Anda di halaman 1dari 14

PENGERTIAN ISRAILIYYAT Perkataan Israiliyyat adalah diambil daripada kata jamac.

ianya daripada kata Israiliyyah, yang dinisbahkan kepada Bani Israil (keturunan Israil). Manakala Israil pada asalnya adalah nama Nabi Allah Yaakob (a.s.) yang membawa maksud Abdullah atau hamba Allah. Bani Israil atau keturunan Israil ialah keturunan Nabi Yaakob (a.s.) yang berkembang hingga kepada Nabi Musa (a.s.) dan seterusnya nabi-nabi yang datang silih berganti, sehinggalah keturunannya yang terakhir iaitu Nabi Isa (a.s.). Keturunan Nabi Yaakob (a.s.) atau Bani Israil sejak beberapa zaman yang lalu dikenali dengan panggilan Yahudi. Keturunan yang beriman kepada Nabi Isa (a.s.) pula dikenali dengan nama Nasrani. Manakala yang beriman dengan Nabi Muhammad (s.a.w.) pula telah menjadi sebahagian daripada umat Islam dan dikenali dengan Muslim ahl al-Kitab (Abu Syaybah 1408: 12). Israiliyyat menurut istilah ahli tafsir ialah kisah-kisah Yahudi yang menyerap masuk ke dalam masyarakat Islam melalui tafsir alQuran yang banyak berlaku di zaman tabiin. Namun ulama tafsir dan hadith menggunakan istilah Israiliyyat terhadap perkaraperkara yang lebih luas, iaitu setiap kisah termasuk cerita lama yang diadakan, dimasukkan ke dalam tafsir. Bahkan sesetengah ulama tafsir dan hadith menganggap Israiliyyat adalah setiap kisah yang dicipta dan disampai oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang ada dengan tujuan untuk merosakkan kesucian Islam (al-Dhahabi 1990: 13). Al kisah Kalangan umat Islam sendiri termakan malah langsung tidak menolak kisah-kisah yang dibawakan oleh kaum Yahudi, hanya kerana ada kalangan kaum itu yang telah memeluk Islam. Sedangkan mereka memeluk Islam itu pada sekadar zahirnya sahaja. Mereka inilah digelar sebagai antara golongan zindik (selain Nasrani, Parsi dan Rom) yang berusaha dengan pelbagai jalan untuk merosakkan agama dan menimbulkan keraguan di kalangan manusia terhadap Islam. Pernahkah anda mendengar nama Abdullah bin Saba'? Seorang Yahudi yang hina merayau ke seluruh kawasan dan menghasut orang ramai.

Beliau telah menyembunyikan racun yang disebarkannya kononnya cintakan Saidina Ali Abi Talib Karamallahu Wajhah dan Ahli Bait (keluarga Rasulullah). Abdullah menyebarkan Saidina Ali adalah orang yang memegang wasiat dari Rasulullah, yang kononnya paling layak menjadi Khalifah mengatasi Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al Khattab. Abdullah telah menciptakan hadis mauduk (palsu) mengenai Saidina Ali yang berbunyi: "Setiap Nabi adalah aku dan waris aku adalah Ali". Bukan setakat itu sahaja yang dilakukan oleh Yahudi ini malah dia turut mendakwa bahawa menantu Rasulullah itu adalah Tuhan. Selaku pemerintah ketika itu Saidina Uthman ibn Affan walaupun terkenal sebagai seorang yang lembut hati, beliau telah mengusir Abdullah bin Saba' yang telah menyebabkan dia lari manakala pada zaman pemerintahan Saidina Ali sendiri, beliau telah menghalalkan darah Yahudi ini untuk dibunuh. Namun yang menyedihkan ada kalangan umat Islam yang tidak bertapis-tapis lagi terus percaya kepada cerita-cerita Yahudi bulat2 itu sedangkan ia tidak sahaja suatu pembohongan yang sangat besar dan sedikit sebanyak telah menyebabkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam itu sendiri sedangkan api perpecahan ini sentiasa marak kerana Yahudi tidak pernah diam yang kesemuanya dilakukan kononnya atas nama 'Islam'.seperti berlakunya kpd Syiah dan Ahli sunnah Wal jamaah. Ketika begitu hebat melanda di zaman pemerintahan Saidina Uthman dan Saidina Ali iaitu sekitar tahun 40-an hijrah, tersebarnya fitnah-fitnah sehingga menjadi satu bencana besar kepada umat Islam. Pertikaian itu sehingga membawa kepada pembunuhan sesama umat yang sehingga zaman itu dikenali sebagai Sighar Al Sahabah dan Kubbar al Tabiiin. sesetengah meluaskan ruang lingkup Israiliyyat itu sebagai merangkumi semua yang terkandung dalam buku-buku pengetahuan orang Yahudi dan Nasrani yang berkisar sekitar

