Anda di halaman 1dari 3

Sifat-sifat Yahudi dalam al-Quran : Ustaz Ghaiazra Bin Mohammad Ali

Pencerobohan Zionis-Israel secara konsisten adalah kesan daripada sifat-sifat yang tersemat sekian lama dalam
sanubari Yahudi. Kisah Yahudi banyak dipaparkan dalam al-Quran. Berikut adalah antara ayat al-Quran yang
memperlihatkan sifat-sifat tersebut:

i. Sifat tamak yang tinggi terhadap dunia

‫ا‬ ‫ة‬
ٖ ‫َل ِج َد َّن ۡم َأۡح ٱلَّناِس َل ٰو ةٖ ِم ٱَّلِذ ي َأۡش ُك ْۚاو ُّد َأ ُد ۡم َلۡو َّم َأۡل‬
‫َع ٰى َح َي َو َن َن َر َيَو َح ُه ُيَع ُر َف َس َن َو َم ُه َو‬ ‫َو َت ُه َرَص‬
‫ُمِبَزۡح ِزِح ِهۦ ِم َن ٱۡل َعَذ اِب َأن ُيَعَّم َۗر َوٱلَّلُه َبِص ي َمِبا َيۡع َم ُلوَن‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia
kepada hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang-orang kafir
musyrik. Tiap-tiap seorang dari mereka suka kiranya ia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang
demikian, tidak akan dapat melepaskannya dari azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa
melihat akan apa yang mereka lakukan.”

Surah al-Baqarah (96)

Firman Allah SWT di dalam ayat yang lain;

‫َّل‬‫ل‬ ‫ٱ‬ ‫ا‬


‫َغ‬‫َز‬‫َأ‬ ‫ْا‬ ‫ٓو‬‫ُغ‬ ‫ا‬‫َز‬ ‫ا‬ ‫َّم‬‫َل‬ ‫ِإۡذ َقاَل و ٰى ِلَق ۡو ِمِهۦ َٰيَق ۡو ِم ُتۡؤ ُذوَنيِن َقد َّتۡع َل وَن َأيِّن وُل ٱلَّلِه ِإَلۡي ُك ۖۡم‬
‫ُه‬ ‫َف‬ ‫َرُس‬ ‫ُم‬ ‫َو‬ ‫َمِل‬ ‫ُم َس‬ ‫َو‬
‫ۡل ِس ِق‬ ‫ِد ۡل‬
‫ُقُلوَبُه ۚۡم َوٱلَّلُه اَل َيۡه ي ٱ َق ۡو َم ٱ َٰف َني‬
Maksudnya: “Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: " Wahai kaumku! Mengapa kamu
menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu?" Maka ketika
mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari
mendapat hidayah petunjuk); dan sememangnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik -
derhaka.”

Surah al-Saff (5)

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat tamak yang tinggi terhadap dunia.[1] Perkara ini dapat
dilihat ketika Yahudi mengkhianati Nabi Musa AS dengan menyembah patung anak sapi dalam tempoh 40 hari
setelah Nabi Musa AS membimbing Yahudi untuk selamatkan diri daripada perhambaan Firaun. Sifat yang melampau
ini juga menonjol sepertimana imperialisme Zionis-Israel di Tebing Barat dan Jurusalem ketika ini. Selain itu, sifat
tamak Yahudi ini menunjukkan sikap tidak berterima kasih dan lupa daratan terhadap umat Islam suatu ketika
dahulu. Yahudi pernah dipencilkan oleh majoriti penganut beragama di pelbagai penjuru dunia dan kemudian selama
beratus-ratus tahun mendapat perlindungan dari umat Islam di Andalusia dan Turki Uthmani. [2]
ii. Sifat penakut terhadap kebenaran
‫ِل ِس‬ ‫ٰٓى ۡد ِر‬ ‫َّل‬ ‫ۡل‬ ‫ۡل‬ ‫ِم ۡد‬
‫َٰيَق ۡو ٱ ُخ ُلوْا ٱ َأۡر َض ٱ ُم َق َّد َس َة ٱ يِت َك َتَب ٱلَّلُه َلُك ۡم َواَل َتۡر َتُّد وْا َعَل َأ َباُك ۡم َفَتنَق ُبوْا َٰخ ِريَن‬
‫َقاُلوْا ُمَٰيوَس ٰٓى ِإَّن ِفيَه ا َقۡو مٗا َج َّباِريَن َو ِإَّنا َلن َّنۡد ُخ َلَه ا َح ٰىَّت َيُرُج وْا ِم ۡن َه ا َفِإن َيُرُج وْا ِم ۡن َه ا َفِإَّنا َٰد ِخ ُلوَن‬
Maksudnya: “(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan
oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka
kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat). Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya
di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka
keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri
itu)."

