Anda di halaman 1dari 2

LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK AMALAN GOTONG-ROYONG (tingkatan 1 2018)

Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh
masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan
berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat.
Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk
menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong.

Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini


bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-
royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini.
Untuk memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan
media cetak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini
di dalam televisyen, radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan
maklumat tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti ‘cintailah sungai
kita’ dan ‘jom ganyang aedes’ merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi
kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-
royong. Contohnya, kempen ‘jom ganyang aedes’ memerlukan masyarakat untuk
bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di
longkang atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen
tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan
tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di
atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah ‘yang
berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ yang akhirnya membuahkan hasil.

Bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Oleh itu, untuk
memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai
ini, langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan
untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan ini
dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik
kewarganegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan
kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasikan nilai tersebut dalam
kehidupan. Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni
tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar
dengan amalan nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah juga memain peranan penting
untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. Pada hari yang tertentu
seperti Hari Guru, Hari Sukan dan pekhemahan pasukan beruniform, sekolah
menetapkan pelajar dan guru untuk bergotong-royong membersihkan kawasan
sekolah. Secara tidak langsung, para pelajar dipupuk amalan ini sejak dari bangku
sekolah dan akan diteruskan sehingga dewasa dalam komuniti masyarakat. Oleh
yang sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan
harus dipuji.

Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah
penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh
turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam
amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan
masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh menganjurkan
pertandingan kampung tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang.
Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya dan mula
bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan
NGO yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa
pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat
diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat
amalan ini.

Tambahan pula, kerajaan Menyedari akan hakikat budaya tersebut makin


dilupakan dari hari ke sehari, YAB Dato’ Seri Mohd Najib bin Abdul Razak, mantan
Perdana Menteri Malaysia telah menilhamkan Program My Beautiful Malaysia di
bawah inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan 8 (National Blue Ocean Strategy
8). Program My Beautiful Malaysiamelibatkan 1juta sukarelawan yang dijadikan
satu pelantar dan titik permulaan untuk menyatu dan menggerakkan seluruh
tenaga belia yang lebih prihatin dan ikhlas melalui aktiviti gotong-royong secara
sukarela dalam usaha mengindahkan dan membersihkan kawasan yang tidak
terpelihara seperti pusat pelancongan, kawasan perumahan, taman rekreasi dan
sebagainya.

Anda mungkin juga menyukai