huraian mereka terhadap kitab-kitab Injil, sirah, perjalanan nabinabi, rasul dan sebagainya. "Hanya ini dinamakan sebagai Israiliyyat kerana kebanyakannya adalah datang dari ilmu pengetahuan Bani Israil atau daripada kitab-kitab mereka atau dari cerita dongengan dan batil yang mereka ada-adakan," kata Dr. Muhammad. "...demi sesungguhnya sebuah Kitab Suci yang tidak dapat ditandingi, yang tidak dapat didatangi sebarang kepalsuan dari mana-mana arah dan seginya; ia diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Terpuji." (surah Al Fussilat, ayat 41-42) Pembahagian Israiliyyat Israiliyyat adalah : berita-berita yang dinukil dari Bani Israil, kebanyakan dari Yahudi atau dari Nasrani. Ini terbahagi kpd tiga Pertama : Israiliyyat yang diakui dan dibenarkan oleh Islam, maka hal itu benar. Contohnya : Riwayat Bukhari dan selainnya dari Ibnu Masud Radhiyallahu anhu mengatakan : Datang salah seorang Habr kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam dan mengatakan : Wahai Muhammad, sesungguhnya kami mendapati (dalam Kitab kami) bahwasanya Allah Subhanahu wa Taala menjadikan langitlangit pada satu jari, bumi-bumi di satu jari, pohon-pohon di satu jari, air dan hasil bumi di satu jari, dan seluruh makhluk di satu jari, kemudian Allah Subhanahu wa Taala berfirman : Akulah Raja. Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam tertawa hingga terlihat gigi gerahamnya karena membenarkan perkataan sang Habr, kemudian beliau membaca firman Allah Subhanahu wa Taala. Ertinya : Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan

tangan kananNya. Maha Suci Tuhan dan Maha Tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan [Az-Zumar : 67] contoh2 lain seperti kisah2 Nabi2 Israil yang terdapat dalam kitab al quran dan kitab hadits sahih seperti nabi yunus yang ditelan oleh ikan nun,kisah nabi musa dengan tongkatnya,kisah ketampanan nabi yusuf dan sebagainya yang dibenarkan di dalam islam. Kedua Israiliyyat yang diingkari dan didustakan oleh Islam, maka hal itu bathil. Contohnya : Riwayat Bukhari dari Jabir Radhiyallahu anhu mengatakan : Kaum Yahudi mengatakan : Jika seseorang menggauli isterinya dari belakang, maka anaknya akan terlahir bermata juling, maka turunlah firman Allah Subhanahu wa Taala. Artinya : Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercocok tanam, maka datangilah tanah tempat bercocok tanammu itu bagaimana saja kamu kehendaki [Al-Baqarah : 223] Ketiga Israiliyyat yang tidak diakui oleh Islam dan tidak diingkari Maka di sini wajib diam, sesuai dengan apa yang diriwayatakan oleh Bukhari dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu mengatakan : Ahli Kitab membaca Taurat dalam bahasa Ibrani, mereka menafsirkannya dengan bahasa Arab untuk kaum muslimin, maka Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian membenarkan Ahli Kitab dan janganlah mendustakan mereka, akan tetapi katakanlah, Kami telah beriman kepada (kitab-kitab) yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu. Akan tetapi membicarakan masalah hal ini hukumnya boleh selama tidak dikhawatirkan terjerumus pada keharaman, Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat, dan ceritakanlah dari Bani Israil dan

