Anda di halaman 1dari 2

PERMAINAN KIM

Asal Usul
Permainan Kim berasal daripada nama seorang pengakap terkenal bernama Kimball
OHara. Beliau sering memerhati dan menghuraikan satu per satu apa yang
dilihatnya. Kepandaian beliau telah memberi ilham kepada Lord Baden Powell
mengadakan satu permainan untuk melatih pancaindera yang terdapat pada tubuh
manusia.
Permainan Kim ini melatih seseorang menggunakan semua pancainderanya seperti
mata, dan ingatan, telinga dan pendengaran, deria rasa dan deria bau.

Cara-Cara Permainan
Stesen Satu : Deria Mata dan Ingatan
Sebanyak 30 jenis barang diletak di dalam dulang. Contohnya pen, pensel,
kerongsang, botol, lilin, gunting, kunci, dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa dua minit untuk melihat dan mengingat benda-benda
tersebut. Mereka tidak dibenarkan menulis semasa melihat benda kecil.
Setelah cukup masanya, dulang ditutup dan pemain dikehendaki mengingat dan
menulis semula barang - barang yang dilihatnya dalam masa 3 minit. Pemain yang
paling banyak mengingati barang dengan tepat dikira pemenang.
Kepelbagaian :
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daundaun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan
set daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang
Sebanyak sepuluh helai daun berlainan jenis dan saiz diletakkan di atas kertas.
Setiap kumpulan diberi masa selama satu minit untuk melihat dan mengingat daundaun tersebut.
Kemudian, kumpulan diminta membawa kembali satu set daun-daun yang sama dengan
daun-daun yang ditunjukkan dalam tempoh satu minit tadi.
Kumpulan yang membawa daun-daun yang tepat seperti ditunjukkan dikira pemenang

Stesen Dua : Deria Sentuh


Pemain ditutup matanya dengan mengikat skaf. Satu beg kain hitam yang
mengandungi 10 barang disediakan. Pemain dikehendaki memasukkan tangan ke dalam
beg dan merasakan barang-barang itu dengan tangan. Contohnya : jam, lilin, pen,
kotak mancis dan sebagainya.
Setiap kumpulan diberi masa selama dua minit untuk memegang barang-barang.
Setiap pemain diberi masa selama satu minit untuk menyentuh barang-barang itu
Kemudian pemain dikehendaki menyenaraikan kembali barang-barang yang
disentuhnya. Pemain yang paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai

pemenang.

Stesen Tiga : Deria Rasa


Beberapa larutan/makanan disediakan seperti air gula, air garam, air asam jawa,
kopi, milo, madu, jam, ribena,
Pemain dikehendaki menutup mata dan seorang petugas akan meletakkan sedikit
larutan/makanan untuk dirasa dengan lidahnya.
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali jenis larutan/makanan yang dirasai.
Pemain paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Empat : Deria Bau


Sebanyak sepuluh bahan seperti serai, halia, daun kunyit, daun pandan, daun
kari, bawang putih, daun sup, belacan, sabun mandi, mangga hijau, dipilih.
Setiap bahan ini dimasukkan ke dalam bunjut kain.
Setiap pamain dikehendaki menghidu bahan-bahan ini. Setiap bahan ini
dimasukkan ke dalam bunjut kain. Setiap pemain dikehendaki menghidu bahan-bahan
tersebut
Kemudian, pemain perlu menyenaraikan kembali bahan yang dihidu. Pemain
paling banyak menyenaraikan dengan tepat dikira sebagai pemenang.

Stesen Lima : Deria Pendengaran


Semua pemain diminta duduk dan menutup mata dengan skaf. Petugas menghasilkan
10 jenis bunyi dan pemain dikehendaki mendengar dan kemudian mencatatkan 10
jenis bunyi tersebut.
Contoh : bunyi loceng, kunci, ketuk pintu, koyakkan kertas, tuang air ke dalam cawan,
tarik kerusi, jatuhkan buku ke atas lantai, dsbnya

Anda mungkin juga menyukai