Surah al-Maidah (21-22)

Firman Allah SWT di dalam ayat yang lain;

‫َق اُلوْا َٰي ُموَس ٰٓى ِإَّن ا َلن َّن ۡد ُخَلَه ٓا َأَب ٗد ا َّما َد اُموْا ِفيَه ا َف ٱۡذ َه ۡب َأنَت َو َر ُّب َك َف َٰق ِتٓاَل ِإَّن ا َٰه ُهَن ا َٰق ِع ُد وَن‬
Maksudnya: “Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu
selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan
perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu."

Surah al-Maidah (24)

Ayat-ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi menolak kebenaran akan janji Allah SWT yang memastikan
kemenangan dengan berperang bersama Nabi Musa AS.[3] Yahudi juga mempunyai sifat takut dengan kelompok yang
lebih kuat daripada mereka. Bahkan sifat penakut ini membuatkan Yahudi meminta Nabi Musa AS dan Tuhannya
berperang sendiri.[4] Perkara ini membuktikan bahawa Yahudi bersifat penakut, pesimis, tamak kepada dunia serta
memilih untuk hidup hina dengan kebatilan daripada mati mulia dalam kebenaran.

iii. Sifat rasis yang tinggi


‫ُقۡل َٰٓي َأُّي َه ا ٱَّلِذيَن َه اُد ٓو ْا ِإن َز َع ۡم ُتۡم َأَّنُك ۡم َأۡو ِلَي ٓاُء ِهَّلِل ِمن ُد وِن ٱلَّن اِس َفَت َم َّن ُو ْا ٱۡل َم ۡو َت ِإن ُك نُتۡم َٰص ِدِقيَن‬
Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai orang-orang yang beragama Yahudi, kalau kamu anggap
bahawa kamulah sahaja orang-orang yang dikasihi Allah tidak termasuk umat-umat manusia yang lain, maka
bercita-citalah hendakkan mati (dengan meminta kepada Allah supaya kamu dimatikan sekarang juga), jika betul
kamu orang-orang yang benar!"

Surah al-Jumaah (6)

Ayat di atas menunjukkan yahudi mempunyai sifat rasis yang tinggi kerana menganggap bahawa mereka merupakan
bangsa pilihan yang dikasihi tuhan.[5]
iv. Sifat suka bermusuh
‫َلَت ِج َد َّن َأَش َّد ٱلَّن اِس َع َٰد َو ٗة ِّلَّلِذيَن َء اَم ُنوْا ٱۡل َي ُهوَد َو ٱَّلِذيَن َأۡش َر ُك وْۖا َو َلَت ِج َد َّن َأۡق َر َب ُهم َّم َو َّد ٗة ِّلَّلِذيَن َء اَم ُنوْا ٱَّلِذيَن َق اُلٓو ْا ِإَّن ا َن َٰص َر ٰۚى َٰذ ِلَك‬
‫ِبَأَّن ِم ۡن ُهۡم ِقِّسيِس يَن َو ُر ۡه َب اٗن ا َو َأَّن ُهۡم اَل َي ۡس َت ۡك ِبُروَن‬
Maksudnya: “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali
permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi
sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman
ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di
antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.”

