Anda di halaman 1dari 15

KANAK-KANAK PINTAR CERDAS

SITI WAHIDA WAHAB VIRUNTHA DEVI A/P SANTHIRALAKAN

PENGAMATAN TNGGI

KEINGINAN UNTUK TAHU

CIRICIRI

CEPAT MENERIMA INFORMASI

MINAT MENDALAM

CEPAT MEMBACA

PENUMPUAN YANG LAMA

CIRICIRI

SUKA MEMBACA

TATABAHASA

PROBLEM SOLVING

FALSAFAH & ISU SOSIAL

CIRI

TELITI DLM PERTANYAAN

IMAGINASI TINGGI

SENSITIF

BERJENAKA

CIRI
BERSEMANGAT

KEADILAN

TANDA-TANDA
Mula berjalan dan bercakap lebih awal dari kanak-kanak biasa. Semasa kecil lagi sudah menunjukkan kebolehan menyusun perkataan dan frasa yang bermakna. Mungkin lebih besar, lebih kuat daripada kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya dan dalam ukuran tertentu mereka biasanya adalah luar biasa seperti ukuran dada, kekuatan otot dan perkembangan paru-paru. Boleh menarik perhatian ibu bapa dengan menunjukkan gaya, tidak semestinya di hadapan pelawat yang datang ke rumah atau penonton. Gaya diri yang luar biasa mungkin satu dari tanda luar biasa kanakkank pintar cerdas. Menunjukkan minat pada masa lebih awal. Bercakap mengenai masa seperti semalam, hari esok, hari ini, hari-hari dalam seminggu, waktu ini dan waktu itu, kalender dan jam pada peringkat umur yang awal. Ini menunjukkan kesedaran pada dirinya berkaitan dengan masa. Menpunyai berbagai minat dan sikap spontan, disaingi dan perasaan ingin tahu dari segi intelek yang luas dan cepat berkembang.

Selalunya telah belajar membaca sebelum memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak itu dikatakan telah mempunyai minat membaca yang lebih awal. Mempunyai kebolehan membaca yang tinggi berbanding kanak-kanak lain yang sebaya dengan dirinya. Mengumpul benda-benda dengan teratur seperti mengumpul benda dari spesis yang sama ( burung, setem, bahan kimia, kenderaan, bunga). Biasanya koleksi dari bahan yang canggih atau saintifik. Mempunyai hobi yang lebih banyak berbanding kanak-kanak lain. Dapat mempelajari sesuatu dengan cepat dan mudah, hanya memerlukan sedikit penerangan dari guru dan sedikit penerangan dari guru. Mempunyai sifat tidak sabar mendapatkan latih tubu dari guru dan pandai menggunakan masa dengan berfaedah. Boleh menyesuaikan apa yang dipelajari dengan menggunakan situasi lain. Pemindahan idea datang dengan begitu pantas sekali.

IMPLIKASI DLM P&P


Pengasingan, - kanak-kanak diasingkan daripada rakan sebaya di mana mereka disediakan kurikulum khas yang mampu menggalakkan kebolehan istimewa mereka. Pengasingan ini bertujuan mengeluarkan kanak-kanak daripada kelas biasa yang tidak dapat membantu perkembangannya secara optima.

Pemecutan - boleh dilaksanakan dengan dua cara. Cara yang pertama ialah dimana kanakkanak ini dikeluarkan daripada bilik darjah mereka untuk subjek-subjek spesifik. Mereka dimasukkan ke kelas pada peringkat lebih tinggi yang sesuai dengan perkembangan mereka untuk subjek tersebut. Maka mereka akan belajar dengan murid atau pelajar yang lebih tua daripada mereka. Cara kedua ialah di mana murid tersebut disediakan dengan rancangan khas dalam kelas yang sama. Rancangan ini membantu mereka belajar sesuatu bidang kemahiran mereka pada kadar yang lebih cepat berbanding dengan rakan sebaya.

Pengayaan - pendekatan yang menyediakan pengalaman pengayaan sama ada di dalam kelas atau di luar kelas. Misalnya aktiviti tambahan seperti lawatan ke muzium atau perpustakaan Negara. Selain itu guru boleh merancang projek atau aktiviti lain yang memrlukan murid mencari maklumat yang lebih mendalam tentang sesuatu topik dan dilakukan oleh murid secara bersendirian

SITUASI
Alin merupakan murid pintar cerdas di dalam kelasnya. Alin selalu mendahului kawankawannya dari segi menjawab soalan, membuat latihan, menyiapkan tugasan dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

CARA MENGATASI
Cara mengatasi tingkah laku bermasalah murid pintar cerdas dengan menggunakan teori mazhab sosial : Guru menjadikan murid pintar cerdas sebagai model. Guru menjelaskan mengapa ia boleh menjadi model atau contoh kepada kawan-kawannya yang lain di dalam kelas Guru tonjolkan sikap-sikap positif murid seperti rajin mengulangkaji pelajaran di rumah, mencuba menjawab pelbagai bentuk soalan, siakp berani bertanya sekiranya tidak faham atau tidak tahu

Guru menerangkan satu persatu langkah bagaimana boleh menjadi seperti murid contoh. Guru perlu tahu menggunakan cara untuk menarik minat murid-murid lain di dalam kelas supaya berinisiatif untuk berubah seperti memberi hadiah kepada murid contoh. Maka jika ada di kalangan muridmurid lain di dalam kelas boleh menunjukkan kebolehan seperti murid contoh; murid tersebut akan menerima hadiah serupa seperti murid contoh. Ini akan memberangsangkan murid-murid lain untuk berubah kepada tingkah laku yang lebih baik. Guru hendaklah sentiasa memberi galakan kepada murid-murid supaya sentiasa bersedia dalam pembelajaran.

PERANAN IBU BAPA


Menbantunya mengenal dan menerima kebolehan dan kekurangan dirinya dan menyedari bahawa kelebihan yang ada pada dirinya mungkin tidak pada semua aktiviti atau perkara. Menghormati kebolehan orang lain dan menerima kekurangan orang lain Membentuk matlamat pendidikan, kerjaya, sosial, bakat, emosi selaras dengan kebolehan, bakat dan minat. Penyediaan dan pemberian pengalaman ke arah aktiviti yang membawa kesimbangan. Pemberian bantuan dan pertolongan kepada mereka mengambil bahagian dengan murid lain.

Mengenal akan perlunya empati, menghormati dan menerima individu lain dengan sifat dan kebolehan mereka. Menunjukkan di mana sumber-sumber yang boleh membantu mereka memenuhi keperluan hidup mereka. Mengembangkan sifat dan sikap bertanggungjawab terhadap orang lain berasaskan sifat-sifat keistimewaan dan bakat semulajadi seseorang. Memelihara hak setiap individu untuk membuat keputusan pendidikan Memberi bantuan dalam menganalisis masalah peribadi dan pelajaran.

Anda mungkin juga menyukai