Anda di halaman 1dari 1

Tuas

>>> Pakej Pembelajaran & Penilaian Online <<< Tuas adalah mesin ringkas (simple machine) yang boleh membantu kita melakukan kerja dengan lebih mudah. Tuas (lever) adalah suatu batang/bar tegar (rigid bar) yang bolehbergerak/berputar bebas pada satu titik tetap yang dipanggil fulkrum(fulcrum) apabila suatu daya (effort) dikenakan keatasnya untuk mengatasi daya lain yang menentang yang dikenali sebagai beban (load). Tuas digunakan untuk memberikan kelebihan mekanikal (mechanical advantage) dalam menghantar atau mengubah (transmitting or modifying) daya dan gerakan. Sistem tuas (lever system) membolehkan suatu beban yang berat dipindahkan dari satu titik ke titik yang lain dengan menggunakan daya (effort) yangminima. Ini boleh membantu mengurangkan tenaga.

Tuas. Tuas boleh dikelaskan kepada 3, iaitu: 1. Tuas kelas pertama (first class levers) 2. 3. Tuas kelas kedua (second class levers) Tuas kelas ketiga (third class levers)

Perbezaan antara kelas-kelas tuas adalah berdasarkan kedudukan beban (load), daya (effort) dan fulkrum (fulcrum). Setiap kelas tuas mempunyai dua daya, iaitu, beban (load) dan daya/usaha (effort). Jarak diantara beban dan fulkrum dipanggil jarak beban (distance of load, symbol: l). Jarak diantara daya (effort) dan fulkrum dipanggil jarak daya (distance of effort, symbol: e).