tidak mengapa, barangsiapa yang berdusta atas namaku dengan sengaja, maka hendaklah dia mempersiapkan tempatnya kelak dari api neraka, diriwayatkan oleh Bukhari. Sedangkan menanyakan kepada Ahli Kitab tentang sesuatu permasalahan agama, maka hukumnya haram, sesuai dengan apa yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir Ibn Abdillah Radhiyalahu anhuma mengatakan : Rasulullah Shallallahu alaihi wa sallam bersabda : Janganlah kalian bertanya kepada Ahli Kitab tentang sesuatu, kerana mereka tidak akan memberikan petunjuk kepada kalian, mereka telah sesat, maka (jika kalian melakukannya) sesungguhnya kalian membenarkan yang bathil atau mendustakan yang haq. Kalau seandainya Musa masih hidup di antara kalian, maka tidak akan halal baginya kecuali mengikuti ajaranku Diriwayatkan oleh Bukhari dari Abdullah Ibn Abbas Radhiyallahu anhuma bahwasanya dia mengatakan : Wahai kaum muslimin, bagaimana mungkin kalian bertanya kepada Ahli Kitab tentang sesuatu sedangkan Kitab kalian yang Allah Subhanahu wa Taala turunkan kepada Nabi kalian Shallallahu alaihi wa sallam adalah berita terbaru yang murni tentang Allah Subhanahu wa Taala dan belum tercemar. Allah Subhanahu wa Taala telah memberitahukan kepada kalian bahwa Ahli Kitab telah mengganti Kitab Allah Subhanahu wa Taala, merubahnya dan menuliskannya dengan tangan-tangan mereka( kitab yahudi n nasrani), lalu mereka katakan : Ini dari sisi Allah ! agar mereka dapat memperjual belikannya dengan harga yang murah. Bukankah telah datang kepada kalian apa yang kalian ketahui larangan bertanya kepada mereka? Demi Allah, kami tidak pernah melihat seseorang dari mereka bertanya kepada kalian tentang apa yang diturunkan kepada kalian.

Riwayat Israiliyyat Menurut Perspektif Islam


Muqaddimah Kita sering mendengar berleluasanya kisah-kisah Israiliyat di ceramah-ceramah atau pengajian yang dihadiri. Ada kalanya perkara tersebut di luar pengetahuan kita, malah ketika mendengar buat pertama kalinya terus berasa seronok dan terpegun dengan kisah yang diceritakan. Namun, bagaimanakah pandangan agama Islam terhadap kisah-kisah ini? Adakah para ulama' terdahulu menolak daripada menerima cerita Israiliyat? Asal Kalimah

1. kata jama' kepada kalimah yang dinisbahkan kepada Bani Israel. Manakala yang dimaksudkan dengan Israel ialah Nabi Ya'kub a.s., dan Bani Israel ialah anak-anak serta keturunan baginda walaupun sehingga zaman Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah S.W.T. dalam surah Maryam ayat 58 :

58. mereka itulah sebahagian dari Nabi-nabi Yang telah dikurniakan Allah nikmat Yang melimpah-limpah kepada mereka dari keturunan Nabi Adam, dan dari keturunan orang-orang Yang Kami bawa (dalam bahtera) bersama-sama Nabi Nuh, dan dari keturunan Nabi Ibrahim, dan (dari keturunan) Israil- dan mereka itu adalah dari orang-orang Yang Kami beri hidayah petunjuk dan Kami pilih. apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat (Allah) Ar-Rahman, mereka segera sujud serta menangis. Sejak dahulu, mereka dikenali dengan nama Yahudi di samping golongan Nasrani yang beriman dengan Nabi Isa a.s. Allah S.W.T. menyebutkan pada beberapa tempat berkenaan dengan Bani Israel sebagai tanda sifat kebaikan yang ada pada Nabi Ya'kub sehingga keturunannya akan mengikuti jejak langkah yang telah ditinggalkan serta meninggalkan perbuatan yang keji dan tercela. 2. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa Israiliyyat membawa beberapa maksud : Cerita-cerita terdahulu dan riwayat yang banyak bersumberkan daripada golongan Yahudi berbanding Nasrani. Riwayat yang disampaikan oleh perempuan Yahudi atau Nasrani. Perkara yang masuk ke dalam kitab karangan ulama' silam terutamanya dalam bidang tafsir yang mempunyai susur galur riwayat samada daripada Yahudi atau Nasrani. Adapun riwayat yang tiada asal dan tergantung maka ia dikira sebagai khurafat, atau kisah-kisah palsu.

Namun, berdasarkan pengertian ini kita melihat riwayat Israiliyyat banyak mengambil sumber daripada Yahudi disebabkan ramainya bilangan mereka di Tanah Arab berbanding masyarakat Nasrani. Kemudian setelah beberapa orang dari kalangan mereka memeluk agama Islam, dan meriwayatkan kisah-kisah yang terdapat dalam agama lama mereka kepada kaum muslimin.

