Anda di halaman 1dari 1

Doa Sempena Hari Guru 2015

Marilah kita menundukkan kepala sejenak, untuk memanjatkan


doa, dimulakan dengan ummul kitab Al-Fatihah.

,


Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang,
segala pujian hanya bagi Allah tuhan sekalian alam,
selawat dan salam kepada rasul junjungan
Kami bersyukur kepada-Mu kerana mengizinkan kami
meraikan Majlis Sambutan Hari Guru 2015 peringkat sekolah dengan tema
Guru Membina Ilmu dan Menyempurnakan Akhlak.
Ya Munzilar Rahmat Ya Fatihal Barakat,
Pada hari ini, kami bersaksi bahawa:
Kami pintar kerana ilmu-Mu
Kami cerdas kerana kurniaan-Mu
Kami sukses kerana kehendak-Mu
Kami mampu kerana didikan guru pilihan-Mu
Oleh itu, berilah keikhlasan, kesabaran, ketabahan dan kelapangan rezekiMu
kepada guru-guru kami
Berikanlah pahala kepada guru-guru kami
Dengan darjat pahala yang tiada terputus
Seperti curahan rahmat-Mu yang tiada pupus
kepada setiap makhluk yang Engkau utus.
Kami memohon kepada kebesaran dan kehebatan-Mu ya Allah,
Kurniakanlah kepada kami akhlak yang mulia,
mudah-mudahan kami akan menjadi anak didik yang sentiasa
menghormati guru-guru kami, mendengar tunjuk ajar daripada guru-guru
kami,
kami sentiasa mengharapkan teguran dan bimbingan,
semoga kami menjadi insan yang sempurna dan berguna kepada agama,
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai