Anda di halaman 1dari 2

KENALI POKOK GHARQAD YAHUDI

Nabi saw bersabda dalam sebuah hadis sahih yang


diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan al-
Tirmidhi bermaksud: "Tidak akan berlaku kiamat
sehinggalah akan berlaku peperangan di antara orang
Islam dan Yahudi, maka pada waktu itu (tentera)
Yahudi akan dibunuh oleh (tentera) Islam, sehingga
apabila orang Yahudi berselindung di sebalik batu dan
pokok, lalu batu dan pokok itu akan bersuara dengan
katanya: 'wahai muslim, wahai hamba Allah, di
belakangku ini ada Yahudi, marilah bunuhnya', kecuali
POKOK GHARQAD (yang tidak bersuara), kerana
sesungguhnya ia merupakan pokok Yahudi".

Hadis ini menceritakan tentang peristiwa akhir zaman
iaitu waktu hampir kiamat. Pada waktu ini tentera
Yahudi yang dipimpin oleh Dajjal akan berperang
dengan orang Islam. Dalam peperangan ini, orang
Islam akan dapat membunuh dan menewaskan orang
Yahudi sehinggakan apabila mereka berselindung di
sebalik mana-mana batu dan pokok untuk
menyelamatkan diri, maka dengan izin Allah pokok dan
batu akan memberitahu tentera Islam tentang Yahudi
yang berlindung di sebaliknya. Akan tetapi satu pohon
yang tetap berdiam diri dan akan bersekongkol dengan
Yahudi iaitu pohon yang bernama Gharqad.


Saya telah dimaklumkan bahawa orang Yahudi pada
waktu ini sedang giat menanam pokok Gharqad secara
berleluasa di Negara Haram Israel sebagai suatu
persediaan menghadapi tentera Islam pada akhir
zaman. Ini juga bermakna bahawa orang Yahudi
sebenarnya memang tahu dan sedar tentang
kebenaran Islam dan kebenaran hadis nabi
saw....*****a keegoaan dan sikap bongkak mereka
menyebabkan mereka tidak menerima ajaran Islam,
sebaliknya terus berusaha memerangi umat Islam dari
semasa ke semasa.

Ramai juga yang bertanya tentang bagaimanakah
pokok Gharqad. Ada yang menyatakan bahawa ia
pokok Krismas, dan ada pula yang menyatakan bahawa
ia pokok ru, pokok kaktus dan sebagainya. Moga
gambar pokok Gharqad yang dipapar di atas dapat
menyelesaikan kekeliruan tentang gambaran pokok
Gharqad. Dan yang pastinya pokok Gharqad tidak
sesuai dengan iklim di Malaysia dan ia tidak tumbuh di
tempat kita. Wallahu'alam.

Anda mungkin juga menyukai