Sejarah Ringkas Kemunculan Israiliyyat Pada tahun 70M, masyarakat Yahudi datang ke Tanah Arab melarikan diri dari Syam setelah musnahnya Haikal dan menetap di kawasan Yathrib, Taima, Himyar, dan Wadi Al -Qura. Tetapi orang Arab hanya mengetahui tentang agama Yahudi ini selepas suatu ketika apabila masyarakat Yaman memeluk agama ini hasil dakwah Tubba (lelaki yang ingin menyerang Madinah sebelum Islam tetapi telah dihalau) yang membawa bersamanya dua orang pendeta yang menyebarkan ajarannya di sana. Berbeza dengan keadaan orang Nasrani yang sering ditindas oleh pelbagai golongan seperti penyembah berhala, kaum Yahudidan kerajaan Byzantine. Kesannya, mereka lari ke Tanah Arab kerana ingin menjauhkan diri daripada penindasan yang disebabkan perbezaan agama ini. Dakwah Nasrani di tempat baru mereka telah membuahkan hasil apabila beberapa orang telah memeluk ajarannya seperti Warqah bin Naufal, Imruul Qais, kabilah Ghassan, dan sebagainya. Kewujudan dua puak ini (Yahudi dan Nasrani) memberikan impak yang besar kepada kehidupan masyarakat Arab. Selain itu, aktiviti perniagaan juga sedikit sebanyak membuka peluang kepada masyarakat dalam mengenali dua agama ini. Setelah kedatangan Islam, berlakunya dialog dan perbahasan antara kaum Muslimin dan Ahli Kitab seperti yang banyak disebutkan di dalam AlQuran. Akibatnya, ramai di kalangan mereka yang memeluk agama Islam setelah jelas dan nyata di hadapan mereka bahawa agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. ialah agama yang benar. Namun, ada yang baik Islamnya sedangkan sebahagian yang lain menjadi munafiq, sebagai dalang kepada kaum Yahudi dan musyrikin dalam menghancurkan Islam dari dalam. Perselisihan antara dua kelompok ini (Muslimin dan Ahli Kitab) tidak terhenti setakat ini sahaja. Pernah terjadi dialog antara Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar bersama dengan pendeta, kisah seorang muslim memukul seorang Yahudi setelah Yahudi tersebut mengatakan : Tidak, sebenarnya Nabi Musa ialah pilihan sekalian alam, dan pelbagai lagi yang menunjukkan perselisihan pendapat di kalangan mereka. Tetapi, Nabi S.A.W. pada waktu itu berperanan

sebagai orang tengah yang memperjelaskan keadaan sebenar kepada salah faham yang berlaku antara dua golongan ini. Perkara ini berterusan pada zaman para sahabat apabila mereka bertindak sebagai pihak rujukan masyarakat pada ketika itu setelah wafatnya baginda S.A.W. Pada zaman tabiin pula, pendustaan dan pemalsuan banyak berlaku kerana menurut hawa nafsu sehingga menyebabkan manusia tidak dapat membezakan antara suatu yang baik dan buruk. Ada di kalangan para tabiin (asal Yahudi atau Nasrani yang memeluk agama Islam) mengambil sikap bermudah-mudah dalam meriwayatkan sesuatu, sehinggakan bukan kisah Israiliiyat sahaja yang diriwayatkan bahkan khurafat dan dongeng yang tidak mempunyai sandaran. Faktor lain yang membantu penyebaran ini ialah dakwaan mereka yang mengatakan para sahabat dan tabiin berkeinginan untuk mengetahui semua perkara daripada kisah umat dan para nabi terdahulu yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan hadith Nabi S.A.W. Ibnu Khaldun menyebutkan dalam kitabnya, Muqaddimah Ibnu Khaldun bahawa penyebaran Israiliyyat ini adalah disebabkan dua perkara : 1. 2. Keadaan Sifat masyarakat manusia Arab yang pada ingin waktu itu mengetahui yang buta huruf. semua perkara.

Di samping itu, kisah-kisah ini tidak ada kaitannya dengan hukum-hakam yang seterusnya menyebabkan ia terus ditulis dan diceritakan kepada orang ramai.

