripada


a. penyata pendapatan
b. akaun lejar
c. catatan jurnal
d. dokumen perniagaan

2. Selepas catatan pelarasan dijurnalkan dan diposkan ke akaun lejar, baki dalam setiap akaun
seharusnya selari dengan baki yang ditunjukkan dalam: a. imbangan duga terlaras
b. imbangan duga selepas penutupan
c. jurnal
d. kolum pelarasan dalam lembaran kerja

3. Jika jumlah kolum debit melebihi jumlah kolum kredit dalam kolum penyata kewangan di
lembaran kerja, ini bermaksud:
a. syarikat menjana untung bersih
b. berlaku kesilapan kerana jumlah debit tidak sama dengan jumlah kredit
c. syarikat mengalami kerugian
d. catatan perlarasan perlu dilakukan

4. Akaun Ringkasan Pendapatan adalah


a. akaun kekal
b. item dalam Penyata Kedudukan Kewangan
c. item dalam Penyata Pendapatan Komprehensif
d. akaun sementara

5. Catatan penutup adalah perlu untuk


a. akaun kekal sahaja
b. akaun sementara sahaja
c. akaun kekal dan sementara
d. akaun kekal atau akaun sebenar sahaja

5
6. Ringkasan Pendapatan dilakukan
a. untuk menamatkan perniagaan syarikat.
b. supaya semua aset, liabiliti dan modal pemilik mempunyai baki sifar apabila tempoh
perakaunan seterusnya bermula.
c. supaya untung bersih (atau rugi) dan ambilan dipindahkan ke akaun modal pemilik.
d. supaya Penyata Pendapatan Komprehensif dapat disediakan.

7. Catatan Penutup
a. disediakan sebelum Penyata Pendapatan Komprehensif
b. mengurangkan jumlah akaun kekal
c. menyebabkan akaun hasil dan belanja mempunyai baki sifar
d. meringkaskan aktiviti dalam setiap akaun

8. Catatan penutup mungkin disediakan daripada maklumat dalam sumber berikut


KECUALI:
a. baki terlaras dalam akaun lejar
b. penyata pendapatan dalam kolum lembaran kerja
c. penyata kedudukan kewangan
d. penyata pendapatan dan modal pemilik

Berikut adalah maklumat daripada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise bagi bulan
berakhir 30 Jun 2018:

RM RM
Hasil 7,000 Belanja:
Belanja gaji 3,000
Belanja sewa 1,000
Belanja iklan 800
Belanja bekalan 300
Belanja insurans 100
Jumlah belanja 5,200

Untung Bersih 1,800

9. Merujuk kepada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise diatas, catatan untuk
menutup akaun hasil termasuklah
a. debit ringkasan pendapatan RM1,800
b. kredit ringkasan pendapatan RM1,800.
c. debit ringkasan pendapatan RM7,000.
d. kredit ringkasan pendapatan RM7,000.

6
10. Merujuk kepada Penyata Pendapatan Syarikat Archer Enterprise diatas, catatan untuk
menutup akaun belanja termasuklah
a. debit ringkasan pendapatan RM1,800.
b. kredit belanja sewa RM1,000.
c. kredit ringkasan pendapatan RM5,200.
d. debit belanja gaji RM3,000

7
FAKULTI EKONOMI DAN PENGURUSAN

EPPD1033 Prinsip Perakaunan


Tutorial 4: Kitaran Lengkap Perakaunan

SOALAN 1
Berikut adalah imbangan duga terlaras bagi Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) pada 31 Oktober
2019, yang dimiliki oleh Miss Mary:

Pusat Tuisyen Bijak Bistari (PTBB) Imbangan


Duga Terlaras Pada 31 Oktober 2019
Debit (RM) Kredit (RM)
Tunai 1,000
Bekalan 300
Insuran Prabayar 2,000
Peralatan 24,000
Susutnilai Terkumpul — Peralatan 4,900
Akaun Belum Bayar 2,400
Sewa Belum Bayar 600
Nota Belum Bayar 4,000
Modal, Miss Mary 15,300
Ambilan, Miss Mary 2,400
Hasil 4,900
Belanja Utiliti 400
Belanja Bekalan 800
Belanja Insurans 200
Belanja Susutnilai 400
Belanja Sewa 600
Jumlah 32,100 32,100

1
Dikehendaki:

a) Sediakan Penyata Pendapatan PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.


b) Sediakan Penyata Ekuiti Pemilik PTBB bagi bulan berakhir 31 Oktober 2019.
c) Sediakan Penyata Kedudukan Kewangan PTBB pada 31 Oktober 2019.
d) Sediakan catatan penutup pada 31 Oktober 2019.

CADANGAN JAWAPAN SOALAN 1


a)
Pusat Tuisyen Bijak Bistari
Penyata Pendapatan Bagi Bulan Berakhir 31 Oktober 2019
Hasil 4,900
Tolak:
Belanja utiliti 400
Belanja Bekalan 800
Belanja Insurans 200
Belanja Susutnilai 400
Belanja Sewa 600 2,400
Untung Bersih 2,500

b)
Pusat Tuisyen Bijak Bistari
Penyata Ekuiti Pemilik Bagi Bulan Berakhir 31 Oktober 2019
Modal Awal 15,300
(+) Pendapatan Bersih 2,500
(-) Ambilan (2,400)
Modal Akhir 15,400

c)
Pusat Tuisyen Bijak Bistari
Penyata Kedudukan Kewangan Pada 31 Oktober 201
9
ASET SEMASA:

Tunai 1,000
Bekalan 300

2
Insurans Prabayar 2,000 3,300
ASET BUKAN SEMASA:
Peralatan 24,000
(-) Susut nilai terkumpul-peralatan (4,900) 19,100
JUMLAH ASET 22,400

LIABILITI SEMASA
Akaun Belum Bayar 2,400
Sewa Belum Bayar 600
Nota Belum Bayar 4,000 7,000
EKUITI PEMILIK
Modal Akhir 15,400
JUMLAH LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK 22,400

d) Catatan Penutup (pada 31 Okt 2019)


1) Dt Hasil 4,900
Kt Ringkasan Pendapatan 4,900
(Menutup akaun hasil)
2) Dt Ringkasan Pendapatan 2,400
Kt Belanja Utiliti 400
Kt Belanja Bekalan 800
Kt Belanja Insurans 200
Kt Belanja Susutnilai 400
Kt Belanja Sewa 600
(Menutup akaun belanja)
3) Dt Ringkasan Pendapatan 2,500
Kt Modal, Miss Mary 2,500
(Menutup akaun ringkasan pendapatan)
4) Dt Modal, Miss Mary 2,400
Kt Ambilan 2,400
(Menutup akaun ambilan)

Anda mungkin juga menyukai