Anda di halaman 1dari 13

ISI KANDUNGAN

 Penghargaan………………………………………………….1

 Pendahuluan………………………………………………….3

 Perkembangan Israiliyyat……………………………………4

 Pembahagian Israiliyyat dan Hukumnya……………….….5

 Contoh-contoh Kisah Israiliyyat……………………………..7

 Kaedah-kaedah Mengecamnya…………………………….8

 Kesannya dan Rumusan………………...…………………10

 Lampiran……………………………………………………..12

 Nota Kaki…………………………………………………….13

 Bibliografi…………………………………………………….14
PENDAHULUAN
Perkataan Israiliyyat merupakan istilah yang semakin mendapat populariti dalam

kalangan masyarakat. Namun, ramai dalam kalangan ahli masyarakat masih kurang jelas

akan apa yang dimaksudkan dengan kisah Israiliyyat ini dan kesannya kepada agama. Di

dalam penulisan ini, saya akan cuba untuk menghuraikan isu kisah Israiliyyat secara ringkas

dan padat. Israiliyyat dari segi bahasanya berasal dari perkataan Israiliyyah yang

kemudiannya dinisbahkan kepada Israel. Israel pula merupakan nama Nabi Yaakub a.s. [1]

dan Bani Israel merujuk kepada keturunan baginda yang daripadanya lahir ramai para nabi

dan rasul sehinggalah nabi terakhirnya, Nabi Isa a.s. Keturunan ini digelar Yahudi manakala

yang beriman dengan Nabi Isa digelar Nasrani. Mereka yang beriman kepada Allah dan

Nabi Muhammad s.a.w. pula digelar Muslim. Dari segi istilahnya:

 Menurut ahli tafsir, Israiliyyat merujuk kepada cerita-cerita yang diambil daripada

pendeta-pendeta atau ahli-ahli kitab dari golongan Yahudi dan Nasrani.

 Menurut ulama tafsir pula, Israiliyyat merujuk kepada setiap kisah dari cerita lama

yang diada-adakan, dicipta dan disampaikan oleh musuh-musuh Islam ke dalam

tafsir dengan tujuan merosakkan kesucian Islam. Ringkasnya, ia dapat didefinisikan

sebagai pengaruh budaya Yahudi yang menyerap masuk ke dalam Islam melalui

pentafsiran ayat-ayat suci al-Quran.

Oleh itu, az-Zahabi dalam karyanya Israiliyyat di dalam tafsir [2] menggariskan dua

pengertian Israiliyyat yakni:

 Kisah atau cerita yang dimasukkan ke dalam tafsir yang asal periwayatannya

kembali kepada sumber iaitu Yahudi dan Nasrani

 Cerita-cerita yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam ke dalam tafsir yang sama

sekali tidak dijumpai dasarnya dalam mana-mana sumber Islam yang muktabar.

1
PERKEMBANGAN ISRAILIYYAT
Orang-orang Yahudi telah menetap Bersama orang-orang Arab sebelum kedatangan

Islam lagi. Bani Israel yang berhijrah ke Semenanjung Arab ini membawa peradaban

mereka bersama-sama ilmu pengetahuan yang diperoleh dari kita-kitab agama mereka.

Ianya termasuk huraian-huraian yang diwarisi oleh nabi-nabi dan pendeta-pendeta mereka.

Ajaran Islam kemudiannya datang dengan membawa Kitab Allah yakni al-Quran yang

terkandung didalamnya ilmu dan akidah Islam. Islam yang kemudiannya tersebar luas di

seluruh Semenanjung Arab itu berpusat di Madinah sejak zaman Rasulullah s.a.w.

Di Madinah sahaja terdapat beberapa golongan Yahudi dan terdapat dalam kalangan

mereka yang merupakan ulama Yahudi dan ahli kitab memeluk agama Islam.[3] Keilmuan

mereka tentang kitab Taurat dan Injil di manfaatkan sebahagian sahabat untuk perincian

tafsir al-Quran. Ini selaras dengan kebenaran yang diberikan Rasulullah s.a.w. seperti sabda

baginda “Ceritakanlah daripada khabar-khabar Bani Israel dan tiada halangan.” (Riwayat

Bukhari) Baginda juga bersabda “Apabila kamu mendengar daripada Ahli Kitab, janganlah

kamu percaya sepenuhnya dan mendustakan sepenuhnya.” (Riwayat Bukhari)