Pembahagian Para ulama telah membahagikan Israiliyyat kepada tiga

Israiliyyat iaitu :

1. Bahagian yang selari dengan syariat dan Al-Quran ; seperti kisah Al-Jassasah yang diceritakan oleh Tamim Ad-Dariy dan diperakui oleh Nabi S.A.W. (hadith dalam Sahih Muslim, kitab Fitnah, bab Kisah Al-Jassasah). Antara lain ialah kisah Nabi Musa a.s. bersama Nabi Khidir, kisah Juraij seorang abid dan sebagainya yang turut diceritakan di dalam Al -Quran dan

hadith Nabi S.A.W. Maka kisah-kisah sebegini berfungsi sebagai sokongan kepada apa yang telah disebutkan oleh keduanya. 2. Bahagian yang bertentangan dengan syariat dan Al-Quran : seperti mencemar maruah kenabian dalam kisah Nabi Yusuf a.s. apabila menyebutkan bahawa baginda yang berkeinginan kepada isteri pembesar Al-Aziz, kisah nabi Daud dan sebagainya yang mengaitkan para nabi dengan dosa syirik, zina dan sebagainya. Dalam hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami Ibrahim telah mengabarkan kepada kami Ibn Syihab dari 'Ubaidullah bin Abdullah bahwa Ibn Abbas radliyallahu'anhuma berkata, "Bagaimana kalian bertanya ahli kitab padahal kitab kalian yang diturunkan kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam lebih baru kemurniannya dan belum terkotori? Sedang ahlu kitab menceritakan kepada kalian dengan mengubah-ubah kitabullah dan menggantinya, dan mereka tulis alkitab dengan tangannya dan mereka katakan, 'Ini dari sisi Allah' untuk mereka tukar dengan harga yang sedikit, tidak sebaiknyakah ilmu yang yang kalian miliki mencegah kalian dari bertanya kepada mereka? Tidak, demi Allah, takkan kulihat lagi seseorang diantara mereka bertanya kalian tentang yang diturunkan kepada kalian.' (Hadith ke-6815 riwayat Imam Bukhari) Abdullah bin Masud pernah menyatakan : (Janganlah kamu bertanyakan Ahli Kitab kerana mereka tidak memberi petunjuk kebenaran bahkan menyesatkan kamu. Maka, kamu akan mendustakan yang benar dan membenarkan yang bathil). 3. Bahagian yang tidak terdapat dalam syariat dan Al-Quran samada selari atau bertentangan : bahagian ini paling banyak kedapatan pada zaman sekarang namun tiada larangan padanya dan tidak juga mendustakannya. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :


Maksudnya : Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Basyar telah menceritakan kepada kami Usman bin Umar telah mengabarkan kepada kami Ali bin Al Mubarak dari Yahya bin Abu

Katsir dari Abu Salamah dari Abu Hurairah berkata, 'Ahli kitab membaca Taurat dengan bahasa ibrani dan menafsirkannya dengan bahasa arab untuk pemeluk Islam! Spontan Rasulullah Shallallahu'alaihiwasallam bersabda: "Jangan kalian benarkan ahli kitab, dan jangan pula kalian mendustakannya, dan katakan saja '(Kami beriman kepada Allah, dan apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepadamu) '." (Hadith ke-6814 riwayat Imam Bukhari). Contoh kisah pada bahagian ini termasuklah nama Ashabul Kahfi dan bilangan mereka, kisah burung dan Nabi Ibrahim a.s., pokok yang dimakan oleh Nabi Adam a.s. dan sebagainya. Para ulama mengatakan kebanyakan kisah bahagian ini adalah khurafat dan dongeng dengan dosa menyebarkannya lebih besar daripada manfaat yang ada padanya. Hal ini kerana, suatu kitab tafsir contohnya akan bertukar kepada kitab lain yang penuh dengan cerita yang tidak boleh diterima akal dan syara kerana ia merupakan khayalan dan rekaan pendeta terdahulu yang disebarkan kerana ingin menjauhkan masyarakat Yahudi daripada kitab Taurat yang asli. Bukan itu sahaja, perbuatan ini juga kadang-kadang bertujuan memberikan khidmat kepada raja dan pembesar pada waktu itu. Pendirian Ulama Tentang Israiliyyat

Sejak dahulu lagi pelbagai usaha telah dilakukan oleh para ulama dalam membersihkan kisah Israiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab terdahulu. Namun, usaha ini amat susah dan memerlukan kepada kesungguhan dan dilakukan dalam tempoh yang berpanjangan. Tanpa disedari, kisah-kisah ini mudah disebarkan kepada masyarakat awam tanpa kawalan yang menyebabkan ia terus diwarisi dari satu generasi ke generasi yang lain. Hadith Nabi S.A.W. ada menyebutkan :


