Anda di halaman 1dari 12

http://shydatulhushna.blogspot.com/ SENI DALAM PENDIDIKAN 1.

0 Pengenalan Mengikut Kamus Dewan Edisi baru, seni didefinisikan sebagai karya ( sajak, lukisan, muzik dan lain-lain ) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Secara tidak langsung mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

Dipandang daripada sudut agama, Imam Muslim melalui penulisan kitabnya, Kitab Al- Iman, menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej atau objek yang ditemui. Dalam erti kata lain, Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu ( pengetahuan ) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidaktidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri.

Menurut Herbert Read ( buku, The Meaning of Arts ) pula seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik ( Art is Expression ). Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini.

2.0 Aplikasi seni dalam pendidikan Seni merupakan sesuatu yang subjektif untuk digambarkan. Seni itu indah dan halus. Seni bukan sahaja diaplikasikan dalam satu bidang tetapi dalam beberapa

bidang seperti seni suara, seni tari dan seni lakon. Kesemua seni yang dinyatakan tadi merupakan seni yang memerlukan pergerakan, suara, dan ekspresi dalam melahirkan sesuatu yang indah dari dalam diri kita. Seni juga diaplikasikan dalam pengajaran. Pengajaran memerlukan pemahaman dan pemahaman memerlukan tarikan yang menarik dan kreatif. Seni yang disematkan dalam setiap pengajaran haruslah memberi satu nilai dalam jangka masa yang panjang dan memberi impak yang positif untuk seseorang individu.

Seni adalah hasil daripada kreatif dan kritis dari pemikiran seseorang manusia yang diolah secara halus dan sederhana. (Pahlawi Web Al. Mei 2007). Ke nyataan tadi mendefinisikan seni sebagai satu pergerakan yang dinamik dan pemikiran logik manusia yang diwujudkan melalui ketekunan dan kehalusan budi yang ditentukan oleh ilmu, moral, dan ketakwaan manusia terhadap sang pencipta. Seni juga merupakan satu disiplin ilmu yang bersama-sama terbentuk dalam mencapai kedewasaan akhlak dan tabiat seseorang muslimseperti jujur, rajin , taqwa serta sabar. Apabila dasar pembelajaran seni ini diterapkan, pembelajaran menjadi lebih lengkap dari pelbagai aspek.

Seni

dalam

pendidikan

merupakan

sesuatu

yang

baru

dan

ianya

menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen tersebut ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan melibatkan penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengari. Warna merupakan elemen yang penting dalam kehidupan. Tanpa warna kehidupan akan menjadi tidak bermakna. Semestinya, kehidupan akan menjadi bosan dan tidak menarik. Warna juga turut digunakan dalam seni dalam pendidikan iaitu dalam komponen Pendidikan Seni Visual. Warna memainkan peranan yang penting dalam menggambarkan sesebuah kebudayaan, emosi. dan maksud dalam karya seni visual.

Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Irama dapat dinyatakan sebagai rentak yang berlaku secara berulang. Sesuatu irama itu boleh dinikmati sewaktu kita mendengar muzik. Irama yang menarik dalam sesuatu muzik

akan mempengaruhi seseorang untuk mendengar muzik tersebut berulang kali. Dalam kehidupan kita seharian, kita semestinya akan menemui pelbagai irama. Sebagai contoh bunyi tapak kaki, bunyi degupan jantung, bunyi titisan air di sinki dan sebagainya. Semua ini merupakan irama yang wujud disekeliling kita tanpa kita sedari dan kebanyakan ianya berlaku setiap masa.. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan corak yang berulang dan susunan sekata yang mewujudkan pergerakan.

Kanak-kanak akan mula memahami sesuatu kemahiran yang berbentuk irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik.

Irama yang diaplikasikan dalam pengajaran akan menjadikan pelajar banyak melakukan pergerakan dan secara tidak langsung, elemen yang ketiga dipenuhi. Elemen-elemen seni dalam pengajaran ini menjadi satu hubung kait yang kukuh dalam menjadikan pengajaran lebih efektif dan kreatif. Kanak-kanak akan menjadi lebih terdorong untuk memahami sesuatu perkara secara seronok. Kesimpulannya, guru perlu mengambil langkah dalam memanipulasikan elemen seni dalam pengajaran supaya pengajaran mereka akan menjadi lebih berkesan.