Namun, para sahabat berhati-hati dengan apa yang diceritakan kepada mereka

dengan menapisnya dengan akal dan syarak. Seterusnya, mereka berdiam diri terhadap

perkara yang tidak jelas tentang kebenarannya. Segelintir sahabat seperti Abbas dan Abu

Hurairah r.a. kadangkala berbincang dan bertanya kepada ahli kitab namun perbincangan

itu terhad kepada aspek-aspek tertentu tanpa menyentuh bab akidah; selaras dengan

keharusan yang diberikan Rasulullah dalam meriwayatkan kisah Israiliyyat.

Oleh itu, Israiliyyat masih bersumberkan ahli kitab yang berautoriti dengan

kemasukan sumber yang terhad. Namun lama-kelamaan, semakin banyak Israiliyyat yang

menyerap masuk akibat dorongan nafsu ingin tahu terhadap perincian al-Quran yang

bersifat umum itu. Ini menimbulkan kekacauan dalam pegangan umat Islam itu sendiri.

2
PEMBAHAGIAN ISRAILIYYAT DAN
HUKUMNYA
Walaupun Israiliyyat sering mendapat konotasi negatif apabila disebut, ulama telah

membahagikannya mengikut jenis-jenisnya. Menurut Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah,

Israiliyyat dapat dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:

 Israiliyyat yang diakui kebenarannya dalam Islam (maqbul) kerana selari dengan

sumber Islam, al-Quran dan as-Sunnah. Contohnya, Riwayat yang menyebut rakan

seperjuangan Nabi Musa a.s. ialah Nabi Khidir a.s. berpandukan al-Quran di dalam

surah al-Kahfi

 Israiliyyat yang didustakan dan tidak diterima (mardud) kerana bercanggah

dengan al-Quran dan as-Sunnah serta mempunyai elemen tokok tambah dan

statusnya batil. Ianya tidak boleh disandarkan kepada mana-mana amalan atau

dijadikan hujah. Contohnya, kisah Harut dan Marut yang merupakan dua orang

malaikat yang dihumban ke bumi sebagai balasan kerana melakukan dosa besar

seperti minum arak, berzina dan membunuh.

 Israiliyyat yang tidak benar tetapi tidak didustakan dalam Islam (maskut anhu)

kerana tidak dapat dipastikan statusnya. Statusnya bersifat pertengahan (tawaquf)

dan kisah-kisah ini perlu dielakkan daripada digunakan atau dijadikan hujah.

Contohnya, riwayat bahagian tubuh lembu manakah yang digunakan bagi memukul

tubuh si mati dalam kisahnya di dalam surah al-Baqarah.[4]

Dalam menentukan hukum, terdapat dua pandangan ulama dalam masalah ini.

 Tidak harus meriwayatkan Israiliyyat. Ini berpandukan hadis nabi “Janganlah

kamu mempercayai Ahli Kitab dan janganlah kamu mendustai mereka, katakanlah

3
kami beriman kepada Allah dan kepada kitab yang diturunkan kepada kami…”

(Riwayat Bukhari)

 Harus meriwayatkan Israiliyyat. Ini berpandukan hadis nabi “Sampaikanlah

daripadaku sekalipun satu ayat, riwayatkanlah daripada Bani Israel, tiada salahnya.

Sesiapa melakukan pendustaan kepadaku dengan sengaja maka hendaklah dia

menyiapkan tempatnya di dalam neraka.” (Riwayat Bukhari)

Walaupun kedua-dua pandangan ini mempunyai dalil tersendiri, kedua-dua pandangan

tersebut dapat disesuaikan menurut ulama mengikut pertimbangan berikut:

 Al-Quran sendiri yang banyak menceritakan kisah-kisah Bani Israel serta umat-umat

terdahulu mengisyaratkan keharusan merujuk Ahli Kitab.

 Hadis Nabi yang mengharuskan Israiliyyat tidak bermaksud keharusan secara mutlak

sebaliknya terikat kepada baik atau buruknya sesuatu cerita itu serta statusnya sama

ada dianggap benar atau dusta atau tidak jelas kebatilannya.

 Riwayat-riwayat Israiliyyat yang jelas dustanya tidak boleh diterima dan tidak boleh

disebarkan melainkan disebut akan kebatilannya.