Surah al-Maidah (82)

Ayat di atas menunjukkan bahawa Yahudi mempunyai sifat yang paling keras permusuhannya terhadap umat Islam.[6]
Sifat ini mengakibatkan berlaku fenomena pembunuhan yang bukan asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi
mereka, seperti Nabi Zakaria AS dan Nabi Yahya AS juga turut dibunuh. Selain itu, Yahudi menganggap bahawa
mereka membunuh Nabi Isa AS dengan bangganya.[7] Sedangkan menurut al-Quran bahawa Nabi Isa AS diselamatkan
oleh Allah SWT daripada kejadian pembunuhan tersebut.

v. Sifat suka menceroboh negera orang lain


‫َو َقَض ۡي َن ٓا ِإَلٰى َبِنٓي ِإۡس َٰٓر ِء يَل ِفي ٱۡل ِك َٰت ِب َلُتۡف ِس ُد َّن ِفي ٱَأۡلۡر ِض َم َّر َت ۡي ِن َو َلَتۡع ُلَّن ُع ُلّٗو ا َك ِبيٗر ا‬
Maksudnya: “Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan
kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau.”

Surah al-Israa (4)

Ayat di atas menunjukkan bahawa kerosakkan yang dibuat oleh Yahudi bukanlah sekadar dua kali, sebaliknya mereka
melakukan kerosakkan banyak kali di atas muka bumi ini.[8] Fenomena Zionis-Israel ketika ini menggambarkan
penindasan Yahudi terhadap negara-negara umat Islam. Maksud fil ardhi dalam ayat di atas adalah merujuk kepada
bumi Syam yang meliputi Syiria, Palestin, Lubnan, Jordan dan sekitarnya.[9]

Penutup

Sehingga hari ini, serangan Zionis-Israel terhadap terhadap umat Islam berlanjutan dan menimbulkan kecaman
antarabangsa. Bahkan tidak mustahil siri serangan seperti ini berulang pada bulan ramadan yang akan datang. Sifat-
sifat yang tersemat dalam kalangan Yahudi mengakibatkan Zionis-Israel adalah musuh utama Umat Islam.
Kebiadaban Zionis-Israel akan berterusan mengancam umat Islam terutama di Palestin dan di sekitarnya. Semoga
cita-cita Zionis-Israel untuk membentuk negara agung Israel menerusi proksi-proksi mereka terkubur.

[1] Ibn al-Kathir, Ismail. Tafsir al-Quran al-A‘zim. Kaherah: Dar al-Hadis, 1999, 1: 334.
[2] Karen Armstrong. A History of Jerusalem: One City. Three Faiths. London: HarperCollins Publishers, 1996, 233,
246.
[3] Al-Qurtubi. Al-Jami' li Ahkam al-Qur'an. Kaherah: Dar al-Kutub al-Misriyyah, 6:128.
[4] Ibn Kathir, Abu al-Fida' Isma'il bin Umar bin Kathir al-Qurashi al-Dimashqi. Tafsir al-Qur'an al-Azim. Al-Riyad: Dar
Tayyibah, 1999, 3:69.
[5] Al-Tabari, Abi Ja‘far Muhammad bin Jarir. Tafsir al-Tabari Jami‘ al-Bayan ‘an Ta’wil Ayi al-Qur’an. Mekah: Dar at-
Tarbiyyah wa at-Turath, 2001, 23: 379.
[6] Al-Aşfahāni, al-Rāgib Abu al-Qasim al-Husain bin Muhammad bin Mufad-dal. Tafsīr ar-Rāġib al-Aşfahāni. Jamiah
Umm al-Qura: Kuliyyah Dakwah wa Usul al-Addin, 2001, 5: 420.
[7] Muhammad bin Umar al-Zamakhsyari. al-Kasyaf ‘an Haqāiq al-Tanzīl wa ‘Uyūni al-Aqāwīl fi Wujūh alTa’wīl. Beirut:
Dar al-Ma'rifah, 590.
[8] Al-Sya’rawi, Muhammad Mutawali. Tafsir al-Sya‘rawi. Al-Qahirah: Akhbar al-Yaum, 1997, 13: 8348.
[9] Abu Muhammad al-Husain bin Mas’ud al-Baghawi. Ma’alim al-Tanzil Fi Tasir al-Quran. Kaherah: Dar al-Tayyibah li
al-Nashr wa al-Tawzi’, 1997, 5:79.

Anda mungkin juga menyukai