Anda di halaman 1dari 14

FOLIO PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

Nama : Nur Amiera Binti Fareed Izman


Kelas : 5 Nilam
Tajuk : Kesihatan diri dan keluarga
Guru penasihat : Pn Saadah
4.1 KESIHATAN DIRI
 Kesihatan diri adalah perkara yang perlu diberi perhatian kerana segala
penyakit berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat seperti amalan
pemakanan yang tidak sihat.
 Amalan pemakanan yang tidak sihat berpunca daripada masalah psikologi
individu.
 Institusi kekeluargaan memainkan peranan penting dalam usaha
memperolehi kesempurnaan hidup.

Contoh Amalan Gaya Hidup Tidak Sihat


MEROKOK ALKOHOL

MAKANAN RINGAN / MINUMAN BERKARBONAT


PERMASALAHAN FIZIKAL
1) OBESITI
Individu yang mengalami masalah obesiti, akan mengalami masalah fizikal kerana
kesukarannya untuk bergerak cergas. Apbila melakukan aktiviti, individu yang
obes cepat berasa penat serta tidak mempunyai kekuatan dan daya tahan otot
yang baik. Keadaan ini menyebbkan individu tersebut mudah mendapat
kecederaan.

2) KURANG UPAYA
Kurang upaya boleh mengganggu pergerakan individu. Kadangkala kerja – kerja
harian seperti memakai baju, makan dan sebagainya terpaksa dibantu oleh orang
lain. Individu yang kurang upaya mempunyai peluan terhad untuk melibatkan diri
dalam aktiviti berbentuk fizikal.

3) JERAWAT
Jerawat boleh menjejaskan wajah dan juga emosi seseorang. Faktor yang
mungkin berkaitan dengan jerawat ialah ketidakseimbangan hormon, makanan,
cuaca, bahan kimia dan stres. Kita perlu menjaga kebersihan muka untuk
mengelakkan daripada jerawat.
PENJAGAAN KESIHATAN
Menjaga kesihatan diri amat penting kerana fizikal yang cergas akan
menghasilkan otak yang cerdas. Bagi menjaga kesihatan dan tahap kecergasan
diri, individu perlu kerap bersenam dan mengamalkan pemakanan yang
seimbang. Seseorang individu perlu memastikan tahap kecergasan dan
pemakanan mereka teratur.

 TAHAP KECERGASAN
Bagi mengekalkan tahap kecergasan yang minimum, kita perlu bersenam 30 minit
sehari, tiga kali seminggu, pada intensiti sederhana. Aktiviti yang dilakukan perlu
tertumpu kepada membina daya tahan kardiovaskular, daa tahan dan kekuatan
otot, ketangkasan dan fleksibiliti. Komponen – komponen ini boleh membantu
kita mencapai tahap kecergasan yang menyeluruh.

 PEMAKANAN
Kita perlu mengamalkan diet yang seimbang untuk menjaga kesihatan diri. Kita
juga perlu mengurangkan makanan berlemak dan berminyak terutamanya yang
mengandungi lemak tepu. Kita juga patut mengelakkan makan makanan yang
mempunyai kandungan kolestrol yang tinggi.
4.2 PERASAAN
 Perasaan adalah emosi yang terbit daripada jiwa seseorang individu.
 Emosi dapat digambarkan melalui ekspresi muka dan perlakuannya.
 Remaja merupakan golongan yang kerap berhadapan dengan masalah tekanan
emosi.
 Tekanan emosi ini biasanya berpunca daripada masalah-masalah persekitaran
dan psikologi seperti masalah keluarga, rakan, guru, pelajaran, sekolah,
kewangan, percintaan dan sosial.
 Tekanan emosi perlu ditangani dengan bijak agar tidak berlarutan dan
mengganggu aktiviti harian kita.

Emosi Positif Emosi Negatif


(gembira, sayang, cinta, tenang) (sedih,marah,benci,dengki,takut)
Cara – cara untuk menangani tekanan emosi
1) Meluahkan perasaan kepada orang yang dipercayai

2) Kaunseling dengan kaunselor yang dilatih

3) Aktiviti Rekreasi
- Tindak balas kimia hormone adrenalin dan beta-endorphin di dalam tubuh
akan menyebabkan kita berasa tenang.

4) Rawatan Pakar
- Pakar psikiatri dapat mengesan punca tekanan dan merawat individu
tersebut dengan efektif.
4.3 KEKELUARGAAN

Kasih sayang adalah kunci kepada keharmonian keluarga. Sebuah keluarga


yang bahagia dan harmoni menyediakan satu persekitaran yang sihat untuk
mengasuh dan mendidik anak- anak supaya menjadi ahli masyarakat yang
berguna kepada bangsa dan negara.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, institusi keluarga di negara kita telah
digugat oleh krisis keluarga yang berpunca daripada pelbagai isu seperti
poligami, perceraian, pengabaian tanggungjawab, keganasan rumah tangga
dan sumbang mahram.

Isu- isu yang berkaitan dengan krisis kekeluargaan ini perlu diketengahkan
untuk dibincangkan Bersama- sama agar kita dapat memahami isu – isu ini.
Isu Kekeluargaan
 Perkahwinan
- Penyatuan sepasang suami isteri dijalinkan melalui satu ikatan
perkahwinan yang sah mengikut undang-undang syariah dan kepercayaan
agama setiap kaum di negara kita.

Kebahagiaan sesebuah keluarga boleh tergugat jika berlakunya krisis


kekeluargaan seperti poligami,perceraian dan sebagainya.

 Poligami
- Amalan beristeri lebih daripada seorang pada suatu masa yang sama. Islam
membenarkan lelaki yang berkemampuan dari segi fizikal dan ekonomi
untuk berkahwin empat dalam satu masa. Krisis kekeluargaan berlaku
sekiranya suami memberi perhatian kepada kesemua isterinya dengan adil.
 Perceraian
- Perpisahan ikatan perkahwinan yang dilakukan secara rasmi di mahkamah
syariah atau sivil. Terdapat kes-kes tertentu pihak isteri berhak menuntut
cerai daripada suami seperti suami tidak memberi nafkah, suami dipenjara
atas kesalahan jenayah dan sebagainya.

 Pengabaian Tangungjawab
- Boleh diertikan sebagai ibu bapa tidak melaksanakan tanggungjawab untuk
mendidik, mengasuh, dan melindungi anak-anak mereka dengan baik.
 Keaganasan rumah tangga
- Boleh diertikan sebagai pukulan atau penderaan yang boleh
mendatangkan kecederaan, kecatatan dan kematian. Keganaan rumah
tangga merupakan satu isu yang dianggap sensitive dalam masyarakat kita
dan kebanyakan mereka mengambil sikap berdiam diri kerana malu pada
jiran sekeliling.

 Sumbang Mahram
- Hubungan seks yang berlaku sesama ahli keluarga sama ada secara
sukarela atau paksaan. Mangsa yang terlibat dengan kes sumbang mahram
ini akan mengalami trauma yang berpanjangan dari segi emosi dan mental.

Anda mungkin juga menyukai