Namun. terdapat banyak hujah larangan periwayatan Israiliyyat yang perlu

dipertimbangkan yang kebanyakan berpunca dari sikap orang Yahudi itu sendiri, antaranya

ialah:

 Firman Allah dalam surah al-Maidah ayat 41 yang menceritakan penyelewengan

orang-orang Yahudi dengan meminda perkataan-perkataan dalam Kitab Taurat serta

sikap mereka yang suka mendengar berita-berita palsu dan perkataan-perkataan

pendeta mereka.

 Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 109 yang menyatakan sikap orang Yahudi

yang berusaha mewujudkan fitnah dalam agama dalam kalangan orang Islam

bertujuan mengembalikan orang Islam kepada kekafiran kerana dengki dengan

kebenaran yang nyata yang telah disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.

4
CONTOH KISAH ISRAILIYYAT
Kisah Talut dan Jalut telah dirakamkan melalui firman Allah s.w.t. dalam al-Quran

yang bermaksud:

“Dan nabi mereka berkata lagi kepada mereka: Sesungguhnya tanda kerajaan Talut itu ialah

datangnya kepada kamu peti tabut yang mengandungi (sesuatu yang memberi)

ketenteraman jiwa dari Tuhan kamu, dan (berisi) sebahagian daripada apa yang telah

ditinggalkan oleh keluarga nabi-nabi Musa dan Harun, peti tabut itu dibawa oleh malaikat,

sesungguhnya peristiwa kembalinya tabut itu mengandungi satu tanda keterangan bagi

kamu, jika benar kamu orang yang beriman” (Surah al-Baqarah ayat 248)

Berdasarkan ayat ini, terdapat beberapa tafsiran yang mengandungi unsur-unsur Israiliyyat.

Antaranya ialah:

 Kitab Tafsir Anwar Baidhawi oleh al-Fansuri menyebut bahawa di dalam peti tabut itu

bukan sahaja menyimpan kitab Taurat, malah mengandungi segala nama dan rupa

nabi-nabi dari Nabi Adam a.s sehingga Nabi Musa a.s.

 Terdapat pendapat lain yang mengatakan peti tabut itu adalah pemberian Allah s.w.t.

kepada Nabi Musa a.s. di Bukit Thur

Selain itu, tafsiran Surah al-Naml yang mengisahkan kisah Puteri Balqis memasuki

istana Nabi Sulaiman di dalam kitab Tafsir Anwar Baidhawi mempunyai penambahan yang

tidak didapati di dalam al-Quran dan tafsir-tafsir yang lain. Penambahan itu menceritakan jin

telah mengkhabarkan kepada Sulaiman bahawa kaki Puteri Balqis adalah seperti kaki keldai

lantas Sulaiman memerintahkan supaya para syaitan membina sebuah halaman dalam

istana seolah-olah kolam air agar Sulaiman dapat memastikan kebenaran itu. Apabila Balqis

menyingsingkan kainnya ketika berjalan di halaman itu, Sulaiman mendapati kakinya itu baik

sahaja. Tafsir ini turut menambah Sulaiman mengahwini Ratu Balqis namun benci bulu betis

Ratu Balqis lalu menyuruh syaitan menghilangkan bulu itu dengan kapur.

5
KAEDAH-KAEDAH MENGECAM
ISRAILIYYAT
Oleh itu, terdapat beberapa kaedah yang boleh diambil dalam usaha mengecam

Israiliyyat menurut Tafsir at-Tobari. Antaranya ialah:

 Pengamatan Sanad: Mengenal pasti perwai yang meriwayatkan sesuatu kisah

kerana terdapat beberapa rijaal (perawi) yang terkenal dalam meriwayatkan kisah

Israiliyyat contohnya Abdulullah bin ‘Amar dari kalangan sahabat dan Ka’ab bin al-

Ahbar dari kalangan tabi’in. Hal ini kerana terdapat kenyataan jelas dari perawi

tersebut yang menyebut bahawa riwayat itu adalah bersumberkan sumber Israiliyyat.