Maksudnya : Telah bercerita kepada kami Abu 'Ashim adl-Dlahhak bin Makhlad telah mengabarkan kepada kami Al Awza'iy telah bercerita kepada kami Hassan bin 'Athiyyah dari Abi Kabsyah dari 'Abdullah bin 'Amru bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sampaikan dariku sekalipun satu ayat dan ceritakanlah (apa yang kalian dengar) dari Bani Isra'il dan itu tidak apa (dosa). Dan siapa yang berdusta atasku dengan sengaja maka bersiap-siaplah menempati tempat duduknya di neraka".Imam Malik menyebutkan : (Maksud hadith ialah dibenarkan meriwayatkan daripada mereka selagi mana ia adalah perkara kebaikan. Adapun pada perkara yang diketahui bahawa ia adalah dusta maka ia dilarang). (Hadith ke-3202 riwayat Imam Bukhari) Imam As-Syafie : (Sedia maklum bahawa baginda S.A.W. melarang berbicara dusta, jadi maksud hadith ialah - ceritakanlah daripada Bani Israel pada perkara yang kamu tidak ketahui bahawa ia adalah dusta. Adapun perkara yang dibenarkan maka tidak menjadi suatu dosa kepada kamu untuk meriwayatkannya. Inilah petanda kepada hadith baginda :


Maksudnya : Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Tsabit Al Marwazi telah menceritakan kepada kami Abdurrazzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar dari Az Zuhri telah mengabarkan kepadaku Ibnu Abu Namlah Al Anshari dari Ayahnya bahwa ketika ia sedang duduk di sisi Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu di sisi beliau ada seorang Yahudi, lewatnya jenazah di hadapan beliau. Lalu orang Yahudi itu berkata, "Wahai Muhammad, apakah jenazah ini berbicara?" Nabi shallallahu 'alaihi wasallam kemudian menjawab: "Allah lebih mengetahui." Orang Yahudi itu pun berkata, "Sesungguhnya jenazah tersebut berbicara." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apa yang diceritakan oleh orang-orang ahli kitab kepada kalian maka janganlah kalian percayai atau kalian dustakan. Tetapi katakanlah, 'aku beriman kepada Allah dan para Rasul-Nya'. Jika mereka dusta maka kalian tidak mempercayainya dan jika benar maka kalian tidak mendustakannya." (Hadith ke3159 riwayat Imam Abu Daud) ; yang tidak menyebutkan keizinan dan larangan ketika meriwayatkan pada perkara yang dipastikan kebenarannya. Imam Ibnu Hajar : ( iaitu janganlah menyempitkan dada kamu dengan apa yang kamu dengar daripada perkara yang mengagumkan dan itu yang banyak berlaku kepada mereka. Apa yang dimaksudkan dengan jangan bersusah-payah ialah pada pihak yang menceritakan kisah Israiliyyat disebabkan di dalamnya terdapat perkataan yang tidak baik seperti dalam surah AlMaidah ayat 24 :

24. mereka (Menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, Sesungguhnya Kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah Engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. sebenarnya Kami di sinilah duduk menunggu". ; dan surah Al-Araf ayat 138 :

138. dan Kami bawakan Bani Israil ke sebarang laut (Merah) itu lalu mereka sampai kepada suatu kaum Yang sedang menyembah berhala-berhalanya. (Melihatkan Yang demikian) mereka (Bani Israil) berkata: "Wahai Musa buatlah untuk Kami suatu Tuhan (berhala) sebagaimana mereka mempunyai beberapa tuhan". Nabi Musa menjawab: "Sesungguhnya kamu ini adalah kaum Yang jahil. Pendapat Ibnu Hajar ini merupakan pemahaman yang baik dalam memahami maksud hadith kerana ada beberapa perkataan dan ungkapan dalam kisah Israiliyyat yang boleh membawa kepada kekufuran. Tetapi, ia hanya diceritakan sebagai suatu peringatan dan manfaat bersama. Adapun hadith ke-3159 riwayat Imam Abu Daud di atas, ia ditujukan kepada mereka bukannya kita kerana Nabi tidak menyuruh di dalamnya supaya meriwayatkan sesuatu daripada Ahli Kitab bahkan seolah-olah ia mengajar kepada umat Islam supaya beradab ketika berbicara dengan mereka selari dengan firman Allah S.W.T. dalam Surah Al-'Ankabut ayat 46 :

