Anda di halaman 1dari 11

Hadith riwayat Ahmad dan Baihaqi, dari Nuaman bin Basyir dan Huzaifah.

Rasulullah SAW
bersabda :
MASA KENABIAN itu ada ditengah tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian
Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah
MASA KHILAFAH yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an
nubuwwah),adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya MASA KERAJAAN MENGGIGIT
(Mulkan Addhan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia
menghendaki untuk mengangkatnya.Selanjutnya MASA KERAJAAN YANG SOMBONG
(Mulkan Jabariyyan) adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila
Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya adalah MASA KHILAFAH yang
mengikut jejak kenabian (Khilafah ala minhaj an nubuwwah),adanya atas kehendak Allah,
kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Kemudian
baginda Rasulullah SAW diam.
Dalam 5 fasa masa ini, 3 fasa telah berlalu pergi, 1 fasa sedang kita lalui dan 1 fasa yang akan
kita lalui pada masa akan datang.

5 fasa masa sebelum kiamat


Fasa masa keempat ini sedang kita lalui sekarang dimana dajjal akan keluar, yakjuj dan
makjuj juga akan keluar serta perbagai lagi tanda kiamat besar akan muncul pada fasa masa
ke-4 ini.
1. Apakah yang diisyaratkan tentang 5 fasa masa dalam Hadith tadi?
Hadith tadi datang dari perawi yang Thiqah (boleh dipercayai) boleh dijadikan sebagai
milestone atau tanda aras bagi umat islam. Bermula dengan perjuangan Rasulullah SAW
selam 23 tahun dan akhirnya dipimpin oleh Imam Mahadi.
Berkaitan dengan itu juga, akan turun Dajjal serta Nabi Isa AS dan ketika itulah
pertembungan kemuncak antara yang Haq (Imam Mahadidan Nabi Isa A.S) dan yang Batil
(Dajjal, Yakjuj dan Makjuj).

Nabi mengingatkan kepada umat islam akhir zaman bahawa hidup ini amat mencabar pada
era itu. Fasa ke 4 ini, yang berkaitan dengan Mulkan Jabariyyan , yang berkaitan dengan
pemerintahan kuku besir iaitu pemerintahan yang sangat zalim.
Bukan bermaksud tiada kebaikan, masih ada, tetapi dominasinya adalah dari kuku besi.
Umat islam ketika era ini masih ada dan perlu menghadapinya dengan satu kekuatan.
Hadith ini juga menyatakan tentang dimana umat islam berada dan perkara bersifat futuristik
iaitu perkara masa depan. Perkara yang belum berlaku, tetapi Nabi SAW telah beritahu untuk
persiapan menghadapi dan menanganinya.
Surah Ar- Rum ayat 41 42

Ar-Rm:41 Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana
Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang
mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat). Ar-Rm:42
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah orang-orang
musyrik.
2.Apakah maksud 5 Fasa masa mengikut turutan dari satu fasa ke satu fasa?
Fasa terbaik adalah fasa Nubuwwah. Baginda datang dengan wahyu iaitu Al-Quran. Dibantu
dengan Sunnah iaitu Hadith iaitu perinciannya. Zaman Nubuwwah ini tidak panjang, iaitu 23
tahun tetapi penuh keemasan dan berkualiti.
Kemudian disusuli dengan era yang bagus juga iaitu Khilafah Manhaj Nubuwwah. Khalifah
Ar-Rasyidin diperintah oleh 4 orang sahabat yang Agung dari Saidina Abu Bakar As-Siddiq,
Saidina Umar Al-Khattab, Saidina Uthman Affan dan Saidina Ali Abi Talib selama 30 tahun.
Satu era contoh untuk kita.
Hendaklah kamu mengikut sunnahku, Sunnah Khulafah Ar-Rasyidin yang berjalan di atas
petunjukku Al- Hadith
Pengiktirafan Nabi SAW kepada cara pemikiran dan penyelesaian para Khalifah Ar-Rasyidin.
Misalnya kenapa Abu Bakar perangi orang yang enggan membayar zakat? apa kaedahnya?
kaedah itu yang perlu kita ambil sebagai panduan.
Nabi kata gigit kaeah itu dengan gigi dan gusimu. Ertinya ia sangat penting.