Juga, riwayat Israiliyyat bersifat mauquf pada sahabat dan bukan marfu’ pada

Rasulullah s.a.w.[5]

 Pengamatan Matan: Terdapat beberapa ciri matan yang mengandungi unsur

Israiliyyat antaranya ialah:

o Perincian kepada kesamaran (mubhamat) iaitu perkara yang tidak dijelaskan

al-Quran seperti menentukan jenis pokok larangan dalam syurga yang

dilarang Allah kepada Nabi Adam a.s. dan Hawa.

o Memperlihatkan keterlampauan ketara seperti cerita Qabil memikul

saudaranya Habil yang dibunuhnya selama seratus tahun sehinggalah Allah

menghantar burung gagak untuk mengajarnya mengebumikan saudaranya

itu.

o Mengandungi perkara-perkara yang menyalahi kesucian para nabi dan

malaikat seperti Nabi Yusuf berkeinginan terhadap isteri pembesar Mesir

sehingga ke peringkat menanggalkan seluar

6
o Mengandungi perkara-perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan as-

Sunnah seperti kisah yang menyebut isteri Nabi Nuh a.s. antara yang

terselamat dalam peristiwa banjir besar.

o Mengandungi cerita-cerita karut yang bersifat khurafat seperti kisah gergasi

‘Auj bin ‘Unuq dan rupa fizikal kaum Jabbarin.

o Mengandungi perkara gharib (aneh) sehingga ada yang menyentuh bab

akidah dan perkara as-Samiyyat seperti matan yang menyebut bilangan alam

sebanyak empat atau lapan belas ribu bilangannya

o Adanya percanggahan fakta pada matan seperti penentuan anggota lembu

dalam kisah Bani Israel seperti ada yang mengatakan tulang, lidah, ekor atau

paha.

o Terdapat kenyataan di dalam matan yang menyebut ianya diambil dari

sumber Israiliyyat

o Terdapat lafaz tamridh (lafaz yang menjelaskan kedaifan sesuatu

periwayatan) dalam matan

 Merujuk kepada ulama: Terdapat banyak ulama yang berautoriti dan berkepakaran

dalam membincangkan isu Israiliyyat. Antaranya ialah:

o At-Thobari dalam kitab Jamiúl Bayan fi ta’wili Aayil Quran. Beliau merupakan

pakar tafsir dengan tafsirnya yang terkenal, Tafsir At-Thabari yang

mempunyai 12 jilid dan dikenali sebagai tafsir bil ma’tsur (tafsiran terus

dengan pemahaman Rasulullah s.a.w., para sahabat, tabi’in dan tabi’ tabi’in)

o Dr. Muhammad Husin az-Zahabi [2] dalam Al-Israiliyyat Fil Tafsir Wal Hadits

dan Kitabut Tafsir Wal Mufassirin

 Merujuk sumber-sumber Yahudi: Ianya bukannya tanda membenarkan apa yang

termaktub dalam kitab-kitab mereka sebaliknya sekadar melakukan perbandingan

dengan mana-mana riwayat yang diragui sebagai Israiliyyat. Sumber-sumber

tersebut termasuk Kitab Taurat dan Talmud. Kitab Injil dan sumber Nasrani juga

boleh dijadikan rujukan tetapi Israiliyyat didalamnya amat sedikit.

7
KESANNYA DAN RUMUSAN
Disebabkan Israiliyyat yang terlalu banyak penambahan sehinggakan perkara yang

salah menjadi asas, ianya menyebabkan perkara yang benar yang terkandung di dalamnya

tinggal sedikit sekali. Ulama-ulama tafsir sepakat menghalang dengan tegas pentafsiran al-

Quran dengan Israiliyyat kerana kebanyakan mempunyai unsur dongengan dan khurafat

sekali gus mencemari kesucian al-Quran untuk dijadikan tafsiran. Antara bahaya Israiliyyat

ialah ianya boleh membawa kepada penyelewengan akidah khususnya yang melibatkan

perbuatan mentashbihkan atau mentajsimkan[6] Allah dengan makhluk.

Israiliyyat melalaikan umat Islam dengan perihal cerita yang sia-sia dan tiada

kepentingannya kepada umat Islam. Contohnya kisah Israiliyyat: mengenai warna anjing

Ashab al-Kahfi, jenis tongkat Nabi Musa a.s., nama budak yang dibunuh Khidir dan rupa

paras kaki Ratu Balqis. Terdapat segelintir umat Islam yang obses bersusah payah mencari

kayu ‘kokka’ ketika menunaikan haji atau umrah kerana menganggap tongkat Nabi Musa a.s

dan bahtera Nabi Nuh a.s. diperbuat dari kayu terbabit lalu meletakkan kefahaman khurafat

terhadap kayu tersebut, seterusnya menjerumuskan seseorang itu kepada perbuatan syirik

kepada Allah s.w.t.