46. dan janganlah kamu berbahas Dengan ahli Kitab melainkan Dengan cara Yang lebih baik, kecuali orang-orang Yang berlaku zalim di antara mereka; dan Katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) Yang diturunkan kepada Kami dan kepada (Taurat dan Injil) Yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah satu; dan kepadaNyalah, Kami patuh Dengan berserah diri." Imam Ibnu Taimiyah menyebutkan dalam kitab Maarij Al-Usul : (Al-Quran adalah sendiri pada zatnya, dan orang yang membaca Al-Quran tidak berhajat kepada kitab-kitab terdahulu yang menjelaskannya. Berbeza dengan orang Nasrani contohnya, mereka memerlukan kepada kitab Taurat untuk memahami hukum-hakam dalam agama mereka). ; kemudian beliau berkata lagi : (tetapi hadith-hadith yang menceritakan tentang Israiliyyat ini disebutkan untuk sokongan bukannya sebagai suatu pegangan). Kesimpulan : Berdasarkan kepada pendapat para Imam yang disebutkan, kita membuat ulasan seperti berikut : 1. Boleh meriwayatkan kisah Israiliyyat yang selari dengan syariat hanya sebagai sampingan bukan pegangan. 2. Boleh meriwayatkan kisah pada bahagian ketiga yang tidak disebutkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah hanya sebagai itibar seperti yang disebutkan oleh Imam Ibnu Taimiyah. 3. Tidak boleh meriwayatkannya pada perkara yang bertentangan dengan ajaran agama bahagian yang kedua melainkan perlu ingkar dan menjelaskan kesalahannya.

ISRAILIYYAT APAKAH ISRAILIYYAT?


Khabar-khabar yang dibawa oleh Bani Israel atau kaum Yahudi. Dalam erti kata lain, ia merujuk kepada cerita-cerita umat yang lalu yg bersumberkan daripada golongan Yahudi. Namun, para ulama meluaskan maksudnya sehingga ia meliputi khabar atau cerita yang bersumberkan golongan Yahudi, juga Kristian. Kata alSyeikh Muhammad Hussain al-Zahabi di dalam al-Tafsir wa al-Mufassirun: PERKATAAN AL-ISRAILIYYAT WALAUPUN PD ZAHIRNYA MENUNJUKKAN MAKSUD CORAK YAHUDI DAN PEMIKIRAN MEREKA SECARA JELAS KEPADA TAFSIR AL-QURAN, NAMUN KITA MAKSUDKAN DGN ISRAILIYYAT APA YG LEBIH LUAS DAN MERANGKUMI; IAITU CORAK YAHUDI DAN KRISTIAN KEPADA TAFSIR, JUGA APA YANG MEMPENGARUHI TAFSIR AL-QURAN DARI PEMIKIRAN YAHUDI DAN KRISTIAN (ruj: Muhammad Hussain al-Zahab, Tafsir wa al-Mufassirun, jld. 2, m.s: 165 cetakan mualif, Kaherah).

PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT
Secara umumnya cerita-cerita Israiliyyat ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian: 1. Cerita-cerita Israiliyyat yg kebenarannya disokong oleh dalil-dalil daripada hadith yang sabit. Ini seperti kisah Khidir dengan Nabi Musa a.s yang diceritakan dalam surah al-Kahf. Al-Quran tidak menyebut nama Khidir secara jelas melainkan menyatakan: Hamba dari kalangan hamba hamba kami (Allah) yang kami berikannya rahmat dan kami ajarkannya ilmu di sisi kami (Surah al -Kahf, ayat 65). Riwayat Israiliyyat menyatakan namanya ialah Khidir. Ini disokong pula oleh hadith yang sahih, antaranya diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Tafsir di dalam sahihnya. Riwayat seperti ini kita akui kebenarannya kerana ia dibuktikan oleh hadith yg sabit. 2. Apa yg diketahui ia bertentangan dgn syariat kita, ataupun ia bertentangan dgn akal yang waras dan memahami roh Islam yang sebenar. Riwayat yg sebenar ini ditolak sama sekali. Ini seperti riwayat dusta ketika mentafsir surah Qaf yg menyebut bahawa Qaf adalah bukit yang mengelilingi langit dan bumi. Ini adalah dusta dan khurafat yg bertentangan dgn akal yang waras. Memalukan agama di hadapan para pengkaji alam yg terdiri dari kalangan orang kuffar.