Kemudian zaman berubah pada era ke 3 iaitu Mulkan Addhan (Pemerintahan Zalim). Ia
melibatkan dinasti tertentu serta Raja tertentu.
1. Zaman Umaiyyah selama 90 tahun dengan 14 orang Khalifah
2. Zaman Abbasiyyah selama 500 tahun dengan 37 orang Khalifah
3. Wakil Umaiyyah di Andalusia (Sepanyol Hari ini) memerintah pada 711 masihi tetapi tidak
dipanggil khalifah, di gelar sebagai Gabenor.
4. Ketika serangan Monggol Tartar ke atas Baghdad dan Iraq, Uthmaniyyah mula bertindak
pada tahun 1298 masihi.
5. Kemuncak Era khalifah iaitu Uthmaniyyah selama 600 tahun dengan 37 orang Khalifah
yang digelar Sultan.
Ini adalah fasa masa ke 3. Kepimpinannya tidak sempurna. tidak seperti Khalifah ArRasyiddin, tetapi masih meletak syariat Islam di atas pemerintahan namun masih ada sudut
kelemahan.
Walaubagaimanapun, masih ada kekuatan seperti di zaman Abbasiyyah, lahir ulama ulama
4 mazhab. Selepas itu lahir para ulama Muhaddisin seperti Bukhari dan Muslim.
Selepas itu, era berubah ke fasa masa ke 4 iaitu Mulkan Jabbariyyan atau Pemerintahan Kuku
Besi. Bermula dari keruntuhan empyar Uthmaniyyah pada tanggal 3 Mac 1924 masihi,
Mustafa Kamal Atartuk naik untuk menghancurkan syariat. Syariat tidak penting lagi. Politik
digunakan hanya untuk politik bukan berpolitik untuk menjadi khalifah Allah.
Politi itu tidak salah, yang salah Adalah manusia. Jika dibuat berdasarkan panduan Allah,
Politik sangat bagus.
Apabila Syariat tidak lagi penting, maka lahirlah Islam bebas, Islam liberal iaitu lahirnya
pemikiran bahawa Al-Quran merangsang manusia menjadi pengganas dan akhirnya Al-Quran
tidak lagi berada di atas.
Di atas adalah formula rekaan manusia. Formula yang mengikut syahwat manusia dan
mengenepikan Allah, itulah Mulkan Jabariyyah.
Orang yang berpegang pada syariat Allah akan hadapi cabaran yang besar seperti dituduh
sebagai pengganas, akan digelar golongan warak yang tidak betul.
Selepas era ini, era Khilafa ala Minhajun Nubuwwah akan berulang semula dengan
kedatangan Imam Mahadi yang akan memerintah (mengikut sebuah riwayat sahih) selama 7
tahun. Ketika itu, bumi akan subur, hujan turun, keadilan berleluasa, kemewahan akan diagih
sama adil dan itulah era yang ditunggu umat islam.
3. Ada umat islam yang langsung tidak memikirkan tentang kedatangan kiamat. Ada
yang berfikir dan mengkaji tetapi menokok tambah fakta di dalam Hadith dan AlQuran. Dimanakah Kita tergolong? Sama- sama kita fikirkan. Dalam Fasa masa ke 4,

akan keluar Dajjal salah satu tanda kedatanag Dajjal ialah keringnya air Tasik
Tiberias. Apakah benar Dajjal akan Keluar dalam masa terdekat ini?

Tasik Tiberias
Tasik Tiberias dikaitkan dengan keluarnya Dajjal. Berdasarkan Hadith dari sahabat Thamim
Addhan R.A yang diriwayatkan oleh Imam Muslim :
Ketika Dajjal bertanya para sahabat, adakah tasik ini masih digunakan untuk mengairi
tanaman dan memberi minuman untuk haiwan? para sahabat menjawab, Ya, Maka Dajjal
menjawab, satu hari dia akan mengeringkan tasik itu. Al Hadith
Seolah olah pada ketika tasik itu kering, itulah era Dajjal. Tasik Tiberias yang kering
diisyaratkan di dalam hadith sebagai kehadiran Dajjal, dimana tasik ini letaknya di utara
Israel (kini). Bersempadan kepada 4 buah negara iaitu Syria, Lubnan, Jordan dan Israel.
21km panjang dan 13km lebar.