Menurut Kenneth M.Lansing ( 1973 ) dalam bukunya Art, Artist dan Art Education menyatakan bahawa aktviti pendidikan seni yang wujud boleh berfungsi sebagai satu cabang komunikasi. Kebolehan guru dalam menyampaikan pengajaran dan menggunakan kaedah yang betul akan dapat memenuhi keperluan. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan

menumpukan kepada perkembangan pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Seni Dalam Pendidikan sebenarnya memberi peluang kepada kanak-kanak untuk meneroka alam sekeliling mereka, yakni apa yang mereka lihat, sentuh,bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif.

3.0 Kepentingan seni dalam pendidikan kepada pendidik Seni dalam pendidikan adalah untuk membantu perkembangan menyeluruh danseimbang setiap insan dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani selari denganFalsafah Pendidikan Negara. Seni dalam pendidikan bermatlamat untuk menyediakan guru permulaan sekolah rendah dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mengintergrasikan aktiviti Seni Visual, Muzik dan Pergerakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelbagai bidang matapelajaran lain. Melalui aktiviti ini, ianya akan dapat mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, ekspresi, inkuiri dan kecerdasan pelbagai. Integrasi seni dalam pendidikan akan mambantu dan memudahkan lagi guru dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengaplikasikan teori-teori pembelajaran dalam proses tersebut terutama di sekolah rendah. Di antara faedah dan kepentingan seni kepada seorang pendidik seperti:

1) Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonalti yang berketrampilan dan professional. Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka,berpesonaliti yang seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan. Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan

mendorong kanak-kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2) Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan pembelajaran. Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3) Guru senang mencapai objektif atau matlamat. Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. QuadrantConcept (1991) oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan,menyatakan bahawa seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan. Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.

4) Guru dapat mempelbagaikan pembelajaran.

teknik dan strategi dalam pangajaran dan

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan linguistik dan matematik sahaja.Kecergasan lain mungkin akan hilang.Teori ini menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai teknik pengajaran. Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan

3.0 Faedah yang diperolehi melalui pembelajaran Seni Dalam Pendidikan ialah:-

1) Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan kemahiran belajar. Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan pilihan warna yang lembut, ianya dapat member ikeyakinan dalam diri kita. Keyakinan akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2) Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi. Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita

mengembangkan lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya, warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang individu.Justeru itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3) Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh. Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif.Seni banyak dihubungkaitkan dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,mengukuhkan esteem kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh. Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

4) Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan. Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan

menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan kita. 5) Penghubungkait, gerak hati, celik akal dan kecergasan Lateral Leaps Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat

taakulan,berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang. Ianya memberi keupayaan dalam kemahiran berfikir seperti menyelesaikan masalah, membuat analisis, sintaksis dan penilaian melalui perasaan, ekspresi dan imaginasi

5.0 Kesimpulan Secara kesimpulannya, seni dalam pendidikan adalah sangat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana, pengajaran seni dalam pendidikan dapat memupuk minat pelajar serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran menyeronokkan dan tidak lagi membosankan. Oleh itu, guru harus mengaplikasikan seni dalam pengajaran untuk memastikan penyampaian pengajaran guru tersebut dapat merangsang kearah pembelajaran yang berkesan. Di samping dapat mengalakkan pelajar bergerak aktif ketika proses P&P ini berlangsung kerana tertarik dengan kaedah yang digunakan ini.

http://rafaierizuwansenipendidikan.blogspot.com/2010/11/aplikasi-senidalam-pengajaran.html Aplikasi Seni Dalam Pengajaran


