Anda di halaman 1dari 1

Nama: ...........................................................................................  Kelas: .....................................  Tarikh: .....................................

UNIT 2: Amalan Kesejahteraan Hidup


• Tema 1: Amalan Gaya Hidup Sihat

DSKP  Tatabahasa Buku Teks: m.s. 11

Baca petikan di bawah ini dengan telitinya. Kelaskan kata adjektif yang berhuruf tebal.  DSKP: SP5.1.2

Gaya hidup masyarakat kini semakin berubah. Ibu yang


berkerjaya kebanyakannya perlu segera ke tempat kerja dan
pastinya tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan
di rumah. Akibatnya,anak-anak akan terbiasa untuk mengambil
makanan ringan yang diketahui kurang berkhasiat. Makanan
ringan sememangnya tidak baik untuk kanak-kanak kerana
dapat menjejaskan kesihatan mereka. Walau bagaimanapun,
makanan ringan mudah diperoleh kerana banyak dijual di
kedai-kedai.
Rujuk Panduan Guru m.s. G4
Praktis Digital

Secara purata seseorang itu memerlukan tidak lebih


daripada lima gram atau satu sudu teh garam sehari. Apabila
kanak-kanak makan beberapa bungkus makanan ringan sehari, jumlah garam yang diambil sudah lebih
daripada yang diperlukan oleh tubuh mereka. Pengambilan makanan yang terlalu kerap dan masin dapat
meningkatkan aliran dan tekanan darah.
Kandungan gula dalam makanan ringan juga adalah tinggi. Hal ini berlaku demikian kerana gula
dapat menghasilkan tekstur dalam makanan, memberikan perisa, dan melanjutkan jangka hayat makanan.
Kanak-kanak yang makan terlalu banyak makanan bergula akan cenderung untuk kurang makan makanan
berkhasiat. Pengambilan terlalu banyak makanan bergula menyebabkan pankreas terpaksa menanggung
beban kerja yang berlebihan terutamanya jika makanan itu diambil pada lewat malam. Organ yang bekerja
secara berlebihan akan gagal berfungsi dengan sempurnanya.
Kanak-kanak yang makan makanan ringan tidak akan berasa kenyang. Makanan ringan yang
mengandungi lemak yang tinggi tidak berupaya untuk menghilangkan rasa lapar. Hal ini dikatakan demikian
kerana lemak yang berlebihan dapat meningkatkan paras insulin dan menggerakkan lemak jauh ke dalam
sel, menghalang lemak dibebaskan daripada sel, dan mengakibatkan seseorang itu berasa sangat lapar. Oleh
itu, kanak-kanak akan tetap berasa perut mereka kosong dan perlu makan lebih banyak makanan.

i-THINK

Kata Adjektif

waktu cara ukuran sifat/keadaan pancaindera jarak

1 segera 1 mudah 1 tinggi 1 lapar masin jauh

2 lewat 2 kerap 2 kurang 2 sempurna


4

Anda mungkin juga menyukai