Anda di halaman 1dari 3

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA

KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH












Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Selamat pagi, salam perpaduan dan salam transformasi.

Yang Berbahagia Dr. Mohamad Faisal bin Dato Haji Hassan, Timbalan
Pengarah Pusat Sukan Universiti Malaya,
Yang Dihormati, En. Muhammad bin Hashim, Yang Dipertua PIBG,
Yang Berusaha Puan Latipah binti Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Puziah binti Tuban, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Hajah Kamariah binti Md. Kamil, Penolong Kanan Kokurikulum,
Puan Hajah Nor Madiah binti Abdul Rahim, Penolong Kanan Pendidikan Khas,
Encik Amir Saifudin bin Abdul Majid, Penolong Kanan Petang,
Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran, Guru-guru, AJK PIBG, dan semua murid
yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya bagi pihak seluruh warga SMK Kampong Jawa
mengucapkan selamat datang kepada semua tetamu yang hadir bagi sama-sama
merasai dan menyaksikan kejohanan sukan sekolah pada tahun ini. Terima
kasih saya ucapkan kepada guru-guru yang telah bertungkus-lumus sejak bulan
Januari lagi, bermula dengan acara Larian Ria dan Sukan Tara. Acara sebelum
kejohanan sukan itu memerlukan pengorbanan masa dan tenaga. Dalam masa
yang sama guru-guru tidak pernah mengabaikan kepentingan akademik.
Sesungguhnya kepentingan sukan sama utama dengan kepentingan akademik.
Kepada para pelajar tahniah saya ucapkan atas kegigihan mengambil bahagian
demi semangat berpasukan. Saya yakin semangat ini jika dipindahkan ke dalam
bilik darjah akan memberikan impak yang tinggi kepada pencapaian akademik
para pelajar.



Hadirin yang dihormati,

Kejohanan yang djalankan merupakan agenda besar dalam kalendar
sekolah. Kepada para pelajar yang terserlah kecemerlangannnya dalam bidang
sukan diharapkan boleh menjadi atlet berpotensi untuk diketengahkan ke
peringkat yang lebih tinggi bagi mewakili daerah, negeri dan negara.

Saya merasakan kejohanan ini merupakan medan terbaik untuk guru-guru
mencipta kreativiti memacu semangat pelajar, manakala para pelajar pula
berpeluang mengerah kudrat melepaskan beban emosi dengan berlari sederas
yang mungkin, maka akan terciptalah momentum yang dapat menjana tenaga
dalaman seterusnya menjadi juara.

Kepada ibu bapa, saya mengharapkan tuan-tuan dan puan-puan memberikan
sokongan kepada anak-anak untuk bergiat cergas dalam aktiviti kokurikulum
kerana potensi dan penglibatan pelajar dalam bidang kokurikulum akan
membantu pelajar mencipta kecemerlangan dalam bidang kurikulum.

Akhir kata, terima kasih kepada Dr. Mohamad Faisal yang sudi hadir
merasmikan kejohanan sukan kali ini, terima kasih kepada guru-guru yang
berkorban masa dan tenaga, terima kasih kepada ibu bapa yang menyokong
anak-anak, dan terima kasih kepada pelajar yang bersemangat mengambil
bahagian. Sokonglah kami untuk membentuk generasi masa depan yang
cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai