Anda di halaman 1dari 6

Armageddon!

Sejak berabad-abad lamanya, di dalam kitab-kitab tua, ramalan-ramalan, mitos-mitos purba dan
cerita dari mulut ke mulut, terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui
bila akan terjadi. 

Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi
seperti 'ENDGAME', 'STAR WARS', 'APOCALYPSE', 'THE GREAT TRIBULATION dan
sebagainya. 

Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan
universal ini adalah ARMAGEDDON. Di seluruh dunia, terdapat segelintir pengkaji baik dari
ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam,
Yahudi, Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti. Kebanyakan ahli-
ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah
jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat
besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.

Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang
ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil.
Peperangan inilah yang disebut sebagaiArmageddon. Setiap kaum yang mempercayai
Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.

Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya
merekalah yang menjadi juara peperangan ini. Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam
persoalan Armageddon ini. Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di
sebut dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya
amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah, mereka lah (kaum Kristian) akan memenangi
peperangan Armageddon yang dasyat ini.

Perkataan 'Armageddon' juga dapat dijumpai dalam 'Wahyu' (Revelation) 16:16, "Dan roh-roh
syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon.

Soalnya sekarang, apakah Armageddon itu? Apa pula maksud 'roh-roh syaitan'?

Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?

Perang Armageddon ialah:


- Perang besar dan perang penghancuran
- Perang universal yang berstrategi
- Perang yang dirancang dan dinantikan
- Perang yang amat dekat kemunculannya
- Perang antarabangsa
- Perang yang amat dasyat dalam sejarah
- Ia adalah awal dari kemusnahan

-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan
senjata) sehingga ada orang berkata "perdamaian sudah tiba" padahal yang terjadi adalah
sebaliknya. (Bertepatan pula sebagaimana yang dibangkitkan oleh USA dalam perang Iraq dan
Libya juga Pelestin).

Perkataan 'Armageddon' berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata,
iaitu:

1. 'Ar' yang bererti gunung atau bukit

2. 'Mageddo' (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari
'Mageddo' di utara sampai ke 'Edom' di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai
ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.

Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini. Mereka menunggu-nunggu kehadirannya


sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan
astrologi mereka. Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.

Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

ISLAM

Bagaimana pula di pihak umat Islam dalam hal ini?


Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?

Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri
menghadapi Armageddon, terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah
fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja. Ada juga yang mengatakan ini semua
dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.

Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon.
Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa
ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang
dasyat ini. 

Sabda Rasullullah s.a.w: "Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam
keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari
belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian
kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka
berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata:
"Salib telah menang!", maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh
lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi
peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di
bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera". (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) 

Telah bersabda Rasulullah SAW, “Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun
di kota A’maq dan di Dabiq (dekat Damaskus - Damsyik). Kemudian datanglah suatu
pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan
bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, ‘Biarkanlah
(jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami
(yang masuk Islam) untuk kami perangi’.  Maka kaum Muslimin berkata, ‘Demi Allah,
kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka
(Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika
mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba,
ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS.” (HR. Muslim dari Abu
Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah
s.a.w sebahagiannya digelar 'Hadis-hadis Fitan'. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat
beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak
peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir
tentang masalah Armagedddon ini. Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis
Nabi, pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad
Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama. Kedua buku ini juga bolehlah
dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan
Imam Mahadi dan sebagainya. Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari
Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka. Mereka mengharamkan
arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan
ke dunia. Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan
pembersih takung tandas! Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang
lembut ini?
 
Mengapa mereka bertindak sebaliknya?

Pelik bagi kita kenapa mereka mengingkari Islam padahal mereka tahu apa yang Nabi
Muhammad bawa itu adalah benar. Jawapannya ialah sikap bongkak dan sombong yang terlalu
hitam di hati mereka menghalang mereka menganut Islam malah memusuhinya.

SUNNAH

Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan
tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya. Orang Islam
tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.

Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara
membuta tuli menghinanya pula. Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang
mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang. 

Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya
menghina amalan hidup baginda. Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap
berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling
berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. 

Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif
tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan, kesampingkan kelemahan-
kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum
menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana
buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan. Tetapi di dalam kajian sains
pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan
adalah amalan kurang sihat. 

Petikan dari hasil kajian mereka: "Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-
buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang
membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan. Anda
hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah
buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus
kecil, di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji, kentang atau pun daging
di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai. 

Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan
bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana anda tidak makan dengan cara
yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG
KOSONG".(Anthony Robbins, Unlimited Power)  

Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan 'The Hidden
Hand' ke atas orang-orang Eropah, China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan
menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden, bergaya, status, 'high class' dan
'cool'. 

Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung
meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai 'goyyim' (bangsa hamba atau haiwan ternakan
mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini. 

PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI, orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah
Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia
amalan para nabi. Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa. Mereka
terdiri dari golongan genius yang suka berfikir. Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang
sudah 'expired' kepada orang Islam antihadis yang dungu ini. 

Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan
diri.
MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.

Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas, gila, syaitan, gila seks dan
sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang
menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor
Amerika Micheal H. Hart.

Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan
manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi
Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya. 

Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini
bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya. Nampaknya topik Armageddon sudah
hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-
hadis nabi malah mencemuhnya pula. Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi
hamba Dajjal, di'mindcontrol' atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan
sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta
maruah, keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan mereka jelas dalam Jesuit)
sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan Rasulullah saw, mereka mencari dan terus
mencari manusia bernama alMahdi dan Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih
mereka. Untuk apa? Untuk menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka
sebelum mereka muncul sebagai wira.

Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan, bagaimana kita akan dapat menyahut
seruan para wali menuju perang dahsyat ini. Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri
dikalangan mereka yang benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal,
bukannya seperti kebanyakan kita yang lalai dan leka.

Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313 orang) yang cukup terlatih dan penuh
ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada
yang Allah kehendaki. Jika mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada
ditangan akan menjadi senjata.

Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti pesanan Nabi), tidak mustahil mereka
berada bersama2 kita semua. Di Tanah Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita.
Sebahagian besar ahlinya juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak
Nusantara termasuk Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak
illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya dari pelbagai
kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan Holland.

Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah. Kenapa ya? Kerajaan itu bukan
bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan kerajaan Melayu dengan sokongan raja2
Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan
Pemuda Bani Tamim bangun mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar
dari bumi bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?

Anda mungkin juga menyukai