Al-Syeikh Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah di dalam al-Israiliyyat wa al-Maudu at fi Kutub al-Tafasir menyatakan ia adalah khurafat dan dusta Bani Israel, tidak harus meriwayatkannya. (m.s. 302, cetakan: Maktabah al-Sunnah, Kaherah). Demikian juga cerita bahawa kapal Nabi Nuh a.s. tawaf dan Kabah dan bersembahyang di makam Ibrahim 2 rakaat. Ini semua dusta. Tidak masuk akal. Nuh a.s wujud sebelum Ibrahim a.s, di mana kabah dan makamnya ketika itu? 3. Riwayat yang tidak ada dalil yang menyokongnya, juga tidak ada dalil yg menyanggahnya dari segi nas ataupun akal. Bagi riwayat bahagian ketiga ini kita tidak menyatakan ia betul atau salah. Selagi ia tidak mencemar agama, kita tidak boleh meriwayatkannya, namun kita tidak menyatakan secara putus kebenarannya. Ini seperti nama-nama asbab al-Kahf. Kisah lembu dalam surah al-Baqarah yg diperincikan oleh riwayat Israiliyyat melebihi apa yang disebut oleh al-Quran. Sekalipun bahagian ke tiga ini boleh diriwayatkan ttp hendaklah dgn berhati-hati, dgn tidak menyatakan ia benar ataupun dusta, sekadar menyebutkan ia Israiliyyat. Di samping itu hendaklah kita sedar bahawa apa yg diceritakan oleh Allah di dalam al-Quran adalah memadai. Al-Quran adalah kitab petunjuk yg terbaik daripada Allah yg pasti ketulenan semua faktanya. Adapun riwayat2 itu dipenuhi dgn keraguan.

ISRAILIYYAT MENCEMAR ISLAM


Menurut Dr Yusuf al-Qaradawi: SESUNGGUHNYA ANTARA YANG MENCEMARKAN WARISAN ILMU KITA, TERUTAMANYA DI MEDAN TAFSIR IALAH MERESAPNYA ISRAILIYYAT KEPADANYA, DAN SUKAR PULA UTK MEMBERSIHKANNYA, katanya juga: SEAKAN-AKAN YAHUDI KETIKA TENTERA MEREKA TEWAS DI HADAPAN DAKWAH ISLAM DI MADINAH, KHAIBAR DAN SELAINNYA, MAKA MEREKA INGIN MENGHADAPI ISLAM DENGAN SENJATA YG LAIN, SEBAGAI GANTI KEPADA KEKALAHAN MEREKA. DEMIKIAN ITU IALAH SENJATA PEPERANGAN PEMIKIRAN. LALU MEREKA MEMASUKKAN RIWAYAT ISRAILIYYAT YANG PELIK2. DALAM KECUAIAN, MAKA TIDAK SEKEJAP, LALU ISRAILIYYAT TELAH MENCEKIK KITAB-KITAB KAUM MUSLIMIN. (Dr. Yusuf Qaradawi, Thaqafah al-Daiyyah m.s 41, cetakan: Muassasah al-Risalah, Beirut). Pada kesempatan ini, kita wajar mengingatkan semua pihak terutamanya penceramah dam pendakwah di masjid, radio dan TV, jauhilah kisah-kisah yang mencemarkan Islam. Tatkala dunia sedang memerangi Islam, dan menuduh Islam dengan berbagai tuduhan, termasuk jumud dan ketinggalan zaman, janganlah kita menambahkan lagi derita agama ini disebabkan kejahilan kita terhadap disiplin ilmu Islam. Islam yang tulen dan bersih dari kisah-kisah yang bersifat kekartunan dan melucukan. Jangan menconteng wajah al-Quran ini dengan kisah-kisah tempelan yang tiada asas kebenarannya. Hendaklah kita sedar, kekarutan yang dilakukan golongan agama, kesannya ditanggung oleh Islam. Dalam kata lain tangan kita yg mencencang, malangnya bahu Islam yang menanggungnya. Petikan dari Majalah I, Oktober 2003, FOKUS PELITA ILMU: PENCEMARAN KISAH-KISAH AL-QURAN, oleh Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, ms 59-62.

Anda mungkin juga menyukai