Orang israel memanggilnya Lake Kinneret. Di dalam Atlas pula di tulis sebagai Sea of
Galilee. Pada tahun 2008, israel mengeluarkan kenyataan bahawa air tasik ini semakin
mengering. Bermakna, Dajjal semakin hampir.
4. Jika diberi Skala 1-10 pada tahap kerosakan umat islam pada hari ini, 7-8 markah
diberikan menuju keterukan. Apakah persediaan kita menghadapi era Dajjal ini?
Sabda Nabi Muhammad SAW, ketika era Dajjal, Nabi menyuruh kita membaca 10 ayat
pertama dari Surah Al Kahfi. Ada riwayat menyuruh kita membaca 10 ayat terakhir Surah
Al- Kahfi. Implikasi sebenar adalah bukan sekadar membaca, tetapi membaca ala sahabat
iaitu membaca dan melaksana.
Surah Al Kahfi ayat 1 :

Al-Kahf:1 Segala puji terentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya
(Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok
(terpesong).

Era kita tinggal ini penuh liku dan bengkang bengkok. Era kita banyak sekularisme iaitu
mebezakan agama dengan kehidupan, ada juga Machiavellianisme iaitu niat suci tetapi cara

tidak betul dan ada juga Hedonisme iaitu mengikut hawa nafsu manusia. Maka kekallah kita
dalam kalangan orang orang yang berfikir.
5. Adakah kita tidak perlu berusaha dalam Fasa keempat ini?
Hadith riwayat Bukhari :
Akan ada satu golongan dari umat ini yang akan terus menerus menegakakan kebenaran,
sesiapa sahaja yang mendatangkan mudarat pada mereka ini, tidak akan mendatangkan kesan
kepada mereka sehingga hari kiamat. Al Hadith
Golongan ini bertindak sentiasa berusaha meneruskan dakwah islam, sentiasa berjuang untuk
islam dan terus menerus menghayati islam. Maka seharusnya kita tidak berpeluk tubuh sahaja
untuk menunggu kedatangan Imam Mahadi memerangi Dajjal.
Surah Al- Mukminun ayat 99 100

Al-Muminn:99 Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut
kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah ia: Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku
(hidup semula di dunia)
Al-Muminn:100 Supaya aku mengerjakan amal-amal yang soleh dalam perkara-perkara
yang telah aku tinggalkan. Tidak! Masakan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah
kata-kata yang ia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh
(yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari
kiamat).

Surah An Nisa Ayat 157-158

An-Nis:157 Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka dengan mengatakan:


Sesungguhnya kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah. Padahal
mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang salib), tetapi
diserupakan bagi mereka (orang yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). Dan
Sesungguhnya orang-orang yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya
mereka berada dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya).
Tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut
sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya dengan yakin.
An-Nis:158 Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadaNya; dan adalah Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3 perkara dari ayat ini menerangkan tentang :
1. Nabi Isa AS TIDAK DIBUNUH
2. Nabi Isa AS TIDAK DISALIB
3. Nabi Isa AS DIANGKAT oleh Allah SWT ke langit

Soalan 1 : Dimanakan Nabi Isa AS berada ketika ini selepas diangkat Allah
SWT ke langit?
Nabi Isa AS atau dikenali di Eropah sebagai Jesus Christ tidak dibunuh atau disalib oleh
bangsa Yahudi walaupun mereka mengakuinya. Bahkan, Allah SWT telah mengangkat
baginda ke sisi-Nya dalam keadaan ditidurkan. Kemudian dikaitkan dengan Hadith yang
berkaitan dengan Israk Dan Mikraj.
Ketika Nabi Muhammad SAW dibawa naik ke langit (Bukan langit dalam gambaran fizikal
seperti atmosfera) tetapi langit yang ghaib, iaitu langit di alam sebelahnya. Langit yang lebih
tinggi dimensinya, dan Rasulullah SAW telah bertemu dengan Nabi Isa AS di Langit tersebut.
Ada Penulis yang mengatakan Nabi Isa AS berada di Jupiter Iaitu sebuah planet dalam sistem
Suria kita. Dikaitkan juga dengan tafsiran pandangan Nostradamus iaitu seorang peramal
masa dahulu yang berkata Nabi Isa AS juga berada di Jupiter. Namun, pandangan seperti ini
harus di TOLAK kerana ia adalah Sebuah Planet. Berdekatan dengan kita yang tidak
memerlukan suatu kuasa besar untuk ke sana. Padahal, langit kedua yang berada di dimensi
lain (GHAIB) memerlukan suatu kuasa besar (KUASA ALLAH SWT) untuk menjangkau ke
langit tersebut.

