Anda di halaman 1dari 2

3756/2 4 SULIT

2 Azilah dan Yeo merupakan pekongsi dalam Perkongsian A & Y yang beroperasi
di Cheras Kuala Lumpur.
Berikut adalah ikatan perjanjian yang dipersetujui:
i. Azilah dan Yeo masing-masing layak menerima gaji sebanyak RM100 sebulan
ii. Faedah atas modal adalah 10% setahun
iii. Faedah akan dikenakan ke atas ambilan sebanyak 5% setahun
iv. Faedah atas pinjaman 8% setahun
v. Untung rugi perkongsian dibahagikan mengikut nisbah modal

Berikut adalah Imbangan Duga perkongsian yang disediakan pada 31 Disember 2017:
Perkongsian A & Y
Imbangan Duga Pada 31 Disember 2017
Butir Debit Kredit
RM RM
Modal: Azilah 45 000
: Yeo 45 000
Akaun Semasa: Azilah 1 000
: Yeo 1 422
Jualan 62 500
Belian 34 000
Inventori pada 1 Januari 2017 2 200
Gaji pekerja 3 700
Belanja pentadbiran 2 970
Insurans 4 800
Bangunan 100 000
Sewa 1 750
Akaun Belum Bayar 870
Akaun Belum Terima 4 350
Peruntukan hutang ragu 80
Perabot (kos) 9 000
Susut nilai terkumpul perabot 900
Lengkapan (kos) 10 000
Susut nilai terkumpul lengkapan 500
Bank 6 802
Pinjaman daripada Azilah pada 30 Jun 2014 20 000
Faedah pinjaman Azilah 1 200
179 022 179 022

3756/2@2018 Hak Cipta BPTV SULIT


3756/2 5 SULIT

Maklumat tambahan:
i. Inventori akhir RM2 800 pada nilai pasaran dan RM3 200 pada nilai kos.
ii. Tarikh tamat insurans tahunan pada 28 Februari 2018.
iii. Pekongsi masing-masing membawa masuk RM5000 ke bank perkongsian pada
1 Julai 2017.
iv. Sewa belum terima RM200.
v. Pulangan barang salah jenama oleh pelanggan RM350 masih belum direkod.
vi. Peruntukan hutang ragu 5% atas akaun belum terima.
vii. Susut nilai aset bukan semasa adalah seperti berikut:
Lengkapan 5% setahun atas kos
Perabot 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan
viii. Ambilan barang niaga telah dibuat oleh pekongsi pada tarikh berikut belum
direkod:
Yeo RM2 400 pada 31 Januari 2017
ix. Gaji Azilah telah dibayar RM500 tersalah catat ke akaun gaji pekerja.

Anda dikehendaki menyediakan:


(a) Akaun Perdagangan dan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017
[9 markah]
(b) Akaun Pengasingan Untung Rugi bagi tahun berakhir 31 Disember 2017
[4 markah]
(c) Akaun Semasa dan Akaun Modal pekongsi (beruangan) [5 markah]
(d) Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2017 [7 markah]

3756/2@2018 Hak Cipta BPTV SULIT

Anda mungkin juga menyukai