Oleh itu dapatlah disimpulkan bahawa terdapat beberapa kesan dari Israiliyyat

antaranya ialah:

 Israiliyyat telah merendahkan martabat anbiya’ dan mursalin serta menafikan sifat

maksum seorang nabi.[7] Mereka menggambarkan nabi menolak kenikmatan dan

memilih keaiban yang tidak layak bagi manusia biasa dengan menganggap itu

adalah anugerah Tuhan kerana dilantik menjadi nabi. Contohnya, kisah sakit Nabi

Ayub a.s. menurut periwayatan Israiliyyat dengan cara yang melampau; tidak sesuai

dengan martabatnya sebagai seorang nabi.

8
 Israiliyyat dapat menghilangkan kepercayaan umat Islam terhadap sebahagian

ulama salaf dari kalangan sahabat dan tabi’in kerana terdapat banyak kisah

Israiliyyat yang disandarkan riwayatnya kepada segolongan salafus soleh yang

terkenal dengan thiqah (kepercayaan) dan keadilannya dalam meriwayatkan

sesuatu. Antara yang ditohmah termasuklah Abu Hurairah r.a.

 Israiliyyat telah mencemarkan ajaran Islam dengan menggambarkannya seolah-olah

Islam adalah agama khurafat dan menyesatkan dengan banyak kisah tahayul.

Contohnya tafsiran Surah Mukmin ayat 7 yang mengatakan kaki malaikat pemikul

Arasy berada di bumi paling bawah sedangkan kepalanya menjulang ke langit.

 Israiliyyat hampir-hampir memalingkan manusia daripada tujuan asal penurunan al-

Quran serta dilalaikan daripada memahami ayat al-Quran dan mengambil iktibar dan

nasihat yang terkandung didalamnya serta berbahas mengenai hukum hakam

didalamnya. Sebaliknya mereka membincangkan dan berkelahi kepada perkara yang

sia-sia dek nafsu terhadap perincian dalam pentafsiran al-Quran.

Justeru, jelaslah bahawa Israiliyyat merupakan isu yang besar dan seharusnya tidak

dipandang sebelah mata terutamanya ketika perbahasan agama. Hal ini kerana lebih

banyak mudarat yang dibawa oleh kisah Israiliyyat sehingga boleh menggugat akidah dan

iman. Cukuplah al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan kerana didalamnya sudah

sempurna dengan hikmah dan pengajaran. Umat Islam juga seharusnya tidak

menyempitkan perbincangan agama terhadap perincian yang tidak dinyatakan dalam al-

Quran dan Hadis sebaliknya menumpukan terhadap ibrah yang terdapat dalam kisah-kisah

yang dinyatakan dalam al-Quran. Sebagai contoh kisah Ashabul Kahfi yang diceritakan

dengan mendalam di dalam al-Quran namun cukup penceritaannya sebagai teladan kepada

pembacanya. Juga, elemen tokok tambah dalam Israiliyyat cukup menyedarkan kita bahawa

ianya bukan sumber yang sahih malah ditegah untuk menyebarkannya apatah lagi beramal

dengannya. Oleh itu, adalah tanggungjawab kita sebagai orang Islam dalam memelihara

akidah serta kesucian al-Quran dan Islam dari sebarang elemen Israiliyyat.

9
LAMPIRAN

Mengikut turutan ke kanan


kemudian ke bawah:
1. Karya al-Zahabi yang
menjadi rujukan utama
dalam bidang pengajian
Israiliyyat
2. Kisah Qabil dan Habil kini
mempunyai banyak
pengaruh Israiliyyat di
dalamnya
3. Gambaran mengenai fizikal
kaum Jabbarin yang bersifat
khurafat
4. Kisah penyakit Nabi Ayub
menurut sumber Israiliyyat
yang tidak sesuai dengan
martabat seorang nabi
5. Kisah karut mengenai
gergasi bernama Auj bin
Unuq yang telah tersebar
dalam masyarakat Islam,
malah dimasukkan ke dalam
buku kanak-kanak.
6. Iklan mempromosikan kayu
kokka yang dikatakan kayu
bahtera Nabi Nuh. Iklan ini
mempromosikan kelebihan
kayu ini secara berlebih-
lebihan dan berunsurkan
khurafat. Iklan in
menunjukkan bahayanya
unsur Israiliyyat.