Seperti yang kita sedia maklum pada hari ini, di sekolah pada masa kini tidak kira sekolah rendah mahupun sekolah menengah telah dimasukkan pengajaran matapelajaran seni. Seni dalam pendidikan atau pengajaran lebih dikenali sebagai (SDP) yang diwujudakan bagi membantu perkembangan yang seimbang individu itu dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang turut sama ingin mewujudkan insan yang seimbang dari aspek yang sama. Selain itu, ianya juga bermatlamat untuk menyediakan guru yang mempunyai pengetahuan dan juga kemahiran untuk mengintegrasikan aktiviti seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran yang lain. Seni dalam pendidikan merupakan sesuatu yang baru dan ianya menggabungkan tiga elemen penting. Elemen-elemen yang dimaksudkan ialah seni visual, seni pergerakan dan juga seni muzik. Dalam seni visual ianya lebih melibatkan lukisan, manakala seni pergerakan merangkumi penggunaan ruang dalam sesuatu aktiviti. Dan seni muzik pula lebih kepada interpretasi seseorang terhadap muzik yang didengarinya. Menurut Dr. Sharifah Norul Akmar Syed Zamri (2006), asas pendidikan di rujuk sebagai 3R iaitu membaca, menulis dan mengira. Penggunaan huruf, R adalah satu perkataan yang sesuai digunakan dalam Bahasa Inggeris tetapi mungkin tidak dalam Bahasa Melayu. Seni perlu dijadikan R keempat atau literasi asas kerana Seni dalam Pendidikan memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Ketiga-tiga elemen tadi jika diaplikasikan dalam pengajaran guru, hasil yang diperolehi adalah proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih sempurna. Hal ini kerana, pengajaran yang

dilaksanakan dengan menggabung jalin pelbagai unsur seni yang mana ianya berbeza dari kaedah pengajaran yang turun-temurun berkonsepkan pengajaran meggunakan kapur dan papan tulis sebagai media menjadikan murid-murid merasa bosan, sekiranya penyampaian maklumat samaada nyanyian melalui seni muzik dapat menjadikan murid berasa lebih seronok untuk belajar. Selain itu, murid akan berasa lebih selesa dan lebih mudah untuk memahami sesuatu tajuk yang diajar.

Hal ini kerana, guru mengajar dengan menggunakan kaedah penyampaian isi pelajaran melalui nyanyian dan sebagainya. Warna, irama dan juga pergerakan merupakan elemen yang senantiasa wujud di sekeliling murid-murid. Melalui kewujudan unsur-unsur ini, murid-murid dapat mempelajari sesuatu yang baru disekeliling mereka dengan lebih seronok dan lebih berkesan. Irama merupakan elemen yang terdapat dalam seni muzik. Dalam pendidikan seni, irama digambarkan sebagai sesuatu susunan sesuatu corak yang berulang, susunan sekata yang mewujudkan pergerakan. Kanak-kanak akan mula memahami dan belajar sesuatu kemahiran dalam irama sewaktu mereka melakukan aktiviti seperti melompat, bergerak ke kiri dan ke kanan, menari, melukis corak dan sebagainya. Sebenarnya irama dapat meransang minda kanak-kanak untuk memberikan tumpuan apa yang sedang dilakukan. Tanpa kehadiran muzik yakni irama, sudah semestinya sesuatu aktiviti itu menjadi hambar dan murid akan merasa cepat bosan. Selain itu, kehadiran Irama dalam aktiviti yang dilakukan secara tidak langsung menarik minat kanak-kanak untuk menyertai sesuatu aktviti dengan lebih seronok dan bersemangat. Kanak-kanak akan merasa lebih seronok melakukan aktviti seperti melompat sambil mengikut irama muzik. Mereka juga akan meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Ruang juga merupakan elemen dalam matapelajaran Seni Dalam Pendidikan. Ruang dapat didefinisikan sebagai kawasan yang terletak di sekeliling sesuatu objek atau dengan kata lain jarak antara dua objek. Menurut Howard Gardner ( 1983 ), kecerdasan ruang melibatkan kebolehan-kebolehan melihat dunia visual spatial dengan lebih tepat. Bilik darjah perlu disusun dengan baik bagi memastikan terdapat ruang yang cukup untuk guru dan juga pelajar melakukan aktiviti dengan selamat, selesa dan berkesan. Ini secara tidak langsung membantu menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih efektif dan seterusnya mencapai matlamat pnp tersebut. Selain itu, guru perlulah memahami dan menghayati kurikulum dan menguasai Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual. Kemahiran guru dalam mengolah sukatan pelajaran dengan menumpukan kepada perkembangan

pengetahuan dan peningkatan kemahiran tertentu dengan menggunakan pelbagai pendekatan dan teknik yang sesuai. Aplikasi seni dalam pengajaran sebenarnya memberi peluang kepada murid-murid untuk meneroka alam sekeliling mereka,

