Anda di halaman 1dari 5

Bagaimana Hendak Menjadi S.M.A.R.

T
by CAHAYA PURNAM A

BAGAIMANA HENDAK JADI SMART?


KITA sering kali mendengar istilah SMART yang digunakan
dalam melaksanakan pelbagai urusan. Pada umumnya
sekiranya istilah tersebut ditujukan kepada manusia maka
ianya membawa pengertian bahawa seseorang individu itu
perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan
diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala
pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu
yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang
pembaziran.
Perkataan SMART sebagai satu perkataan akronim serta
membuat huraian bagaimana perkataan tersebut dapat
menjadikan satu refleksi dalam urusan kehidupan harian kita.

Maksudnya SMART membawa


pengertian Sentiasa Mahu Ambil Risiko danTanggungjawab.
Huraiannya adalah seperti berikut:-

S (Sentiasa) Sentiasa membawa pengertian sesuatu


yang dilakukan itu perlulah secara konsisten atau
berterusan. Kejayaan tidak boleh dicapai hanya dengan
semalaman tetapi melalui ketekunan yang diamalkan
setiap hari sedikit demi sedikit secara berterusan. Pepatah
melayu ada mengatakan Sedikit-sedikit lama-lama jadi
bukit.
Usaha secara berterusan setiap hari dapat mengurangkan
tekanan. Tekanan akan terasa sekiranya sesuatu tugasan itu
dibuat hasil daripada tangguhan kerja dari masa yang lalu.

M (Mahu) Kemahuan adalah punca segala kejayaan.


Ianya lahir dari jiwa yang suci. Kemahuan juga ada
kaitannya dengan matlamat hidup. Seseorang yang
mempunyai matlamat sama ada matlamat jangka panjang
atau matlamat jangka pendek akan sentiasa bermotivasi
dan berkeinginan untuk terus berusaha ke arah kejayaan
berketepatanlah dengan pepatah melayu berbunyi di
mana ada kemahuan, di situ ada jalan.
A (Ambil) Segala keinginan tidak akan tercapai sekiranya
kita tidak melakukannya. Dengan lain perkataan, sekiranya
seseorang itu tidak mengambil inisiatif untuk melaksanakan
segala yang diidamkan maka ianya hanya akan wujud

dalam imaginasi dan ilusi sahaja. Oleh itu tindakan harus


diambil untuk merealisasikan matlamat yang menjadi
hasrat dalam jiwa kita. Bulat tidak akan datang menggolek
dan pipih tidak akan datang melayang tanpa usaha yang
gigih.

R (Risiko) Risiko membawa maksud cabaran. Kehidupan


ini penuh dengan cabaran. Seseorang yang inginkan
kejayaan harus sanggup menghadapi cabaran. Cabaran
dapat menggerakkan kita ke arah kehidupan yang lebih
dinamik. Manusia ingin mendaki Gunung Everest kerana
ianya penuh dengan cabaran. Cabaran juga akan
mematangkan seseorang itu dalam meniti usianya.
T (Tanggungjawab) Tanggungjawab adalah sifat yang
amat diperlukan pada setiap individu. Seseorang yang
bertanggungjawab akan berusaha untuk melakukan
sesuatu tindakan yang dapat memberi faedah kepada
dirinya, keluarga, masyarakat dan negara. Seseorang yang
bertanggungjawab juga akan cuba mengelak membuat
sebarang tindakan yang boleh mendatang kerugian serta
keburukan.

Dari huraian yang ringkas tadi kita dapati seseorang


yang SMART adalah mereka yang sentiasa mahu ambil
risiko dan tanggungjawab.
Sebagai seorang pelajar, anda perlulah sentiasa mempunyai
keinginan untuk menimba ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu.
Dalam proses menimba ilmu pengetahuan sudah tentulah
anda akan menempuh pelbagai cabaran.

Sebagai seorang insan anda harus cekal menghadapi


cabaran. Cabaran adalah merupakan mainan dan asam
garam dalam kehidupan. Kesabaran adalah ubat yang paling
utama dalam menghadapi cabaran dan kesabaran itu juga
adalah separuh daripada iman.
Sebagai seorang pelajar anda juga perlulah
bertanggungjawab di atas segala tindakan. Anda perlulah
percaya serta yakin terhadap kebolehan diri sendiri.
Sekiranya anda yakin dan bertanggungjawab di atas segala
tindakan yang anda lakukan, maka insyaAllah tindakan yang
akan anda ambil itu adalah sesuatu yang diredhai Allah.

Oleh itu lakukan sesuatu tindakan itu dengan hati yang jujur
dan ikhlas, tanpa dipaksa dan dengan penuh rasa
tanggungjawab. Sebagai seorang guru pula sifat berani
mengambil risiko dan tanggungjawab adalah merupakan sifat
yang paling mulia. Sesungguhnya golongan guru sentiasa
menanggung risiko dan tanggungjawab di dalam
melaksanakan tugas mereka.

Risiko dan tanggungjawab ini dapat dilihat melalui pelbagai


perancangan dan aktiviti yang dijalankan di sekolah-sekolah
ke arah mewujudkan pelajar-pelajar yang cemerlang. Mereka
lakukan ini tanpa mengira masa, wang ringgit dan tenaga.

Sesungguhnya seseorang yang takut pada risiko bukan


sahaja membantutkan segala kreativiti yang ada pada diri
mereka malah ianya merupakan penghalang ke arah proses
anjakan paradigma.

Berdasarkan huraian di atas adakah anda seorang


yang SMART? Buatlah satu refleksi diri sendiri berdasarkan
ciri-ciri yang dihuraikan di atas.

Anda mungkin juga menyukai