10
NOTA KAKI

[1] Perkataan Israel (‫ )إسرائيل‬yang merupakan nama Nabi Yaakub a.s membawa maksud

hamba Allah. Dalam bahasa Hebrew, Isra bermaksud hamba manakala il bermaksud tuhan.

[2] Dr. Muhammad Husain az-Zahabi (1915-1977) merupakan tokoh utama dalam

perbahasan persoalan berkaitan Israiliyyat. Beliau yang merupakan graduan Universiti al-

Azhar itu mempunyai kepakaran yang tinggi dalam bidang Tafsir dan Hadis.

[3] Antara bani Yahudi di Madinah ialah Bani Qainuqa’, Bani Quraizah dan Bani al-Nadir.

Antara golongan Yahudi yang memeluk Islam ialah Abdullah bun Salam (sewaktu hijrah

Nabi ke Madinah) yang menjadi tempat rujukan para sahabat untuk bertanya kisah sama

dalam al-Quran dan Taurat secara terperinci.

[4] Tiada dinyatakan dengan jelas bahagian mana yang digunakan. Sesetengah ahli tafsir

mengatakan dengan ekor lembu betina itu manakala kata yang lain tunjang kakinya dan ada

juga yang mengatakan setengah lidahnya. Kebenarannya tidak penting kerana yang penting

adalah pengajaran dari kisah terbabit, bukan perinciannya.

[5] Marquf bererti terhenti manakala marfu’ bererti terangkat. Oleh itu, riwayat yang bersifat

marquf seakan-akan perawi menghentikan sebuah hadis pada sahabat manakala riwayat

yang marfu’ bersambung sanadnya sehingga dapat disandarkan kepada Rasullullah s.a.w.

[6] Mentashbihkan bererti menyamakan manakala mentajsimkan bererti mengaitkan dengan

bentuk tertentu

[7] Syeikh ‘Ali al-Sobuni mentakrifkan maksum dengan tiga perkara iaitu; (1) Tidak

melakukan dosa besar. (2) Tidak melakukan perkara yang mencarik maruah dan (3) Tidak

menerima penyakit yang dilihat jijik dan hina oleh masyarakat. Ini bertentangan dengan

11
kisah Israiliyyat yang menggambarkan Nabi Ayub a.s. mendapat sakit teruk sehingga badan

baginda busuk berulat dan masyarakat berasa jijik dan enggan mendekatinya.

BIBLIOGRAFI
Dr. Muhammad bin Muhammad Abu Syahbah, Isra’illiyyat & hadith palsu dalam kitab-kitab

tafsir, terjemahan: Hasnan Bin Kasan, Wilayah Persekutuan Putrajaya: Jabatan Kemajuan

Islam Malaysia, 2006

Dr. Muhammad Hussin al-Zahabi, Kisah Israiliyat dalam Tafsir & Hadith, Johor Bahru:

Perniagaan Jahabersa

Ali @ Mat Zin, Rosmawati Riwayat Israiliyyat: pengaruhnya dalam manuskrip hadith di alam

Melayu / Rosmawati bt Ali @ Mat Zin. PhD thesis, Universiti Malaya, 2004

Fizah Lee, Maksud Kisah Israiliyyat Dan Jenis-Jenisnya (2019). https://tzkrh.com/201925236/

Dr. Ahmad Najib bin Abdullah, Israiliyyat: Pengenalan Dan Kaedah Pengecamannya

https://www.slideshare.net/rnrcentre/israiliyyat-55616409

Biografi : Dr. Muhammad Husain Adz-Dzahabi (2021),

https://www.296.web.id/2021/02/biografi-dr-muhammad-husain-adz-dzahabi.html

Mazlan Ibrahim, Ahmed Kamel Mohamad, 23 Israiliyyat dalam Kitab Israiliyyat dalam Kitab

Tafsir Anwar Baidhawi (2004)

https://www.academia.edu/6572361

12

Anda mungkin juga menyukai