Sabda Nabi SAW :


Ketika Allah mengutuskan Al-Masih Ibnu Maryam, maka turunlah ia di menara putih
disebelah timur Damsyik dengan mengenakan 2 buah pakaian yang dicelup dengan Waras
dan Zaafran, dan kedu tapak tangannya diletakkan di sayap 2 malaikat: bila ia menundukkan
kepala, maka turunlah rambutnya dan jika diangkkatnya, kelihatan landau seperti mutiara.
Maka tiada orang kafir pun yang mencium nafasnya kecuali pasti meninggal dunia, padahal
nafasnya itu, sejauh mata memandang HR Muslim.

Soalan 2 : Bilakah Nabi Isa AS akan diturunkan dan bagaimanakah caranya?


Mengapa Nabi Isa dipilih dan bukan nabi nabi yang lain sebelumnya?
Ketika Imam Mahadi memimpin umat islam secara adil, Allah SWT menguji umat islam
dengan kehadiran Dajjal Al Masih yang mengakibatkan pelbagai kehuru-haraan. Umat Islam
dan Imam Mahadi tidak mampu membunuh Dajjal Al Masih, lalu, Allah menurunkan Nabi
Isa AS sebagai bantuan kepada Imam Mahadi dan Umat Islam.
Baginda diturunkan di Menara Putih di Timur Damsyik iaitu Syria masa kini menurut
sebuah riwayat sahih.
Ketika huru hara berlaku di Syria, ia seolah olah memberi satu tanda bahawa era Dajjal,
era Nabi Isa AS termasuk era Imam Mahadi telah dekat. Sebagaimana diriwayatkan dalam
Hadith Sahih, Nabi Isa AS akan turun di menara putih di Timur Damsyik yang ada kaitan
dengan Masjid Umawi, Syria. Baginda turun dengan kedua tangannya diletakkan di atas
sayap malaikat.
Satu Riwayat menyatakan baginda berambut Kerinting, Kulit kemerahan dan ada yang kata
kekuningan.
Turunnya baginda adalah untuk membunuh Dajjal Al Masih di Bandar Lod, Israel. Sebuah
pusat ketenteraan. Ketika Dajjal melihat Nabi Isa AS, Dajjal terus ketakutan seperti garam
yang cair di dalam air dan akhirnya Nabi Isa membunuh Dajjal.
Rahsia atau sebab turunnya Nabi Isa AS adalah untuk menjadi bukti bahawa kaum Yahudi
yang mengaku telah membunuh Nabi Isa AS dengan berkata Kami telah membunuh Jesus
Christ adalah palsu. Baginda sebenarnya tidak dibunuh mahupun disalib. Makai a
membetulkan kesilapan Yahudi.
Sebab kedua adalah membetulkan fahaman orang Nasrani yang mengaku Nabi Isa AS adalah
anak tuhan. Bukan merendahkan agama lain, tetapi ini adalah KEBENARAN.
Surah Az Zukhruf ayat 61

Az-Zukhruf:61 Dan sesungguhnya Nabi Isa menjadi tanda kedatangan hari kiamat, maka
janganlah kamu ragu-ragu tentang (hari kiamat) itu, dan turutlah (petunjukKu); inilah jalan
yang lurus.

Soalan 3 : Apakah Tugas lain untuk Nabi Isa As pada Akhir zaman?
Berdasarkan hadith riwayat Imam muslim, Baginda SAW menerangkan tugas Nabi Isa AS
pada ketika itu:
1. PEMIMPIN DAN PENGUASA YANG ADIL
2. MEMBUNUH KHINZIR/BABI
3. MEMATAHKAN SALIB
4. MEMBATALKAN HUKUM JIZYAH IAITU MENGHAPUSKAN CUKAI KE ATAS
ORANG KAFIR (dengan cara berperang dan tiada tolak ansur).
Jika dilihat tugas- tugas Nabi Isa As adalah besar dan berat, namun, persoalan timbul apabila
tugasan membunuh babi/khinzir seolah olah terlalu mudah dan tiada faedah. Sekitar tahun
1999, Malaysia telah menjalankan proses pembunuhan Babi/Khinzir secara besar besaran
akibat kesan penyakit Japanese Ancephelitis (JE) yang membawa maut kepada manusia.
Oleh yang demikian, tidak mustahil ketika zaman pemerintahan Nabi Isa As, pembunuhan
Khinzir/Babi ini boleh dilakukan kerana kesan penyakit yang memudaratkan manusia.