yakni apa yang mereka lihat, sentuh, bergerak dan berfikir dalam setiap aktviti pembelajaran yang mereka lakukan. Melalui cara ini, secara tidak langsung, ia mengajar murid untuk menangani menguruskan sumber imaginasi, kreativiti, pemikiran, serta emosi dengan lebih efektif dan proaktif. Kanak-kanak di sekolah rendah belajar dalam suasana yang aktif. Mereka membina pengetahuan secara aktif. meneroka pergerakan-pergerakan yang lebih kreatif dan menarik apabila wujudnya tindakbalas kanak-kanak tersebut dengan muzik atau irama yang mereka dengar. Pembelajaran secara aktif dan juga melibatkan interaksi sosial amatlah digalakkan. Melalui aktiviti yang dilakukan seperti meneroka, membuat eksperimen dan mengolah bahan, murid akan memperoleh pengalaman yang baru. Pengalaman tersebut akan kekal kerana mereka meneroka sendiri dan menggunakan pencaindera mereka untuk menilai apa yang dilakukan. Oleh itu, melalui aktiviti seni, kanak-kanak boleh meluahkan idea atau perasaan mereka yakni emosi secara bebas dan kreatif. Guru matapelajaran hendaklah melengkapkan diri dengan kemahirankemahiran yang diperlukan. Perancangan aktiviti juga perlu diberi tumpuan demi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dilakukan berkesan. Guru hendaklah memainkan peranan dengan menggalakkan murid menggunakan sepenuhnya kelebihan diri mereka disamping guru menyediakan pelbagai aktiviti yang meransang minat kanak-kanak dan memenuhi keperluan murid-murid yang mempunyai kepelbagaian gaya belajar. Tiga unsur dalam Seni Dalam Pengajaran iaitu seni visual, muzik dan juga pergerakan perlulah digabungkan dengan semaksimum mungkin bagi menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan berkesan dan kreatif. Guru perlulah mempunyai pengetahuan tentang bagaimana untuk menggunakan warna dengan baik, memasukkan elemenelemen irama dan dalam masa yang sama menggunakan ruang yang sesuai bagi meransang minda murid-murid sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui kaedah tersebut iaitu gabungan elemen seni dalam pendidikan, murid akan berasa seronok dan gembira serta melakukan aktiviti dengan lebih aktif. Mereka tidak terikat dengan cara atau teknik pengajaran yang lama dimana ianya lebih berpusatkan kepada guru. Pengajaran dalam bilik darjah boleh dilaksanakan dengan mengaitkan mata pelajaran tertentu dengan unsur warna, irama, pergerakan. Contohnya,

matapelajaran sains guru akan mengajar tajuk haiwan iaitu haiwan liar. Guru boleh membawa murid-murid ke ZOO Negara. Seterusnya murid-murid menjalani proses memerhati, membuat catatan tentang ciri-ciri binatang yang dilihat dari aspek warna, tubuh badan, saiz dan sebagainya. Selain murid-murid juga boleh melukis rupa bentuk binatang yang mereka lihat. Kebebasan perlulah diberikan kepada murid untuk mereka menggunakan warna dan mencampurkan untuk mendapatkan hasil yang menarik dan kreatif. Guru boleh mengarahkan murid untuk membentang hasil yang diperolehi. Pembentangan boleh dilakukan secara berkumpulan. Setiap kumpulan boleh menggunakan setiap ruang yang ada dalam kelas dengan semaksimum mungkin dan menjalinkan bersama kreativiti mereka bagi menjadikan pembentangan tersebut menarik dan kreatif. Seterusnya setiap kumpulan akan membuat persembahan seperti menyanyi dan juga menari lagu yang berkaitan dengan haiwan yang telah mereka kaji. Mereka boleh membuat pergerakan dan bunyi haiwan yang telah mereka kaji. Perbincangan antara ahli kumpulan perlu dilakukan untuk menghasilkan satu bentuk persembahan yang menarik dan kreatif. Secara umumnya, aplikasi seni dalam pengajaran merupakan suatu kaedah yang seharusnya dikuasai oleh semua guru untuk memberikan pemahaman yang berkesan kepada murid-muridnya. Degan kaedah yang dilaksanakan dalam mata pelajaran murid-murid yang memperolehi ilmu baru akan merasa seronok dan tidak bosan kerana semua perkara seperti keindahan, keceriaan, muzik melalui bunyibunyian yang dihasilkan dapat memberikan pelajar tidak tertekan dengan isi pelajaran yang diajar oleh guru. Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada muridmuridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.

Anda mungkin juga menyukai