Menurut pakar Virology, Khinzir/ Babi mempunyai Mixing Vessel yang mampu menakung
pelbagai jenis virus, lalu mengubah virus tersebut kepada virus yang baharu yang lebih
bahaya kepada dunia dan membawa kepada wabak penyakit.

Soalan 4 : Bagaimana Nabi Isa As menangani Yakjuj dan Makjuj?


Saki baki, umat islam yang masih hidup ketika akhir zaman, Nabi isa akan menyapu wajah
mereka dengan doa.
Kemudian Nabi Isa dating kepada satu kaum yang telah dilindungi oleh Allah dari Dajjal,
lalu Nabi Isa mengusap wajah mereka dan memberitahu mereka tentang darjat mereka di
Syurga HR Muslim.
Kemudian, datang Yakjuj dan Makjuj yang membunuh menusia dimuka bumi. Yakjuj dan
Makjuj kemudiannya ingin membunuh makhluk di langit sambal memanah kea rah langit.
Lalu Allah kembalikan panah tersebut dengan lumuran darah dan mereka menyangka mereka
Berjaya membunuh makhluk di langit.
Nabi Isa As, dan umat islam terpaksa bertempur dengan Yakjuj dan Makjuj yang bilangannya
terlalu banyak. Menurut riwayat, bilangan yang banyak ini tidak mampu dilawan oleh Nabi

Isa dan Umat islam ketika itu. Allah memerintahkan Nabi Isa As untuk memimpin umat islam
pergi ke Gunung bagi menyelamatkan diri. Gunung tersebut iailah Bukit Thur (Thur Sina).

Akhirnya Yakjuj dan Makjuj mati secara khusus dengan kuasa Allah SWT hasil doa Nabi Isa
As.
6 tugas utama Nabi Isa As di akhir zaman :
1. a) Membunuh Dajjal
2. b) Membantu Imam Mahadi
3. c) Menyeru Kristian memeluk islam
4. d) Mematahkan salib
5. e) Membunuh Babi/Khinzir
6. f) Menghapuskan cukai dan Riba

Soalan 5 : Kenapa ada Nabi Isa selepas Nabi Muhammad SAW yang menjadi
utusan terakhir?
Menurut non muslim, Nabi Isa As adalah lebih agung dari Nabi Muhammad SAW kerana
Nabi Isa As akan turun selepas Nabi Muhammad SAW dan scara langsung menjadi Nabi
terakhir. Ini adalah Tanggapan BAHAYA. Apabila berbicara seperti ini, kita perlu letak
prinsip dan aqidah sebagai keutamaan.
Turunnya Nabi isa As adalah Muttawattir (taraf hadith yang lebih tinggi dari Sahih), namun,
ada tokoh islam yang menolak hadith ini dengan mengatakan ia Qati iaitu Sheikh Shalut. Ini
tidak berasas.
Jadi, turunnya Nabi Isa As, bukan membawa agama baharu, tetapi mengikut syariat Nabi
Muhammad SAW. Dalilnya :
Ketika Nabi Isa turun di Menara Putih, umat islam hendak menunaikan solat subuh, Imam
Mahadi menjadi Imam dan dia mengenali Nabi Isa As lalu menjemput Nabi Isa menjadi
imam Solat subuh. Nabi isa menolak Imam kamu dari kalangan kamu. Lalu Nabi Isa solat
mengikut imam dari kalangan pengikut Nabi Muhammad SAW. Al Hadith
Nabi Isa As turut melakukan ibadah Haji dan Umrah.
Menurut riwayat, Nabi Isa akan tinggal di Bumi selama 7 tahun, ada riwayat menyatakan
selama 40 tahun dan para ulama berijtihad dengan menggabungkan 2 riwayat ini iaitu
sebelum Nabi Isa diangkat ke langit, baginda berusia 33 tahun dan di campur dengan 7 tahun
bersama umat akhir zaman menjadikan umurnya 40 tahun.

Ada riwayat menyatakan, Nabi Isa As akan hidup bersyariatkan Nabi Muhammad SAW
hingga baginda wafat dan umat islam akan solat beramai ramai kepada Nabi Isa As.
Kemudian, baginda akn dimakamkan di sebelah makam Nabi Muhammad Saw di Madinah.
Surah An Nisa ayat 159.

An-Nis:159 Dan tidak ada seorang pun dari kalangan ahli Kitab melainkan ia akan
beriman kepada Nabi Isa sebelum matinya dan pada hari kiamat kelak Nabi Isa akan
menjadi saksi terhadap mereka.

Anda mungkin juga menyukai